30 katon X 10paket X 20batang rokok jenama Goodaye 12. 11 katon X 10paket X 20batang rokok jenama Semporna 13. 6 katon X 10paket X 20batang rokok jenama LA Light 14. 4 katon X 10paket X 12batang rokok jenama Surya 12 15. 4 katon X 10paket X 16batang rokok jenama Surya 16 16. 38 katon X 24tin X 330ml bir jenama Carlsberg yang bernilai RM4151.60 yang disimpan di dalam sebuah premis beralamat Blok A-101, Asrama Pekerja Asing, Jalan Tanjung Kupang, Gelang Patah 81560, Johor yang mana barang-barang tersebut adalah dilarang pengimportannya dibawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2012 P.U (A) 490 dan dengan demikian kamu telah melakukan kesalahan dibawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 yang boleh dihukum dibawah seksyen 135(1)(iii)(aa) Akta yang sama. [2] Fakta Kes SP1 dalam keterangannya dalam Mahkamah menyatakan, atas maklumat yang diterima, beliau mengetuai satu pasukan Kastam seramai 6 orang anggota pada 03/11/2016 lebih kurang jam 3.45 petang, telah membuat satu serbuan di sebuah premis yang beralamat Blok A-101, Asrama Pekerja Asing, Tanjung Kupang, Gelang Patah 81560, Johor. Tujuan serbuan dilakukan adalah untuk membuat pemeriksaan ke atas premis tersebut kerana dimaklumkan ada menyimpan dan menjual rokok dan minuman keras belum lulus Kastam. Menurut SP1 lagi, hasil pemeriksaan oleh anggota serbuan telah menemui rokok-rokok pelbagai jenama dan minuman keras yang disyaki belum lulus kastam di dalam premis tersebut. Sewaktu serbuan dilakukan, OKT berada di premis serbuan dan telah ditahan bagi membantu siasatan ke atas penemuan barang-barang belum lulus kastam tersebut. 3 [3] Dapatan Mahkamah Adalah menjadi kewajipan pihak Pendakwaan untuk membuktikan satu kes Prima Facie terhadap OKT (PP v Mohd Radzi b Abu Bakar, Balachandran v PP, Looi Kow Chai v PP). Mahkamah hendaklah menilai secara maximum evaluation samada kes pihak pendakwaan Berjaya membuktikan satu kes Prima Facie. Bagi membuktikan kesalahan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, segala elemen-elemen berikut harus dibuktikan terlebih dahulu. Pihak Pendakwaan perlulah membuktikan bahawa : i) OKT dengan disedarinya mempunyai milikan barang larangan impot; ii) Barangan tersebut merupakan barangan yang dilarang pengimpotannya di bawah perintah Kastam (Larangan Mengenai Impot) 2012; dan iii) OKT mempunyai pengetahuan ke atas milikan ini serta barangan tersebut adalah barangan larangan impot. [i] OKT dengan disedarinya mempunyai milikan barang larangan impot Pendakwaan berhujah bahawa berdasarkan keterangan-keterangan saksi-saksi Pendakwaan, pemilikan OKT pada barang kes disahkan melalui keterangan SP1, SP3 dan SP4 bahawa OKT berada dalam premis semasa serbuan pihak Kastam dan mengaku sebagai pemilik. 4 Pendakwaan juga menyatakan melalui hasil siasatan SP11 iaitu dokumen perjanjian antara Giant Leap Construction Sdn Bhd dengan 2233 Mini Mart (P29), iaitu OKT adalah individu yang menandatangani dokumen perjanjian antara Giant Leap Construction Sdn Bhd dengan 2233 Mini Mart. Ini membuktikan bahawa OKT mempunyai kuasa dan kepentingan dengan 2233 Mini Mart. Pendakwaan juga berhujah bahawa OKT telah gagal mengemukakan sebarang dokumen yang membuktikan barang kes telah dibayar cukai pada ketika ditahan oleh pihak kastam dan ini jelas membuktikan bahawa OKT telah dengan disedari menyimpan barang larangan import. Pembelaan menyatakan hanya kerana OKT berada di tempat kejadian semasa serbuan dilakukan tidak bermaksud OKT dengan disedari menyimpan barang larangan impot. Menurut pihak Pembelaan lagi, Pendakwaan perlulah membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan ekslusif terhadap premis serbuan tersebut bagi mengesahkan bahawa OKT mempunyai milikan terhadap barang-barang larangan tersebut. Mahkamah mendapati OKT sememangnya berada di premis serbuan pada hari kejadian namun berpendapat keberadaan OKT di premis serbuan masih belum dapat membuktikan bahawa OKT telah dengan disedari menyimpan barang larangan import yang terlibat. Di dalam kes Wong Nyet Wah v PP [1962] 1 MLJ 312 yang telah menyatakan bahawa “mere present of the appellant on the scene is not ipso facto conclusive proof of his participation in the offence”. Ini termasuk juga di dalam kes Suthon Kavsonthi v PP 1975 1 MLJ, di mana Ibrahim J telah menyatakan ‘in my view, “knowingly” wherever it appears in the said section 135(1) refers to an accused person knowledge of the act which he is alleged in the charge to have committed’. 5 Mahkamah juga mendapati melalui carian SSM (P34) ia menunjukkan bahawa premis serbuan adalah bukan kepunyaan OKT tetapi kepunyaan 2 individu lain sewaktu tarikh kejadian dan ini telah pun disahkan Pegawai Penyiasat melalui keterangan beliau yang menyatakan bahawa pada tarikh serbuan 03/11/2016 OKT bukan lagi pemilik kepada premis berkenaan kerana telah menarik diri daripada 2233 Mini Mart pada 17/02/2016. Pendakwaan sepatutnya memanggil kedua-dua pemilik semasa kepada premis serbuan untuk memberikan keterangan di Mahkamah bagi mengesahkan sama ada OKT mempunyai milikan terhadap premis serta barang-barang larangan di dalam premis berkenaan. Namun, Pendakwaan telah gagal untuk berbuat demikian dan telah berjaya menimbulkan keraguan ke atas kes Pendakwaan. [2] Barangan tersebut merupakan barangan yang dilarang pengimpotannya di bawah perintah Kastam (Larangan Mengenai Impot) 2012 Pihak pendakwaan berhujah bahawa barang-barang kes adalah tergolong di dalam definasi “barang larangan import” yang dilarang pengimportannya kecuali dengan cara yang diperuntukkan seperti dalam ruang (5) Butiran 1 dan butiran 3, Bahagian II, Jadual ketiga, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import)(Pindaan) 2012 dimana peruntukan tersebut mensyaratkan bahawa setiap tin / botol / peket rokok dan minuman keras hendaklah dilekatkan tax stamp yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam dimana dalam kes ini syarat/cara tersebut gagal ditemui pada barang-barang yang dirampas. Melalui keterangan saksi-saksi Pendakwaan, mahkamah bersetuju bahawa barang-rang kes merupakan barangan yang dilarang pengimpotannya di bawah perintah Kastam Larangan Mengenai Impot) 2012 kecuali dengan cara yang diperuntukkan di bawah ruangan (5), Jadual ketiga, Bahagian II, Perintah Kastam (Larangan Mengenai Impot) 2012 iaitu dengan melekatkan tax stamp yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam pada setiap barnag-barang kes 6 tersebut. Mahkamah mendapati di dalam kes ini, tindakan OKT yang gagal untuk mengemukakan sebarang dokumen pengimpotan dan juga kesemua barang-barang kes yang dijumpai dalam serbuan tersebut tidak dilekatkan dengan tax stamp yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Kastam menunjukkan bahawa ianya telah diimpot secara tidak sah ke dalam Malaysia. [3] OKT mempunyai pengetahuan ke atas milikan ini serta barangan tersebut adalah barangan larangan impot. Pendakwaan menggunapakai Seksyen 135(2) Akta Kastam 1967 di mana beban untuk membuktikan bahawa OKT tidak mempunyai pengetahuan adalah terletak di bahu OKT. Pendakwaan menyatakan bahawa OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang larangan yang dirampas apabila OKT berada dalam premis lokasi kejadian ketika pihak Kastam membuat serbuan. Pembelaan menyangkal dakwaan Pendakwaan kerana melalui keterangan yang diberikan oleh saksi-saksi Pendakwaan, tiada keterangan mahupun bukti yang menunjukkan bahawa OKT mempunyai sebarang kawalan eksklusif ke atas premis serbuan yang sekaligus membuatkan OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang larangan yang dirampas. Di sini Mahkamah berpendapat bahawa untuk membuktikan OKT mempunyai pengetahuan ke atas barang larangan tersebut, Pendakwaan haruslah membuktikan bahawa terdapatnya milikan fizikal dan mental oleh OKT ke atas tersebut tersebut (Tan Boon Teik v PP (1950) 16 MLJ 44 dan Toh Ah Loh & Mak Thim V Rex (1949) 15 MLJ 54). Di dalam kes ini, walaupun barang kes dijumpai di ruangan penyimpanan yang berada di dalam premis di mana OKT berada sewaktu serbuan dijalankan, ianya tidak membuktikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan tentang milikan barang larangan tersebut secara fizikal mahupun mental. Tambahan lagi, melalui keterangan Pegawai Penyiasat beliau menyatakan bahawa pada tarikh serbuan 03/11/2016 OKT bukan lagi pemilik kepada premis berkenaan kerana telah menarik diri daripada 2233 Mini Mart pada 17/02/2016. Oleh yang demikian, sewaktu serbuan dilakukan OKT 7 bukanlah siapa-siapa kepada premis berkenaan kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepunyaan ke atas premis serbuan dan Mahkamah mendapati OKT tidak mempunyai pengetahuan tentang kewujudan barang-barang larangan tersebut. Kesimpulannya, Pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT kerana tiada keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang menunjukkan OKT tahu atau menyedari tentang kewujudan barang-barang larangan tersebut. Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati OKT tidak bersalah dan OKT dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri Disediakan oleh, SALINA BINTI OMAR Majistret Mahkamah Majistret Segamat,