Penjelasan dan keterangan lanjut oleh SP1 adalah amat perlu dan boleh memberi kesan besar kepada kes Plaintif. Hujahan Plaintif/Perayu (Pemohon dalam K.36) [3] Peguam Plaintif/Perayu yang bijaksana telah berhujah bahawa dokumen-dokumen tersebut yang ingin dimasukkan merupakan dokumen yang telah ada dalam pengetahuan Defendan/Responden 14/04/2024 11:46:59 DA-12ANCvC-7-11/2023 Kand. 18 kerana cadangan ikatan dokumen tambahan telah difailkan terlebih dahulu sebelum menunggu keputusan permohonan Plaintif/Perayu dalam Lampiran 36. [4] Alasan utama yang diberikan oleh Peguam Plaintif/Perayu untuk memfailkan ikatan dokumen tambahan tersebut adalah kerana dokumen-dokumen tersebut telah tidak dimasukkan ke dalam IDB kerana terdapat kesilapan semasa proses scanning dokumen. [5] Peguam Plaintif/Perayu menghujahkan bahawa HMS dalam menolak permohonannya telah melebihkan “procedural technical” melebihi “giving justice” dengan sokongan autoriti-autoriti bahawa demi keadilan, permohonan Plaintif/Responden tersebut patut dibenarkan. Hujahan Defendan/Responden [6] Peguam Defendan/Responden yang bijaksana telah memberikan latar belakang kes ini di mana sebelum memfailkan tindakan ini dalam tahun 2022, Plaintif/Perayu telah pun memfailkan satu tindakan yang sama terhadap Defendan/Responden pada tahun 2019 melalui guaman No. DA-B52NCvC-17-10/2019 (Selepas ini dirujuk sebagai “Guaman 17”). [7] Walau bagaimanapun, Guaman 17 tersebut telah ditarik balik dengan kebebasan oleh Plaintif/Perayu apabila Defendan/Responden mempertikaikan Notis Permohonan Plaintif/Perayu untuk mengemukakan keterangan baru. [8] Perbicaraan guaman ini di Mahkamah Sesyen telah dijalankan pada 18/10/2023 dan 16/11/2023 dimana Plaintif/Perayu telah memanggil 3 orang saksi (SP1 – SP3) dan telah menutup kesnya. Perbicaraan juga telah berjalan dengan saksi Defendan/Responden SD1. [9] Selepas 23 hari menutup kesnya, Plaintif/Perayu telah memfailkan Permohonan untuk memanggil semula SP1 dan untuk mengemukakan dokumen-dokumen tambahan iaitu dokumen-dokumen tersebut. [10] Peguam Defendan/Responden seterusnya telah berhujah bahawa mahkamah yang mendengar suatu rayuan hendaklah lambat dan berhati-hati dalam mengganggu keputusan mahkamah bicara yang membuat suatu keputusan melaksanakan kuasa budibicaranya dengan mengemukakan autoriti-autoritinya. [11] Peguam Defendan/Responden juga menghujahkan berkenaan Seksyen 138(4) Akta Keterangan 1950 serta merujuk kepada autoriti-autoriti yang berkenaan. Analisa dan dapatan Mahkamah [12] Berdasarkan autoriti-autoriti yang dikemukakan oleh Peguam Defendan/Responden yang bijaksana, adalah menjadi undang-undang mantap bahawa mahkamah yang mendengar rayuan haruslah berhati-hati dan perlahan dalam mengubah keputusan hakim bicara bilamana keputusan yang hendak dirayu adalah melibatkan pertimbangan budibicara hakim perbicaraan. [13] Dalam kes Vasudevan v. T Damodaran & Anor [1981] 2 MLJ 150, Mahkamah Persekutuan mengatakan: “An appellate court can review questions of discretion if it is clearly satisfied that the judge was wrong but there is a presumption that the judge has rightly exercised his discretion and the appellate court must not reverse the judge’s decision on a mere “measuring cast” or on a bare balance as the mere idea of discretion involves room for choice and for differences of opinion (Charles Osenton & Co. v. Johnston at page 148 per Lord Wright). [14] Dalam kes yang sama Mahkamah telah merujuk dan memetik keputusan Goulding J dalam kes Re Reed (a Debtor): “…the duties of an appellate court in such a matter as this are, in my judgment, confined to those normally exercisable where the lower court has a discretion, that is to say, we are not justified in setting aside or varying an order simply because we may think we might have come to a different conclusion ourselves on similar material. We can only interfere if either we can see that the court below has applied a wrong principle, or has taken into account matters that are in law irrelevant, or has excluded matters that it ought to have taken into account or otherwise that no court, properly instructing itself in the law, could have come to the conclusion which in fact was arrived at.” [15] Oleh kerana permohonan Plaintif/Perayu dalam Lampiran 36 adalah suatu permohonan interlokutori dan keputusannya berkenaan permohonan tersebut adalah keputusan atas budibicara HMS yang bijaksana, maka Mahkamah ini memutuskan untuk tidak mengganggu keputusan berkenaan, melainkan jika terdapat salah aplikasi prinsip undang-undang yang memerlukan campurtangan Mahkamah ini. [16] Dalam kes ini, Plaintif/Perayu telah memanggil kesemua saksi-saksi mereka dan telah pun menutup kes mereka. [17] Plaintif/Perayu mempunyai cukup masa dari tarikh arahan PTCM diberikan untuk meneliti dokumen-dokumen sebelum memfailkan IDB. Plaintif/Perayu juga berpeluang menyemak dokumen-dokumen yang ada dalam IDB semasa menyediakan penyata saksi SP1 dan semasa perbicaraan ketika menyoal SP1. Namun tiada apa-apa langkah untuk memperbetulkan IDB sehinggalah Plaintif/Perayu menutup kes mereka. [18] Dalam kes Alcim Holding Sdn Bhd & anor v. Toralf Mueller & 9 Others [2015] 1 LNS 278, Dato’ Hasnah Mohammed Hashim J, (as she then was) said: “The objective of allowing a party to recall and reexamine his witness is only to seek clarification. This was not so in this case. The Parties were given ample time to file their documents for the purpose of the trial. Based on the reasons stated above, Enclosure 238 is dismissed with cost in the cause”. [19] Semasa pendengaran rayuan ini, kedua-dua pihak telah pun menutup kes masing-masing di Mahkamah Sesyen. Membenarkan rayuan ini akan membuka semula kes dan proses perbicaraan akan berulang semula. Ini akan melewatkan perjalanan perbicaran kes secara tidak perlu, sedangkan pihak-pihak telah diberi ruang dan peluang untuk menyediakan dan menjalankan kes dalam masa yang mencukupi dan adil. Lebih-lebih lagi tindakan ini adalah tindakan kali kedua selepas guaman 17 ditarik balik berbangkit daripada isu yang sama iaitu pemfailan dokumen tambahan. [20] Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini menolak rayuan Plaintif/Perayu dengan kos RM2,000.00 dibayar oleh Perayu kepada Responden. Tarikh: 13 Februari 2024. (MOHD ROSLI BIN YUSOFF) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi (3), Kota Bharu. PIHAK-PIHAK: Bagi pihak Perayu: Nor Erini binti Mustapha Kamal, Tetuan Rafaei & Co, No. 781-D, Tingkat Dua, Jalan Gajah Mati, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Bagi pihak Responden: Gabriel Daniel & Sabrina Chu Soo Woon, Tetuan Paul Ong & Associates, Unit No. B-2-8, Block B, 2nd Floor Megan Avenue 1, No 189 Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.