Content
1 MALAYSIA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MAHKAMAH SESYEN AMPANG KES TANGKAP NO. BC-62JSK-98-09/2024 PENDAKWARAYA LAWAN BUHARI BIN MAT SALLEH ALASAN PENGHAKIMAN
BC-62JSK-98-09/2024
Sessions Court of Malaysia31 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“raan penuh dan bukannya satu hukuman berdasarkan pengakuan salah. Ia tidak melayakkan OKT untuk diberi pertimbangan peringanan hukuman di atas dasar pengakuan salah (PP v Mohd Haikal Aizat Mohd Ammri [2024] CLJU 2502).”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 MALAYSIA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI MAHKAMAH SESYEN AMPANG KES TANGKAP NO. BC-62JSK-98-09/2024 PENDAKWARAYA LAWAN BUHARI BIN MAT SALLEH ALASAN PENGHAKIMAN
1
OKT tidak berpuas hati terhadap keputusan yang diberikan oleh Mahkamah ini pada 31 Oktober 2025 dan membuat rayuan terhadap hukuman sahaja.
2
OKT telah dituduh dengan pertuduhan-pertuduhan berikut: Pertuduhan pertama Bahawa kamu pada pertengahan oktober 2023 jam lebih kurang 7.30 pagi bertempat di rumah beralamat di B3-19 Pangsapuri Vista Sri Tanjung Jalan 17 43500 Semenyih dalam Daerah Hulu Langat di dalam negeri Selangor Darul Ehsan, telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak bernama xxxxxx k/p xxxxxx berumur 12 tahun 4 bulan dengan cara meraba dan memasukkan jari dalam kemaluan serta menghisap kedua-dua buah dada kanak- kanak tersebut bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama. Pertuduhan kedua Bahawa kamu pada 21/8/2024 jam lebih kurang 11.45 malam bertempat di rumah beralamat di B3-19 Pangsapuri Vista Sri Tanjung Jalan 17 43500 Semenyih dalam Daerah Hulu Langat di dalam negeri Selangor Darul Ehsa, telah melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang kanak-kanak bernama xxxx k/p xxxxx berumur 13 tahun 5 bulan dengan cara meraba kedua-dua peha dan mencium bibir kanak-kanak tersebut bagi maksud seksual. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.
3
OKT tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan-pertuduhan tersebut dan pihak pendakwaan telah memanggil empat (4) orang saksi untuk membuktikan pertuduhan terhadap OKT iaitu: 1) SP1 - Mangsa (Kanak-kanak) 2) SP2 – Norazlina binti Salleh (Ibu Mangsa) 3) SP3 – Kpl Mazlan Bin Awang Lah @ Abdul Rani (Jurufoto) 4) SP4 – Sarjan Noriyati binti Abdullah (Pegawai Penyiasat)
4
Berikut adalah ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan semasa perbicaraan dan telah ditandakan sebagai ekshibit: P1 Laporan Polis Semenyih 7296/24 P2 Sijil Lahir Mangsa P3 (1-11) 11 keping gambar P4 (1-2) 2 keping gambar mangsa P5 (A-E) Tangkap Layar Whatsapp P6 CD P7 Borang 90A P8 (A-D) 4 keping gambar telefon bimbit
5
Pada sekitar pertengahan bulan Oktober, OKT telah meraba bahagian payudara SP1 (mangsa) dan menghisap payudaranya serta OKT telah memasukkan jarinya ke dalam kemaluan SP1.
6
OKT juga telah mencium bibir dan meraba peha SP1 bagi kejadian kali kedua.
7
Kedua-dua kejadian ini berlaku semasa ketiadaan ibu SP1 iaitu isteri OKT di rumah.
8
OKT merupakan ayah kandung kepada SP1.
9
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT di atas pertuduhan-pertuduhan tersebut. OKT dipanggil untuk membela diri. Mahkamah telah memberikan pilihan kepada OKT dan OKT telah memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi.
10
OKT tidak memanggil saksi lain kecuali dirinya semasa kes pembelaan.
11
Di akhir kes pembelaan, setelah mendengar keterangan daripada OKT dan menilai kembali keterangan saksi-saksi pendakwaan secara maksima, Mahkamah telah mendapati bahawa pembelaan yang dikemukakan oleh OKT telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Maka dengan ini, Mahkamah memutuskan bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT bagi pertuduhan dalam kes ini. Oleh yang demikian, OKT didapati bersalah dan disabitkan dengan kesalahan sebagaimana pertuduhan-pertuduhan dalam kes ini.
12
Tertuduh telah mengemukakan rayuan berikut bagi meringankan hukuman: Saya pohon kurangkan hukuman dengan waktu yang singkat sebab masih banyak lagi tanggungjawab kat luar. Saya takada apa-apa pun kosong je datang. Tak ada apa-apa nak cakap.
13
Berikut adalah hujahan pemberatan oleh Timbalan Pendakwa Raya berkaitan hukuman bagi kesemua pertuduhan: Pohon diberikan hukuman yang bersifat pengajaran dan ini adalah kesalahan yang serius antara seorang bapa dan anak. Kanak-kanak dalam keadaan terdedah dan bapa telah mengambil kesempatan bila kanak-kanak tiada sesiapa. Semasa mangsa memberi keterangan mangsa kelihatan depress dan trauma dan pohon hukuman setimpal dari tarikh sabitan.
14
Mahkamah telah menerima pengakuan salah OKT dan telah mensabitkan OKT dengan kesalahan sebagaimana yang telah dituduh dan menjatuhkan hukuman berikut: Pertuduhan Pertama Hukuman di bawah sekyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 adalah 8 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum (31.10.2025) dan 2 sebatan rotan. Pertuduhan Kedua Hukuman di bawah sekyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 adalah 8 tahun penjara dari tarikh jatuh hukum (31.10.2025) dan 2 sebatan rotan. Kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak. OKT diperintahkan menjalani kaunseling di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan DAN OKT juga diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
15
Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 memperuntukkan hukuman pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat.
16
Mahkamah, sebelum menjatuhkan hukuman, telah mengambil kira fakta kes, rayuan peringanan hukuman OKT dan juga hujahan pemberatan hukuman dari pihak pendakwaan.
17
Mahkamah dalam menjatuhkan hukuman telah mendahulukan kepentingan awam berbanding dengan kepentingan peribadi OKT serta merujuk kepada prinsip-prinsip yang digariskan di dalam kes Rex v Kenneth John Ball [1951] 35 Cr. App.R.164 yang memutuskan bahawa: ‘In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is appropriate sentence in the particular circumstances of each case.
18
Di dalam menjatuhkan hukuman tersebut Mahkamah juga hendaklah mengambil kira bahawa hukuman tersebut mestilah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan (PP v. Abdul Halim Ishak & Satu Lagi [2013] 9 CLJ 559), Mahkamah Rayuan telah menyatakan: "[13] Sebagai suatu proposi undang-undang umum, kami ingin menyatakan bahawa sesuatu hukuman yang dijatuhkan hendaklah setimpal ("proportionate") dengan keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap ("degree") kebertanggungjawaban pesalah atau pesalah-pesalah."
19
Di dalam kes di hadapan Mahkamah, ia melibatkan satu perbicaraan penuh dan bukannya satu hukuman berdasarkan pengakuan salah. Ia tidak melayakkan OKT untuk diberi pertimbangan peringanan hukuman di atas dasar pengakuan salah (PP v Mohd Haikal Aizat Mohd Ammri [2024] CLJU 2502).
20
Mahkamah juga berpendapat bahawa hukuman yang telah dijatuhkan terhadap OKT dalam kes ini adalah wajar dan berpatutan dengan kesalahan yang telah dilakukan. Perbuatan meraba, mencium dan juga memasukkan jari ke dalam kemaluan mangsa yang merupakan anak kandung sendiri adalah satu perbuatan yang sangat terkutuk. Bahkan ia adalah perbuatan yang salah dari segi agama dan juga moral.
21
Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa, dalam membuktikan elemen kedua di bawah Seksyen 14, iaitu bagi menentukan bahawa sentuhan yang dilakukan adalah bermaksud seksual, pihak pendakwaan telah berhujah bahawa kemaluan merupakan anggota badan perempuan yang sensitif serta melibatkan maruah yang wajib dilindungi, bukan sahaja oleh perempuan itu sendiri malah oleh ibu bapa atau penjaga, apatah lagi ketika perempuan tersebut masih merupakan seorang kanak-kanak.
22
Oleh yang demikian, kesalahan yang dilakukan oleh OKT adalah lebih berat sifatnya memandangkan ia dilakukan oleh bapa kandung sendiri terhadap anak yang berada di bawah jagaan, perlindungan dan amanahnya, justeru hukuman yang dikenakan adalah selayaknya.
23
Hukuman sebatan 2 kali bagi setiap pertuduhan dan menjadikan 4 sebatan juga adalah dianggap berpatutan dengan kesalahan yang dilakukan.
24
OKT juga diperintahkan menjalani kaunseling di bawah seksyen 26 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 selama tempoh pemenjaraan dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun selepas menjalani hukuman pemenjaraan sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 27(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017. Perintah kaunseling dan pengawasan polis ini adalah wajar demi kepentingan keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam serta dapat mengawal tertuduh agar tidak terjebak lagi dalam kesalahan seumpama ini.
25
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah mengambilkira kesemua aspek seperti yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap OKT adalah wajar dan setimpal terhadap tertuduh sebagai pesalah pertama dan berpatutan dengan jenayah yang telah dilakukan. Hukuman yang dijatuhkan tersebut juga tidaklah terlampau berkurangan dari apa yang sewajarnya diperuntukkan (not manifestly inadequate). Yang paling utama adalah ianya menurut landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. DISEDIAKAN OLEH: Nurul Dr. Nurulizwan binti Ahmad Zubir Hakim Mahkamah Sesyen 3 Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan. 30 Disember 2025 PENDAKWA RAYA: Muhammad Hairuliqram bin Hairuddin Timbalan Pendakwa Raya Mahkamah Sesyen Ampang Selangor Darul Ehsan. TERTUDUH: Buhari bin Mat Salleh (IC: 830613-08-6349) Penjara Kajang, Selangor
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.