Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.:BA-24NCvC-768-04/2025 Dalam perkara Akta Mahkamah Kehakiman 1964, termasuk Seksyen 23, 25, 84 dan
BA-24NCvC-768-04/2025
High Court of Malaysia23 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“Abdul Hamid Mohamad FCJ delivering the judgment of the court [45] The point to note here is that both courts, civil and syariah, are creatures of statutes. Both owe their existence to statutes, the Federal Constitution, the Acts of Parliament and the State Enactments. Both get their jurisdictions from statutes ie, cons”
“kes AJS v JMH and Another Appeal [2022] 1 MLJ 778 di Mana Mahkamah Persekutuan (penghakiman majoriti) memutuskan bahawa − “[37] Section 3(3) of the LRA however is very clear in its terms. The words ‘This Act shall not apply to a Muslim’ do not give rise to two possible constructions. There is simply no room for any oth”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO.:BA-24NCvC-768-04/2025 Dalam perkara Akta Mahkamah Kehakiman 1964, termasuk Seksyen 23, 25, 84 dan
Part
Bahagian 1
Schedule
Jadual Akta Mahkamah Kehakiman 1964 Dan Dalam perkara Perlembagaan Persekutuan, termasuk Perkara 11 dan Perkara 12(4) Dan Dalam perkara Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976, termasuk seksyen 3(3) Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976. Dan Dalam perkara Akta Relief Spesifik 1950, termasuk Seksyen 41 dan 44 Akta Relief Spesifik 1950. Dan Dalam perkara Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, termasuk Aturan 5 Kaedah 3 dan 4, Aturan 7, Aturan 15 Kaedah 16 dan Aturan 28 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Dan 05/09/2025 21:32:18 BA-24NCvC-768-04/2025 Kand. 23 Dalam perkara bidang kuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini ANTARA BRANDON YEOH PHEE LIANG (No. K/P: 880217-07-5053) − PLAINTIF DAN JABATAN PENDAFTARAN NEGARA, MALAYSIA −DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Saman Pemula ini bertarikh 8-4-2025 difailkan untuk Mahkamah Tinggi memberikan Perintah − • deklarasi bahawa Plaintif ialah dan sentiasa seorang bukan Islam. • bersifat mandamus mengarahkan Defendan untuk mengemas kini status agama Plaintif untuk mencerminkan deklarasi yang diberikan. [2] Pada 23-7-2025, Mahkamah ini menolak Saman Pemula ini dengan kos. Alasan Permohonan/afidavit sokongan oleh Plaintif dan ibu kandung Plaintif [3] Dalam afidavit untuk menyokong permohonan ini, Plaintif dan ibu kandungnya menyatakan alasan seperti berikut: Latar belakang Plaintif: [4] Plaintif menceritakan latar belakangnya iaitu − • Pada 17.2.1988, saya dilahirkan oleh Molly binti Awang di Hospital Bersalin Pulau Pinang yang terletak di George Town, Pulau Pinang. • Kelahiran saya telah didaftarkan dengan Defendan pada 25.2.1988. • Dalam sijil kelahiran saya, ia adalah direkodkan bahawa ibu bapa saya adalah: 6.1. Yeoh Keat Siew (No. K/P Lama: 2918761), bapa saya yang berketurunan Cina; 6.2. Molly binti Awang (No. K/P Lama: 4288289), ibu saya yang berketurunan Melayu; dan 6.3. Tiada butiran-butiran mengenai agama mereka. • Ibu bapa saya pernah mempunyai hubungan cinta tetapi mereka tidak pernah berkahwin antara satu sama lain. Mereka akhirnya berpisah pada tahun 1995. • Sejak itu, saya dibesarkan berseorangan oleh bapa saya sebagai seorang penganut agama Buddha. Bapa saya meninggal dunia pada tahun 2016. • Apabila saya mencapai umur 12 tahun, saya telah diberikan Kad Pengenalan bukan Islam oleh Defendan. • Saya telah sejak kecil lagi mengamalkan agama Buddha sambil mengekalkan adat-adat dan tradisi-tradisi Cina, termasuklah menyambut Tahun Baru Cina, Perayaan Ching Ming dan upacara (ceremony) khas mengikut ajaran-ajaran (teachings) Buddha. Saya secara tetap melakukan puja, mengunjungi tokong-tokong dan berdoa di hadapan patung-patung Buddha. • Saya menghadiri Sekolah Jenis Kebangsaan Cina La Salle, Kuala Lumpur bagi pendidikan rendah saya, di mana Bahasa Cina merupakan bahasa perantara utama pendidikan, dan seterusnya di Sekolang Menengah Kebangsaan Vivekananda, Kuala Lumpur yang mengikut kurikulum secular, bagi pendidikan menengah. • Sepanjang pendidikan rendah dan menengah saya, mata-mata pelajaran atau aktiviti-aktiviti kokurikulum saya tidak melibatkan pendidikan agama atau elemen-elemen agama Islam dan saya perlu sentiasa menghadiri kelas-kelas pendidikan moral. • AGAMA IBU SAYA, MOLLY BINTI AWANG: Saya telah dimaklumkan oleh ibu saya bahawa beliau dilahirkan oleh seorang Mabel Dragon yang berketurunan Cina, dan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Eurasia dan bapanya adalah Awang bin Mann, yang berketurunan Melayu. Walaubagaimanapun, beliau telah menjadi seorang Kristian sejak kecil dan telah dibaptis pada sekitar umur 7 hingga 8 tahun. Pada setiap masa yang material, Molly tidak pernah menyertai dan/atau mengekalkan sebarang amalan-amalan agama Islam. Beliau tidak pernah menghadiri sebarang ritual-ritual atau upacara-upacara yang berkaitan dengan agama Islam, seperti solat berjemaah, berpuasa semasa Ramadan atau bentuk-bentuk ibadah lain yang ditetapkan oleh agama Islam. • PERMOHONAN KEPADA DEFENDAN UNTUK PENDAFTARAN PERKAHWINAN SIVIL PLAINTIF: Pada awal tahun 2024, saya telah memohon kepada Defendan untuk pendaftaran perkahwinan sivil saya tetapi permohonan tersebut telah ditolak oleh Defendan melalui suratnya bertarikh 5.7.2024, di mana saya dinasihati untuk mendapatkan Perintah Mahkamah berkenaan dengan status agama saya bagi tindakan selanjutnya. • Saya telah dinasihatkan oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa tindakan ini tidak berkaitan dengan penolakan (renunciation) agama Islam tetapi sebaliknya, untuk suatu deklarasi bahawa saya bukan dan tidak pernah menjadi seorang Muslim. • Pada setiap masa yang material, saya adalah seorang penganut agama Buddha dan tidak pernah menganut agama Islam. • Saya sesungguhnya menyatakan bahawa saya dilahirkan dan dibesarkan sebagai seorang penganut agama Buddha berdasarkan latar belakang fakta iaitu dilahirkan dalam keluarga beragama Buddha dan dibesarkan mengikut ajaran-ajaran dan tradisi-tradisi agama Buddha; kad pengenalan didaftarkan sebagai bukan Islam dan tidak menunjukkan bahawa saya menganut agama Islam; asuhan saya adalah selalu berdasarkan kepercayaan dan amalan agama Buddha dan tidak pernah mengikut kepercayaan, amalan atau pendidikan agama Islam; dan sejauh pengetahuan saya, tiada rekod dengan mana-mana pihak berkuasa agama atau pendidikan yang menunjukkan bahawa saya menganut agama Islam. • Sepanjang kehidupan saya, saya secara konsisten mendeklarasikan agama saya sebagai agama Buddha apabila dikehendaki membuat deklarasi sedemikian. Sebagai perkara reputasi umum, saya sentiasa diiktiraf dan dianggap sebagai seorang penganut agama Buddha. • Berdasarkan pemahaman dan penghargaan saya terhadap agama Buddha, saya dengan benar dan dengan ikhlas percaya kepada ajaran-ajaran dan doktrin-doktrin agama tersebut. Saya secara konsisten memegang kepercayaan saya dalam agama Buddha dan akan terus menganut serta mengamalkannya. • Saya juga dinasihatkan oleh peguam cara saya dan sesungguhnya percaya bahawa ia adalah hak perlembagaan (constitutional right) saya di bawah Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan untuk menganut dan mengamalkan agama pilihan saya, iaitu agama Buddha, seperti yang saya telah menganutkan dan mengamalkan secara konsisten. • Oleh itu, saya dengan sesungguhnya menyatakan bahawa, agama saya adalah dan sentiasa merupakan agama Buddha sejak tarikh kelahiran saya, dan oleh itu, saya berhak sepenuhnya kepada pengesahan (solemnisation) dan pendaftaran (registration) perkahwinan sivil mengikut undang-undang Malaysia. [5] Sebagai menyokong kepada saman pemula ini, ibu kandung Plaintif menceritakan latar belakangnya iaitu − “Saya dengan sesungguhnya menyatakan seperti berikut: 6.1. Saya dilahirkan oleh seorang Mabel Dragon yang berketurunan Cina, tetapi kemudiannya telah diangkat oleh sebuah keluarga Eurasia, dan bapa saya adalah Awang bin Mann yang berketurunan Melayu. 6.2. Saya telah menganut agama Kristian sejak kecil dan telah dibaptis pada sekitar umur 7 hingga 8 tahun. 6.3. Pada setiap masa yang material, saya tidak pernah menyertai dan/atau mengekalkan sebarang amalan-amalan agama Islam. 6.4. Pada masa yang sama, saya tidak pernah menghadiri sebarang ritual-ritual atau upacara-upacara yang berkaitan dengan agama Islam, seperti solat berjemaah, berpuasa semasa Ramadan atau bentuk-bentuk ibadah lain yang ditetapkan oleh agama Islam. 6.5. Saya pernah mempunyai hubungan cinta dengan bapa kandung Plaintif, tetapi saya tidak pernah berkahwin dengan beliau. Kami akhirnya berpisah pada tahun 1995. 6.6. Saya telah melahirkan Plaintif pada on 17.2.1988 di Hospital Bersalin Pulau Pinang, George Town, Pulau Pinang. 6.7. Seterusnya, kelahiran Plaintif telah didaftarkan dengan Defendan pada 25.2.1988. 6.8. Sejak itu, Plaintif dibesarkan berseorangan oleh bapa kandungnya. 7. Saya selanjutnya dengan sesungguhnya menyatakan bahawa − 7.1. MyKad Plaintiff telah didaftarkan sebagai bukan Islam dan tidak menunjukkan bahawa Plaintif menganut agama Islam. 7.2. Tiada rekod dengan mana-mana pihak berkuasa agama atau pendidikan yang menunjukkan bahawa Plaintif telah dan/atau pernah menganut agama Islam. 7.3. Plaintiff tidak pernah menerima pengajaran dalam kepercayaan atau amalan agama Islam. Afidavit Jawapan Defendan (Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara) [6] Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara (Defendan) mengikrarkan afidavit untuk menjawab perkara yang dinyatakan oleh Plaintif dan ibu kandung Plaintif. Jawapan Defendan adalah seperti yang berikut: (a) Dalam Mesyuarat pada 28-6-2024, Panel Jawatankuasa Pertimbangan Khas Isu-Isu berkaitan Perkahwinan Sivil telah memutuskan isu yang berbangkit daripada permohonan Plaintif untuk mendaftarkan perkahwinan Plaintif di kuil. Permohonan Plaintif ini ditolak dan Ulasan Panel ialah “Pengesahan Mahkamah mengenai Status agama Pemohon”. (b) Ibu Plaintif beragama Islam ketika Plaintif dilahirkan. (c) berdasarkan semakan maklumat di Jabatan Pendaftaran Negara, maklumat agama Plaintif adalah Buddha. Tiada maklumat mengenai agama ibu dan bapa Plaintif pada rekod kad pengenalan. Maklumat agama pada sistem pertanyaan (LU2) bagi bapa Plaintif ialah Buddha dan bagi ibu Plaintif ialah Islam. (d) ibu Plaintif telah dibaptis sebagai penganut Kristian namun tiada perintah keluar agama Islam dari Mahkamah Shariah. Ibu Plaintif hanya membuat akuan sumpah pada 24-2-1988 yang menyatakan telah memeluk agama Kristian dan tidak lagi mengamalkan agama Islam. [7] Defendan menyatakan bahawa adalah salah untuk mengiktiraf ibu kandung Plaintif sebagai seorang yang bukan Islam atau keluar dari agama Islam (murtad) kerana kuasa untuk menentukan isu ini adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Shariah. Surat akuan sumpah oleh ibu kandung Plaintif bahawa beliau tidak mengamalkan ajaran Islam adalah tidak memadai. Ini kerana kuasa untuk menentukan sama ada seseorang itu masih beragama Islam atau telah keluar daripada agama Islam (murtad) adalah bidangkuasa eksklusif Mahkamah Shariah. [8] Berkenaan dengan isu yang berikut, Defendan menyatakan − (a) catatan pada sijil kelahiran Plaintif dan pada kad pengenalan Plaintif tidak mencatatkan agama Plaintif, Defendan menyatakan bahawa ibu kandung Plaintif adalah beragama Islam sejak dari kelahiran Plaintif sehingga kini. (b) Defendan menyatakan bahawa apabila timbul isu mengenai status agama ibu kandung Plaintif makai su ini perlu dirujuk kepada Mahkamah Shariah untuk didengar dan diputuskan. (c) berdasarkan fakta/latar belakang Plaintif, ibu dan bapa kandung Plaintif tiada hubungan yang sah dan kelahiran Plaintif merupakan anak tak sah taraf. Penentuan nasab Plaintif adalah di bawah bidangkuasa Mahkamah Shariah. [9] Permohonan pendaftaran perkahwinan oleh Plaintif di bawah Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) 1976 [Akta 164] adalah tidak terpakai ke atas Plaintif yang termasuk dalam takrif “Orang Islam” menurut Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Oleh itu, jikalau Defendan meluluskan permohonan pendaftaran perkahwinan oleh Plaintif di bawah Akta 164, kelulusan sebegini akan memberi implikasi bahawa Defendan dan Jabatan Pendaftaran Negara telah mengiktiraf status agama Plaintif sebagai bukan Islam. bahawa Defendan dan Jabatan Pendaftaran Negara tidak berbidangkuasa untuk membuat penentuan sedemikian. [10] Jawapan Defendan kepada pernyataan dalam afidavit ibu kandung Plaintif ialah − (a) berdasarkan rekod Jabatan Pendaftaran Negara, ibu kandung Plaintif beragama Islam sejak lahir hingga kini. (b) sehingga kini, ibu kandung Plaintif tidak pernah mengemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara apa-apa bukti atau keterangan iaitu Perintah Mahkamah Shariah yang mensahkan ibu kandung Plaintif (Molly binti Awang) bukan lagi seorang yang beragama Islam atau murtad. (c) ketika Plaintif dilahirkan, ibu kandung Plaintif (Molly binti Awang) seorang yang beragama Islam. [11] Defendan menyatakan bahawa adalah salah untuk mengiktiraf ibu kandung Plaintif sebagai seorang yang bukan Islam atau keluar dari agama Islam (murtad) kerana kuasa untuk menentukan isu ini adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Shariah. Apa-apa pernyataan atau pengakuan ibu kandung Plaintif bahawa beliau tidak lagi mengamalkan Islam adalah tidak relevan dalam menentukan status keislaman seseorang yang beragama Islam sejak dilahirkan seperti hal ibu kandung Plaintif. Penilaian dan Dapatan Mahkamah [12] Saya telah meneliti Saman Pemula, afidavit, hujahan bertulis peguam cara terpelajar yang mewakili Plaintif dan Defendan dan saya telah melihat kepada dokumen yang diekshibitkan dalam afidavit-afidavit. [13] Perkara yang dimohon dalam Saman Pemula oleh Plaintif-Plaintif adalah secara khususnya memohon agar Mahkamah ini mengeluarkan suatu perintah perisytiharan bahawa Plaintif ialah dan sentiasa seorang bukan Islam dan lanjutan daripada perintah tersebut maka Defendan diarahkan untuk mengemas kini status agama Plaintif sebagai seorang bukan Islam. Dengan perintah-perintah ini maka langkah selanjutnya ialah Plaintif boleh mendaftarkan perkahwinannya mengikut upacara di kuil. [14] Dalam kes Latifah Mat Zin v. Rosmawati Sharibun & Anor [2007] 5 CLJ 253, Federal Court, Putrajaya (Abdul Hamid Mohamad, FCJ; Ariffin Zakaria, FCJ; Augustine Paul, FCJ), Mahkamah ini memetik perenggan yang berikut yang amat jelas iaitu – “Per Abdul Hamid Mohamad FCJ delivering the judgment of the court [45] The point to note here is that both courts, civil and syariah, are creatures of statutes. Both owe their existence to statutes, the Federal Constitution, the Acts of Parliament and the State Enactments. Both get their jurisdictions from statutes ie, constitution, federal law or State law, as the case may be. So, it is to the relevant statutes that they should look to determine whether they have jurisdiction or not. Even if the syariah court does not exist, the civil court will still have to look at the statutes to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Similarly, even if the civil court does not exist, the syariah court will still have to look at the statute to see whether it has jurisdiction over a matter or not. Each court must determine for itself first whether it has jurisdiction over a particular matter in the first place, in the case of the syariah courts in the States, by referring to the relevant State laws and in the case of the syariah court in the Federal Territory, the relevant Federal laws. Just because the other court does not have jurisdiction over a matter does not mean that it has jurisdiction over it. So, to take the example given earlier, if one of the parties is a non-Muslim, the syariah court does not have jurisdiction over the case, even if the subject matter falls within its jurisdiction. On the other hand, just because one of the parties is a non-Muslim does not mean that the civil court has jurisdiction over the case if the subject matter is not within its jurisdiction. [46] So, there may be cases over which neither court has jurisdiction. It may be said that it cannot be so. In my view, it can be so, because either court obtains its jurisdiction from statute, not from the fact that the other court does not have jurisdiction over the matter. [47] The problem is, everyone looks to the court to solve the problem of the legislature. Judges too, (including myself), unwittingly, took upon themselves the responsibility to solve the problem of the legislature because they believe that they have to decide the case before them one way or the other. That, in my view is a mistake. The function of the court is to apply the law, not make or to amend law not made by the legislature. Knowing the inadequacy of the law, it is for the legislature to remedy it, by amendment or by making new law. It is not the court’s function to try to remedy it. [48] There are cases in which some of the issues fall within the jurisdiction of the civil court and there are also issues that fall within the jurisdiction of the syariah court. This problem too will have to be tackled by the legislature. Neither court can assume jurisdiction over matters that it does not have just because it has jurisdiction over some of the matters arising therein. Neither court should give a final decision in a case only on issues within its jurisdiction. [49] Until the problem is solved by the legislature, it appears that the only way out now is, if in a case in the civil court, an Islamic law issue arises, which is within the jurisdiction of the syariah court, the party raising the issue should file a case in the syariah court solely for the determination of that issue and the decision of the syariah court on that issue should then be applied by the civil court in the determination of the case. But, this is only possible if both parties are Muslims. If one of the parties is not a Muslim such an application to the syariah court cannot be made. If the non-Muslim party is the would-be plaintiff, he is unable even to commence proceedings in the syariah court. If the non-Muslim party is the would-be defendant, he would not be able to appear to put up his defence. The problem persists. Similarly, if in a case in the syariah court, a civil law issue eg, land law or companies law arises, the party raising the issue should file a case in the civil court for the determination of that issue which decision should be applied by the syariah court in deciding the case. … [54] Coming back to the issue of jurisdiction in the instant appeal. We have seen that item 4(e)(i) of the Federal List, inter alia, provides that “succession, testate and intestate; probate and letters of administration” are matters within the Federal jurisdiction. However, para. (ii) of item 4(e) removes “Islamic personal law relating to ... gifts or succession, testate and intestate” from the Federal jurisdiction. This is followed by item 1 of the State List that, inter alia, provides that “Islamic law and personal and family law of persons professing the religion of Islam, including the Islamic law relating to succession, testate and intestate” are matters that fall within the State list.”. (penekanan digariskan) [15] Dalam kes ini, saman pemula ini difailkan di Mahkamah Tinggi Sivil bagi tujuan mendapatkan perintah perisytiharan atau deklarasi untuk “mengumumkan” bahawa Plaintif ialah seorang beragama Buddha seperti bapa kandungnya yang memelihara Plaintif sejak kecil. [16] Peguam cara Plaintif berhujah sebagai menjawab kepada afidavit-afidavit jawapan Defendan, iaitu − “In response, the Plaintiff will submit that − 9.1. This Honourable Court seized the jurisdiction to hear and/or determine this matter as the Plaintiff is not and has never been a Muslim; 9.2. The Plaintiff cannot attained the religion of Islam because he is an illegitimate child; 9.3. Hence, Section 2 of the Administration of the Religion of Islam (State of Selangor) Enactment 2003 and the Administration of the Religion of Islam (State of Penang Island) Enactment 2004 is inapplicable to the Plaintiff. C. THIS IS NOT A CASE OF RENUNCIATION 10. The Plaintiff humbly submits that this Honourable Court seized the jurisdiction to hear and determine this matter because the present case does not concern an “exit”, renunciation or a conversion out of Islam. The Plaintiff’s position is that he was never Muslim to begin with, and not that he is no longer a Muslim. 11. In this regard, the Plaintiff is supported by the Federal Court decision in the case of Rosliza bt Ibrahim v Kerajaan Negeri Selangor & Anor [2021] 2 MLJ 181.”. Peguam cara Plaintif juga memetik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Pendaftar Mualaf Negeri Perlis & Ors v Loh Siew Hong and another appeal [2025] 2 MLJ 324 yang memakai prinsip undang-undang dalam kes Rosliza bt Ibrahim tersebut. [17] Sebagai Mahkamah yang tertakluk kepada prinsip undang-undang stare decisis, keputusan Mahkamah Persekutuan dalam 2 kes itu (Rosliza bt Ibrahim dan Pendaftar Mualaf Negeri Perlis & Ors) berbalik kepada penentuan “before the civil courts determine whether it is they or the Syariah Courts that have jurisdiction, the civil courts must first conduct a ‘proper appreciation of the evidence’ … (d) an ab initio case is where what is alleged is that the applicant was never a Muslim. Ab initio cases constitute those where there is insufficient proof that the applicant ‘affirmatively professed the religion of Islam at the material time’” [18] Bagi tujuan memutuskan saman pemula ini, tugas Mahkamah ialah mengendalikan suatu “proper appreciation of the evidence”. Berdasarkan kepada latar belakang Plaintif dan ibu kandung Plaintif, tindakan Plaintif menyaman Defendan (Ketua Pengarah, Jabatan Pendaftaran Negara) iaitu agensi yang mengeluarkan sijil dan kad identiti seseorang warganegara di Mahkamah Tinggi Sivil semata-mata untuk Mahkamah Tinggi Sivil mengisytiharkan bahawa Plaintif itu bukan seorang yang beragama Islam. Pihak Defendan telah menyiasat identiti dan status agama Plaintif, ibu kandung dan bapa kandung Plaintif sebagaimana rekod yang berada dalam simpanan Jabatan Pendaftaran Negara. [19] Berdasarkan kepada afidavit jawapan Defendan, rekod yang ada dalam pegangan Jabatan Pendaftaran Negara merekodkan bahawa ibu kandung Plaintif ialah seorang yang beragama Islam dan ketika ibu kandung Plaintif melahirkan Plaintif pada 17-2-1988, ibu kandung Plaintif bernama Molly binti Awang itu beragama Islam. Kelahiran Plaintif adalah hasil hubungan antara ibu kandung dan bapa kandung Plaintif bernama Yeoh Keat Siew dan mereka tiada hubungan perkahwinan yang sah. Kelahiran Plaintif merupakan anak tak sah taraf. Mahkamah ini bersetuju dengan pihak Defendan bahawa penentuan nasab Plaintif adalah terletak di bawah bidangkuasa Mahkamah Shariah. [20] Peguam cara Plaintif menegaskan bahawa keputusan-keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut terpakai kepada kes Plaintif ini kerana prinsip undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan adalah jelas nyata terpakai kepada fakta kes Plaintif iaitu − “In this regard, the Plaintiff submits that he is not a Muslim and has never professed the religion of Islam, premised on the following grounds: 14.1. The Plaintiff is an illegitimate child, born out of wedlock, as his parents were never married to each other; 14.2. The Plaintiff was raised solely by his father as a Buddhist; 14.3. Since young, the Plaintiff practices the religion of Buddhism while observing Chinese customs and traditions, including the celebration of Chinese festivals and ceremonies, and perform prayers before Buddha statues; 14.4. The Plaintiff did not at any time accept any Islamic religious education and/or learn any Islamic subjects throughout his life.”. Pendapat Mahkamah: Fakta yang dinyatakan oleh Plaintif “tertinggal” atau “tidak menyatakan” atau “enggan menyatakan” dengan sempurna siapakah ibu kandung yang melahirkan Plaintif, apakah agama ibu kandung Plaintif, nama ibu kandung Plaintif yang mempunyai “binti Awang”, dan tindakan ibu kandung Plaintif untuk dibaptis. Berdasarkan Mesyuarat Panel Jawatankuasa Pertimbangan Khas Isu-Isu berkaitan Perkahwinan Sivil di Jabatan Pendaftaran Negara telah memutuskan untuk menolak permohonan Plaintif untuk mendaftarkan perkahwinan Plaintif di kuil i.e. perkahwinan secara sivil. Permohonan Plaintif ini ditolak. Mahkamah ini mendapati bahawa tiada rayuan difailkan mahupun semakan kehakiman difailkan oleh Plaintif terhadap keputusan Jabatan Pendaftaran Negara itu. Sebaliknya, Plaintif memfailkan saman pemula ini untuk “mengakaskan” keputusan Jabatan Pendaftaran Negara. [21] Mahkamah ini amat menghargai rujukan dan analisa peguam cara Plaintif ke atas keputusan Mahkamah Atasan mengenai isu berbangkit yang serupa atau sama seperti fakta dalam saman pemula ini. Antara hujahan peguam cara Plaintif adalah − “By virtue of Rosliza (supra) and Nivethah (supra), the Plaintiff being an illegitimate child, cannot in law be deemed to have been born as Muslims. Accordingly, the Plaintiff was never a subject of Islam within the meaning of Section 2(b) of ARIE Selangor 2003 and/or ARIE Penang 2004. 21. In fact, the Defendant has at all material times recognised the Plaintiff’s status as non-Muslim, as evidenced by the following: 21.1. The issuance of the Plaintiff’s birth certificate without any indication that he is a Muslim; 21.2. The issuance of non-Muslim NRIC to the Plaintiff on all 7 occasions of renewal; and 21.3. The Defendant’s system (LU2) recorded and/or reflecting that the Plaintiff’s religion as a Buddhism.”. [22] Apabila Mahkamah ini meneliti hujahan bertulis balasan oleh Peguam Persekutuan yang mewakili Defendan, peguam cara Defendan berhujah bahawa − “… penentuan bidang kuasa Mahkamah ini adalah bergantung sepenuhnya kepada status agama Plaintif. Memandangkan kesahihan agama Plaintif masih belum ditentukan, maka bidang kuasa Mahkamah ini tidak seharusnya dipertikaikan. Oleh itu, adalah amat penting untuk status agama ibu Plaintif ditentukan terlebih dahulu sebelum Mahkamah ini dapat menilai dan/atau memutuskan status agama Plaintif. Ini kerana isu yang dibawa sama ada berkaitan status agama Plaintif sejak lahir (ab initio) atau keluar daripada islam (renunciation) tidak dapat ditentukan secara sah tanpa terlebih dahulu memperoleh kepastian berkenaan agama sebenar ibu Plaintif pada waktu kelahiran Plaintif. Defendan hanya mempertikaikan bahawa ibu kepada Plaintif tidak pernah mendapatkan sebarang kebenaran atau perintah daripada Mahkamah Syariah untuk keluar daripada agama Islam. Kegagalan untuk mengemukakan bukti atau perintah rasmi daripada Mahkamah Syariah adalah petunjuk yang jelas dan kukuh bahawa ibu Plaintif masih lagi beragama Islam. Selagi tiada keputusan dan/atau perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah berhubung status agama ibu Plaintif, persoalan mengenai agama Plaintif masih kekal tidak muktamad.”. [23] Peguam cara Defendan telah merujuk kepada petikan alasan penghakiman Yang Amat Arif Azahar Mohamed dalam kes Rosliza Bt Ibrahim (supra) iaitu − “[156] In a matter so fundamental and important as to the religious status of a person, for this Apex Court to decisively and conclusively determine the issue which is without precedent, I am of the opinion that to remove any doubt it is advisable the civil court obtains the opinion of qualified and eminent Islamic scholars who are properly qualified in the field of Islamic jurisprudence to provide opinion in accordance with religious tenets and principles, to assist the court in determining the issue. … With this in perspective, in my opinion, the expert opinion given by a Fatwa Committee is relevant evidence to be considered in deciding with certainty the issue before us. In this regard, learned counsel for the appellant Datuk Seri Gopal Sri Ram in his written submission has brought to our attention the 2003 Enactment that provided an exclusive provision for the civil court to avail itself to seek the opinion of the Syariah Committee if any question on Hukum Syarak or Islamic law calls for a decision... [162] I would request for the opinion of the Fatwa Committee of the State of Selangor pursuant to s 53 of the 2003 Enactment pertaining to the question whether or not the appellant was a Muslim at the time of birth.”. [24] Walau pun penegasan pihak Defendan yang dinyatakan dalam hujahan balasan peguam cara Defendan iaitu “23. Tambahan, meskipun Plaintif dibesarkan dan/atau mengamalkan ajaran Buddha, ia tidak secara automatik menjadikan Plaintif seorang penganut agama Buddha di sisi undang-undang. Status agama seseorang, tidak ditentukan semata-mata berdasarkan amalan peribadi tetapi berdasarkan ketetapan undang-undang dan fakta kelahiran.”, Mahkamah ini berpendapat keterangan pakar khususnya Majlis/Jawatankuasa Fatwa Negeri mahupun Kebangsaan amatlah diperlukan untuk menjawab persoalan whether or not the appellant was a Muslim at the time of birth. Pernyataan fakta oleh Plaintif iaitu − • AGAMA IBU SAYA, MOLLY BINTI AWANG: Saya telah dimaklumkan oleh ibu saya bahawa beliau dilahirkan oleh seorang Mabel Dragon yang berketurunan Cina, dan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga Eurasia dan bapanya adalah Awang bin Mann, yang berketurunan Melayu. Walaubagaimanapun, beliau telah menjadi seorang Kristian sejak kecil dan telah dibaptis pada sekitar umur 7 hingga 8 tahun. Manakala pernyataan fakta oleh Defendan pual iaitu − “ibu Plaintif telah dibaptis sebagai penganut Kristian namun tiada perintah keluar agama Islam dari Mahkamah Shariah. Ibu Plaintif hanya membuat akuan sumpah pada 24-2-1988 yang menyatakan telah memeluk agama Kristian dan tidak lagi mengamalkan agama Islam.”. Mahkamah ini berpendapat fakta bahawa Awang, bapa kandung kepada Molly (ibu kandung Plaintif) berketurunan Melayu sahaja diplidkan dan tidak pula menyebut tentang agama Awang, bapa kandung kepada Molly adalah juga perlu diperhitungkan oleh Mahkamah Shariah kelak. Susur galur keluarga ibu kandung Plaintif tidak jelas. [25] Walau pun, pihak Defendan tidak memfailkan permohonan pembatalan saman pemula ini, Mahkamah ini merujuk keputusan dalam kes Siti Hasnah Vangarama Abdullah v. Tun Mahathir Mohamad (as the President of PERKIM) & ors [2012] 7 CLJ 845 peringatan Hishamudin Yunus HMR seperti berikut: “[26] In our judgment, although we are conscious of the fact that the striking out applications are not based purely on limb (a) of O. 18 r. 19(1), and hence reliance on the supporting affidavits by the defendants are permissible, nevertheless we take the view that, in determining as to whether or not the subject-matter of the action comes within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, the court hearing the striking out applications must give due consideration to the nature of the relief sought and the content of the plaintiff’s supporting affidavit for her originating summons. The court must not at this stage embark on an in-depth evaluation of the conflicting affidavits of both sides and then endeavour to make findings of facts or of mixed law and facts, and thereafter to make a determination as to whether or not the subject-matter falls within the exclusive jurisdiction of the Syariah High Court, as what the learned High Court judge (with respect) had done in the present case. That, in our view, with respect, besides muddling the issue, would not be the correct approach. The court must not forget that at this moment it is only hearing striking out applications. It is not yet hearing the main action. The correct approach is for the court to examine the exact nature of the relief sought and the supporting affidavit of the plaintiff’s originating summons and ask itself: assuming the facts alleged in the supporting affidavit are true, and considering the exact nature of the relief sought, would not the matter fall exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? If the answer is ‘Yes’, then (and only then) the matter falls outside the jurisdiction of the civil courts. However, if the answer is in the negative, then the court must dismiss the striking out applications.”. (penekanan digariskan). [26] Mahkamah ini bertanya kepada “dirinya”, is the subject-matter of the originating summons action exclusively within the jurisdiction of the Syariah High Court? Pendapat Mahkamah: [27] Penentuan nasab Plaintif yang dilahirkan oleh seorang ibu yang beragama Islam yang dikatakan telah dibaptis sebagai penganut Kristian adalah fakta yang perlu dinilai secara keseluruhannya. [28] Penegasan Plaintif dan berdasarkan rekod mengenai agama Plaintif adalah seorang yang bukan Islam didapati telah terhalang apabila status agama ibu kandung Plaintif ialah beragama Islam. Pengakuan ibu kandung Plaintif bahawa beliau telah dibaptis adalah isu murtad maka satu-satunya Mahkamah yang berbidang kuasa untuk menentukan status agama ibu kandung Plaintif adalah Mahkamah Shariah. [29] Dalam kes Kaliammal a/p Sinnasamy v. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) & Ors [2012] 3 MLJ 694, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa − “[12] Reverting to the issue at hand, a Shariah High Court has the power to hear and decide to make a declaration as to the status of a person as a Muslim. It is the court of competent jurisdiction for that purpose. This is established in Dalip Kaur v Pegawai Polis Daerah, Balai Polis Daerah, Bukit Mertajam & Anor [1992] 1 MLJ 1; [1991] 1 CLJ 77 (Rep); [1991] 3 CLJ 2768 (SC); Soon Singh a/l Bikar Singh v Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Kedah & Anor [1999] 1 MLJ 489; [1999] 2 CLJ 5 (FC); Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan & Lain-Lain [2007] 4 MLJ 585; [2007] 3 CLJ 557 (FC). In the light of these cases, Ng Wan Chan is no longer authority. [30] Sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas oleh pihak Defendan, penentuan mengenai status agama ibu Plaintif adalah amat penting ditentukan terlebih dahulu sebelum Mahkamah Tinggi Sivil dapat menilai dan/atau memutuskan status agama Plaintif. Ini kerana isu yang dibawa sama ada berkaitan status agama Plaintif sejak lahir (ab initio) atau keluar daripada islam (renunciation) tidak dapat ditentukan secara sah tanpa terlebih dahulu memperoleh kepastian berkenaan agama sebenar ibu Plaintif pada waktu kelahiran Plaintif. Pertikaian dan persoalan yang berlegar dalam konteks Jabatan Pendaftaran Negara adalah “Defendan hanya mempertikaikan bahawa ibu kepada Plaintif tidak pernah mendapatkan sebarang kebenaran atau perintah daripada Mahkamah Syariah untuk keluar daripada agama Islam. Kegagalan untuk mengemukakan bukti atau perintah rasmi daripada Mahkamah Syariah adalah petunjuk yang jelas dan kukuh bahawa ibu Plaintif masih lagi beragama Islam.”. Maka, Mahkamah ini berpendapat bahawa kes Plaintif ini boleh dirujuk kepada Mahkamah Shariah agar keputusan muktamad mengenai status agama ibu kandung Plaintif ditentukan dan seterusnya membawa kepada penentuan agama Plaintif. [31] Keputusan Mahkamah Persekutuan yang adalah keputusan tertinggi perlu dipakai dalam kes/saman pemula ini, tugas Mahkamah ini adalah untuk memastikan sama ada Plaintif-Plaintif ‘never was a Muslim’ case-category type, is no easy task. The duty that is placed upon us is something that must not to be taken lightly. The very nature of the ultimate objective of this exercise suggests to us that it touches upon a very delicate issue affecting one’s religious faith and identity. [32] Definisi “orang Islam” dan “Muslim” sebagaimana terkandung dalam peruntukan seksyen 2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah suatu peruntukan untuk memastikan setiap isu mengenai perkataan itu sentiasa ditentukan melalui beban pembuktian keterangan bahawa seseorang itu bukan lagi berstatus “Islam” dan/atau “Muslim”. Maka fakta yang dikemukakan oleh Plaintif iaitu − “… the Plaintiff was raised solely by his late father as a Buddhist. At no point in time was the Plaintiff brought up in accordance with the Islamic faith, practice or education… His upbringing was entirely rooted in the Buddhist tradition, as reflected in the following: The Plaintiff attended La Salle National-Type Chinese School for his primary education where Mandarin was the primary medium of teaching; The Plaintiff subsequently pursued his secondary education at Vivekananda National Secondary School where he followed a secular curriculum; None of the academic or co-curricular activities undertaken by the Plaintiff involved religious education or elements of Islam; and for his Sijil Pelajaran Malaysia, the Plaintiff has taken Pendidikan Moral instead of Pendidikan Islam; the Plaintiff professes and continues to uphold the faith in Buddhism based on his personal conviction, understanding and appreciation of Buddhism. 23. The Plaintiff has proven his case on a balance of probabilities that he was never Muslims … 23.3. The Plaintiff has never, at any point in his life, participated in Islamic religious practices, including rituals, ceremonies, congregational prayers, fasting during Ramadhan or other forms of devotion prescribed by Islam…”, Pendapat Mahkamah: Fakta yang dinyatakan oleh Plaintif ini boleh dikemukakan kepada Mahkamah Shariah sebagai bukti yang menyokong kenyataan bahawa Plaintif seorang bukan Islam. [33] Prinsip undang-undang oleh Mahkamah Persekutuan yang dinyatakan lebih awal daripada kes Rosliza dan kes Dahlia iaitu dalam kes Kamariah Bte Ali Dan Lain-Lain Lwn Kerajaan Negeri Kelantan Dan Satu Lagi [2005] 1 MLJ 197 yang mana Mahkamah Persekutuan menyatakan bahawa − “[37] Mahkamah ini bersetuju dengan ungkapan-ungkapan penghakiman yang telah dibentangkan di atas. Membuat akuan berkanun dan mengisytiharkan mereka bukan lagi menganut agama Islam tidak dengan sendirinya melepaskan perayu- perayu daripada pertuduhan yang ada di Mahkamah Syariah. Dengan mengambil pendekatan maksud, mahkamah berpendapat bahawa masa yang material untuk menentukan sama ada perayu-perayu adalah orang yang menganut agama Islam ialah masa ketika mana perayu-perayu melakukan kesalahan di bawah Undang-Undang Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan. Oleh itu walau pun perayu-perayu telah mengisytiharkan mereka murtad pada tahun 1998, mereka selayaknya dibawa ke hadapan Mahkamah Syariah pada tahun 2000 kerana ia berkaitan suatu kesalahan yang telah dilakukan ketika perayu-perayu masih beragama Islam. Jika pendekatan maksud tidak diambil, orang-orang Islam yang menghadapi pertuduhan di Mahkamah Syariah boleh sewenang-wenangnya menimbulkan pembelaan yang mereka bukan lagi seorang yang menganut agama Islam dan dengan demikian tidak tertakluk kepada bidang kuasa Mahkamah Syariah. Keadaan sebegini akan menjejaskan pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia dan mungkin juga undang-undang agama lain.”. [34] Mahkamah memutuskan bahawa deklarasi yang dimohon oleh Plaintif agar Plaintif ialah dan sentiasa seorang bukan Islam adalah terletak dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Apabila Mahkamah Shariah memutuskan dengan muktamad status agama ibu kandung Plaintif maka secara langsung status agama Plaintif juga dapat dimuktamadkan. Pemuktamadan ini membolehkan Defendan dapat mengemaskini status agama Plaintif untuk mencerminkan deklarasi yang dinyatakan oleh Mahkamah Shariah. Seiring dengan itu, permohonan Plaintif di Jabatan Pendaftaran Negara agar perkahwinannya didaftarkan menurut Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 juga dapat dilaksanakan. Ini kerana, sekiranya status agama Plaintif masih Islam, maka tindakan Defendan untuk menolak pendaftaran perkahwinan di bawah Law Reform (Marriage and Divorce) Act 1976 adalah tepat. Akta ini tidak terpakai kepada seorang Muslim sepertimana diputuskan dalam kes AJS v JMH and Another Appeal [2022] 1 MLJ 778 di Mana Mahkamah Persekutuan (penghakiman majoriti) memutuskan bahawa − “[37] Section 3(3) of the LRA however is very clear in its terms. The words ‘This Act shall not apply to a Muslim’ do not give rise to two possible constructions. There is simply no room for any other interpretation except that it does not apply to a Muslim, whether married or not. As Lord Diplock famously said in Duport Steels Ltd v Sir and others [1980] 1 WLR 142: … where the meaning of the statutory words is plain and unambiguous it is not for the judges to invent fancied ambiguities as an excuse for failing to give effect to its plain meaning they themselves consider that the consequences of doing so would be inexpedient, or even unjust or immoral …” [35] Mahkamah ini tidak teragak-agak untuk bersetuju dengan hujahan peguam cara Defendan bahawa − “Bagi menghapuskan sebarang keraguan serta memperoleh maklumat yang lebih tepat dan sahih, adalah wajar Mahkamah ini merujuk kepada Mufti sebagai pihak yang berautoriti dalam menentukan nasab dan status agama Plaintif. Rujukan ini akan membantu Mahkamah membuat penilaian yang adil dan tepat berdasarkan pandangan dan kepakaran yang diiktiraf dalam hal-hal berkaitan agama Islam.”. Kesimpulan [36] Dalam hal keadaan dan alasan yang saya nyatakan di atas, saman pemula ini adalah ditolak dengan kos sebanyak RM3,000.00 dibayar kepada Defendan. Bertarikh: 5 September 2025. RoziBainon ( ROZI BINTI BAINON ) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam Sivil NCvC12 Peguam cara: Bagi Pihak Pemohon/Plaintif: Pn. Esther Lee Zhi Qian Tetuan Halim Hong & Quek, Kuala Lumpur. Bagi Pihak Responden/Defendan: En. Mohamad Faris Haziq bin Mohammed Shaharin Peguam Persekutuan/Peguam Kanan Persekutuan, Unit Guaman, Kamar Penasihat Undang-Undang Negeri Selangor, Shah Alam.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.