Lampiran
Lampiran 31 dengan kos dalam kausa. [3] Notis Permohonan di Lampiran 31 adalah satu Notis Permohonan yang difailkan oleh Defendan di bawah Aturan 45 Kaedah 11 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa yang sedia ada bagi Mahkamah Yang Mulia, untuk satu perintah seperti berikut: 1. Bahawa segala prosiding perlaksanaan / prosiding penggulungan untuk menguatkuasakan Penghakiman Terus bertarikh 30.05.2024 yang memerintahkan Defendan untuk membayar sejumlah RM 339,393.42 beserta faedah dan kos kepada Plaintif digantung sehingga pelupusan sepenuhnya Tuntutan Balas Defendan terhadap Plaintif; 2. Bahawa satu penggantungan perlaksanaan interim diberikan sementara menunggu pelupusan dan pendengaran penuh Permohonan ini; 3. Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan 4. Relif-relif lain dan/atau perintah-perintah lain atau lanjut yang dianggap patut dan sesuai oleh Mahkamah yang Mulia ini. [4] Alasan permohonan Defendan adalah sebagaimana affidavit sokongan sebagaimana berikut: 1) Defendan telah memfailkan suatu rayuan ke Mahkamah Tinggi pada 06.06.2024 terhadap keseluruhan Keputusan Mahkamah Sesyen yang membenarkan Permohonan Penghakiman Terus Plaintif pada 30.05.2024; 2) Defendan mempunyai Rayuan yang bermerit dan terdapat keadaan-keadaan khas (“special circumstances”) yang menjustifikasikan suatu perintah penggantingan diberikan. Oleh demikian, jika perintah penggantungan tidak dibenarkan dan Plaintif memulakan prosiding pelaksaan/penggulungan terhadap Defendan untuk mendapatkan jumlah Penghakiman Terus tersebut Bersama faedah dan kos, Rayuan dan Tuntutan Balas dan/atau Pembelaan set-off Defendan akan menjadi sia-sia (“nugatory”); 3) Tiada prejudis terhadap pihak-pihak dan kerugian Plaintif (sekiranya ada) adalah boleh dipampas dengan faedah; 4) Keseimbangan kesenangan memihak kepada Defendan dan wajar untuk memberikan perintah penggantungan pelaksanaan kerana Defendan mempunyai Tuntutan Balas yang bermerit yang mana ganti rugi yang dituntut daripada Plaintif boleh digunakan untuk mengimbangi (“set-off”) jumlah yang dituntut oleh Plaintif; [5] Plaintif telah menjawab kepada affidavit Defendan sebagaimana affidavit balasan di Lampiran 38 sebagaimana berikut: 1) Defendan gagal menunjukkan keadaan khas yang mewajarkan penggantungan. 2) Penghakiman Terus adalah satu penghakiman monetary yang mana penggantungan pelaksanaan tidak sepatutnya dibenarkan. 3) Penghakiman Terus, sehingga diketepikan melalui rayuan, adalah mengikat kedua-dua pihak dan mesti dipenuhi. 4) Isu utama yang dibangkitkan oleh Defendan kononnya kemungkiran kewajipan telah dibangkitkan dan dibicarakan (ventilate) oleh Mahkamah yang Mulia ini. 5) Defendan gagal menunjukkan bagaimana Pembelaan dan Tuntutan Balas mereka akan menjadi sia-sia (nugotori) jika rayuan dibenarkan. 6) Tujuan pemfailan permohonan ini adalah hanya sebagai tirai bagi menangguhkan pembayaran yang perlu dibayar dan terakru oleh Defendan. 7) Plaintif tidak sepatutnya dinafikan haknya untuk mendapat hasil litigasinya. 8) Defendan tidak mengalami prejudis kerana Defendan hanya perlu membayar hutang kepada Plaintif. [6] Mahkamah meneliti Notis Permohonan Defendan yang dibuat di bawah Aturan 45 Kaedah 11 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau bidang kuasa yang sedia ada bagi Mahkamah Yang Mulia yang Mahkamah kemukakan semula sebagaimana berikut: 11. Perkara yang berlaku selepas penghakiman: Penggantungan pelaksanaan (A. 45 k. 11) Tanpa menjejaskan Aturan 47, kaedah 1, suatu pihak yang terhadapnya suatu penghakiman telah diberikan atau suatu perintah dibuat boleh memohon kepada Mahkamah untuk mendapatkan penggantungan pelaksanaan penghakiman atau perintah itu atau relief lain atas alasan kerana perkara yang telah berlaku sejak tarikh penghakiman atau perintah itu, dan Mahkamah boleh melalui perintah memberikan apa-apa relief, dan atas apa-apa terma, sebagaimana yang difikirkannya patut. 4. Kuasa sedia ada Mahkamah (A. 92 k. 4) Bagi menghapuskan keraguan dengan ini diisytiharkan bahawa tiada apa-apa jua dalam Kaedah-Kaedah ini boleh disifatkan sebagai mengehadkan atau menjejaskan kuasa sedia ada Mahkamah untuk membuat apa-apa perintah sebagaimana yang perlu untuk mencegah ketidakadilan atau untuk mencegah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [7] Mahkamah merujuk kepada kes VECTORWOOD SDN BHD v. KERAJAAN MALAYSIA [2022] CLJU 2492 yang mana YAH ROSLAN MAT NOR PK telah menilai dengan seteliti mungkin peruntukkan bagi Aturan 45 Kaedah 11 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ini. [8] Antara petikan dari kes tersebut adalah dikemukakan semula sebagaimana berikut: “[9] Apa yang jelas daripada Aturan 45 kaedah 11 KKM 2012 ialah sekiranya terdapat apa-apa perubahan setelah penghakiman diberikan ia boleh dipertimbangkan oleh Mahkamah untuk penggantungan kepada pelaksanaan penghakiman tersebut. Oleh itu jika dilihat kepada Aturan 45 kaedah 11 KKM 2012 itu ia terletak di bawah Aturan berkaitan dengan Penguatkuasaan Penghakiman dan Perintah. [21] Adalah jelas dan nyatakan bahawa Aturan 45 kaedah 11 KKM 2012 akan dibenarkan sekiranya terdapat keadaan di mana terdapat perubahan selepas daripada perintah diberikan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan tersebut berlaku tanpa dapat dikemukakan atau dimaklumkan kepada Mahkamah sebelum daripada perintah tersebut diberikan. Ini adalah disebabkan perkara-perkara yang berlaku selepas daripada penghakiman tersebut boleh menyebabkan penghakiman yang telah diberikan itu tidak teratur ekoran daripada perkara-perkara baharu tersebut. Ianya harus diselesaikan terlebih dahulu bagi memastikan penghakiman yang akan menjadi asas kepada pelaksanaan kelak adalah teratur dan sah di sisi undang-undang.” [9] Mahkamah ini berpendapat bahawa dalam tindakan ini, wujud keadaan khas di mana satu Penghakiman Terus telah memihak kepada Plaintif tetapi dalam masa yang sama, Tuntutan Balas Defendan masih belum diputuskan. [10] Mahkamah akur bahawa ia adalah 2 tindakan yang berbeza dan Plaintif tidak sepatutnya dihalang dari mendapat hasil kepada litigasinya. [11] Walaupun begitu, Mahkamah berpendapat pihak Plaintif juga tidak diprejudiskan jika penggantungan ini dibenarkan. Penghakiman Terus dan penghakiman monetori yang diperolehi oleh Plaintif masih kekal. Akan tetapi apa yang akan berlaku dalam Tuntutan Balas akan memberi kesan kepada Tuntutan asal Plaintif dan juga Penghakiman Terus yang telah diberikan yang berpihak kepada Plaintif. [12] Mahkamah berpendapat inilah antara perubahan yang dikatakan oleh YAH dalam kes VECTORWOOD SDN BHD di atas. [13] Mahkamah juga berpendapat keadaan khas wujud dalam kes ini di mana Defendan adalah satu Badan Pengurusan. Jika pelaksaan dan penghakiman yang diberikan diteruskan, ada kemungkinan salah satu pilihan yang ada adalah dengan memfailkan penggulungan syarikat jika Defendan gagal membayar jumlah penghakiman terus yang telah direkodkan. [14] Dalam keadaan ini, Defendan bukan hanya menguruskan satu Badan pengurusan sahaja. Jika keadaan ini terjadi, ia akan memberi kesan teruk kepada pihak-pihak lain yang berurusan dengan pihak Defendan. [15] Perenggan pertama dalam Notis Permohonan Defendan di lampiran 31 ini secara jelas menunjukkan bahawa tujuan permohonan adalah untuk “…segala prosiding perlaksanaan / prosiding penggulungan untuk menguatkuasakan Penghakiman Terus bertarikh 30.05.2024…” yang mana Defendan tahu besarnya kesan pelaksaan tersebut ke atas status quo Defendan. [16] Tambahan pula Mahkamah mempunyai budibicara untuk mempertimbangkan permohonan sebegini dengan sewajarnya. Dalam Halsbury's Laws of England, vol. 13 edisi 4, di muka surat 272, perenggan 455 telah mengatakan ini: "The court has an absolute and unfettered discretion as to the granting or refusing of a stay, and as to the terms upon which it will grant it, and will, as a rule, only grant a stay if there are special circumstances, which must be deposed to an affidavit unless the application is made at the hearing." [17] Mahkamah merujuk kepada kes MOHAMED MUSTAFA v. KANDASAMI (NO 2), FEDERAL COURT, PENANG [1979] CLJU 54 yang mana diputuskan seperti berikut: “On the question of stay of execution it is I think settled law that the granting of such a stay is a matter of the Court's discretion, and it is true that the exercise of such discretion must be founded upon established judicial principles. One of the determining factors that calls for consideration is whether by not making an order to stay of the execution it would make the appeal if successful, nugatory in that it would deprive an appellant of the results of the appeal. How pertinent that factor would be may vary according to the circumstances of each particular case. In the instant case it is the considered judgment of this Court that the respondent ought to be granted stay of execution to maintain the status quo so as not to deprive him, if successful, the result of his appeal. It is, however, felt that there should not be a stay of execution in respect of the sum of $8,500 mesne profit for the period up to 31 May 1978 and the order for mesne profit at the rate of $300 per month with effect from 1 June 1978.” [18] Mahkamah juga ada budibicara untuk membenarkan penggantungan bersyarat. Dalam kes yang akan Mahkamah rujuk ini, ia melibatkan penghakiman yang bercampur (mixed claim) termasuk penghakiman monetori. Mahkamah telah membenarkan penggantungan tersebut. [19] Rujuk kes SELINSING MINING SDN BHD v. SELINSING GOLD MINE MANAGER SDN BHD & YANG LAIN [2013] CLJU 262 sebagaimana berikut: “[5] Alasan-alasan penggantungan bersyarat dibenarkan oleh mahkamah, adalah berdasarkan kepada perkara-perkara berikut: (a) perintah oleh mahkamah bertarikh 26.2.2013 mengandungi terma-terma perintah yang bersifat "monetary, non-monetary, declaration and injuctive relief"; (b) defendan ketiga disini adalah merupakan sebuah syarikat yang diperbadankan di Canada yang beralamat di Suite 500, Park Place, 666 Burrard Street, Vancouver, British Columbia, V6C3P6, merupakan syarikat induk bagi defendan pertama dan defendan kedua; (c) keterangan yang ada melihatkan terdapat keuntungan (profit) daripada usahasama (JVA 2007) lombong emas Lombong Selinsing oleh defendan-defendan dan keuntungan tersebut termasuk "plaintiff's 5% entitlement" yang dikatakan telah diserahkan oleh defendan pertama kepada defendan ketiga dan berada dengan defendan ketiga iaitu sebuah syarikat yang beralamat di luar negara; (d) di atas penghakiman mahkamah ini pada 26.2.2013 tersebut, plaintif di bawah JVA 2007 berhak kepada 5% "share of production" iaitu produksi bullion emas dari Lombong Emas Selinsing yang berada di dalam milikan defendan pertama, kedua dan ketiga; (e) jumlah USD10,401,000.00 yang menjadi syarat penggantungan adalah diasaskan kepada perkiraan yang dibuat di dalam "Operational Highlights" yang dilampirkan di eksibit P2, afidavit jawapan plaintif (1) yang tidak dinafikan oleh defendan-defendan; (f) terdapat pernyataan bertarikh 4.3.2013 yang dikeluarkan oleh Robert Frederick Baldock yang merupakan pengarah bersama dalam defendan pertama, defendan kedua dan defendan ketiga, iaitu pernyataan yang dibuat bagi pihak defendan ketiga yang melihatkan bahawa defendan-defendan mempunyai kecenderungan untuk tidak akan mematuhi penghakiman yang memihak kepada plaintif. [6] Lampiran 41 iaitu permohonan oleh defendan-defendan dengan ini dibenarkan secara bersyarat seperti yang dinyatakan di atas. [20] Oleh demikian, berdasarkan alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini berpuashati dan menjalankan bidibicara yang ada dengan membenarkan Notis Permohonan Defendan di lampiran 31 dengan kos dalam kausa. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………………… Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 1 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :17/9/2024 PEGUAMCARA PLAINTIF: CIK MERISSA ANN AUGUSTIN [TETUAN GAVIN JAYAPAL] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. HARVINPAL KAUR GHUMAN [TETUAN OTHMAN HASHIM & CO.