Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-A51NCvC-12-05/2023 ANTARA BOON CHONG SERVICE CENTRE …PLAINTIF
JA-A51NCvC-12-05/2023
Sessions Court of Malaysia4 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: JA-A51NCvC-12-05/2023 ANTARA BOON CHONG SERVICE CENTRE …PLAINTIF
3
DINESH A/L DIVAKARAN …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN 23/05/2024 12:03:09 JA-A51NCvC-12-05/2023 Kand. 61 S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w A.
1
Ini adalah rayuan oleh Plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan yang diberikan oleh mahkamah ini yang telah membenarkan permohonan Defendan Kedua untuk membatalkan tuntuan Plaintif dengan kos. B.
2
Plaintif adalah merupakan sebuah kedai Bengkel kenderaan. Defendan Pertama adalah sebuah Institusi Kewangan di Malaysia. Defendan Kedua adalah sebuah Badan Kerajaan yang tugasnya mentadbir harta individu yang Bankrap. Defendan Ketiga adalah penyewabeli kenderaan.
3
Defendan Pertama adalah merupakan pemilik kenderaan jenama Mercedes Benz C300 bernombor pendaftaran JBP 5555 manakala Defendan Ketiga (penama Dinesh A/L Divakaran) yang telah diisytiharkan Bankrap adalah penyewabeli bagi kenderaan tersebut.
4
Pada sekitar bulan Ogos 2021, Defendan Ketiga telah menyerahkan kepada Plaintif kenderaan tersebut untuk dibaikpulih dan Plaintif telah melaksanakan tugasan tersebut dan kos pembaikian adalah sebanyak RM47,530-00. Namun tiada apa-apa pembayaran telah S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w dijelaskan oleh pihak Defendan Ketiga dan kereta itu berada di dalam Stor simpanan Plaintif.
5
Oleh kerana Defendan Pertama adalah pemilik kereta tersebut maka Plaintif menegaskan bahawa adalah menjadi tanggungjawab Defendan Pertama untuk membayar kos membaikpulih kenderaan itu kepada Plaintif.
6
Oleh yang demikian maka Plaintif telah menuntut terhadap Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan untuk;- a) suatu Deklarasi bahawa Defendan Pertama bertanggungan untuk membayar balik Plaintif RM47,530-00 atau secara alternative memindahmilik kereta itu kepada Plaintif untuk digunakan sebagai alat ganti. b) suatu Perintah bahawa Defendan Pertama menandatangani borang pindahmilik kereta tersebut bagi memberi kesan kepada pindahmillik tersebut. c) faedah. d) kos penyimpanan sebanyak RM64,000-00 e) kos f) lain-lain relif yang difikirkan adil oleh Mahkamah. S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w C. ANALISA DAN KEPUTUSAN Permohonan Defendan Kedua.
7
Plaintif telah memfailkan tuntutan terhadap Defendan-defendan pada 25 Mei 2023. Pihak Defendan Pertama telah masukkan pembelaan pada 7 Julai 2023 dan pihak Defendan Kedua telah masukkan pembelaan pada 9 Julai 2023.
8
Selanjutnya pihak Defendan kedua telah memasukkan Permohonan Kandungan 8 (yang darinya keputusan ini dirayu) pada tarikh yang sama 9 Julai 2023.
9
Permohonan Defendan di dalam kandungan 8 ini adalah untuk perintah bahawa:- a) Writ saman bertarikh 25.5.2023 terhadap Defendan Kedua di batalkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a), (b), (c), dan/atau (d), Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 atau secara alternative di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini, b) Segala prosiding selanjutnya di dalam tindakan ini digantung sehingga permohonan ini di dengar dan diputuskan; c) Kos permohonan di tanggung oleh Plaintif. d) lain-lain perintah yang difikirkan adil dan suai manfaat oleh mahkamah. S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w Permohonan Defendan Kedua adalah diatas alasan bahawa;- a) Ia mendedahkan kausa tidak munasabah terhadap Defendan Kedua; b) Plaintif tidak mempunyai kebenaran Mahkamah untuk memulakan tindakan ini; dan c) Tindakan terhadap Defendan Kedua ini adalah suatu tindakan yang mengaibkan, remeh dan menyusahkan serta merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah.
10
Permohonan Defendan Kedua ini disokong oleh Afidavit Noor Shafika Binti Zubaidi yang merupakan seorang Pegawai Insolvensi di Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Johor Bahru.
11
Beliau mengesahkan bahawa satu Perintah Penerimaan dan Perintah Penghukuman telah dibuat terhadap Defendan Ketiga pada 11.10.2015 di atas permohonan RHB Bank Berhad dan Defendan Kedua adalah merupakan Pentadbir kes kebankrapan Dinash A/L Divakaran.
12
Beliau menegaskan bahawa Plaintif telah secara salah menamakan Defendan Kedua kerana Jabatan itu hanya menjalankan tugas statutori sebagai Pentadbir kebankrapan Defendan Ketiga dan adalah tidak bertanggungan ke atas hutang-hutang Defendan Ketiga.
13
Tindakan yang diambil oleh Plaintif terhadap Defendan Ketiga adalah cacat kerana tiada apa-apa kebenaran Mahkamah dipohon dan dibenarkan terlebih sebelum tindakan ini di ambil terhadapnya.
14
Pihak Responden telah memfailkan Afidavit Jawapan pada 12 Oktober 2023 oleh penama Tan Teck Seng yang merupakan Pengurus Plaintif di dalam tindakan ini.
15
Bagi menjawab permohonan Defendan Kedua tersebut, berkenaan dengan salah menamakan Defendan Kedua, Plaintif mengatakan bahawa Defendan Kedua telah dinamakan kerana adalah menjadi tugas Defendan Kedua melaksanakan tanggungjawab statutory sebagai Pentadbir hal ehwal Defendan Ketiga dan bukan berkaitan dengan hutang Defendan Ketiga.
16
Berkenaan dengan tiada kebenaran Mahkamah dipohon dan perolehi sebelum tindakan ini difailkan, Plaintif menegaskan bahawa tiada tuntutan dibuat ke atas Defendan Ketiga. Tuntutan ini adalah ke atas Defendan Pertama selaku pemilik kereta tersebut yang sebenarnya di sewabeli oleh Defendan Ketiga dan kini tersadai di bengkel Plaintif. Kereta tersebut adalah di daftarkan di atas nama Defendan Ketiga dan adalah diwakili oleh Defendan Kedua di bawah undang-undang.
17
Menurutnya, suatu permohonan untuk mendapatkan kebenaran dari mahkamah itu hanya diperlukan sekiranya ada tindakan dimulakan ke atas Defendan Ketiga.
18
Oleh kerana tindakan ini di ambil terhadap Defendan Pertama yang melibatkan hartabenda milik Defendan Ketiga, maka Defendan Kedua telah dinamakan sebagai Defendan kerana Defendan Ketiga telah menjadi seorang bankrap dan Defendan Kedua hanya sebagai Pentadbir harta Defendan Ketiga yang sepatutnya mengurus dan mentadbirkan segala hartabenda Defendan Ketiga.
19
Berkenaan dengan alasan permohonan ini adalah remeh, aib dan menyusahkan, pihak Plaintif mengatakan tidak ada apa-apa bukti mengenai pengataan itu.
20
Pihak Defendan Kedua selanjutnya telah memfailkan Afidavit Balasan pada 30 Oktober 2023 menerusi penama Mohamad Huzairi Bin Hassan, pegawai Insolvensi cawangan Johor Bahru antara lain mengatakan bahawa fakta bahawa Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia yang merupakan Pentadbir kebankrapan bagi Defendan Ketiga tidak bermaksud bahawa ia sepatutnya dinamakan sebagai salah satu pihak.
21
Selain dari itu beliau mengatakan bahawa Plaintif telah gagal mematuhi prosedur undang-undang yang diperuntukkan dalam Akta S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w Insolvensi 1967 dalam memulakan tindakan ini. Beliau juga mengatakan bahawa Defendan Ketiga adalah dibenarkan untuk memulakan tindakan ini dan membela diri dalam saman yang difailkan oleh Plaintif dengan syarat saksi telah diperoleh dari Ketua Pengarah Insolvensi.
22
Mahkamah telah membaca kesemua isu dan perkara di dalam hujahan bertulis yang telah difailkan oleh pihak-pihak yang bijaksana.
23
Persoalan yang perlu dijawab adalah samada Permohonan Defendan Kedua bagi membatalkan Writ Saman yang difailkan oleh Plaintif ini harus dibenarkan. Hujahan pihak-pihak 24. Pihak Plaintif telah menghujahkan bahawa oleh kerana Defendan Pertama dan Defendan Kedua mengatakan bahawa mereka tidak mempunyai apa-apa tuntutan ke atas kereta tersebut maka hakmilik ketuanpunyaan (ownership) kereta itu menjadi lompong. Oleh itu menurutnya mahkamah harus memberikan hakmilik kepada Plaintif untuk memberikan kuasa kepada Palintif untuk melakukan apa yang perlu ke atas kereta tersebut.
25
Berkenaan dengan Kegagalan mendapatkan sanksi terlebih dahulu dari Ketua Pengarah Insolvensi, Plaintif mengatakan bahawa sanksi S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w adalah tidak diperlukan sebagaimana di putuskan dalam kes Mahkamah Persekutuan Re Khoo Kim Hock (1974) 2 MLJ 29 di dalam kes Ho Ken Seng v Progressive Insurance Sdn Bhd (2013) 3 MLRA.
26
Juga kerana pihak Defendan Pertama telah melepas diri dengan memfailkan POD dan dengan pengataan Defendan Kedua yang tidak mahu melibatkan diri.
27
Maka oleh kerana kedua-dua pihak Defendan Pertama dan Defendan Kedua tidak mahu mengambil milikan kereta itu maka adalah menjadi tugas mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif ini.
28
Manakala Defendan Kedua pula menghujahkan bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah untuk memulakan tindakan ini, tidak berasas dan cacat dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah.
29
Mahkamah adalah mempunyai kuasa untuk membatalkan Writ dalam kes yang secara terang dan nyata tidak boleh dikekalkan.
30
Defendan Kedua menghujahkan bahawa Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan memandangkan sebarang urusan, transaksi atau perjanjian yang melibatkan kereta tersebut tidak membabitkan dan adalah diluar pengetahuan Defendan Kedua.
31
Plaintif juga tidak mempunyai kapasiti untuk memulakan tindakan ini terhadap Defendan Ketiga yang masih berstatus Bankrap dan masih belum dilepaskan daripada kebankrapan sehingga hari ini.
32
Seksyen 8 (1)(a) Akta Insolvensi 1967 dengan jelas mengariskan bahawa sebarang tindakan ke atas si Bankrap hanya boleh diambil sekiranya kebenaran Mahkamah telah diperolehi oleh pihak yang ingin memulakan tindakan itu.
33
Tanpa adanya apa-apa kebenaran dari mahkamah, maka Plaintif tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan saman ke atas Defendan Kedua kerana telah tidak mematuhi perutukan di bawah Akta Kebankrapan itu.
34
Tindakan ini juga adalah merupakan tindakan yang remeh, mengaibkan dan menyusahkan Defendan Kedua kerana Plaintif telah dengan secara cuai memfailkan tindakan ini terhadap Defendan Kedua kerana Defendan Kedua hanya mempunyai tugas untuk mentadbir kebankrapan Defendan Ketiga dan tidak sama sekali bertanggungan ke atas apa-apa hutang dan liabiliti Defendan Ketiga.
35
Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan bagi jumlah kos baik pulih kenderaan atau secara alternative memindahmilik kereta itu adalah diluar pengetahuan Defendan Kedua dan tidak melibatkan Defendan S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w Kedua secara langsung atau tidak memandangkan segala urusan yang berlaku adalah di antara Plaintif dan Defendan Ketiga sahaja.
36
Sekalipun Plaintif mendakwa bahawa Defendan Kedua dinamakan adalah atas tujuan sebagai Pentadbir hal ehwal Defendan Ketiga bukannya berkaitan dengan hutang Defendan Ketiga, namun dakwaan tersebut tidak boleh dijadikan alasan yang membolehkan tuntutan dibuat ke atas Defendan Kedua dengan sewenang-wenangnya.
37
Kegagalan pihak Plaintif mendapatkan kebenaran mahkamah sebelum memulakan tindakan ini adalah merupakan satu kesilapan yang fatal terhadap tuntutan Plaintif ini dan ianya adalah merupakan suatu penyalahgunaan proses mahkamah. Keputusan 38. Mahkamah ini telah membenarkan Permohonan Defendan Kedua. Writ Saman terhadap Defendan-Defendan adalah dibatalkan dengan kos. Daripada fakta yang ada, adalah jelas bahawa tiada apa-apa kebenaran yang telah dimohon dan diperolehi oleh pihak Plaintif dari mahkamah sebelum memulakan tindakan ke atas Defendan Ketiga dan Pertama atau menamakan Defendan Kedua di dalam kes ini dan ini adalah dengan jelas S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w melanggar peruntukan di bawah seksyen 8 (1)(a) Akta Kebankrapan 1967.
39
Section 8. Effect of bankruptcy order.
1
On the making of a bankruptcy order—
a
except as provided by this Act, no creditor to whom the bankrupt is indebted in respect of any debt provable in bankruptcy shall have any remedy against the property or person of the bankrupt in respect of the debt, or shall proceed with or commence any action or other legal proceeding in respect of such debt unless with the leave of the court and on such terms as the court may impose; and
b
all the property of the bankrupt shall become divisible among his creditors and shall vest in the Director General of Insolvency and the Director General of Insolvency shall be the receiver, manager, administrator and trustee of all properties of the bankrupt.
40
Peruntukan ini jelas mengatakan bahawa mana-mana Pemiutang yang mana siBankrap mempunyai apa-apa hutang kepadanya tidak boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana hartanya melainkan setelah mendapat kebenaran dari Mahkamah tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan.
41
Oleh itu jelas di dalam kes kita bahawa tiada apa-apa kebenaran yang telah diperolehi oleh pihak Plaintif sebelum mereka meneruskan tindakan ke atas Defendan Ketiga.
42
Ini menunjukkan bahawa Plaintif tiada locus standi untuk meneruskan tindakan ini kepada Defendan Ketiga. Sekiranya suatu kebenaran telah diperolehi oleh pihak Plaintif, maka sudah tentu tidak timbul isu locus standi malahan permohonan ini mempunyai kesan sebaliknya.
43
Selanjutnya oleh kerana Defendan Kedua telah dituntut secara bersesama dan berasingan, maka ini bertentangan dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan Kedua hanya dinamakan sebagai pihak yang mentadbir harta Defendan Ketiga. Bagi maksud bersesama dan berasingan ini menunjukkan bahawa Defendan Kedua adalah dikehendaki bertanggungan sepenuhnya kepada hutang pembaikian kereta Defendan Ketiga yang secara perundangannya dimiliki oleh Defendan Pertama, yang mana ini menjadikan kausa yang salah oleh Plaintif terhadap Defendan Kedua yang mana Defendan Kedua bukanlah pihak yang berhutang kepada Plaintif.
44
Apa yang perlu dibuat oleh pihak Plaintif terhadap Defendan Kedua hanyalah menyerahkan satu POD (Proof Of Debt) dan pihak Defendan S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w Kedua tidak ada apa-apa masalah untuk menguruskan harta Defendan Ketiga itu, yang mana ini gagal dilakukan oleh pihak Plaintif.
45
Selain dari itu, Plaintif juga boleh meneruskan tindakan kepada Defendan Ketiga sekiranya mereka mahu setelah mereka mendapat Kebenaran dari mahkamah untuk membuat tindakan undang-undang terhadap Defendan Ketiga terlebih dahulu dan in juga gagal dibuat oleh Plaintif di dalam kes ini.
46
Oleh yang demikian maka mahkamah mendapati pihak Plaintif telah tersalah arah di dalam tuntutannya ini yang mana rangkuman pihak Defendan ini adalah tidak menepati kehendak undang-undang prosidural malahan undang-undang asas. Writ Saman hendaklah dibatalkan secara keseluruhannya keatas kesemua Defendan-defendan kerana ianya tidak dapat dipertahankan kerana kewujudannya menjadi tidak berasas dan menjadi terbatal dari awal (ab initio). D.
47
Setelah membaca kesemua dokumen yang telah difailkan yang berkaitan dengan permohonan ini dan setelah membaca kesemua hujahan bertulis yang telah difailkan oleh kedua-dua belah pihak yang S/N OCao/JaoYkClO27wVy8s2w bijaksana, maka mahkamah berpendapat bahawa keputusan yang diberikan adalah mengikuti undang-undang. Sekian. Disediakan oleh: t.t KAMARUDIN BIN KAMSUN, HAKIM, MAHKAMAH SESYEN 3 JOHOR BAHRU Bertarikh: 4 JANUARI 2024 Bagi pihak Plaintif: Tetuan Rama & Associates. Seremban. Bagi pihak Defendan Pertama: Tetuan K Y Sim & Co. Johor Bahru. Bagi pihak Defendan Kedua: Peguam Kanan Persekutuan, Johor.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.