Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B52NCC-1511-06/2025 ANTARA BOOST BANK BERHAD (No. Syarikat: 202301007223 / 1501144-T) …PLAINTIF
WA-B52NCC-1511-06/2025
Sessions Court of Malaysia22 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“u yang boleh dibicarakan hatta satu isu sekalipun, maka ianya sudah memadai untuk penghakiman terus ditolak dan kes dibicarakan. Di dalam kes ABDULLAH ROHANI V. PUNCA KLASIK SDN BHD [2004] 1 CLJ 773; [2004] MLJU 754, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa suatu kes wajar dibicarakan sekiranya defendan berjaya memuaska”
“31. Di dalam kes BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD & ORS v. REDHARESOURCES SDN BHD & ORS [2016] CLJU 1156, diputuskan seperti berikut: "[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and have agreed on these terms voluntarily. They have acted”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN NO: WA-B52NCC-1511-06/2025 ANTARA BOOST BANK BERHAD (No. Syarikat: 202301007223 / 1501144-T) …PLAINTIF
1
SRI DAYAA MANUFACTURING SDN. BHD. (No. Syarikat: 201301023461 (1053290-P))
2
S. P. RAVICHANDRAN A/L S. PERIASAMY (No. K/P: 640423-10-7607)
3
LOGANATHAN A/L THIAGARAJAN (No. K/P: 740520-08-6965) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 8 di bawah Aturan 14 Kaedah 1 dan 3 KKM 2012)
1
PENDAHULUAN Plaintif di dalam tindakan ini telah memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan-Defendan yang menuntut Defendan-Defendan secara bersesama dan berasingan antara lain untuk bayaran balik keseluruhan jumlah tertunggak sejumlah RM749,867.44 setakat 4.6.2025 dengan kadar faedah tetap 18% setahun dan faedah lewat bayar 1% setahun di bawah pembiayaan yang telah diberikan kepada Plaintif.
2
Selanjutnya, Plaintif telah memfailkan suatu permohonan untuk memasukkan penghakiman terus ke atas Defendan-Defendan di bawah A.14 K.1 dan K.3 KKM 2012 di kandungan 8. S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g
3
Mahkamah ini telah setelah meneliti keseluruhan kertas kausa, hujahan-hujahan dan ikatan-ikatan otoriti yang telah difailkan oleh pihak-pihak berkenaan permohonan interlokutori Plaintif tersebut telah pada 22.10.2025 memutuskan dengan membenarkan kandungan 8 dengan kos RM4,000.00.
4
Tidak berpuashati atas keputusan tersebut, Defendan kemudiannya telah memfailkan suatu notis rayuan ke Mahkamah Tinggi yang merayu atas keseluruhan keputusan tersebut. B. ALASAN PERMOHONAN PLAINTIF Secara ringkas alasan permohonan Plaintif di kandungan 8 adalah seperti berikut:
5
Defendan Pertama telah pada Jun 2024 memohon kemudahan pembiayaan daripada Axiata Digital Capital yang juga dikenali sebagai “Boost Credit”.
6
Permohonan Defendan Pertama telah diluluskan dan satu surat tawaran dan kebenaran bertarikh 12.6.2024 telah diberikan kepada Defendan Pertama. Pembiayaan yang diluluskan adalah berlandaskan konsep syariah komoditi murabahan yang diperolehi daripada Boost Credit akan dipindahkan kepada Palintif serta ditukarkan kepada kemudahan pembiayaan konvensional.
7
Pada 26.11.2024, Defendan Kedua, Ketiga dan seorang individu bernama Abdul Rani Abdullah yang merupakan pengarah-pengarah Defendan Pertama telah menandatangai surat tawaran dan kebenaran tersebut serta bersetuju dengan terma-terma tersebut.
8
Melalui perjanjian pembiayaan bertarikh 5.2.2025 yang telah dimasuki oleh Defendan Pertama dan Plaintif, segala rekod, maklumat dan dokumen berkatan kemudahan pembiayaan tersebut telah dipindahkan dari Boost Credit kepada Plaintif untuk diuruskan sepenuhnya oleh Plaintif. S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g
9
Defendan Kedua dan Ketiga selaku pengarah-pengarah Defendan Pertama telah memasuki perjanjian jaminan bertarikh 5.2.2025 yang merupakan penjamin-penjamin dan penghutang utama bagi kesemua jumlah pembiayaan yang kena dibayar oleh Defendan Pertama kepada Plaintif di bawah perjanjian pembiayaan tersebut.
10
Melalui kemudahan pembiayaan tersebut, Boost Credit telah melepaskan kemudahan permbiayaan berjumlah RM800,000.00 kepada Defendan Pertama tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perjanjian kemudahan tersebut. Kini jumlah pembiayaan tersebut adalah sebanyak RM700,000.00 di bawah kemudahan term loan.
11
Antara lain terma-terma dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh Defendan Pertama di bawah kemudahan pembiayaan tersebut adalah Defendan Pertama hendaklah membayar balik jumlah pembiayaan tersebut secara 21 bulan ansuran bulanan sebanyak RM45,333.35 bagi 20 bulan pertama dan RM43,445.94 bagi bulan terakhir dan Plaintif berhak untuk menarik balik atau menamatkan perjanjian pembiayaan tersebut dan menuntut baki hutang tertunggak pada bila-bila masa jika Defendan Pertama gagal membuat bayaran balik penurut perjanjian pembiayaan tersebut.
12
Defendan-Defendan telah gagal dan/atau enggan dan/atau cuai untuk membuat bayaran balik ansuran bulanan seperti yang telah dipersetujui dan telah memungkiri terma-terma dan syarat-syarat perjanjian pembiayaan dan perjanjian jaminan tersebut. Plaintif terpaksa menarik balik dan menamatkan perjanjian pembiayaan tersebut dan menuntut kesemua jumlah yang perlu dibayar dibawah pembiayaan tersebut dari Defendan-Defendan.
13
Walaupun tuntutan telah dibuat melalui peguamcara plaintif, Defendan-Defendan masih enggan dan/atau gagal dan /atau cuai untuk menjelaskan bayaran tunggakan tersebut. S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g
14
Tuntutan Plaintif adalah jelas dan nyata untuk mewajarkan permohonan penghakiman terus dimasukkan terhadap Defendan-Defendan tanpa perlu perbicaraan penuh dijalankan.
15
Pembelaan Defendan-Defendan langsung tidak mempunya merit di dalam tindakan ini dan Defendan-Defendan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat dalam perjanjian pembiayaan dan perjanjian jaminan tersebut. C. BANTAHAN DEFENDAN Defendan-Defendan dalam menentang permohonan ini menyatakan seperti yang berikut:
16
Defendan-Defendan mengakui Defendan Pertama pernah memohon kemudahan pembiayaan tersebut daripada Boost Credit namun menafikan berkenaan dengan konsep syariah Komoditi Murabahan yang diperolehi daripada Boost Credit dipindahkan kepada Plaintif serta ditukarkan kepada kemudahan pembiayaan konvensional.
17
Tiada sebarang kontrak bertarikh 25.10.2025 ditandatangan oleh Defendan-Defendan. Dokumen-dokumen consent letter for credit checks and disclosure of credit information tiada dalam pengetahuan Defendan-Defendan.
18
Defendan-Defendan tiada pengetahuan berkenaan dengan perjanjian jaminan yang pernah ditandatangan oleh Defendan Kedua dan Ketiga.
19
Defendan-Defendan tiada pengetahuan berkenaan dengan surat tuntutan yang kononnya telah dihantar oleh Plaintif yang kononnysa dahulu dikenali sebagai Boost Bhd. Defendan-Defendan tiada pengetahuan berkenaan dengan Boost Bhd. S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g
20
Tindakan Plaintif menghantar surat tuntutan dan penarikan balik adalah pra-matang dan jumlah yang dipindahkan adalah RM700,000.00 sedangkan Plaintif menuntut jumlah tertunggak setakat pada 5.5.2025 sejumlah RM730,238.69 adalah dipertikaikan kerana Defendan pertama pernah membuat pembayaran balik kemudahan tersebut.
21
Defendan-Defendan menafikan perjanjian jaminan yang tidak pernah ditandatangani dan Defendan-Defendan tiada pengetahuan berkenaan jumlah tuntutan tertunggak.
22
Terdapat isu-isu untuk dibicarakan dan hanya boleh diputuskan menerusi perbicaraan penuh dengan keterangan saksi-saksi. Permohonan Plaintif hendaklah ditolak.
23
PRINSIP UNDANG-UNDANG Mahkamah ini merujuk kepada Aturan 14 Kaedah 1 KKM 2012 yang memperuntukkan seperti berikut: “1. Application by plaintiff for summary judgment (O. 14 r. 1)
1
Where in an action to which this rule applies a statement of claim has been served on a defendant and that defendant has entered an appearance in the action, the plaintiff may, on the ground that the defendant has no defence to a claim included in the writ, or to a particular part of such a claim, or has no defence to such a claim or part thereof except as to the amount of any damages claimed, apply to the Court for judgment against that defendant.”
24
Berdasarkan peruntukkan undang-undang, penghakiman terus hanya boleh diberikan di dalam keadaan yang jelas (plain and obvious) serta bila mana defendan-defendan gagal untuk mengemukakan isu-isu untuk dibicarakan. Prinsip undang-undang ini telah dijelaskan di dalam kes CEMPAKA FINANCE BHD V. HO LAI YING & ANOR [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685, dan NATIONAL COMPANY FOR FOREIGN TRADE V. KAYU RAYA SDN BHD [1984] 1 CLJ (REP) 283; [1984] 1 MLRA 190; [1984] 2 MLJ S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g 300, Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Persekutuan telah memutuskan: “1) In an application under O. 14, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: - that the defendant must have entered appearance; - the statement of claim must have been served on the defendant; and - the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O. 14 in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent’s belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite (see para. 5); Supreme Leasing Sdn Bhd v. Dior Enterprises & Ors [1990] 2 MLJ 36 followed.”
25
Kaedah pemakaian A. 14 KKM 2012 juga dapat dilihat melalui kes MALAYAN INSURANCE (M) SDN BHD V. ASIA HOTEL SDN BHD [1987] 1 CLJ 246; [1987] CLJ (REP) 182; [1987] 2 MLJ 183, Mahkamah Agung telah memutuskan: “The underlying philosophy in the O. 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable defence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases.”
27
Sehubungan itu, berdasarkan prinsip undang-undang dan keputusan mahkamah persekutuan di atas mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan kertas kausa mendapati bahawa Plaintif telah memenuhi keperluan awalan berikut: i. Penyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan; ii. Defendan telah memasuki memorandum kehadiran; dan S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g iii. permohonan Plaintif disokong dengan suatu afidavit yang menentusahkan fakta yang menjadi asas tuntutan yang permohonan berkaitan itu diasaskan. Deponen afidavit sokongan tersebut juga telah menyatakan bahawa mengikut kepercayaannya Defendan-Defendan tidak ada pembelaan terhadap tuntutan dalam penyataan tuntutan.
28
Memandangkan keperluan awalan tersebut di atas telah dipenuhi, beban kini beralih kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan di bawah Aturan 14 kaedah-kaedah 3 dan KKM 2012 bahawa terdapat isu atau persoalan yang dipertikaikan yang patut dibicarakan atau terdapat sesuatu sebab yang lain patut untuk diadakan perbicaraan mengenai tuntutan terhadapnya (rujuk juga UNITED MERCHANT FINANCE BHD V. MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR [1999] 2 CLJ 151; [1999] 1 MLJ 657).
29
Seterusnya bagi menggunapakai peruntukan undang-undang tersebut, sekiranya Defendan-Defendan dapat menimbulkan sebarang isu yang boleh dibicarakan hatta satu isu sekalipun, maka ianya sudah memadai untuk penghakiman terus ditolak dan kes dibicarakan. Di dalam kes ABDULLAH ROHANI V. PUNCA KLASIK SDN BHD [2004] 1 CLJ 773; [2004] MLJU 754, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa suatu kes wajar dibicarakan sekiranya defendan berjaya memuaskan mahkamah bahawa terdapat “isu yang dipertikaikan” atau satu “isu yang bona fide untuk dibicarakan”.
30
Berdasarkan ringkasan fakta kes ini, Defendan-Defendan telah membangkitkan dan mempertikaikan isu berkenaan jumlah keberhutangan yang menjadi tuntutan Plaintif yang dikatakan tidak tepat serta atas alasan Defendan-Defendan pernah membayar pinjaman tersebut sebelumnya. Defendan-Defendan juga menafikan berkenaan perjanjian jaminan yang dikatakan tidak pernah ditandatangani. Plaintif selanjutnya menyatakan bahawa keadah pembiayaan yang ditawarkan oleh Palintif adalah secara digital yang tidak memerlukan tandatangan yang mana telah dijelaskan dalam surat tawaran Plaintif kepada Defendan-Defendan. Walaubagaimanapun, mahkamah ini mendapati Defendan-Defendan tidak langsung mengemukakan S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g sebarang bukti dokumentasi untuk menunjukkan dan atau menjelaskan pertikaian jumlah tuntutan tersebut.
31
Plaintif juga telah mengemukakan perakuan keberhutangan dan penyata akaun sebagaimana di ekshibit A-6. Mahkamah ini merujuk kepada kes CEMPAKA FINANCE BHD V. HO LAI YING (TRADING AS KH TRADING) & ANOR [2006] 3 CLJ 544; [2006] 2 MLJ 685 di mana Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa perakuan keberhutangan adalah keterangan muktamad dan mencukupi untuk Plaintif membuktikan keberhutangan Defendan-Defendan dan jika dicabar maka beban terletak kepada Defendan-Defendan untuk membuktikan sebaliknya seperti berikut: "A certificate of indebtedness operates in the field of adjectival law, excusing the plaintiff from adducing the proof of debt and shifting the burden onto the defendant to disprove the amount claimed. In the instant case, the relevant cls. 27 and 7.03 of the loan agreement and guarantee agreement respectively were sufficiently clear. A clause of this nature has been described as a conclusive evidence clause and has been held to be binding and valid by courts in Australia and England. The certificate of indebtedness, issued in accordance with the aforesaid cls. 27 and 7.03, was lucid enough. There was nothing to indicate or suggest any manifest error on the face of the said certificate nor was any fraud shown."
30
Selanjutnya mahkamah ini merujuk kepada kes nas undang-undang yang menyatakan bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan perjanjian yang telah dimasuki dan ditandatangani serta jika terma adalah jelas, maka tidak perlu ada bukti lain. Plaintif dan Defendan Pertama di sini telah memasuki perjanjian kemudahan pinjaman dan Defendan Kedua serta Ketiga pula selaku penjamin yang mana terma-termanya adalah dengan jelas mengikat setiap pihak. Di dalam kes DEUTSCHE BANK (MALAYSIA) BHD v. MBD HOLDINGS BERHAD & ANOR [2015] 8 CLJ 1068; [2015] 6 MLRA 583, diputuskan seperti berikut: S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g "But where a claim is based on a proved or admitted express agreement, the courts do not require, in addition, proof that parties to an ordinary commercial relationship actually intended to be bound"
31
Di dalam kes BANK MUAMALAT MALAYSIA BHD & ORS v. REDHARESOURCES SDN BHD & ORS [2016] CLJU 1156, diputuskan seperti berikut: "[21] Parties in this case were aware of these clear terms upon entering into all the agreements between them and have agreed on these terms voluntarily. They have acted on the agreements and the Respondents had in fact benefitted from the transactions involved and should not be allowed to raise issues on the terms voluntarily agreed upon.”
32
Berkaitan isu penjamin utama yang mana Defendan Kedua dan Ketiga di dalam kes ini dianggap penjamin utama, rujukan kepada kes ANDREW LEE SIEW LING v. UNITED OVERSEAS BANK (M) BHD [2012] 3 CLJ 708 yang memutuskan seperti berikut: "It is our considered view that in the present case the appellant, being a person who has given a guarantee and more importantly an indemnity, is primarily liable for losses which the principal borrower could not have been made liable. His liability is not dependent or secondary to the liability of the principal borrower. He is a principal debtor himself. The liability under a contract of indemnity does not depend on whether the principal debt is enforceable. It has no reference in law to the obligation of any third person. In essence, the liability of the person who has given an indemnity can be more extensive than that of the liability of the principal borrower.”
33
Mahkamah ini mendapati terma-terma perjanjian jaminan adalah jelas, maka Defendan Kedua dan Ketiga tidak boleh lari dari tanggungjawab masing-masing sebagai penjamin dan/ atau merupakan atau dianggap sebagai peminjam utama. Apabila perlanggaran atau pengabaian Defendan Pertama dalam memenuhi obligasinya terhadap Plaintif untuk membuat bayaran ansuran sebagaimana perjanjian, Defendan Kedua dan Ketiga S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g adalah bertanggungan untuk tanggung rugi terhadap tuntutan tunggakan keberhutangan Defendan Pertama kepada Plaintif.
34
DAPATAN MAHKAMAH Secara ringkas, mahkamah ini setelah meneliti keseluruhan kertas kausa, hujahan-hujahan dan ikatan otoriti yang telah difailkan di sini mendapati atas imbangan kebarangkalian bahawa:
34
34.1 Defendan-Defendan tidak menafikan berkenaan fakta bahawa terdapat permohonan oleh Defendan Pertama bagi kemudahan pembiayaan dan Defendan Pertama telah menerima tawaran kemudahan pembiayaan sejumlah RM800,000.00 dari Boost Credit tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung didalam perjanjian pembiayaan tersebut.
34
34.2 Defendan-Defendan mengakui telah menandatangani surat tawaran dan kebenaran kemudahan pembiayaan tersebut.
34
34.3 Defendan Kedua dan Ketiga telah menandatangani perjanjian jaminan dan bertanggungan ke atas hutang tertunggak Defendan Pertama.
34
34.4 Defendan-Defendan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat di dalam perjanjian pembiayaan dan perjanjian jaminan.
34
34.5 Sekalipun Defendan Pertama pernah membayar ansuran bulanan kemudahan pembiayaan tersebut namun Defendan-Defendan tidak menafikan bahawa terdapat pelanggaran terma apabila Defendan Pertama dan/atau Defendan-Defendan gagal membuat bayaran ansuran selanjutnya sebagaimana yang terkandung di dalam perjanjian pembiayaan dan perjanjian jaminan yang telah dimasuki sebelumnya.
34
34.6 Defendan-Defendan telah gagal dan/atau enggan dan/atau cuai untuk membayar tunggakan ansuran bulanan kemudahan pembiayaan S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g tersebut kepada Plaintif. Defendan-Defendan telah melanggar perjanjian kemudahan dan perjanjian jaminan tersebut.
34
34.7 Pembelaan Defendan-Defendan merupakan suatu penafian dan tidak mempunyai isu-isu untuk dibicarakan.
34
34.8 Defendan-Defendan telah memperolehi manfaat dari kemudahan pembiayaan tersebut dan Defendan-Defendan adalah bertanggungan secara bersesama dan berasingan ke atas tunggakan terhutang terhadap Plaintif.
34
34.9 Oleh itu, atas huraian dan rujukan yang telah dibincangkan diatas, makamah ini memutuskan permohonan Plaintif di kandungan 8 dibenarkan dengan kos RM4,000.00 dibayar oleh Defendan-Defendan kepada Plaintif. [SITI FATIMAH BINTI TALIB] HAKIM MAHKAMAH SESYEN SIVIL KUALA LUMPUR Bertarikh pada: 9 Januari 2026 Peguamcara bagi Plaintif: Tetuan Che Mokhtar & Ling Peguamcara bagi Defendan: Tetuan Pathi & Associates S/N ty/WIbyIQkC4CaiikoQ88g
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.