Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO WA-A52NCC-5853-12/2024 DI ANTARA BMW CREDIT (MALAYSIA) SDN BHD [(No. Syarikat: 198101009225)(75342-D)] …PLAINTIF
WA-A52NCC-5853-12/2024
Sessions Court of Malaysia14 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO WA-A52NCC-5853-12/2024 DI ANTARA BMW CREDIT (MALAYSIA) SDN BHD [(No. Syarikat: 198101009225)(75342-D)] …PLAINTIF
1
PERTIWI SEMPURNA SDN BHD [No. Syarikat:200001007441(510047-K)]
2
AHMAD JAAFAR BIN AHMAD HAMIDEE (No. K/P: 590605-1-06557) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN ( Penghakiman Terus ) PENGENALAN [1] Di dalam kes ini saya telah membenarkan pohon plaintif untuk Penghakiman Terus untuk Penghakiman Terus dimasukkan terhadap Defendan-Defendan untuk wang sejumlah RM197,509.48 dengan kos setelah mendapati tiada isu untuk dibicarakan. ASAS TUNTUTAN PLAINTIF [2] Melalui satu Perjanjian Sewa Beli pada 3/10/2022 Plaintif sebagai emunya kenderaan BMW Sedan 4 pintu atas No. Pendaftaran UG 4545 telah menyewakan kenderaan tersebut kepada Defendan Pertama sebagai Penyewa atas terma-terma berikut:
a
Harga tunai kenderaan adalah RM435,959.10. Defendan Pertama membayar deposit sebanyak RM87,959.10 kepada Plaintif selepas menandatangani perjanjian.
b
Tempoh sewa bermula pada 3.10.2022. Defendan Pertama bersetuju untuk membayar 47 ansuran bulanan sebanyak RM5,617.00 dan satu ansuran akhir sebanyak RM149,007.40, menjadikan tempoh bayaran selama 4 tahun bermula 3.11.2022.
c
Defendan Kedua, melalui satu perjanjian Guarantee & Indemnity bertarikh 3.10.2022, bersetuju menjamin bayaran tertunggak Defendan Pertama di bawah perjanjian tersebut. [3] Defendan-Defendan gagal menjelaskan bayaran ansuran seperti dipersetujui. Pada 5.4.2023, Plaintif menyampaikan Notis Niat Untuk Memiliki Semula (Jadual Keempat) kepada kedua-dua Defendan, selaras Seksyen 16 Akta Sewa Beli 1967. [4] Pada 19.4.2023, Plaintif juga menyampaikan notis di bawah Peraturan 15(1), Peraturan-Peraturan Sewa Beli 2011, menyatakan niat untuk mengambil balik kenderaan. [5] Melalui surat bertarikh 22.5.2023, Plaintif menamatkan Perjanjian Sewa Beli dan menuntut baki berjumlah RM345,540.76 daripada kedua-dua Defendan. [6] Plaintif telah mengambil dan menjual kenderaan tersebut kepada pihak ketiga pada 30.8.2024. [7] Pada 19.11.2024, Plaintif menyampaikan Notis Tuntutan menuntut baki tertunggak, faedah dan caj lain sebanyak RM196,529.72 (setakat 18.11.2024). PEMBELAAN DEFENDAN [8] Defendan Kedua mendakwa telah dipujuk oleh seorang rakan untuk membeli kenderaan atas nama Defendan Pertama. [9] Defendan-Defendan bersetuju dengan syarat semua pihak mematuhi undang-undang berkaitan. [10] Pada 3.10.2022, Defendan Kedua dibawa ke pejabat Plaintif untuk menandatangani dokumen kosong yang dimaklumkan sebagai amalan biasa. [11] Mereka memohon untuk meneliti dokumen lengkap dan kenderaan terlebih dahulu, namun dijanjikan akan diberikan pada masa penyerahan. [12] Sehingga kini, kenderaan dan dokumen lengkap tidak pernah diserahkan kepada defendan . [13] Pada Mei 2023, Defendan menerima surat tuntutan ansuran tertunggak. [14] Defendan-Defendan telah berjumpa dengan wakil Plaintif dan memaklumkan bahawa mereka hanya menandatangani dokumen kosong dan tidak menerima kenderaan. [15] Plaintif tidak pernah memberikan salinan perjanjian mahupun menyerahkan kenderaan. [16] Notis-notis mandatori di bawah Akta Sewa Beli juga tidak pernah diterima. [17] Mereka tidak dimaklumkan tentang penjualan melalui lelongan awam atau harga rezab. [18] Defendan-Defendan tidak diberi peluang mengambil semula kenderaan sebagaimana diperuntukkan oleh undang-undang. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN DEFENDAN [19] Secara ringkasnya pihak defendan-defendan telah membangkitkan isu-isu berikut untuk dibicarakan:
a
Kenderaan tidak pernah diserahkan oleh Plaintif atau dealer.
b
Tandatangan dalam “Vehicle Delivery Note” bukan milik mana-mana Defendan dan tidak pernah diberi kuasa kepada pihak lain.
c
“Vehicle Delivery Note” bertarikh 22.9.2022 sedangkan Perjanjian Sewa Beli bertarikh 3.10.2022.
d
Borang mandatori menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Sewa Beli tidak pernah diserahkan.
e
Plaintif gagal mematuhi peruntukan mandatori Akta, termasuk: i. Seksyen 4(1)(b); ii. Seksyen 16 dan Peraturan 15(1); dan iii. Kegagalan memaklumkan tentang penjualan dan harga rezab lelongan ANALISA DAN DAPATAN Serahan Kenderaan dan Amalan Industri [20] Saya mendapati Butiran dalam “Vehicle Delivery Note” sama dengan perjanjian. [21] Saya menerima dan mengambil kira bahawa amalan industri membenarkan kenderaan dihantar sebelum perjanjian ditandatangani secara formal. Amalan ini di buat dalam kes kita. Maka, serahan sebenarnya telah di buat kepada defendan. Perlakuan Defendan Menyokong Kewujudan Perjanjian HP [22] Berikut adalah fakta yang tidak dipertikaikan di dalam kes ini :
a
Pembayaran deposit dan ansuran berjumlah RM110,427.10 dilakukan.
b
Surat tawaran penyelesaian dihantar oleh peguam Defendan.
c
Tiada penafian bahawa perjanjian ditandatangani atau kenderaan diterima. [23] Dalam kes Mahmood bin Ooyub v Li Chee Loong & Anor Appeal [2020] 6 MLJ 755, Mahkamah Rayuan menekankan bahawa dalam mempertimbangkan kewujudan sesuatu perjanjian atau dakwaan bahawa sesuatu perjanjian adalah palsu atau rekaan, mahkamah mesti meneliti keseluruhan keadaan, termasuk perlakuan pihak-pihak [24] Selain dari itu pihak yang menandatangani sesuatu dokumen adalah terikat dengan perjanjian yang ditandatangani . Prinsip kontrak menyatakan seseorang yang menandatangani dokumen dianggap bersetuju kecuali wujud penipuan/paksaan. Di dalam kes ini tidak wujud paksaan. [25] Fakta kes menunjukkan kenderaan telah dihantar kepada defendan. Perjanjian tidak pernah dipertikaikan. Deposit telah dibayar . Defendan telah menikmati penggunaan kenderaan tersebut. [26] Defendan membuat tawaran penyelesaian bila plaintif mula mengambil tindakan akibat dari kegagalan defendan membayar ansuran. Ini bukti kukuh bahawa perjanjian wujud, defendan mengakui kesahihan perjanjian sewa beli , kenderaan yang dinyatakan telah diserah kepada defendan, defendan telah gagal membayar ansuran dan defendan tertakluk kepada syarat-syarat perjanjian sewa beli. Notis Dihantar Mengikut Peruntukan [27] Saya mendapati bahawa semua notis mandatori telah dihantar ke alamat yang dinyatakan dalam perjanjian dan bukti penghantaran disertakan dalam afidavit Plaintif. [28] Saya merujuk kepada kes Amanah Merchant Bank Bhd v Lim Tow Choon dan Affin Bank Bhd v HIB-C Industries Sdn Bhd [1994] 2 CLJ 1, di mana diputuskan Penyerahan notis ke alamat perjanjian dianggap sah. KESIMPULAN [29] Saya mendapati defendan-defendan gagal menimbulkan isu untuk dibicarakan.
para
[30] Permohonan plaintif dibenarkan dengan kos. Bertarikh pada hari ini 8.8.2025. Zaman Mohd Noor Hakim Mahkamah Sesyen 1 Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.