Jika dalam suatu tindakan yang baginya kaedah ini terpakai suatu pernyataan tuntutan telah disampaikan kepada defendan dan defendan itu telah memasukkan kehadiran dalam tindakan itu, plaintif boleh, atas alasan bahawa defendan tidak mempunyai pembelaan kepada suatu tuntuan yang termasuk dalam writ, atau kepada suatu bahagian tertentu suatu tuntutan itu, atau tidak mempunyai pembelaan mengenai suatu tuntutan itu atau sebahagian daripadanya kecuali tentang amaun apa-apa ganti rugi yang dituntut, memohon kepada Mahkamah untuk penghakiman terhadap defendan itu.” [18] Di dalam kes Cempaka Finance Bhd v Ho Lai Ying & Anor [2006] 3 CLJ 544, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa; “In the instant case, the Court of Appeal had put the burden on the plaintiff to prove his case in an O. 14 application. With respect, that could not be the correct proposition of law. In an application S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w under O. 14 RHC, the burden is on the plaintiff to establish the following conditions: (i) that the defendant must have entered an appearance; (ii) that the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) that the affidavit in support must comply with r. 2 of O. 14 RHC in that it must verify the facts on which the claim is based and must state the deponent's belief that there is no defence to the claim. Once those conditions are fulfilled, the burden then shifts to the defendant to raise triable issues. The law on this is trite (National Company for Foreign Trade v. Kayu Raya Sdn Bhd folld)” [19] Dalam kes Bank Negara Malaysia v Mohd Ismail Ali & Ors [1992] 1 CLJ (rep) 14 telah diputuskan bahawa Penghakiman Terus tidak wajar dibenarkan sekiranya terdapat isu-isu yang layak dibicarakan telah dibangkitkan oleh pihak Defendan. Mahkamah Agung menyatakan seperti berikut: “In our views, basic application under O.14 made by the Plaintiff for summary judgment without trial, the general principles established are that the Plaintiff has to satisfy the court that the Defendant plainly and obviously has no defence to the Plaintiff’s claim or part of the Plaintiff’s claim. If the S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w Plaintiff is able to satisfy the court, then summary judgment should be entered in the Plaintiff’s favour. On the other hand, if the Defendant cab show that there is a serious conflict of material facts as disclosed in the opposing affidavits, or there is otherwise a triable issue worthy of judicial investigation in the trial of the action, or there is an important and difficult point of law requiring further and mature consideration at the trial, summary judgment should be refused”. C. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH DEFENDAN [20] Defendan telah menyenaraikan isu-isu untuk dibicarakan bagi pertimbangan Mahkamah seperti berikut:- i. Defendan memplid bahawa pada 2 November 2017 Defendan telah membeli Hartanah tersebut daripada tuan punya rumah yang sebelum ini, iaitu Mohamad Taufik Bin Kamarul Bari. Pada waktu tersebut, tiada apa-apa dokumen yang telah Defendan tandatangan yang ada memaklumkan bahawa Plaintif membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan atau keselamatan. ii. Defendan menafikan fakta Plaintif bertanggungjawab untuk membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan kepada Hartanah tersebut, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekalan fasiliti S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w Rumah Kelab, penjagaan dan penyelenggaraan bagi kemudahan bersama, penjagaan lanskap am bagi kemudahan bersama dan perkhidmatan keselamatan sekuriti (selepas ini dirujuk perkhidmatan Plaintif tersebut). iii. Defendan seterusnya memplid bahawa selepas serahan sepenuhnya rumah-rumah kepada pembeli telah ditubuhkan Persatuan Penduduk Bukit Rimau yang mana persatuan ini yang membekalkan perkhidmatan keselamatan. Selain itu, kerja-kerja kutipan sampah dan pemotongan rumput adalah dijalankan oleh pihak Majlis Bandaraya Shah Alam. iv. Plaintif gagal memplidkan fakta material dalam Pernyataan Tuntutan. v. Defendan seterusnya memplid bahawa Hartanah tersebut dimiliki di bawah hakmilik individu dan bukan hakmilik strata yang membawa bayaran caj penyelenggaraan dan / atau wang penjelas. vi. Defendan telah membuat bayaran sewajarnya bagi cukai tanah dan cukai pintu bagi mendapatkan perkhidmatan penyelengaraan dari pihak berkuasa tempatan. S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w vii. Defendan seterusnya memplid bahawa Plaintif bukan satu badan yang berdaftar di bawah undang-undang hakmilik strata yang membenarkan Plaintif mengutip wang penyelenggaraan atau apa-apa caj perkhidmatan. viii. Defendan juga tidak pernah tandatangan apa-apa perjanjian dengan Plaintif bagi mendapatkan apa-apa perkhidmatan daripada Plaintif. D. DAPATAN MAHKAMAH [21] Mahkamah telah mempertimbangkan kesemua prinsip dan syarat-syarat di bawah Aturan 14 KKM 2012 dan mendapati Plaintif telah memenuhi ketiga-tiga syarat iaitu: i. Defendan telah memasukkan kehadiran melalui Memorandum Kehadiran yang telah difailkan di Mahkamah pada 31 Januari 2025; ii. Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan serta telah disahkan penerimaan oleh Defendan; dan iii. Afidavit Sokongan di Lampiran 9 yang menyokong Notis Permohonan ini (Lampiran 8) untuk Penghakiman Terus telah mematuhi Aturan 14 Kaedah 2(1) KKM 2012. S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w [22] Sebaik sahaja prasyarat di atas telah dipenuhi, Plaintif telah mewujudkan kes prima facie dan berhak kepada penghakiman. Beban kini telah beralih kepada Defendan untuk membuktikan bahawa wujudnya triable issues dalam kes ini. Jika Defendan berjaya membangkitkan walaupun satu isu yang boleh dibicarakan, maka ia tidak akan menjadi kes yang sesuai dan wajar untuk memerintahkan penghakiman terus. (Mahkamah Persekutuan dalam kes National Company Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 2 MLJ 300) [23] Berdasarkan Jawapan kepada Pembelaan Plaintif, Mahkamah dapati Plaintif menyatakan walaupun Hartanah tersebut merupakan suatu Hakmilik individu, pemilik-pemilik hartanah dalam kawasan Bukit Rimau Shah Alam adalah bertanggungjawab membayar Caj-Caj Penyelenggaraan tersebut kepada Plaintif misalnya ia adalah fakta bahawa kawasan Bukit Rimau Shah Alam akan dimajukan dengan skim kediaman secara berpagar dan berpengawal (“gated and guarded”) melalui Surat Ikatan Waad Bersama (“Deed of Mutual Covenant”) dan Surat Ikatan Waad Bersama tersebut akan terikat ke atas pemilik hartanah seterusnya walaupun pada masa S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w pembelian seterusnya ia tidak ditandatangani oleh pembeli hartanah seterusnya dan tiada permohonan keluarkan pihak ketiga dilakukan Defendan sekiranya penjual terdahulu adalah bertanggungan dan bersama untuk bayar tuntutan Plaintif di Mahkamah ini. [24] Selain itu, berdasarkan pada Pernyataan Tuntutan Plaintif dan kandungan Deed of Mutual Covenant, Mahkamah mendapati bahawa segala fakta material berkenaan tanggungjawab Plaintif sebagai pemaju yang bertanggungjawab membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan kepada Hartanah tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekalan fasiliti Rumah Kelab, penjagaan dan penyelenggaraan bagi kemudahan bersama, penjagaan landskap am bagi kemudahan bersama dan perkhidmatan keselamatan sekuriti. [25] Defendan mempunyai pengetahuan penuh semasa Defendan membeli Hartanah tersebut bahawa Hartanah tersebut adalah terletak dalam projek “Bukit Rimau Shah Alam” yang menikmati perkhidmatan Plaintif tersebut dan alegasi Defendan bahawa Defendan selaku pemilik tanah seterusnya tidak mempunyai S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w kewajipan untuk membuat bayaran ke atas perkhidmatan Plaintif tersebut akan terjumlah kepada suatu pengkayaan yang tidak patut (“unjust enrichment”). [26] Akibat daripada kegagalan, kecuaian dan/ atau keengganan Defendan untuk membayar Caj-Caj Penyelenggaraan tersebut kepada Plaintif, Plaintif telah dari semasa ke semasa melalui surat-surat Peguamcara Plaintif bertarikh 13-10-2023 dan 19-07-2024 mengisukan kepada Defendan dengan menuntut Caj-Caj Penyelenggaraan tersebut daripada Defendan, di mana butir-butir penuh berkenaannya adalah dalam pengetahuan penuh Defendan sepertimana ekshibit B3 dalam Afidavit Sokongan Plaintif. Tindakan Defendan yang tidak pernah membalas, menafikan dan/ atau menyangkal ke atas kandungan surat-surat Peguamcara Plaintif bertarikh 13-10-2023 dan 19-07-2024 yang diisukan terhadap Defendan dan hanya menafikan pengetahuannya pada kes di Mahkamah ini merupakan satu afterthought. [27] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia yang mempunyai alamat berdaftar di Level 18 & 19, Pavilion Tower, No. S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w 75, Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur dan alamat perniagaan di No. 6, Jalan Sungai Beranang 32/52, Bukit Rimau Seksyen 32, 40460 Shah Alam, Selangor. [28] Tambahan pula, Plaintif juga merupakan pemaju yang memajukan pembangunan projek “Bukit Rimau Shah Alam” dan Hartanah yang dimiliki oleh Defendan yang beralamat surat-menyurat di No. 10, Jalan Sungai Beranang 32/61C, Seksyen 32 Bukit Rimau, 40460 Shah Alam, Selangor (selepas ini dirujuk sebagai “Hartanah tersebut”) merupakan salah satu hartanah yang dimajukan oleh Plaintif dalam projek tersebut. [29] Oleh itu, Mahkamah mendapati isu-isu yang dibangkitkan oleh Defendan dalam permohonan ini adalah tidak bermerit untuk dijalankan perbicaraan penuh dengan pemanggilan saksi dan penelitian dokumen. E. KESIMPULAN [30] Beban pembuktian adalah terletak pada Defendan untuk mempertikaikan tuntutan Plaintif dengan mengutarakan isu-isu S/N ZRipSuPUukKXybjNq0mg/w untuk dibicarakan dalam permohonan ini. Walaubagaimanapun, setelah Mahkamah menilai keseluruhan isu-isu daripada pihak Defendan, Mahkamah mendapati ianya bukan isu-isu yang perlu dibicarakan dan hanya merupakan penafian dan “afterthought” (pemikiran terkemudian). Oleh itu, Mahkamah telah membenarkan