HMS khilaf dalam memutuskan pengarah Perayu dianggap ingkar dan menghina Mahkamah jika gagal mematuhi terma pembayaran tersebut. [15] Semasa prosiding JDS, Responden telah mensapina 3 orang pegawai/pengarah Perayu untuk memberikan keterangan dan mengemukakan dokumen. Mereka adalah Mohammad Nizam bin Habibur Rahman, Nazrudin bin Habibur Rahman dan Lee Sheah Nee. S/N feDZfsbQAkqoD2FcUOshqQ [16] Mengikut Perayu, ketiga-tiga wakil syarikat ini, dengan konsisten mengatakan bahawa syarikat tidak berkemampuan untuk membayar jumlah yang dituntut dengan mengemukakan Penyata Akaun bank milik Perayu sepanjang tahun 2020 hingga 2022 yang menunjukkan tiada pendapatan atau keuntungan direkodkan. [17] Perayu juga tidak aktif beroperasi dalam sebarang perniagaan sejak PKP dan mengatakan mereka mempunyai liabiliti statutori yang perlu diutamakan dan diselesaikan iaitu pembayaran cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). [18] Manakala Responden berhujah, dari keterangan pegawai Perayu yang hadir, mereka mengakui dan tidak menafikan bahawa mereka mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap urusan syarikat. Mereka juga tidak mempertikai jumlah penghakiman dan perintah yang telah direkodkan. [19] Dari penelitian saya terhadap isu kebertanggungan syarikat Perayu menjelaskan jumlah penghakiman adalah jelas bahawa mereka tidak mempertikai keberhutangan mereka. Maka, dari nas undang-undang sedia ada, Responden berhak kepada fruits of their litigation dan melaksanakan perintah mengikut cara yang diperuntukkan (rujuk seksyen 4 Akta Penghutang 1957 dan Aturan 48 Kaedah 1(2) KKM). [20] Isu seterusnya adalah samada syarikat Perayu berkemampuan untuk melunaskan bayaran yang diperintahkan. [21] Responden telah membawa kepada perhatian saya petikan dari keterangan Mohammad Nizam yang mengatakan ada sejumlah wang S/N feDZfsbQAkqoD2FcUOshqQ tunai dalam akaun Perayu tetapi memilih untuk tidak membayar kepada Responden atas alasan mengutamakan bayaran cukai kepada LHDN. [22] Atas dasar ini HMS berpendapat tindakan pegawai/pengarah Perayu tidak membayar jumlah sewaan (dalam tempoh 2020-2023) walaupun telah menjana pendapatan satu keputusan yang tidak wajar dan dengan mengaja untuk mengelak pembayaran hutang terhadap Responden. [23] HMS juga merujuk kepada akaun untung rugi Perayu untuk akhir tahun 31.12.2021 yang menunjukkan syarikat mempunyai keuntungan sebanyak RM105,826.68, pendapatan sebanyak RM34,239.29, aset semasa sebanyak RM247,049.45 dan pendapatan tertahan (retained earnings) sebanyak RM1,019,317.67. Berdasarkan keterangan bukti di atas, HMS berpendapat Perayu sememangnya mempunyai aset dan keuntungan dalam tahun 2021 tetapi masih mengelak untuk membayar Responden. [24] Saya dapati HMS tidak khilaf dalam membuat dapatan di atas bersandarkan keterangan bukti dokumen yang dirujuk. Saya juga bersetuju bahawa Perayu telah bertindak secara selektif dalam pembayaran hutang-hutang mereka dan dengan sengaja mengabaikan jumlah yang telah diperoleh dari satu perintah Mahkamah. [25] Seterusnya mengenai isu samada pengarah Perayu bertanggungan secara peribadi terhadap hutang syarikat yang membolehkan perintah prosiding JDS dilaksanakan terhadap mereka dan samada kegagalan pematuhan akan terjumlah kepada satu penghinaan terhadap Mahkamah. S/N feDZfsbQAkqoD2FcUOshqQ [26] Perayu telah berhujah dan merujuk kepada Aturan 48 KKM dan seksyen 4 Akta Penghutang dan mengatakan kehadiran ketiga-tiga pegawai/pengarah syarikat Perayu adalah semata-mata atas kapasiti mereka utnuk memberikan maklumat dan mengemukakan dokumen bagi pihak syarikat untuk menunjukkan ketidak-mampuan mereka membayar jumlah penghakiman. Peruntukkan undang-undang tidak menyatakan bahawa pegawai (officer) tersebut perlu menanggung liabiliti Perayu kerana mereka hadir hanya sebagai saksi. [27] Perayu juga telah merujuk kepada beberapa keputusan kes Mahkamah Tinggi yang merumuskan bahawa pengarah atau pemegang saham adalah entiti yang berbeza yang mana tidak akan bertanggungan kepada hutang syarikat. Rujuk Mega Amethyst Sdn Bhd v AP Land Development Sdn Bhd (2015) 1 LNS 262, Panasonic Appliances Air-Conditioning (M) Sdn Bhd v Top Square Sdn Bhd & Ors (Shanmugam a/l Ramasamy & Ors, third parties) (2021) 8 MLJ 363 dan Mohd Ramli bin Othman v Jamal Md Yunos (2020) MLJU 1855. [28] Saya bersetuju bahawa undang-undang adalah mantap bahawa sesebuah syarikat dan pengarah/pemegang sahamnya mempunyai entiti undang-undang yang berbeza (different legal entities) dan mereka (pengarah) tidak akan bertanggungan secara peribadi jika ada kemungkiran sesuatu kontrak, namun keadaan tersebut ada pengecualiannya yang mana corporate veil syarikat boleh disingkap (rujuk Sunrise Sdn Bhd v First Profile (M) Sdn Bhd & Anor [1996] 3 MLJ 533, FC). [29] Undang-undang juga mantap bahawa pengarah dan pegawainya adalah orang (human) yang bertanggung jawab dalam tindakan dan S/N feDZfsbQAkqoD2FcUOshqQ urusan syarikat. Maka, mereka juga boleh bertanggungan kepada mana-mana kemungkiran atau ketidap patuhan perintah Mahkamah. Saya merujuk kepada kes Datuk Hong Kim Sui v. Tiu Shi Kian &Anor [1987] 1 MLJ 345 dimana Sir Ivor Richardson, Privy Council dalam mengesahkan keputusan Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “Thus the Rules recognise that directors and officers are the human agencies responsible for the conduct of the affairs of companies. They fix a director with liability for the conduct of the company and so with liability for any breach by the company of an injunction where the director has appropriate notice that he is liable to process of execution if the company disobeys the order. In terms of the order served on him on March 24, the appellant was responsible as a director of the restaurant company for ensuring that the prohibitory order was complied with from then on. In continuing to lock the premises against the respondents the company deliberately continued doing what the order prohibited namely, disturbing the respondents' quiet use and enjoyment of the night club and the equipment, furniture and fixtures. For his part the appellant knew that in failing to require — as he acknowledged in evidence he had power to do — that the respondents be allowed the use of the premises, he was not complying with the terms of the injunction. ... The appellant was accordingly subject to the committal process as a director in terms of Order 45 rule 5(1)(ii). ...” [30] Bersandarkan nas duluan diatas, saya dapati HMS tidak khilaf dalam memutuskan pengarah Perayu boleh bertanggungan secara peribadi bagi tujuan JDS (against any officer or body corperate) dan kegagalan mematuhi perintah tersebut terjumlah kepada menghina Mahkamah yang membolehkan prosiding komital dimulakan (rujuk S/N feDZfsbQAkqoD2FcUOshqQ seksyen 4(8) Akta Penghutang 1957, Aturan 48 dan Aturan 45 Kaedah 5