Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-22NCvC-28-08/2025 ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 199501003751) … PLAINTIF
KB-22NCvC-28-08/2025
High Court of Malaysia25 Feb 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN NO. KES: KB-22NCvC-28-08/2025 ANTARA BINA DARULAMAN BERHAD (NO. PENDAFTARAN SYARIKAT: 199501003751) … PLAINTIF
1
INDIVIDU YANG MENGENALKAN
2
GOVINDAN (NO. KP: 69020302546) INDIVIDU YANG MENGENALKAN DIRI SEBAGAI POH SIAM ENG
3
SEMUA PENGHUNI-PENGHUNI YANG NAMANYA TIDAK DIKETAHUI DAN/ATAU ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKENALI WARIS-WARIS KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI DAN ORANG-ORANG YANG TIDAK DIKENALI YANG TELAH 28/04/2026 10:27:00 KB-22NCvC-28-08/2025 Kand. 47 MEMASUKI DAN/ATAU MENDIAMI MEMBINA PENEMPATAN, RUMAH, KEDAI, STRUKTUR KEAGAMAAN, GEREJA, KUIL, TOKONG MONUMEN PERKUBURAN DI ATAS TANAH YANG DIPEGANG DI BAWAH NO. H.S.(D) 69190, NO. PT 2335, MUKIM SUNGAI ULAR, DAERAH KULIM, KEDAH DARUL AMAN DAN NO. H.S.(D) 69192, NO. PT 2337, MUKIM SUNGAI ULAR, DAERAH KULIM, KEDAH DARUL AMAN. … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 18)
1
Ini adalah notis permohonan Defendan Ketiga (D3) bertarikh 05 Disember 2025 di bawah Kandungan 18 menurut Aturan 13 kaedah 8 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) untuk mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran yang direkodkan terhadap Defendan Pertama (D1) dan Defendan Kedua (D2) pada 6 November 2025.
2
Alasan D3 bahawa penghakiman ingkar kehadiran yang diperolehi terhadap D1 dan D2 telah melibatkan D3 apabila terdapat prayers terutamanya di perenggan a, b, dan c yang mana perenggan-perenggan tersebut melibatkan D3 dan ianya wajar diketepikan.
3
Setelah membaca dan mempertimbangkan notis permohonan, kesemua afidavit serta hujahan bertulis yang difailkan oleh pihak-pihak, Mahkamah telah menolak notis permohonan D3 ini dengan kos.
4
D3 yang terkilan dengan penolakan notis permohonan Kandungan 18 tersebut telah memfailkan Notis Rayuan terhadap keputusan Mahkamah ini.
5
Plaintif dalam tindakan ini, Bina Darulaman Berhad, merupakan pemilik berdaftar yang sah ke atas dua plot tanah yang dipegang di bawah hak milik No. H.S. (D) 69190 (PT 2335) dan No. H.S.
d
(D) 69192 (PT 2337), Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah.
6
Hartanah tersebut, yang pada asalnya merupakan sebahagian daripada kawasan perladangan kelapa sawit, telah diperoleh oleh Plaintif daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui satu Perjanjian Jual Beli bertarikh 4 September 2014.
7
Susulan jual beli tersebut, Plaintif telah melantik Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn. Bhd. (KLPK) sebagai ejen pengurusan melalui Perjanjian Pengurusan bertarikh 29 Januari 2019.
8
Terdapat tiga pihak Defendan dalam tindakan ini iaitu:
i
Theavarajan a/l Govindan (D1), iaitu seorang yang mengenalkan diri sebagai wakil kuil Sri Ramar iaitu sebuah kuil yang terletak di atas tanah Plaintif;
II
(ii) Poh Siam Eng, iaitu seorang yang mengenalkan diri sebagai peniaga dan penghuni rumah atau kedai yang terletak di tanah Plaintif; dan
III
(iii) D3, iaitu penghuni-penghuni serta waris tidak dikenali yang menduduki tanah Plaintif.
9
D1 telah diserahkan dengan kertas kausa secara pos AR yang diakui terima pada 8 September 2025 manakala D2 telah menerima kertas kausa secara kendiri pada 11 September 2025.
10
D1 seterusnya telah memasukkan surat bertarikh 24 September 2025 yang menerangkan kedudukannya sebagai penjaga kuil dan ingin menyerahkan kunci kuil kepada Ahli Dewan Undangan Negeri Kulim, Yang Berhormat Wong Chia Zhen (YB Wong) kerana sudah tidak dapat menahan tohmahan dan caci maki dari penduduk sekeliling terhadapnya berikutan tidak mahu melanggar perintah Mahkamah untuk membuka kuil.
11
Susulan penyempurnaan serahan dokumen dan kegagalan D1 dan D2 untuk memasukkan kehadiran dan memfailkan pembelaan dalam tempoh dibenarkan, Plaintif telah memfailkan perakuan ketidakhadiran bertarikh 8 Oktober 2025 dan seterusnya merekodkan Penghakiman Ingkar Kehadiran di Mahkamah pada 6 November 2025 terhadap D1 dan D2.
12
Tiada mana-mana peguamcara yang hadir dan memasukkan memorandum kehadiran bagi mewakili D1 dan D2 sehingga tarikh penghakiman ingkar ketidakhadiran direkodkan.
13
D3 telah diwakili peguam sejak peringkat awal prosiding dan telah memasukkan memorandum kehadiran pada 22 September
2025
Pemfailan pembelaan juga telah dibuat oleh D3 pada 15 Oktober 2025 selaras arahan diberikan oleh Mahkamah.
14
Setelah penghakiman ingkar ketidakhadiran direkodkan terhadap D1 dan D2, D3 telah memfailkan permohonan ini bagi mengetepikan penghakiman ingkar ketidakhadiran tersebut.
15
D3 telah memfailkan notis permohonan ini di bawah peruntukan Aturan 13 Kaedah 8, KKM 2012 seperti berikut:
8
“Setting aside judgment (O. 13, r. 8) The Court may, on such terms as it thinks just, set aside or vary any judgment entered in pursuance of this Order”.
16
Dalam menentukan sama ada sesuatu permohonan untuk mengenepikan penghakiman ingkar adalah wajar dibenarkan atau ditolak, ianya adalah penting untuk terlebih dahulu menentukan sama ada penghakiman yang diperolehi adalah teratur (regular).
17
Sekiranya Penghakiman Ingkar diperolehi secara tidak teratur (irregular), maka penghakiman ingkar tersebut perlu diketepikan secara ex-debito justitiae (Rujuk kes Mahkamah Persekutuan dalam Tuan Haji Ahmed Abdul Rahman v. Arab-Malaysian Finance Bhd. [1996] 1 MLJ 30 dan Lai Yoke Ngan v. Chin Teck Kwee [1997] 1 MLRA 284).
18
Sekiranya ianya teratur, Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada Defendan mempunyai pembelaan yang bermerit dan bukan penegasan kosong semata-mata (bare assertion) (Rujuk kes Mahkamah Rayuan dalam Yap Ke Huat v. Pembangunan Sejahtera Sdn. Bhd. [2008] 4 CLJ 175, Abdol Mulok Awang Damit v. Perdana Industri Holdings Bhd [2003] 3 CLJ 497 dan International Islamic University Malaysia v. Mohd Adnan Adrian Paul Holden Abdullah [2015] 5 MLJ 686). Isu locus standi
19
Mahkamah mendapati bahawa isu locus standi ini perlu diputuskan terlebih dahulu memandangkan tiada penghakiman ingkar kehadiran yang dimasukkan terhadap D3.
20
Penghakiman Ingkar Kehadiran telah direkodkan terhadap D1 dan D2 pada 6 November 2025 kerana kegagalan mereka memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pembelaan bagi tindakan ini.
21
Sehingga kini, tiada sebarang permohonan difailkan oleh D1 dan D2 bagi mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran terhadap mereka. Sebaliknya, D3 pula yang telah memfailkan permohonan bagi mengenepikan penghakiman yang sama.
22
Alasan utama D3 adalah kerana penghakiman yang dimasukkan terhadap D1 dan D2 akan turut memberi kesan pada mereka sebagai penduduk di atas Tanah Tersebut.
23
Plaintif membantah permohonan ini kerana D3 tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan permohonan ini untuk mengenepikan penghakiman ingkar bagi pihak D1 dan D2 memandangkan Defendan-Defendan adalah entiti yang berasingan.
24
Plaintif merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan dalam Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid & Anor v. Kerajaan Negeri Kelantan [2024] 3 CLJ 323.
25
Mahkamah berpendapat bahawa D3 tidak mempunyai locus standi bagi memfailkan permohonan ini bagi pihak D1 dan D2. Tambahan pula mereka adalah entiti yang berlainan sama sekali.
26
Di dalam kes Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid & Anor v Kerajaan Negeri Kelantan [2024] 2 MLJ 140 Tengku Maimun Tuan Mat KHN menerangkan maksud locus standi seperti berikut: “Locus standi refers to the standing or right of the person to sue. The most recent decision by this court on this issue is that in Datuk Bandar Kuala Lumpur v Perbadanan Pengurusan Trellises & Ors and other appeals [2023] 3 MLJ 829; [2023] 5 CLJ 167 (‘Taman Rimba’). In that case, the court endorsed the minority judgment of Eusoffe Abdoolcader SCJ in Government of Malaysia v Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12 (‘Lim Kit Siang’). Summarising the analysis therein, locus standi ought to be relaxed as much as possible to allow any public-spirited person to file a public law suit provided that he has some interest in the matter”.
27
Defendan-defendan di dalan tindakan ini adalah bertindak secara berasingan. Oleh kerana D1 dan D2 tidak memfailkan sebarang pembelaan maka D3 tidak mempunyai locus standi bagi mengambil tindakan untuk pihak mereka.
28
Mahkamah juga merujuk petikan di dalam kes Mahkamah Persekutuan antara Government of Malaysia v. Lim Kit Siang, United Engineers (M) Berhad v. Lim Kit Siang [1988] 2 MLJ 12 di mana Salleh Abas LP menyatakan: “Every legal system has a built-in mechanism to protect its judicial process from abuse by busy-bodies, cranks and other mischief-makers by insisting that a plaintiff should have a special interest in the proceedings which he institutes. This special interest is a nexus between him and the party against whom he brings his complaints to court and is known as locus standi”.
29
Berdasarkan pada perenggan pertama dan kedua Afidavit Sokongan D3 bertarikh 5.12.2026 (Lampiran 19): “Saya, SATESHKUMAR A/L DHEIVASIGAMANI (NO K/P: 870923-02-5433) seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beralamat di No. 14A, Ladang Sungai Ular, Bahagian 2, 09000 Kulim, Kedah dengan ini sesungguhnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:
1
Saya adalah salah seorang penduduk yang sah di atas hartanah tersebut yang dikenali sebagai No. H.S.(D) 69190, No. PT 2335, Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman dan No. H.S.(D) 69192, No. PT 2337, Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman (“hartanah tersebut”).
2
Saya juga diberi kebenaran dan kuasa untuk mengikrarkan Afidavit Sokongan ini bagi pihak saya dan juga bagi semua Penghuni-Penghuni di atas yang namanya tidak diketahui dan / atau orang-orang yang tidak dikenali dan / atau waris-waris kepada penghuni-penghuni dan orang-orang yang tidak dikenali yang telah memasuki dan / atau mendiami dan / atau membina penempatan, rumah, kedai struktur keagamaan, gereja, kuil, tokong dan / atau monumen perkuburan di atas tanah yang dipegang di bawah No. H.S.(D) 69190, No. PT 2335, Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman dan No. H.S.(D) 69192, No. PT 2337, Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah Darul
30
Atas pengakuan ini, D3 hanya diberi kebenaran untuk bertindak bagi penduduk-penduduk yang tidak dikenali yang menghuni Tanah Tersebut.
31
Memandangkan tiada sebarang permohonan dari D1 dan D2 sendiri, maka tidak munasabah untuk D3 mengenepikan penghakiman terhadap pihak lain tanpa kebenaran untuk bertindak bagi pihak mereka.
32
Di dalam kes Tan Lian Hong v. Min Ngai Knitting Factory (M) Ltd & Anor [1974] 1 MLJ 76, Chang Min Tat H (pada ketika itu) menyatakan: “Ex-hypothesi, a solicitor can act for their clients only on their instructions. If he acts for someone without instructions, that someone has a clear right to have the appearance vacated: Re Gray, Gray v Coles (1891) 65 LT 743, Yonge v Toynbee [1910] 1 KB 215 CA, and The Neptune [1919] P 21”.
33
Berdasarkan alasan di atas sudah mencukupi untuk Mahkamah menolak permohonan yang difailkan. Namun, bagi tujuan kesempurnaan, Mahkamah akan meneruskan bagi menentukan sama ada penghakiman ingkar kehadiran yang direkodkan adalah teratur. Sama ada penghakiman ingkar kehadiran terhadap D1 dan D2 adalah teratur
34
Isu mengenai serahan terhadap D1 dan D2 tidak dibangkitkan oleh D3 di dalam permohonan ini. Walau bagaimanapun, Plaintif mempunyai kewajipan untuk menyerahkan writ dan penyata tuntutan kepada D1 dan D2 sebelum penghakiman ingkar diperolehi.
35
Ini adalah keperluan mandatori yang termaktub di bawah Aturan 10 KKM 2012. Kausa tindakan ini adalah bagi mendapatkan milikan kosong terhadap hartanah dan tiada sebarang perjanjian antara pihak-pihak, maka serahan boleh dibuat melalui pos AR atau secara serahan kendiri.
36
Bagi menentukan sama ada serahan telah dibuat dengan lengkap, Mahkamah telah meneliti afidavit penyampaian yang bertarikh 8 Oktober 2025.
37
Sebagai permulaan, serahan terhadap D1 telah dibuat melalui pos AR yang diakui terima pada 8 September 2025. Kemudiannya, D1 telah telah memfailkan sepucuk surat bertarikh 24 September 2025 yang ditujukan kepada YB Wong. Kandungan surat tersebut adalah mengenai kuil Sri Ramar.
38
Mengikut kes Plaintif, kuil tersebut telah dibina tanpa kebenaran di atas tanah mereka. D1 juga telah hadir sendiri ke Mahkamah pada 9 Oktober 2025 dan mengesahkan tidak memfailkan pembelaan.
39
Seterusnya, serahan kepada D2 pula dibuat secara kendiri di alamat berdasarkan carian iaitu di Ladang Sungai Ular, Kulim. Dokumen telah diakui terima oleh D1 sendiri pada tarikh 11 September 2025.
40
D1 seterusnya telah memaklumkan Plaintif bahawa dia bersetuju untuk keluar dari tanah tersebut selepas serahan dokumen berkenaan disempurnakan.
41
Berikutan tiada memorandum kehadiran mahupun pembelaan dimasukkan oleh D1 dan D2 di dalam tempoh dibenarkan, Plaintif telah memfailkan Perakuan Ketidakhadiran bertarikh 8 Oktober 2025 terhadap kedua-dua mereka.
42
Pada 6 November 2025, Mahkamah merekodkan Penghakiman Ingkar Kehadiran terhadap D1 dan D2 semasa Pengurusan Kes yang turut dihadiri oleh wakil peguamcara D3. D1 dan D2 tidak hadir dan tiada peguam yang mewakili mereka.
43
Berdasarkan penelitian di atas, Mahkamah mendapati serahan telah dibuat dengan sempurna kepada D1 dan D2. Mereka telah diberikan peluang yang wajar dan memilih untuk tidak memasukkan kehadiran serta pembelaan mereka.
44
Oleh yang demikian, penghakiman ingkar kehadiran pada 6 November 2025 yang telah diperolehi terhadap D1 dan D2 adalah teratur. Sama ada D3 mempunyai pembelaan yang bermerit
45
Mengikut prinsip dalam kes Hasil Bumi Perumahan (supra), Mahkamah perlu mempertimbangkan sama ada wujud pembelaan bermerit atau isu untuk dibicarakan yang dibangkitkan oleh D3.
46
D3 menghujahkan bahawa penghakiman ingkar terhadap D1 dan D2 wajar diketepikan kerana pelaksanaan terma-terma dalam penghakiman ingkar tersebut akan turut memberi kesan kepada hak D3 iaitu: a) Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya hendaklah menyerahkan milikan kosong hartanah milik Plaintif yang dipegang di bawah No. H.S.(D) 69190, No. PT 2335, Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman dan No. H.S.(D) 69192, No. PT 2337, Mukim Sungai Ular, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman ("Hartanah tersebut") kepada Plaintif dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penghakiman ini direkodkan; b) Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya hendaklah, di atas kos dan perbelanjaannya sendiri, menggali dan memindahkan sepenuhnya kubur-kubur di atas sebahagian Hartanah tersebut dan merobohkan kesemua struktur, penempatan, rumah, kedai, struktur keagamaan, gereja, kuil, tokong dan/atau monumen perkuburan yang telah dibina di atas sebahagian Hartanah tersebut ("Struktur Binaan Haram tersebut") dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penghakiman ini; c) Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya di atas kos dan perbelanjaannya sendiri, hendaklah memastikan kesemua sisa-sisa perobohan, runtuhan dan/atau sisa-sisa penggalian dan pemindahan Struktur Binaan Haram tersebut dibuang, dibersihkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada Hartanah tersebut di dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh Penghakiman ini; d) Sekiranya Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya enggan, gagal dan/atau cuai untuk mematuhi mana-mana perenggan (a) sehingga (c) di atas di dalam tempoh masa yang ditetapkan, Plaintif diberikan kebenaran (leave) untuk mengeluarkan satu Writ Pemilikan terhadap Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya dan Plaintif berhak mendapatkan bantuan pihak berkuasa dan/atau pihak ketiga yang relevan untuk membantu Plaintif di dalam kerja-kerja mengusir Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya dan/atau merobohkan Struktur Binaan Haram tersebut dan/atau menggali dan memindahkan monumen dan perkuburan di Hartanah tersebut, dengan kekuatan dan/atau kekerasan munasabah yang perlu (with necessary and reasonable force), bagi tujuan mendapatkan milikan kosong Hartanah tersebut di mana kesemua kos bagi tujuan ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh Defendan Pertama, Defendan Kedua dan/atau wakil-wakilnya; dan e) Kos tindakan ini berjumlah RM5,626.00 dibayar oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua kepada Plaintif.
47
Seterusnya Plaintif menghujahkan bahawa penghakiman yang diperolehi terhadap D1 dan D2 adalah teratur mengikut undang-undang setelah serahan sempurna terhadap mereka dan tiada Memorandum Kehadiran dan Pembelaan telah difailkan.
48
Plaintif juga menyatakan bahawa D3 tidak terkesan dengan penghakiman ingkar tersebut kerana ia belum boleh dilaksanakan sehingga penghakiman terhadap D3 telah diperolehi sepenuhnya sebagaimana Aturan 13 kaedah 4(2)
49
Aturan 13 kaedah 4(2) KKM 2012 ini memperuntukkan seperti berikut: “Where there is more than one defendant, judgment entered under this rule shall not be enforced against any defendant unless judgment for possession of the immovable property has been entered against all the defendants”.
50
Rentetan dari asas permohonan D3 bahawa penghakiman ingkar kehadiran yang direkodkan terhadap D1 dan D2 telah memprejudiskan D3, Mahkamah mendapati alasan ini tidak mempunyai merit memandangkan penghakiman ini yang melibatkan melibatkan harta tidak alih masih tidak dapat dilaksanakan lagi sepenuhnya.
51
Selaras dengan peruntukan di bawah Aturan 13 kaedah 4(2) KKM 2012, Plaintif perlu mendapatkan penghakiman terhadap semua Defendan-Defendan terlebih dahulu sebelum pelaksanaan boleh dimulakan.
52
Oleh kerana penghakiman terhadap D3 masih belum diperolehi, maka pelaksanaan penghakiman ingkar terhadap D1 dan D2 juga adalah tertangguh. Tiada sebarang bukti diberikan D3 yang menunjukkan Plaintif telah memulakan pelaksanaan terhadap penghakiman tersebut.
53
Sehubungan itu, D3 tidak akan diprejudis dengan penghakiman ingkar tersebut. Oleh yang demikian, pembelaan yang diasaskan oleh D3 ini adalah tidak mempunyai merit.
54
Mahkamah mendapati bahawa D3 tidak mempunyai locus standi bagi memfailkan permohonan ini. Tambahan pula, penghakiman ingkar kehadiran yang direkodkan terhadap D1 dan D2 adalah teratur dan sempurna. Selanjutnya pembelaan D3 adalah tidak berasas kerana D3 tidak diprejudiskan oleh penghakiman ingkar kehadiran tersebut.
55
Atas alasan-alasan yang diberikan, maka notis permohonan D3 (Kandungan 18) bagi mengenepikan penghakiman ingkar kehadiran terhadap D1 dan D2 adalah ditolak dengan kos. Bertarikh 24 April 2026 (DARMAFIKRI BIN ABU ADAM) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sungai Petani Kedah Darul Aman Peguam bagi pihak Plaintif: Muhammad Asyraf bin Abd Aziz (Tetuan Zain, Megat & Murat) Peguam bagi pihak Defendan Ketiga : Ahilan a/l Natarajah (Tetuan N. Ahilan & Associates)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.