For the avoidance of doubt, any cause of action to claim liquidated damages by the Purchaser under this clause shall accrue on the date the Developer completes the common facilities together with the architect’s certification.” [34] Untuk isu yang pertama iaitu mengenai klausa 27 SPA, peguam pemohon berhujah bahawa Presiden Tribunal telah melakukan kekhilafan undang-undang dalam mentafsirkan klausa 27 SPA apabila memutuskan bahawa serahan milikan kosong yang disebut dalam klausa 27(3) hanya menjadi sempurna apabila kunci diserahkan bersekali kepada responden-responden sebagai mana yang disebut dalam klausa 27(2) SPA. [35] Dalam hal tersebut, peguam pemohon berhujah bahawa serahan milikan kosong di bawah klausa 27(3) adalah mencukupi melalui pemberian notis milikan kosong bertarikh 20.12.2020 yang memaklumkan responden-responden bahawa serahan milikan kosong telah sedia untuk dibuat dan jika responden-responden gagal mengambil serahan kosong dalam tempoh 30 hari daripada tempoh notis, maka serahan kosong hendaklah dianggap sebagai telah disempurnakan oleh pemohon kepada responden-responden. [36] Justeru, peguam pemohon berhujah apabila responden-responden hanya mengambil kunci masing-masing pada 15.3.2021 (dalam kes 10) dan pada 19.3.2021 (dalam kes 8) yang mana kedua-duanya melepasi tempoh 30 hari yang dinyatakan dalam notis milkan kosong tersebut, maka tiada kelewatan serahan milikan kosong telah dilakukan oleh pemohon. S/N mtq6as9kaUaMwVfUxj2YcA [37] Pada pandangan Mahkamah ini, klausa 27(2) SPA yang menjadi isu tidak mempunyai apa-apa kekeliruan di dalamnya. Kata hubung ‘and’ yang digunakan dalam ayat “The delivery of vacant possession by the Developer shall be supported by a certificate of completion and compliance and includes the handing over of the keys of the Parcel to the Purchaser” dalam klausa tersebut jelas menunjukkan sifat konjuntif ‘and’ yang berupa penggabungan beberapa atribut atau syarat tertentu termasuklah serahan kunci bagi melengkapkan istilah serahan milikan kosong dalam klausa 27 SPA. [38] Dalam erti kata lain, jika salah satu atribut atau syarat serahan milikan kosong tidak dipenuhi seperti tiada CCC atau lain-lain atribut yang disebut secara nyata di dalam klausa 27(1) SPA, maka sifat serahan milikan kosong itu sendiri tidak akan menjadi lengkap. Secara mantiknya juga, serahan milikan kosong mestilah bermaksud serahan hartanah yang efektif yang akan membolehkan pembeli-pembeli memasuki dan memanfaatkan pengunaan hartanah yang dibeli tersebut. Bagaimana mungkin seseorang pembeli dapat memasuki premis yang dibelinya jika beliau tidak diberikan kunci untuk masuk ke premis tersebut? [39] Namun, Mahkamah ini tidak menafikan bahawa serahan milikan kosong termasuklah serahan kunci masih boleh dianggap (deemed) telah disempurnakan sekiranya responden-responden gagal untuk mengambil kunci dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis milikan kosong diberikan oleh pemohon. Perkara ini juga dinyatakan dengan jelas dalam klausa 27(3) SPA, diperturunkan sekali lagi di bawah sepeti berikut:- S/N mtq6as9kaUaMwVfUxj2YcA “27(3) Upon the expiry of thirty (30) days from the date of service of a notice from the Developer requesting the Purchaser to take possession of the said Parcel, whether or not the Purchaser has actually entered into possession or occupation of the said Parcel, the Purchaser shall be deemed to have taken delivery of vacant possession.” [40] Dalam hal ini juga, Mahkamah ini merujuk dan bersetuju dengan keputusan kes Mahkamah Tinggi Shah Alam Lawrence Lim Cheng Poh v Wealth Plateau Sdn Bhd [2022] CLJU 3103 di mana Pesuruhjaya Kehakiman YA Tee Geok Hock dalam mentafsirkan klausa 27(2) dan 27(3) SPA telah memutuskan bahawa jika kunci diambil dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis milikan kosong dikeluarkan maka tarikh pengambilan kunci tersebut merupakan tarikh efektif serahan milikan kosong. Jika kunci diambil melepasi tempoh 30 tersebut, maka tarikh pengambilan kunci akan dikira secara anggapan (deemed) pada akhir tempoh 30 hari tersebut. Sebagai kemudahan, diperturunkan petikan kes Lawrence Lim tersebut seperti berikut: - “[30] In the considered opinion of this Court, the effect of the relevant sub-clauses 27(2) and 27(3) of the aforesaid Schedule H sale and purchase agreement on delivery of vacant possession is that when a post-completion Notice of Delivery of Vacant Possession has been issued by the developer to the purchasers, a purchaser who takes the keys and vacant possession before the expiry of the 30 days thereafter is regarded as having taken delivery of the vacant possession on the day he/she takes actual vacant possession, while another purchaser who takes the keys and vacant possession after the expiry of the 30 day period is deemed to have taken vacant possession on the last day of the 30 days period.” S/N mtq6as9kaUaMwVfUxj2YcA [41] Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpendapat bahawa Presiden Tribunal tidak terkhilaf apabila mentafsirkan serahan milikan kosong hanya menjadi efektif jika disertakan bersama-sama dengan kunci sebagai mana menurut klausa 27(2) SPA. [42] Sungguh pun demikian, fakta-fakta dalam kes 10 dan kes 8 menunjukkan responden-responden hanya mengambil kunci hartanah masing-masing selepas tamatnya tempoh 30 hari yang dinyatakan di dalam notis milikan kosong bertarikh 20.12.2020. Maka, isunya di sini sama ada klausa 27(3) yang memperuntukan anggapan (deeming provision) bahawa responden-responden boleh dianggap sebagai telah mengambil kunci hartanah masing-masing pada tarikh akhir tempoh notis milikan kosong adalah terpakai terhadap responden-responden adalah atau sebaliknya. [43] Perkara ini sudah tentu merlukan penelitian yang lebih mendalam berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 oleh pihak kerajaan yang berkemungkinan boleh menjejaskan tarikh pengambilan kunci sekaligus tarikh pengiraan tempoh kelewatan serahan milikan kosong dan kesiapan kemudahan bersama dalam kedua-dua kes 10 dan kes 8. [44] Di dalam meneliti perkara tersebut, Mahkamah ini membuat pemerhatian bahawa pemohon dalam kedua-dua kes 10 dan kes 8 telah gagal mengeksibitkan rekod-rekod prosiding Tribunal secara lengkap dalam mana-mana afidavitnya yang difailkan untuk kedua-dua kes tersebut. [45] Apa yang dieksibitkan oleh pemohon hanyalah keputusan Tribunal, Penyata Tuntutan responden-responden dan Penyata Pembelaan S/N mtq6as9kaUaMwVfUxj2YcA pemohon. Pemohon tidak mengemukakan alasan-alasan Presiden Tribunal dan nota-nota prosiding Tribunal yang mengandungi keterangan saksi-saksi dan dokumen-dokumen yang dikemukakan sepanjang prosiding di peringkat Tribunal. [46] Seterusnya, meskipun responden-responden ada mengeksibitkan keputusan-keputusan dan alasan-alasan Presiden Tribunal kepada keputusan-keputusan tersebut di dalam afidavit-afidavit mereka, tetapi Mahkamah ini mendapati rekod prosiding Tribunal masih tidak lengkap kerana tidak disertakan nota-nota keterangan saksi-saksi yang dipanggil serta eksibit-eksibit yang dikemukakan semasa prosiding Tribunal. [47] Pada pandangan Mahkamah ini, kegagalan pemohon untuk mengeksibitkan rekod-rekod prosiding Tribunal yang lengkap telah mencacatkan permohonan semakan kehakiman pemohon dalam kedua-dua kes 10 dan kes 8. Ini kerana rekod-rekod prosiding yang lengkap adalah sine qua non bagi membolehkan Mahkamah ini melaksanakan semakan kehakiman terhadap proses-proses mencapai keputusan (decision making process) oleh Presiden Tribunal dalam kedua-dua kes tersebut. Ia sepatutnya merupakan tanggungjawab pemohon bukannya responden-responden. [48] Selain sine qua non, soal kenapa Mahkamah ini memberatkan pemohon untuk mengemukakan rekod-rekod prosiding Tribunal yang lengkap adalah kerana terdapat dakwaan-dakwaan di dalam afidavit-afidavit responden-responden dalam kedua-dua kes 10 dan kes 8 bahawa pihak pemohonlah yang sebenarnya lewat menetapkan tarikh-tarikh serahan kunci hartanah-hartanah tersebut S/N mtq6as9kaUaMwVfUxj2YcA walaupun pihak responden-responden, selepas menerima notis milkan kosong, telah berkali-kali meminta atau memperingatkan pemohon melalui emel-emel mereka untuk mereka mengambil kunci-kunci tersebut. [49] Selain itu, responden-responden turut mendakwa pemohon hanya menggunakan alasan PKP 2.0 untuk menutup keadaan sebenar projek tersebut, antara lainnya, tidak ada akses untuk masuk ke kawasan projek tersebut, kemudahan bersama yang belum disiapkan, bekalan elektrik masih belum sedia untuk dipasang untuk Lot 161, meter elektrik hilang untuk Lot 145 dan perimeter fencing yang belum disiapkan. Responden-responden telah mengeksibitkan gambar-gambar yang berkaitan dengan dakwaan mereka dalam afidavit-afidavit jawapan masing-masing. Apa yang lebih penting gambar-gambar tersebut juga telah dikemukakan oleh responden-responden semasa prosiding Tribunal dan perkara ini tidak dinafikan oleh pemohon. [50] Manakala jawapan pemohon terhadap dakwaan-dakwaan responden-responden tersebut dalam afidavit-afidavitnya pula menunjukkan bahawa pemohon bersetuju bahawa kelewatan menetapkan tarikh-tarikh pengambilan kunci tersebut adalah diakibatkan oleh PKP 2.0 yang berkuatkuasa. Rujukan kepada jawapan pemohon ini juga jelas terzahir dalam hujahan bertulis peguam pemohon seperti berikut: - Untuk kes 10: “35. We submit, the 2nd Respondent has failed to appreciate the fact that the Applicant is not allowed to operate during the implementation of MCO 2.0 from 13/1/2021 to 4/3/2021, which is S/N mtq6as9kaUaMwVfUxj2YcA not an event intended or induced by, nor foreseeable by the Applicant which rendered handing keys over to the 1st Respondent to be impossible. [Refer: Pages 18 to 25 of Exhibit K in A’s AIR]