Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA NO KES : MA-83D-3776-08/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN BUSTAMI BIN PAWANG AMIRUDDIN (NO PASSPORT: C8726891) ALASAN PENGHAKIMAN
MA-83D-3776-08/2024
Magistrates Court of Malaysia13 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“phetamine dan Methamphetamine . OKT mempunyai 1 rekod lampau bagi kesalahan yang sama. OKT seorang penjawat awam. Denda RM1300.00 gagal bayar 7 bulan penjara dan 3 tahun pengawasan Mengaku salah. c. [2021] SMCU 142 NO. JENAYAH: BH- 83D-982- 12/2021 PP v. LAU KIANG CHAI OKT warganegara Malaysia. OKT positif MDMA dan ket”
“NO JENAYAH: MC- 83D-654-05/ 2023 PP v CINNARAJ SREEDARAN OKT warganegara Malaysia positif Methamphetamine . Denda RM1500.00 gagal bayar 3 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan. Mengaku salah. b. [2022] SMCU 92 NO JENAYAH: JG- 82D-5-03/2022 PP v AZIRIN SUHOT lwn. PP OKT warganegara Malaysia. OKT positif Amphetamine dan M”
“22. Mahkamah telah merujuk trend hukuman di Mahkamah Majistret lain bagi kesalahan yang sama seperti berikut: CITATION FAKTA RINGKAS HUKUMAN STATUS a. [2024] SMCU 45 NO JENAYAH: MC- 83D-654-05/ 2023 PP v CINNARAJ SREEDARAN OKT warganegara Malaysia positif Methamphetamine . Denda RM1500.00 gagal bayar 3 bulan penjara da”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MELAKA DALAM NEGERI MELAKA, MALAYSIA NO KES : MA-83D-3776-08/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA LAWAN BUSTAMI BIN PAWANG AMIRUDDIN (NO PASSPORT: C8726891) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah rayuan dari pihak Pendakwaan terhadap hukuman yang diberikan oleh Mahkamah pada 13.1.2025.
2
Tertuduh, Bustami Bin Pawang Amiruddin telah membuat pengakuan salah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya sepertimana Pertuduhan Pindaan seperti berikut:
3
Tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda RM3000 gagal bayar 5 bulan penjara. Tertuduh tidak diperintahkan sebarang perintah pengawasan kerana Tertuduh bukan warganegara Malaysia. FAKTA KES Fakta kes telah dikemukakan dan ditandakan sebagai P4. Fakta kes seperti yang berikut:
4
Pada 16.8.2024, jam lebih kurang 2:30 pagi, sepasukan Kastam Bahagian Penguatkuasaan Melaka telah berjaya menahan empat orang warganegara Indonesia dan telah menjumpai sejumlah hablur kristal yang dipercayai dadah di dalam beg sandang yang diakui kepunyaan oleh Bustami bin Pawang Amiruddin di Jalan SU 269, Jalan Indah 14, Taman Indah, 76300 Sungai Udang, Melaka.
5
Kesemua OYDS telah dibawa ke Pejabat di Wisma Kastam B, Lebuh Ayer Keroh untuk siasatan lanjut di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
6
Pada 19.8.2024, sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Melaka Tengah, Kementerian Dalam Negeri, Tingkat 9, Bangunan Wisma Persekutuan, Ayer Keroh telah datang Wisma Kastam B, Peti Surat 92, Lebuh Ayer Keroh, untuk membuat saringan awal air kencing terhadap kesemua OYDS. Keputusan ujian saringan awal air kencing yang dijalankan oleh pihak AADK mengesahkan bahawa air kencing Tertuduh adalah positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine yang mana jenis dadah tersebut adalah dadah berbahaya yang ditetapkan di Bahagian III dari Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952.
7
Satu laporan polis telah dibuat No Repot Masjid Tanah/3232/24 di Balai Polis Air Keroh bertarikh 16.8.2024.
8
Hasil siasatan kastam, didapati Tertuduh tidak diberi kuasa untuk memasukkan dadah bahaya tersebut ke dalam tubuh badannya. Oleh itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Akta yang sama.
9
PENGAKUAN SALAH TERTUDUH Mahkamah berpuas hati bahawa fakta-fakta yang dinyatakan dalam eksibit P4 tersebut terjumlah kepada suatu kesalahan sebagaimana yang terkandung dalam pertuduhan. Pada peringkat ini, Mahkamah sedar bahawa jika Tertuduh mengakui fakta kes itu secara bersyarat atau jika pengakuannya adalah tidak jelas dan meragukan, maka Mahkamah hendaklah menganggap pengakuan Tertuduh sebagai pengakuan tidak bersalah dan meneruskan perbicaraan.
10
Oleh itu, kesemua hal ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengakuan salah Tertuduh adalah teratur, tidak bersyarat dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Mahkamah berpuas hati bahawa Tertuduh mengaku bersalah dan telah memahami sepenuhnya sifat dan akibat pengakuan, maka pengakuan salah Tertuduh diterima.
11
HUJAHAN MITIGASI HUKUMAN Pembelaan menghujahkan Tertuduh berumur 45 tahun, telah berkahwin, mempunyai tanggungan isteri dan anak 19 tahun masih belajar. Tertuduh masih tak kerja dan membantu isteri berniaga. Tertuduh tiada pendapatan tetap serta anggaran pendapatan antara RM1500 hingga RM2500. Dengan pengakuan salah Tertuduh, telah jimatkan masa dan kos. Tertuduh juga menginsafi perbuatannya dan berjanji tidak akan ulangi lagi.
12
Pembelaan juga menghujahkan ini adalah kesalahan kali pertama Tertuduh. Tertuduh wajar diberi peluang kedua.
13
Pembelaan memohon hukuman denda yang minima.
14
Pegawai Pendakwa terpelajar tidak membuat sebarang hujahan pemberatan. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh sejurus rayuan Tertuduh dibuat.
15
SABITAN DAN HUKUMAN Mahkamah mendapati Tertuduh disabitkan sebagaimana pertuduhan pindaan dan dijatuhkan hukuman denda RM3000.00 gagal bayar 6 bulan penjara.
16
ALASAN PENGHUKUMAN Tertuduh telah membuat pengakuan salah dan hakikat bahawa Tertuduh adalah seorang pesalah pertama adalah antara hal keadaan yang perlu dipertimbangkan.
17
Mahkamah mendapati Tertuduh telah dituduh pada 29.8.2024 dan membuat pengakuan salah pada 13.1.2025 ketika kes di peringkat pengurusan kes. Mahkamah berpendapat pengakuan salah pada peringkat awal dan sebagai pesalah pertama wajar diberikan kredit peringanan hukuman penjara.
18
Tidak dinafikan pengakuan salah segera Tertuduh ini telah menyelesaikan kes ini dengan cepat tanpa melalui perbicaraan terus sekaligus menjimatkan masa, kos dan tenaga semua pihak.
19
Mahkamah turut mempercayai pengakuan salah Tertuduh di peringkat paling awal mencerminkan penyesalan dan keinsafan Tertuduh.
20
Mahkamah cakna bahawa Tertuduh adalah warga asing berwarganegara Indonesia. Walaubagaimanapun, Mahkamah tidak boleh membezakan darjat antara individu berwarganegara Malaysia dan bukan warganegara. Mahkamah sama sekali tidak boleh mengabaikan atau menolak tepi kepentingan Tertuduh keseluruhannya. Mahkamah perlu membuat imbangan antara kepentingan awam dan kepentingan Tertuduh dalam menentukan hukuman yang berpatutan agar manfaat dapat dinikmati semua pihak.
21
Mahkamah juga perlu memberikan pengajaran kepada Tertuduh dan semua warga asing di Malaysia bahawa undang-undang negara ini tegas dalam membanteras kes penyalahgunaan dadah. Tertuduh harus menghormati negara ini dengan tidak terlibat dengan kesalahan jenayah yang lain. Justeru, Mahkamah memutuskan untuk memberikan denda yang lebih tinggi ke atas Tertuduh berbanding kes-kes kesalahan ini yang melibatkan warganegara Malaysia.
22
Mahkamah telah merujuk trend hukuman di Mahkamah Majistret lain bagi kesalahan yang sama seperti berikut: CITATION FAKTA RINGKAS HUKUMAN STATUS a. [2024] SMCU 45 NO JENAYAH: MC- 83D-654-05/ 2023 PP v CINNARAJ SREEDARAN OKT warganegara Malaysia positif Methamphetamine . Denda RM1500.00 gagal bayar 3 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan. Mengaku salah. b. [2022] SMCU 92 NO JENAYAH: JG- 82D-5-03/2022 PP v AZIRIN SUHOT lwn. PP OKT warganegara Malaysia. OKT positif Amphetamine dan Methamphetamine . OKT mempunyai 1 rekod lampau bagi kesalahan yang sama. OKT seorang penjawat awam. Denda RM1300.00 gagal bayar 7 bulan penjara dan 3 tahun pengawasan Mengaku salah. c. [2021] SMCU 142 NO. JENAYAH: BH- 83D-982- 12/2021 PP v. LAU KIANG CHAI OKT warganegara Malaysia. OKT positif MDMA dan ketamine. Denda RM1200, gagal bayar 2 bulan penjara dan 2 tahun pengawasan Mengaku salah
23
Dengan merujuk kepada trend hukuman di atas, Mahkamah mendapati denda RM 3000.00 bagi kes ini adalah lebih tinggi berbanding kes-kes yang dilaporkan di atas dan selaras dengan kehendak mahkamah untuk memberi pengajaran kepada Tertuduh dan masyarakat luar.
24
Berdasarkan alasan-alasan yang telah dikemukakan di atas dan setelah Mahkamah ini mengambil kira kesemua faktor yang telah dinyatakan, maka hukuman yang telah dikenakan terhadap Tertuduh adalah wajar dan setimpal dengan kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan. Hukuman yang djatuhkan tersebut adalah menurut prinsip landasan undang-undang dan tidak menyalahi mana-mana prinsip undang-undang. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Bertarikh: 27 Mei 2025 Pegawai Pendakwa : MOHAMMAD AZHAR HABIB BIN ANUAR JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA Peguambela Tertuduh: ANASUHA ATIQAH BINTI MAT SAIDI
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.