1
Ini adalah rayuan interlokutori oleh perayu Binasat Sdn Bhd yang merupakan defendan kedua dalam tuntutan asal di Mahkamah Sesyen.
BA-12ANCvC-66-11/2024
High Court of Malaysia4 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“berikan oleh defendan mengenai asbab kelewatan memfailkan permohonan pengenepian di luar masa. [36] Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Thye Ah Chai v Terayu Mercu Construction & Engineering Sdn Bhd [2013] CLJU 312 menjadi panduan Mahkamah ini, iaitu –”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah rayuan interlokutori oleh perayu Binasat Sdn Bhd yang merupakan defendan kedua dalam tuntutan asal di Mahkamah Sesyen.
2
Pada 4 Mac 2025, Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan perayu untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar bertarikh 12 Mac 2024. Pihak-pihak akan dirujuk sebagaimana di Mahkamah Sesyen.
3
Tuntutan plaintif terhadap defendan-defendan adalah untuk menuntut ganti rugi bagi pembaikan kabel plaintif dan kos akibat kecuaian pekerja dan/atau ejen-ejen defendan semasa menjalankan kerja pengorekan HDD sehingga menyebabkan kerosakan kabel fiber optik dan duct ways plaintif di Jalan PJS 3/9, Taman Medan, Petaling Jaya.
4
Pada 12.3.2024, Penghakiman Ingkar kehadiran telah direkodkan terhadap defendan kedua sahaja.
5
Defendan kedua kemudian memfailkan Notis Permohonan untuk mengenepikan Penghakiman Ingar pada 31 Julai 2024 dengan muka surat 2 Notis Permohonan (mukasurat 9 Rekod Rayuan Kandungan 3) menyatakan permohonan disokong oleh Afidavit Sokongan oleh Mohd Zairul Abdin bin Zainal Abidin. Rekod Rayuan tidak mengandungi Afidavit Sokongan oleh Mohd Zairul Abdin bin Zainal Abidin. Afidavit Sokongan 3 yang dikemukakan adalah oleh Mohammad Faizal bin Salleh yang diikrarkan pada 30 Julai 2024.
6
Pada 8 November 2024, Hakim Mahkamah Seysen telah menolak permohonan defendan kedua dengan kos RM3,500.00.
7
Selanjutnya pada 14 November 2024, defendan kedua memfailkan rayuan ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut.
8
Rayuan defendan kedua untuk mengenepikan penghakiman ingkar telah menimbulkan kekeliruan kerana defendan kedua memohon untuk mengenepikan penghakiman ingkar terhadap kedua-dua defendan. Mahkamah ini telah menyemak kertas kausa dan mendapati bahawa penghakiman ingkar hanya direkodkan terhadap defendan kedua sahaja. C. FAKTA MATERIAL
9
Plaintif merupakan syarikat pemberi perkhidmatan telekomunikasi di Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Telekom Malaysia Berhad. Mulai 1 Mac 2023, semua aset dan liabiliti Telekom Malaysia Berhad diletakhak kepada plaintif menurut seksyen 366 dan 370 Akta Syarikat 2016.
10
Pada 2.4.2021, plaintif menerima aduan daripada Unit Penyelenggaraan bahawa terdapat kerosakan kabel fiber optik dan duct ways plaintif di Jalan PJS 3/9 Taman Medan Petaling Jaya. Siasatan telah dilakukan di lokasi insiden.
11
Hasil siasatan oleh juruteknik plaintif mendapati pekerja-pekerja dan/atau ejen defendan pertama dan kedua telah menjalankan kerja-kerja Horizontal Directional Drilling (HDD) di kawasan tersebut sehingga menyebabkan kerosakan kabel plaintif. Pihak plaintif membuat laporan polis pada 2.4.2021 di Balai Polis Petaling.
12
Berikutan kerosakan tersebut, plaintif telah menjalankan kerja-kerja pembaikan sebaik sahaja mengetahui kerosakan tersebut dan melantik kontraktor plaintif Pembinaan Mohamed Nazir Meraslam Sdn Bhd dan MP Konsortium Berhad.
13
Pada 14.4.2021 plaintif menghantar surat kepada defendan kedua dan salinan kepada defendan pertama menuntut supaya defendan-defendan menghubungi insuran defendan-defendan dengan kadar segera bagi menyelesaikan tuntutan plaintif. Namun tiada maklum balas.
14
Permohonan defendan-defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar adalah seperti berikut: i. Plaintif tidak mengemukakan notis tuntutan terus kepada RHB Insurance Berhad yang melindungi defendan kedua dibawah perlindungan insuran; ii. Defendan-defendan mempunyai pembelaan bermerit; dan iii. Penghakiman Ingkar yang direkodkan adalah tidak teratur dan boleh diketepikan ex-debito justitiae. D. PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG
15
Aturan 55 kaedah 2 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 (KKM 2012) memperuntukkan; All appeals to the High Court shall be by way of re-hearing and shall be brought by giving a notice of appeal within fourteen days from the date of the decision appealed from.
16
Berhubung dengan permohonan pengenepian penghakiman ingkar, Kaedah-Kaedah Mahkamah memperuntukkan Aturan 13 Kaedah 8 KKM 2012 yang berikut – The Court, may on such terms as it thinks just, set aside or vary any judgment entered in pursuance of this Order.
17
Mahkamah Persekutuan dalam kes Lai Yoke Ngan & Anor v Chin Teck Kwee [1997] 2 MLJ 565 telah memberi panduan bahawa penghakiman ingkar bukanlah penghakiman ytang diputuskan berdasarkan merit. Oleh itu, jika penghakiman tersebut diperolehi secara tidak teratur, ketidakaturan tersebut memadai menjadi asas untuk penghakiman ingkar diketepikan. Namun, jika penghakiman ingkar telah diperolehi secara teratur, untuk berjaya dalam permohonan pengenepian tersebut defendan hendaklah mendeposkan afidavit menunjukkan secara prima facie defendan mempunyai pembelaan yang bermerit.
18
Berdasarkan nas undang-undang yang mapan, Mahkamah ini mendapati isu-isu yang perlu diputuskan adalah seperti berikut: 6 i. Sama ada penghakiman ingkar adalah tidak teratur. ii. Sekiranya, penghakiman ingar adalah teratur, isu seterusnya adalah sama ada defendan-defendan mempunyai pembelaan yang bermerit. F. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH Isu 1: Sama ada penghakiman ingkar adalah tidak teratur.
19
Berkenaan dengan isu pertama, saya merujuk perenggan 3 Afidavit Sokongan yang diikrarkan oleh Mohammad Faizal bin Salleh selaku Ketua Division Fiber defendan kedua seperti berikut – 3) Saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa pihak plaintif telah memperolehi Penghakiman Ingkar terhadap defendan-defendan tanpa pengetahuan defendan pada 12.3.2024. 4) Saya sesungguhnya percaya dan menyatakan bahawa Penghakiman Ingkar tersebut adalah diluar aturan (irregular) dan boleh diketepikan “ex-debito justitia iaitu hak mengenepikan ia dengan serta merta tanpa perlu menunjukkan merit atau pun pembelaan yang bermerit.
20
Berdasarkan Afidavit tersebut tiada alasan atau ekshibit dikemukakan dalam mencabar kesahan Penghakiman Ingkar yang telah direkodkan terhadap defendan-defendan. Bahkan melalui Hujahan Bertulis defendan kedua, defendan kedua merekodkan bahawa hujahan tersebut dimasukkan atas dasar anggapan penghakiman diperoleh secara teratur.
21
Ini bermaksud, defendan-defendan tidak mencabar kaedah penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap defendan-defendan.
22
Bahkan penyampaian Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah dilakukan secara kediri ke alamat berdaftar defendan kedua dan diakui terima pada 15.2.2024.
23
Ekshibit P3 dalam Rekod Rayuan mukasurat 84 dan 87 telah dirujuk. Mahkamah ini berpuashati penyampaian Writ Saman adalah teratur dengan penyampaian dilakukan dengan jayanya ke alamat berdaftar defendan kedua dan alamat perniagaan defendan kedua.
24
Atas asas ini, Mahkamah memutuskan Penghakiman Ingkar yang diperolehi oleh plaintif terhadap defendan-defendan pada 12.3.2024 adalah teratur. Isu 2: Sekiranya, penghakiman ingar adalah teratur, isu seterusnya adalah sama ada defendan-defendan mempunyai pembelaan yang bermerit.
25
Afidavit Sokongan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar oleh Mohammad Faizal bin Salleh selaku Ketua Division Fiber defendan kedua, asas pembelaan yang bermerit terhadap tuntutan plaintif adalah – i. Plaintif tidak memberi butiran yang jelas bagi insiden yang berlaku pada 2.4.2021; 8 ii. Defendan-defendan memerlukan masa yang panjang untuk mendapat butiran dan dokumen-dokumen mengenai sebarang projek yang dilakukan oleh defendan-defendan sehingga menyebabkan kabel fiber optik dan duct ways di kawasan milik plaintif di Jalan PJS 3/9 Taman Medan Petaling Jaya mengalami kerosakan pada 2.4.2021. iii. Selain itu, wakil plaintif tidak berada di tempat insiden semasa wakil atau pekerja defendan-defendan melakukan kerja pengorekan di kawasan tersebut. iv. Pekerja defendan tidak berada di lokasi tersebut semasa plaintif melakukan pemeriksaan pada 2.4.2021. v. Kerosakan kabel plaintif bukan tanggungjawab defendan-defendan dan dipercayai dilakukan oleh orang ketiga.
26
Pembelaan defendan kedua turut berkisar kepada kegagalan plaintif memberi notis kepada defendan tentang kemungkinan besar plaintif akan melakukan kerja-kerja pembaikan di kawasan tersebut. Selain itu tiada papan tanda amaran diberi kepada defendan kedua atau pihak lain tentang kehadiran harta benda plaintif di kawasan itu. Menurut defendan kedua lagi, plaintif gagal menggunakan casing concrete di bawah tanah bagi melindungi harta benda plaintif.
27
Bagi menangani isu kedua ini, Mahkamah ini turut meneliti Afidavit Jawapan plaintif yang diikrarkan oleh Abdul Razack bin Abdul Baset terhadap permohonan mengenepikan penghakiman ingkar defendan kedua.
28
Mahkamah ini mendapati setelah penyampaian disempurnakan kepada defendan kedua khasnya selepas defendan kedua mengakui penerimaan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pada 15.2.2024, defendan kedua tidak memfailkan Memorandum Kehadiran. Defendan kedua juga bertindak pegun tidak melakukan apa-apa tindakan sepanjang tempoh 4 bulan selepas Pernyataan Tuntutan diterima olehnya.
29
Tindak tanduk defendan kedua yang sedemikian memberi inferens yang jelas bahawa defendan kedua sememangnya tidak berminat untuk melayan tuntutan plaintif meskipun sudah mempunyai pengetahuan mengenai tuntutan plaintif di sini.
30
Walhasil, dapatan ini telah menegatifkan alegasi defendan kedua yang diutarakan melalui permohonan pengenepian Penghakiman Ingkar di sini bahawa defendan kedua mempunyai pembelaan yang bermerit.
31
Mahkamah ini turut bersandarkan kepada Afidavit Jawapan plaintif yang telah mengemukakan surat-surat antara peguam cara plaintif, defendan kedua, TIME dotCom Berhad selaku pemilik projek di lokasi kejadian yang telah melantik defendan kedua menjalankan kerja-kerja pengorekan HDD. Surat-surat tersebut telah ada sebelum penghakiman ingkar direkodkan terhadap defendan kedua.
32
Mahkamah ini juga tidak menerima alasan defendan kedua berkaitan kegagalan plaintif memberi butiran tentang insiden tersebut. Hal ini kerana selepas menerima Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan defendan kedua telah memberi maklum balas kepada peguam cara plaintif dan memohon butiran tentang kerosakan kabel bawah tanah plaintif. Maklum balas dan penjelasan telah diberikan kepada defendan 10 kedua oleh peguam cara plaintif termasuk pengesahan bahawa defendan kedua merupakan kontraktor yang terlibat dalam insiden tersebut.
33
Ironinya, defendan kedua senyap dan tidak berbuat apa-apa termasuk tidak memfailkan Memorandum Kehadiran apatah lagi membela terhadap tuntutan plaintif. Keengganan defendan kedua membela tuntutan plaintif dalam ruang lingkup masa yang ditetapkan oleh undang-undang dan dalam keadaan defendan kedua penuh sedar tentang tuntutan tersebut selain wujudnya komunikasi antara defendan kedua dan pihak plaintif berhubung tuntutan tersebut merupakan pilihan defendan kedua sendiri.
34
Justeru, permohonan pengenepian penghakiman ingkar oleh defendan kedua pada hemat saya adalah fikiran terkemudian dan tiada pembelaan bermerit yang mewajarkan Mahkamah ini membenarkan rayuan defendan kedua.
35
Saya juga berpuashati tiada cogent reasons diberikan oleh defendan mengenai asbab kelewatan memfailkan permohonan pengenepian di luar masa.
36
Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Thye Ah Chai v Terayu Mercu Construction & Engineering Sdn Bhd [2013] CLJU 312 menjadi panduan Mahkamah ini, iaitu –
5
Decision of the Court Under O42 r. 13 of the RHC 1980, every application to set aside a judgment must be filed and served on the party who has obtained the judgment within 30 days of the receipt of the Order or judgment by the applicant. ...
6
There is a plethora of authorities to the effect that O.42 r. 13 is mandatory and that an applicant filing an application beyond the prescribed time limit is obliged to provide cogent reasons for any delay. We need cite only one authority in support of this proposition. This Court in the case of Khor Cheng Wah v. Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1997] 1 CLJ 396; [1996] 1 MLJ 223 opined through the judgment of Gopal Sri Ram JCA (as he then was) in a case also involving an application to set aside a default judgment that: “It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the Court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitiae, a Court may refuse relief to an indolent litigant.” G. KESIMPULAN [37] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Notis Rayuan defendan kedua ditolak dengan kos RM3000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 20 Mei 2025. Ditandatangani ...........................................................
1
Bagi Pihak Plaintif : Tidak hadir Tetuan Lawrence Pereira & Partners (Petaling Jaya, Selangor)
2
Bagi Pihak Defendan : Tan Wei Hao (Menyebut bagi pihak peguam cara Plaintif) Tetuan Othman Hashim & Co. (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.