Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. BB-B52NCC-172-11/2024 ANTARA C&L PERFECTO TRADING SDN BHD (No. Syarikat: 1282224-U) … PLAINTIF
BB-B52NCC-172-11/2024
Sessions Court of Malaysia12 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“hkamah mendapati kes ini tidak boleh dirayu atas keputusan Mahkamah ini yang tidak membenarkan permohonan Plaintif untuk suatu penghakiman terus selaras dengan pindaan kepada “Section 28 of Courts of Judicature Act 1964”. S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w **Note : Serial number will be used to verify the originality of this d”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN NO. BB-B52NCC-172-11/2024 ANTARA C&L PERFECTO TRADING SDN BHD (No. Syarikat: 1282224-U) … PLAINTIF
1
CREATIVE INOVA SDN BHD (No. Syarikat:
2
TAN JUN WEI (No. K/P: 870929-02-5661) … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini adalah rayuan yang difailkan oleh Plaintif melalui Notis Rayuan bertarikh 22.09.2025 di Lampiran 34 yang merayu terhadap keputusan di Lampiran 24 iaitu terhadap keputusan selain yang diputuskan selepas perbicaraan yang diberikan pada 12 September 2025. [2] Permohonan pada Lampiran 24 permohonan Plaintif untuk memohon penghakiman terus terhadap Defendan kedua untuk S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w tuntutan bagi sejumlah RM315,792.30 (terdiri daripada jumlah wang dan faedah) berdasarkan Statement of Account bertarikh 31.8.2024. [3] Mahkamah memutuskan bahawa Lampiran 24 ditolak dengan kos RM2,000.00 kerana terdapat isu-isu untuk dibicarakan. Notis tuntutan di ekshibit B (muka surat 20-21) tidak diterima oleh Defendan Kedua selaras dengan Klausa 9 Surat Jaminan bertarikh 21.2.2023 diekshibit (B) muka surat 12-13. FAKTA KES [4] Secara ringkasnya, pada 21.02.2023, berdasarkan permohonan Defendan Pertama, Plaintif telah memberikan Kemudahan Akaun Kredit bagi barangan yang dijual dan dihantarserahkan berdasarkan terma-terma Kemudahan Akaun Kredit tersebut. [5] Sebagai balasan kepada Plaintif membekalkan barangan dan menghantarserahkan barang tersebut, Defendan Kedua telah melaksanakan suatu jaminan untuk membayar balik kepada Plaintif segala jumlah yang terhutang oleh Defendan Pertama. [6] Berdasarkan Pernyataan tuntutan, Plaintif memplidkan bahawa pada 20.09.2024 dan 15.10.2024 Plaintif telah menuntut sejumlah S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w yang terhutang dan perlu dibayar daripada Defendan Pertama dan Defendan Kedua sejumlah RM315,792.30 setakat 31.08.2024. Namun, Defendan Pertama dan Defendan Kedua gagal, enggan dan/atau cuai untuk membuat pembayaran tersebut. [7] Sehubungan itu, pada 26.11.2024, Plaintif memulakan guaman sivil ini kepada kedua-dua Defendan ini. Pada 27.12.2024, Penghakiman Ingkar Kehadiran direkodkan terhadap Defendan Pertama. Manakala untuk Defendan Kedua, Plaintif telah memfailkan permohonan untuk merekodkan Penghakiman Terus ini. ISU [8] Samada Lampiran 24 wajar dibenarkan atau ditolak. DAPATAN MAHKAMAH Kes yang tidak boleh dirayu [9] Mahkamah mendapati kes ini tidak boleh dirayu atas keputusan Mahkamah ini yang tidak membenarkan permohonan Plaintif untuk suatu penghakiman terus selaras dengan pindaan kepada “Section 28 of Courts of Judicature Act 1964”. S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w [10] Section 28 of Courts of Judicature Act 1964 menyatakan: “(1) No appeal shall lie to the High Court in any of the following cases: ……b) where a Subordinate Court dismissed any application for summary judgment ….” [11] Maka, jelaslah perkataan “shall” bermaksud wajib untuk tidak dirayu. [12] Rayuan ini membuang masa Mahkamah walhal undang-undang ialah jelas, nyata dan terang. KESIMPULAN [13] Pihak-pihak diberi peluang membentangkan kes semasa perbicaraan penuh kelak. Mahkamah Tinggi tidak boleh dibebankan untuk mendengar rayuan bagi kes yang tidak boleh dirayu. S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w [14] Justeru, Mahkamah menegaskan bahawa penolakan pembatalan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan adalah perkara yang tidak boleh dirayu. Bertarikh: 10 November 2025 ……………………. AZLINA BINTI MAHMOD HAKIM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w PARA PEGUAM: Bagi Pihak Plaintif - Encik JK Phua (Tetuan JK Phua & Co.) Bagi Pihak Defendan - Cik LL Woon (Tetuan SL Goon & Partners) S/N oA4EI7wuxEyb6tIylkne9w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.