Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RUJUKAN TANAH NO: BA-15-1-01/2023 Dalam perkara Seksyen 38 (5) Akta Pengambilan Tanah 1960 Dan Dalam perkara Pengambilan Tanah LOT 2080, GRN 51775, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor bagi Tujuan Projek Laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air bagi Projek Pembangunan Skim Air Rasau Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. ANTARA BOH PLANTATIONS SDN BHD (No. Syarikat: 632-H) …PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH KUALA LANGAT …RESPONDEN DIDENGAR BERSAMA DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN RUJUKAN TANAH NO: BA-15-2-01/2023 Dalam perkara Seksyen 38 (5) Akta Pengambilan Tanah 1960 Dan Dalam perkara Pengambilan Tanah LOT 2633, GRN 39672, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor bagi Tujuan Projek Laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air bagi Projek Pembangunan Skim Air Rasau Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. ANTARA BOH PLANTATIONS SDN BHD (No. Syarikat: 632-H) …PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH KUALA LANGAT …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Ini adalah rujukan tanah yang timbul daripada pengambilan sebahagian daripada tanah yang dimiliki oleh pemohon untuk tujuan Projek Laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air bagi Projek Pembangunan Skim Air Rasau Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. [2] Memandangkan kedua-dua kes rujukan tanah ini melibatkan pemohon yang sama dan kedua-dua tanah terlibat adalah bersebelahan, maka kedua-dua kes rujukan tanah ini telah didengar bersama. [3] Di akhir pendengaran rujukan tanah ini, mahkamah dengan bantuan dua pengapit, telah mendapati bahawa pemohon telah gagal membuktikan kes prima facie. Oleh itu, mahkamah ini telah mengekalkan harga nilai tanah yang telah diawadkan oleh responden. Berikut adalah alasan mahkamah ini. Latar Belakang Rujukan Tanah Ini Rujukan Tanah BA-15-1-01/2023 [4] Pemohon merupakan pemilik berdaftar sebidang tanah yang dikenali sebagai GRN 51775, Lot 2080, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Kuala Langat, Negeri Selangor (“Lot Subjek”). Pengambilan tanah tersebut adalah bagi tujuan Projek Laluan Paip Air Mentah Loji Rawatan Air bagi Projek Pembangunan Skim Air Rasau Kuala Langat, Negeri Selangor Darul Ehsan. [5] Maklumat berhubung Lot Subjek adalah seperti berikut: No. Hakmilik GRN 51775 No. Lot Lot 2080 Mukim Tanjung Dua Belas Daerah Kuala Langat Luas 101,677 meter persegi @ 25 ekar Taraf pegangan Selama-lamanya Kategori Kegunaan Tanah Pertanian Syarat Nyata Tanaman Getah Sekatan Kepentingan Tiada Pemilikan BOH PLANTANTION SDN BHD (1/1 bahagian) [6] Pengambilan Lot Subjek telah diwartakan untuk pengambilan di bawah Seksyen 4 Akta Pengambilan Tanah 1960 (“LAA”) melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor No. 718 bertarikh 24.2.2022. [7] Siasatan untuk pengambil tanah Lot Subjek telah dilakukan. Di akhir siasatan, responden telah mengawadkan pemohon RM647,920.00 bagi nilai tanah yakni RM130.00 semeter persegi bagi keluasan tanah 4,984 meter persegi. Responden juga telah mengawadkan RM64,805.00 bagi pecah pisah (severance) untuk Plot A. Jumlah yang telah diawadkan oleh responden kepada pemohon adalah RM712,725.00 bagi kes BA-15-1-01/2023. [8] Pemohon yang tidak berpuas hati dengan awad responden telah memfailkan Borang N berdasarkan alasan-alasan berikut: “(i) awad yang ditawarkan tidak berdasarkan nilai pasaran hartanah tersebut;