Lampiran
Lampiran 4 adalah permohonan Plaintif untuk dapatkan injuksi interim menghalang Defendan daripada menyiarkan 4 pernyataan yang dkatakan fitnah terhadap Plaintif. Rujukan kepada perenggan [3] 1 (a) hingga (d) di atas. [5] Pada setiap masa material Plaintif adalah seorang peguambela dan peguamcara serta rakan kongsi di Tetuan Lui & Bhullar (Tetuan LB). Defendan adalah juga merupakan bekas pekerja di firma guaman tersebut dan pengguna nombor telefon +6011-11615006 dan emel ssoonseng@gmail.com. [6] Pada 9.7.2022 Defendan telah menyiarkan satu AB yang diikrarkan pada 30.5.2022 yang mengandungi 4 kenyataan-kenyataan berunsur fitnah dan menghantar AB tersebut menggunakan telefon kepada anak guam firma Tetuan Lui & Bhullar melalui aplikasi WhatsApp. [7] AB tersebut juga dihantar kepada Tetuan SG Linggam & Co. dan kepada seorang bernama Deborah Lui adik peremuan Plaintif ke akaun email firma dimana Deborah bekerja. AB dihantar kepada alamat melalui email kepada sgl@sglingam.com dan deborahlui@shooklin.com.my. [8] Pada 26.7.2022, Mr. Gnasalingam A/L Shanmugamlingam rakan kongsi Tetuan SG Linggam & Co. dalam afidavitnya menyatakan bahawa email tersebut boleh diakses oleh kakitangannya. [9) Penyiaran kenyataan-kenyataan tersebut adalah untuk mendedahkan Plaintif kepada kebencian, kejian, penghinaan, cemuhan dan ejekan dan status Plaintif sebagai Peguamcara dan peguambela. [10] Plaintif menyatakan bahawa AB tersebut adalah kenyataan-kenyataan yang berunsur fitnah. Kenyataan-kenyataan fitnah tersebut membawa maksud yang Plaintif telah gagal memberikan nasihat guaman dimana nasihat yang telah diberikan adalah salah, tidak mempunyai merit dan dilakukan untuk mengaut keuntungan. Dan apa-apa yang dilakukan oleh Plaintif adalah untuk kepentingan dirinya. [rujukan dibuat terhadap afidavit yang diikrarkan oleh Plaintif bertarikh 3.8.2022 Lampiran 5] [11] Plaintif telah melalui surat peguamcaranya bertarikh 18.7.2022 memberi notis mengarahkan Defendan untuk menarik semula, memohon maaf dan membayar gantirugi. Namun demikian, sehingga kini Defendan gagal dan / atau enggan melaksanakan apa yang telah diarahkan. [12] Plaintif mohon satu perintah untuk menghalang Defendan dari menyiarkan, menghebahkan dan menyebarkan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut sehingga Mahkamah membuat keputusan mengenai tuntutan diakhir perbicaraan. Kes Defendan [13] Tetuan LB mempunyai 3 orang rakan kongsi iaitu Plaintif, Harneshpal Singh Bhullar A/L Karamjit Singh dan Chandni A/P Anantha Krishnan. [14] Defendan pernah bekerja dengan Tetuan Lui & Bhullar (Tetuan LB) iaitu firma guaman Plaintif dimana Plaintif adalah rakan kongsi disitu dan Defendan dipelawa bekerja sebagai seorang ejen provokator sejak sekitar Januari 2021. Plaintif juga adalah abang ipar kepada Defendan. [15] Defendan menyatakan kenyataan-kenyataan tersebut adalah benar. Mengikut Defendan modus operandi Tetuan LB / Plaintif/ rakan-rakan kongsinya sejak permulaannya adalah bertentangan dengan Personal Data Protection Act. Data-data pembeli-pembeli daripada hartanah-hartanah pembangunan yang menjadi sasaran Tetuan LB adalah secara tidak sah disisi undang-undang. [16] Defendan memplidkan pembelaan justifikasi, komen adil dan keistimewaan mutlak. [17] Defendan menyatakan bahawa kenyataan-kenyataan fitnah tersebut adalah sebahagian daripada akuan berkanun yang diikrarkan oleh Defendan untuk dijadikan sebagai sebahagian daripada dokumen Mahkamah melalui Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dalam Guaman No WA-22NCVC-830- 12/2021 (Guaman Lakefront) yang dimulakan oleh salah satu pemaju perumahan Lakefront Residence Sdn Bhd (sebuah anak syarikat dibawah MCT Bhd) terhadap Tetuan LB dan rakan-rakan kongsi termasuk Plaintif. [18] Mengikut Defendan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut jelas terkandung didalam akuan berkanun yang diikrarkan oleh Defendan bagi tujuan Guaman LakeFront tersebut dan merupakan sebahagian dokumen Mahkamah dan ianya adalah keistimewaan mutlak pihak Defendan. Dapatan Mahkamah dan Keputusan [19] Peguam Plaintif berhujah bahawa AB telah disiarkan oleh Defendan melalui WhatsApps dan email kepada beberapa pihak ketiga. Tindakan Defendan ini telah mencemarkan imej, nama baik serta merosakkan karektor Plaintif dalam kapasiti persendirian dan professional. Tindakan Defendan juga berniat jahat, kebencian dan mala fide. Kenyataan-kenyataan fitnah tersebut menyebabkan penghinaan ketara dan serius terhadap Plaintif. [20] Mengambilkira hujahan-hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah merujuk kes Ngoi Thiam Woh v. CTOS Sdn Bhd [2001] 4 MLJ 510, Abdul Hamid Embong menyatakan seperti berikut:- “The question on whether that defence is justiciable or will succeed or not is a matter to be decided later by the trial judge whose duty is to evaluate the evidence. For the moment, it is only necessary for this court to determine whether the proclamation is obviously untrue, which I find it not to be. On the principle referred to above which had stood over a century and sanctioned here by our Supreme Court in Airasia’s case, this court, on this ground alone, is constrained to dismiss this application. It seems to me that the thrust of the principles enunciated by those illustrious authorities is rooted in the importance attached to the right of free speech. Seemingly too, this category of interim injunctions stands apart and does not fall within the principles established in the applications for interlocutory injunctions by American Cyanamid, where the court need not consider the merits of the case once it had been shown that there was a serious issue to be tried but to determine where the balance of convenience lay between the parties (see Si Rusa Beach Resort Sdn Bhd v Asia Pacific Hotels Management Pte Ltd [1985] 1 MLJ 132, per Abdul Hamid CJ (Malaya), see Gatley on Libel and Slander (9th Ed) at p 634). From those authorities, it would seem that the court may only grant interlocutory injunctions of this species if the following factors, as summarized in Gatley on Libel and Slander, are satisfied:- (1) that the statement is unarguably defamatory; (2) there are no grounds for concluding that the statement may be true; (3) there is no other defence which might succeed; (4) there is evidence of an intention to repeat or publish the defamatory statement.” [21] Mahkamah mendapati tanpa mengambilkira merit kes bahawa kenyataan-kenyataan fitnah tersebut adalah serius dan tidak boleh dipertikaikan bahawa ianya berunsur fitnah dengan motif tertentu dan niat mala fide dipihak Defendan bagi menjatuhkan reputasai Plaintif secara persendirian dan professional serta rakan-rakan kongsi yang lain. [22] Pada tahap ini Plaintif telah dapat membuktikan bahawa faktor-faktor dalam Gatley on Libel and Slander seperti diatas telah dapat dipenuhi oleh Plaintif. [23] Tiada bukti oleh Defendan untuk menunjukkan bahawa kenyataan-kenyataan tersebut adalah benar. Mahkamah juga mengambilkira bahawa perhubungan Defendan dan Plaintif adalah sebagai adik dan abang ipar dan bahawa Defendan adalah pekerja freelance dalam firma Plaintif. Fakta dari Afidavit Balasan Plaintif (Lampiran 17) yang diikrarkan pada 30.9.2022, menunjukkan bahawa Defendan telah menuntut kenaikan gaji dan tuntutan gaji yang dituntut oleh Defendan adalah tidak munasabah dan telah ditolak. Mengambilkira fakta tersebut Defendan tidak berpuashati dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut terhadap Plaintif dan firma guaman Plaintif. [24] Diatas kegagalan Defendan membuktikan kenyataan-kenyataan fitnah tersebut adalah benar, Mahkamah merujuk kepada kes Synergistic Duo Sdn Bhd v. Lai Mei Juan [2017] 9 MLJ 697 seperti diputuskan dibawah:- “ [56] To successfully establish the defence of justification, the defendant must adduce evidence to prove that the allegations made in posting 1 and posting 2 are true or substantially true. Mere averments are insufficient to discharge the defendant’s burden of proof. The Federal Court held in International Times & Ors v Leong Ho Yuen [1980] 2 MLJ 86; [1980] 1 LNS 31 that the burden of proof for the defence of justification does not shift and remains with the defendant throughout.”. [25] Mahkamah mendapati bahawa pembelaan justifikasi, komen adil dan keistimewaan mutlak oleh Defendan tidak dibuktikan. Isu berkaitan aduan Defendan kepada Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara terhadap Plaintif tiada kaitan dengan kes ini dan kes tersebut adalah dibawah bidangkuasa Lembaga Tatatertib Peguambela dan Peguamcara untuk membuat keputusan. [26] Berkenaan AB bertarikh 30.5.2022 dan Akuan Bersumpah bertarikh 29.4.2022 dalam Guaman Lakefront adalah berlainan. Disebabkan kes Guaman Lakefront Defendan telah mengikrarkan akuan bersumpah yang mana Defendan bertindak sebagai whistle-blower untuk mendedahkan kelakuan Plaintif dan mengelak ramai lagi pembeli dari terpengaruh dengan skim Plaintif. Mengikut Defendan kenyataan-kenyataan tersebut disiarkan atas dasar kepentingan awam. Defendan juga menyatakan memandangkan Akuan Bersumpah bertarikh 29.4.2022 adalah sebahagian afidavit Defendan dalam Guaman LakeFront maka ianya adalah Dokumen Mahkamah dan boleh dilihat oleh orang awam. [27] Mahkamah mendapati dari hujahan balas Plaintif bahawa akuan bersumpah bertarikh 29.04.2022 yang difailkan dalam Guaman LakeFront tidak pernah dibaca dalam Mahkamah terbuka oleh itu pembelaan keistimewaan mutlak tidak terpakai seperti diputuskan dalam kes Mahkamah Rayuan Joceline Tan Poh Choo & Ors v V Muthusamy [2003] 3 CLJ 705. Arifin Zakaria JCA (as he was then) melalui keputusan yang diberikan seperti berikut:- “ The next issue is whether the impugned report could be regarded as a fair and accurate report of proceedings publicly heard before a court. The point in contention here is whether the report should only be confined to what was publicly heard in open court and not to matters contained in documents filed in court, and not read in open court…… In this regard we would also refer to the statement of Hirst LJ in Stern v. Piper [1996] 2 All ER 385 at pp. 394-395 which reads:- “However, I think it is significant that privilege only protects reports of proceedings taking place in open court, and that its foundation is that those proceedings took place in public so that the public in general should have access to fair and accurate reports thereof (see Webb v. Times Publishing Co. Ltd. [1960] 2 All ER 789, [1960] 2 QB 535). This is a consideration of public policy, and does not extend to court documents which have not been brought into the public arena.” [28] Arifin Zakaria JCA in Jocelin Tan’s case (above) juga menyatakan bahawa pembelaan statutori keistimewaan mutlak dibawah 11(1) Defamation Act 1957 tidak terpakai terhadap kertas kausa Mahkamah yang tidak dibaca dalam Mahkamah Terbuka. Rujukan dibuat kepada sebahagian keputusan tersebut:- “The next issue is whether the appellants are entitled, in the circumstances, to rely on the statutory defence of absolute privilege under s. 11(1) of the Act. We have no hesitation to say that our answer is in the negative. For support we would rely on para. 13.44, Gatley on Libel and Slander 9th edn. and the observation of Hirst LJ in Stern v. Piper cited above. Having said that we would conclude by saying that the publication by the appellants of part of the amended statement of claim which has not been read out in open court is not within the scope of the protection given by s. 11(1) of the Act.” [29] Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam kes Tony Phua Kiam wee v Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Hj Abdul Razak [2018] 4 MLJ 196 dimana Yaacob Md Sam HMR memutuskan seperti berikut:- “ [44] We are mindful that the court ought to be very cautious in granting interim injunction to restrain publication of an alleged defamatory statement. But there is no total bar from granting an interim injunction in a defamation case. On the whole of circumstances of this case, we are satisfied that this is a proper case where such application for interim injunction should be granted. We are of the view that the learned judge had not erred in fact or in law in exercising the court’s discretion in favour of allowing of injunction against the defendant. The reason being that the defences set up by the defendant could not, in the light of the evidence, especially the AG’s decision, succeed. We therefore see no merit in the appeal.” [30] Berdasarkan hujahan di atas Mahkamah berpuashati bahawa adalah wajar untuk injunksi interim larangan diberikan kepada Plaintif seperti permohonan di Lampiran 4 dan kos dalam kausa sehingga pendengaran perbicaraan kelak. tt ( LATIFAH BINTI HAJI MOHD TAHAR ) Hakim Mahkamah Tinggi NCVC 1 Kuala Lumpur. Bertarikh : 12.2.2023 Peguam Bagi Pihak Perayu / Defendan Tetuan Idris & Jannah Lot 94, Lorong Bistari 2, Kampung Sri Aman, 47150 Puchong Selangor Darul Ehsan (Tel : 017-705700) ( Emel : idjprima@gmail.com) (Ref. : IJ/PCH/LIT/SEW SOON SENG/0022-08/22/IS(CA) Peguam Bagi Pihak Responden / Plaintif Tetuan Nekoo Suite 8-15-3, Menara Mutiara Bangsar Jalan Liku, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur.