i
(i) Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk mempertimbangkan secara maksima pembelaan ‘innocent carrier’ Perayu; 10
/akn/my/judgment/court-of-appeal/2018/25db24eb-3ffe-4d45-be30-25270fa4ce1c
Court of Appeal of Malaysia17 Oct 2018B-05(M)-240-06/2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA, DI PUTRAJAYA (BIDANGKUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO. B-05(M)-240-06/2017 ANTARA CANIETE ROBELYN MASTELERO … PERAYU DAN PENDAKWA RAYA … RESPONDEN (Dalam Perkara Mahkamah Tinggi Malaya Di Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. 45A-120-11/2014 Antara Pendakwa Raya Dan Caniete Robelyn Mastelero) KORUM: MOHTARUDIN BAKI, HMR AHMADI HAJI ASNAWI, HMR ABDUL KARIM BIN ABDUL JALIL HMR 2 PENGHAKIMAN [1] Di Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam, perayu telah dituduh dengan pertuduhan berikut: "Bahawa kamu pada 15.11.2013, lebih kurang jam 3.10 petang, di kawasan ketibaan Antrabangsa LCCT, Sepang dalam Daerah Sepang, di dalam negeri Selangor, telah mengedar dadah berbahaya seberat 2268.2 gram Methamphetamine dan oleh itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama". [2] Di akhir kes pembelaan, perayu telah didapati bersalah dan dijatuhi dengan hukuman gantung dengan menggunakan tali yang diikat di leher sampai mati. [3] Rayuan di hadapan kami adalah berkaitan dengan sabitan dan hukuman yang dikenakan ke atas perayu tersebut. [4] Kami telah mendengar dan seterusnya menolak rayuan perayu. 3 [5] Sekarang kami perturunkan alasan-alasan kami. Kes Bagi Pihak Pendakwaan Naratif kes pendakwaan seperti didapati oleh hakim bicara yang bijaksana adalah seperti berikut: [6] Pada 15.11.2013, lebih kurang jam 3.10 petang, SP-2 (Sarjan Mohd Ghazali b Idris) telah melihat perayu sedang berjalan menuju ke pintu keluar di kawasan ketibaan Antarabangsa LCCT (Low Cost Carrier Terminal), Sepang dengan membawa satu beg tangan (eksibit P44) di bahunya dan menolak sebuah troli yang terdapat satu beg bimbit warna hitam (eksibit P39) dan satu beg beroda warna coklat (eksibit P19). Perayu ketika itu sedang menuju ke tempat pemeriksaan kastam dalam keadaan mencurigakan. [7] SP-2 menghampiri perayu dan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis. SP-2 kemudiannya mengarahkan perayu untuk menjalankan imbasan terhadap kedua-dua beg yang terdapat di troli yang dibawanya. Hasil imbasan daripada beg beroda warna coklat P19 tersebut menunjukkan wujudnya imej yang mencurigakan. 4 [8] SP-2 selanjutnya membawa perayu ke Pejabat Narkotik dan mengarahkan perayu untuk membuka beg beroda P19 yang dibawanya kerana beg itu dalam keadaan berkunci mangga. Perayu mengeluarkan anak kunci dari dalam beg tangan P44 yang disandangnya dan berjaya membuka beg beroda P19. [9] Selepas itu, SP-2 menjalankan pemeriksaan ke atas beg beroda P19 dan menjumpai di dalam beg beroda itu dua kotak susu jenama Enfapro (eksibit P31 dan eksibit P32) yang berkeadaan bertutup rapat dan bersil. SP-2 seterusnya membuka dua kotak susu tersebut dan menjumpai masing-masing di dalam kotak-kotak susu tersebut 3 bungkusan aluminium dan setiap satu bungkusan aluminium mempunyai bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal yang disyaki dadah. Jumlah kesemua bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal yang disyaki dadah adalah enam bungkusan. Barang-barang kes tersebut telah dirampas dan perayu ditahan. [10] Pegawai Penyiasat, SP-5 (Inspektor Rozlia binti Rozali) pada jam lebih kurang 10.30 malam hari yang sama, telah menerima barang-barang kes rampasan dan juga perayu daripada SP-2. 5 [11] Pada 18.11.2013, SP-5 telah menghantar barang-barang disyaki dadah tersebut ke Jabatan Kimia Malaysia. SP-3 (Pn. Norhaya binti Jaafar), ahli kimia yang menjalankan analisis ke atas 6 bungkusan aluminium yang berisi bungkusan plastik lutsinar yang mengandungi bahan kristal jernih tersebut telah mengesahkan bahan-bahan tersebut mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine dengan berat bersih sebanyak 2268.2 gram. [12] SP-3 mengesahkan bahawa dadah jenis Methamphetamine tersebut ialah dadah berbahaya yang tersenarai dalam Jadual Pertama, Akta Dadah Berbahaya 1952 (selepas ini disebut sebagai “dadah tersebut”). Laporan analisa yang beliau sediakan adalah seperti di eksibit P13. [13] Hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa dadah tersebut dijumpai tersembunyi di dalam kotak susu yang bersil dan disimpan di dalam beg beroda P19 yang dibawa oleh perayu dan perayu mempunyai anak kunci untuk membuka mangga yang menguncikan beg beroda P19 tersebut. Beg beroda P19 berada dalam milikan fizikal perayu semasa 6 perayu ditahan. Secara nyata, hakim bicara yang bijaksana mendapati bahawa perayu mempunyai jagaan atau kawalan ke atas beg beroda P19. [14] Hakim bicara yang bijaksana turut mengambilkira bahawa keadaan dadah yang disorok secara rapi di dalam kotak susu yang bersil di dalam beg beroda P19 membawa inferens bahawa perayu mempunyai niat untuk mengelakkan dadah itu dikesan oleh pihak berkuasa dan ini mewajarkan pemakaian anggapan statutori di bawah s.37 (d), Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”) untuk membuktikan perayu mempunyai milikan dan pengetahuan tentang dadah yang dibawa di dalam beg beroda P19. [15] Kuantiti dadah yang cukup besar yang dibawa oleh perayu membawa inferens bahawa dadah tersebut adalah untuk diedarkan. Perbuatan perayu yang membawa/mengangkut dadah berkenaan dari tempat lain ke negara ini bertepatan dengan definisi mengedar sebagai mana diperuntukkan oleh s.2, ADB. [16] Pada akhirnya, hakim bicara yang bijaksana telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima 7 facie ke atas perayu atas tuduhan yang dikenakan terhadapnya. Dengan itu perayu telah dipanggil untuk membela diri. Perayu memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah. Kes Pembelaan [17] Perayu menyatakan dia seorang warganegara Filipina yang belum berkahwin tetapi mempunyai 5 orang anak. Sebelum ditangkap, perayu berkerja sebagai pelayan di sebuah pub di Macau bersama-sama dengan 3 orang kawan senegaranya iaitu “MJ”, Thriesya dan Annie Obalbo. [18] Perayu menyatakan bahawa dia telah datang ke Malaysia pada 15.11.2013 atas pelawaan kawannya “MJ” yang pada ketika itu telah berkerja di Malaysia. Perayu ingin mencari pekerjaan di Malaysia selepas gagal mendapatkan pekerjaan di Macau. “MJ” telah memaklumkan kepada perayu bahawa terdapat peluang pekerjaan di Malaysia. Apabila perayu memaklumkan kepada “MJ” bahawa dia tidak mempunyai wang untuk datang ke Malaysia, “MJ” telah memberitahu perayu bahawa dia akan menguruskan tiket untuk perayu datang ke Malaysia. “MJ” telah meminta perayu untuk berjumpa dengan teman lelakinya yang dipanggil 8 “Brother” dan “Brother” akan memberikan tiket kepada perayu untuk datang ke Malaysia. [19] Menurut perayu, “Brother” ada beberapa kali menghubunginya melalui telefon dan pada 14.11.2013 “Brother” telah meminta perayu untuk berjumpanya di Lapangan Terbang Macau. [20] Pada 15.11.2013, perayu telah berjumpa dengan “Brother” di Lapangan Terbang Macau. Perayu mendapati “Brother” ialah seorang lelaki Nigeria. Dia tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut sebelum itu. “Brother” telah memberikan tiket penerbangan untuk ke Malaysia dan satu bungkusan plastik mengandungi dua kotak susu dan pakaian bayi. “Brother” memberitahu perayu “MJ” akan menunggunya di lapangan terbang Malaysia. [21] Perayu seterusnya menyatakan bahawa perayu ada melihat isi kandungan bungkusan plastik yang diberikan oleh “Brother” dan mendapati hanya terdapat pakaian bayi dan kotak-kotak susu yang masih baru dan bersil. Perayu tidak membuka kotak-kotak susu tersebut kerana 9 kesuntukan masa dan perayu terus memasukkan bungkusan plastik tersebut ke dalam beg pakaiannya dan menaiki pesawat ke Malaysia. [22] Apabila sampai di Malaysia, perayu telah ditahan oleh pihak polis dan pemeriksaan lanjut ke atas dua kotak susu tersebut mendapati kotak-kotak itu mengandungi 6 peket plastik mengandungi bahan kristal disyaki dadah berbahaya. [23] Perayu menegaskan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang dadah di dalam kotak-kotak susu tersebut dan dia sebenarnya adalah mangsa yang telah diperdaya. Rayuan Perayu [24] Perayu telah mengunjurkan alasan-alasan berikut:
i
(i) Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk mempertimbangkan secara maksima pembelaan ‘innocent carrier’ Perayu; 10
subparagraph
(ii) Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk mempertimbangkan bahawa Perayu hanya mempunyai milikan pasif (passive possession) ke atas dadah tersebut. Dapatan Kami Alasan
i
(i) - Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk mempertimbangkan secara maksimum pembelaan ‘innocent carrier’ perayu [25] Peguambela perayu yang bijaksana menghujahkan bahawa apabila hakim bicara yang bijaksana membuat dapatan bahawa perayu sendiri yang memilih untuk menutup mata (wilful blindness) kerana perayu tidak langsung bertanyakan “Brother” mengenai jenama susu tersebut yang jika dilihat boleh dibeli di Malaysia dan tidak memerlukannya untuk dibawa dari Macau ke Malaysia selain perayu juga tidak dapat mengesahkan sama ada “MJ” ada anak kecil di Malaysia atau tidak kerana susu tersebut ialah susu untuk bayi, hakim bicara yang bijaksana telah gagal mempertimbangkan fakta bahawa semasa ditangkap, itu adalah kali pertama perayu datang ke Malaysia dan adalah mustahil untuk perayu mengetahui sama ada jenama susu yang diberikan oleh “Brother” 11 tersebut ada di Malaysia atau sebaliknya. Perayu hanya mengambil barang daripada “Brother” sepertimana diminta oleh “MJ”. [26] Peguambela perayu juga menghujahkan bahawa perayu telah menyatakan bahawa semasa dia menerima dua kotak susu tersebut, kotak-kotak itu kelihatan baharu dan bersil dengan rapi. SP-2 juga mengesahkan dua kotak tersebut dalam keadaan bersil rapi (factory sealed) semasa dijumpai. Oleh itu, adalah mustahil untuk perayu mengetahui isi kandungan dua kotak tersebut. [27] Peguambela perayu seterusnya menghujahkan bahawa pembelaan perayu adalah konsisten dan bukannya rekaan semata-mata. “MJ” dan “Brother” telah dinyatakan dalam percakapan beramaran perayu, eksibit D57. Kegagalan pegawai penyiasat untuk membuat siasatan ke atas telefon bimbit perayu untuk memastikan kewujudan “MJ” dan “Brother” yang dikatakan oleh perayu pernah menghubunginya telah memprejudiskan perayu. 12 [28] Keterangan yang disajikan di mahkamah oleh kedua-dua pihak pendakwaan dan pembelaan menunjukkan bahawa:
i
(i) perayu dilihat oleh SP-2 membawa beg beroda P19 dan apabila diimbas, terdapat imej yang mencurigakan di dalam beg beroda P19 tersebut di skrin mesin pengimbas;
subparagraph
(ii) SP-2 menyatakan beg beroda P19 mempunyai tag bagasi P22 atas nama perayu;
subparagraph
(iii) perayu ditahan semasa membawa beg beroda P19 di kawasan kejadian;
subparagraph
(iv) perayu yang mengeluarkan anak kunci dari dalam beg tangan P44 yang disandangnya untuk membuka beg beroda P19 apabila diarahkan oleh SP-2 selepas beg beroda P19 diimbas. Beg beroda P19 berjaya dibuka oleh perayu dengan menggunakan anak kunci tersebut;
v
(v) dadah tersebut dijumpai tersembunyi di dalam dua kotak susu tersebut dari dalam beg beroda P19; dan
subparagraph
(vi) pihak pembelaan tidak membangkitkan bahawa beg beroda P19 bukan di bawah jagaan atau kawalan perayu. 13 [29] Keterangan-keterangan di atas jelas menunjukkan bahawa beg beroda P19 tersebut pada setiap masa yang material berada di bawah kawalan atau jagaan perayu seorang semata-mata dan beg beroda P19 tersebut terbukti mengandungi dadah berkenaan yang disorokkan di dalam dua kotak susu tersebut. [30] Seksyen 37(d), ADB 1952, ialah peruntukkan yang berkaitan dengan anggapan (presumption) yang boleh digunapakai dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Seksyen itu memperuntukkan: "37. Presumptions In all proceeding under this Act or any regulation made thereunder - ....... …… ……
d
(d) any person who is found to have had in custody or under his control whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drugs". [31] Apabila kawalan atau jagaan ke atas anything whatsoever containing itu telah dibuktikan, barulah boleh di invoke bahawa orang itu dianggap mempunyai milikan ke atas dadah dalam container tersebut (di 14 sini di dalam beg beroda P19 tersebut) dan turut dianggap mempunyai pengetahuan tentang jenis dadah dalam container tersebut sehinggalah sebaliknya dibuktikan. [32] Tidak ada keperluan lain yang perlu dipenuhi atau dibuktikan sebelum s. 37(d) itu boleh di invoked ke atas seseorang yang didapati mempunyai kawalan atau jagaan ke atas anything whatsoever containing yang mengandungi dadah. [33] Seksyen ini tidak memerlukan adanya niat (state of mind) atau pengetahuan tentang dadah dalam container tersebut sebelum anggapan statutori di bawah seksyen ini boleh di invoked. [34] Demeanour atau tingkah laku (conduct) seseorang sebelum, semasa atau selepas ditahan bersama dadah yang dijumpai adalah juga tidak relevan untuk invoke anggapan di bawah s. 37(d). Demeanour atau tingkah laku seseorang tidak membawa sebarang consequence di bawah anggapan tersebut. 15 [35] Seterusnya, tidak ada keperluan bagi Mahkamah untuk membuat dapatan alternatif tentang milikan mens rea atau pengetahuan tentang dadah tersebut sekiranya anggapan di bawah s. 37(d) di invoke. Itu akan hanya menimbulkan kekeliruan yang berpanjangan tentang evidential burden yang diletakkan di bahu pihak pembelaan. [36] Berdasarkan fakta dan keterangan yang dikemukakan, pada hemat kami hakim bicara yang bijaksana adalah betul apabila beliau invoked s.37(d), ADB 1952 untuk menganggap (presume) bahawa perayu mempunyai dalam milikannya dadah tersebut dan juga dianggap mempunyai pengetahuan tentang jenis dadah tersebut sehinggalah dibuktikan sebaliknya. [37] Seterusnya berkenaan isu ‘innocent carrier’, hakim bicara yang bijaksana telah menghalusi fakta-fakta yang tidak dipertikaikan di atas dan setelah membandingkannya dengan fakta-fakta yang dibentangkan oleh pihak pembelaan, mendapati, di m.s. 28, Jilid 1 Rekod Rayuan ('RR'): “Ini jelas menunjukkan Tertuduh bersikap tidak prihatin kerana tidak membuat pertanyaan tentang kotak susu yang diserahkan kepadanya oleh “Brother”. Pada hemat Mahkamah ini, Tertuduh yang hanya dimaklumkan datang ke lapangan terbang Macau pada pagi 15/11/2013 dan diminta membawa kotak susu P31, P32 dan 3 kotak susu lain P29(1- 16 3) yang juga boleh diperolehi di Malaysia untuk dititipkan kepada “MJ” sebenarnya tidak munasabah kerana seseorang yang munasabah (“reasonable man”) akan menanyakan tentang tujuan membawa kotak susu tersebut. Lain keadaannya jika susu itu adalah yang istimewa, tidak terdapat di Malaysia atau dalam keadaan kecemasan memerlukan susu yang tertentu itu sahaja. Dalam konteks ini, Mahkamah ini mendapati bahawa Tertuduh yang bersikap tidak acuh tak acuh, atau tidak berasa hairan atas kegesaan menaiki pesawat pada hari tersebut dan tanpa menyoal akan keperluan membawa kotak susu tersebut telah mewajarkan Mahkamah ini membuat dapatan bahawa perwatakan “Brother” dan “MJ” adalah rekaan Tertuduh semata-mata”. [38] Hakim bicara yang bijaksana, yang mendapati perayu sendiri yang memilih untuk menutup mata (wilful blindness) kerana perayu tidak langsung bertanyakan “Brother” mengenai jenama susu tersebut yang boleh dibeli di Malaysia dan tidak memerlukannya untuk dibawa dari Macau ke Malaysia, selain perayu juga tidak dapat mengesahkan sama ada “MJ” ada anak kecil di Malaysia atau tidak kerana susu tersebut adalah susu untuk bayi, telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Jeanette Congcan Opena v PP [2014] 1 LNS 508, bahawa: "[14] In our judgment, the above finding was correctly made upon a consideration of the circumstances and the factual matrix of the case. The appellant should have been curious as to why would Wesley gave her 10 putrid towels instead of the confidential documents that May had wanted. They were very different in nature and value. It should have triggered the appellant's suspicion why was the confidential documents switched to those towels. She never queried Wesley about this but only accepted Wesley's explanation that there was no confidential document but only towels to be given to May. She also never asked why the towels were to be given to May. The appellant only said that she trusted Wesley when 17 he gave his assurance that the towels were not illegal. Wesley is the person that the appellant barely knew to place any trust. In our view, the appellant had deliberately shut her eyes to the obvious and refrained from inquiry because she knew about the cocaine in the towels.” (Penekanan ditambah) [39] Berdasarkan fakta-fakta kes dan keterangan yang tidak dipertikaikan dan autoriti mantap yang disandarkan oleh hakim bicara yang bijaksana, kami bersetuju sepenuhnya dengan dapatan hakim tersebut bahawa perayu bukan seorang innocent carrier without notice. Dia memang mengetahui tentang dadah yang terkandung di dalam beg beroda P19 tersebut tetapi memilih untuk menutup matanya. Sesungguhnya, perayu is guilty of wilful blindness. Perayu mampu untuk menolak permintaan “Brother” (jika wujud “Brother” ini, yang kami bersetuju dengan hakim bicara yang bijaksana adalah rekaan perayu semata-mata) untuk membawa kotak-kotak susu tersebut tetapi perayu dengan sengaja tidak berbuat begitu. Seperti dapatan hakim bicara yang bijaksana, perayu gagal untuk mematahkan anggapan statutori yang terpakai ke atasnya di bawah s. 37(d), ADB 1952. [40] Berkenaan isu kegagalan pegawai penyiasat untuk membuat siasatan ke atas telefon bimbit perayu untuk memastikan kewujudan “MJ” 18 pula, kami dapati bahawa, walaupun “MJ” ada dinyatakan dalam percakapan beramaran perayu (eksibit D57), perayu tidak langsung membekalkan cara untuk menghubungi atau mengesan kawannya yang bernama “MJ” yang dikatakan telah meminta bantuan perayu untuk membawa kotak-kotak susu tersebut, pakaian bayi dan wang $300 USD ke Malaysia daripada teman lelaki “MJ” yang dirujuk sebagai “Brother”. Perayu juga tidak membekalkan apa-apa perincian tentang “Brother”. [41] Kami bersetuju dengan dapatan hakim bicara yang bijaksana bahawa tanpa maklumat yang lebih terperinci, adalah mustahil bagi SP-5 untuk menjalankan siasatan tentang kedua-dua penama tersebut. Dengan nama singkatan “MJ” dan “Brother” semata-mata, bagaimana mungkin untuk SP-5 mengesan mereka, baik di mana-mana di dalam Malaysia atau tempat-tempat lain di luar Malaysia. Tidak munasabah bagi perayu tidak dapat membekalkan nombor telefon bimbit “MJ” untuk menghubungi “MJ” yang dikatakan berkerja di Malaysia sepertimana dinyatakan dalam rakaman percakapannya, eksibit D57, sedangkan perayu menyatakan bahawa mereka berdua sentiasa berhubungan antara satu sama lain. 19 [42] Hakim bicara yang bijaksana telah secara tepat mengambil panduan daripada kes Teng Howe Seng v PP [2009] 3 CLJ 733 bahawa: “[30] With regard to the above contention of the appellant it is our judgment that it is misconceived. By commenting on the failure of the appellant to provide all relevant information regarding "Ho Seng" to the police at the time of his arrest or when his cautioned statement (D2) was recorded five days after his arrest does not mean that the learned trial judge had imposed on the appellant a duty to speak/disclose them in his cautioned statement nor did he draw any adverse inference against the appellant. The learned trial judge's comments on the late disclosure of the real identity of "Ho Seng" at the defence stage merely goes to show the weight that the court attached to the appellant's defence which is permitted by the law. On this point we would like to refer to the case of PP v. Badrulsham bin Baharom [1987] 1 LNS 72; [1988] 2 MLJ 585, wherein Lim Beng Choon J at p. 591 said that: ... So we are left with nothing more than the bare oral assertion of the accused that it was Noor Azlan who asked him to collect the bag on behalf of the former and that the accused himself had no knowledge of the contents of P3. If that be the case, one would hardly imagine that he would not have told either PW3 or PW5 at the railway station at Alor Setar at the time of his arrest that P3 belonged to Noor Azlan instead of saying that there was nothing in P3. [31] In Badrulsham 's case, the court was of the view that the failure of the accused to inform the raiding officers that the white plastic bag belonged to Noor Azlan at the time of his arrest and only revealing this information during the interrogation two hours after his arrest, goes some way to support the case for the prosecution. [32] Applying the principle in Badrulsham 's case to the facts of the instant case, the learned trial Judge was correct to conclude that the appellant had two opportunities to provide information about "Ho Seng", ie, at the time of his arrest and five days later during recording of his cautioned statement but he failed to do so. We are therefore of the view that in the circumstances, the appellant's failure to provide relevant information about "Ho Seng" for the police to carry out a thorough investigation into the probability of his defence, entitled the learned trial judge to disbelieve him.” (Penekanan ditambah) 20 [43] Dalam keadaan seperti ini, kami dapati bahawa perayu telah gagal untuk memberikan maklumat yang mencukupi. Adalah sukar bagi pihak penguat kuasa untuk mengesan kedua-dua penama tersebut dalam ketiadaan butir-butir mereka yang lengkap. Lebih-lebih lagi kedua-dua “MJ” dan “Brother” tidak diketahui secara tepat kerakyatan dan keberadaan mereka. Usaha untuk mengesan kedua-dua mereka tanpa butiran yang lengkap adalah tipis sekali. [44] Tambahan pula maklumat tentang “MJ” dan “Brother” hanya didedahkan oleh perayu enam (6) hari selepas tangkapannya melalui percakapan beramarannya. Perayu langsung tidak berkata apa-apa tentang kedua-dua penama tersebut ketika ditangkap oleh SP-2. Kelewatan untuk memberikan maklumat tersebut dalam tempoh “earliest possible opportunity” (di sini semasa ditangkap oleh SP-2) mengundang tanggapan bahawa penceritaan tentang peranan yang dimainkan oleh kedua-dua penama tersebut dan kewujudan mereka adalah rekaan baru semata-mata. Itulah juga dapatan hakim bicara yang bijaksana. 21 Alasan
subparagraph
(ii) - Hakim bicara yang bijaksana gagal untuk mempertimbangkan bahawa Perayu hanya mempunyai milikan pasif (passive possession) ke atas dadah berkenaan. [45] Peguambela perayu yang bijaksana menghujahkan bahawa hakim bicara yang bijaksana telah menggunakan perbuatan ‘membawa’ di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya untuk membuat dapatan bahawa perayu telah mengedarkan dadah berbahaya tersebut. Walau bagaimanapun, hakim bicara yang bijaksana langsung tidak mempertimbangkan atau membuat apa-apa analisis berkaitan dengan isu sama ada terdapat ‘overt act’ atau sebaliknya yang dilakukan oleh perayu. Hakim bicara yang bijaksana hanya menyatakan bahawa disebabkan perayu membawa dadah yang banyak dari negara lain ke Malaysia maka perayu telah melakukan perbuatan mengedar dadah tersebut, [46] Peguambela perayu yang bijaksana menghujahkan bahawa hakim bicara telah terkhilaf kerana perbuatan membawa sesuatu dadah tersebut tanpa apa-apa keterangan lain atau ‘overt act’ tidak terjumlah kepada perbuatan mengedar. Peguambela turut menghujahkan bahawa tidak terdapat apa-apa ‘overt act’ yang dibuktikan telah dilakukan oleh perayu untuk menunjukkan bahawa perayu telah melakukan apa-apa perbuatan mengedarkan dadah tersebut. 22 [47] Pada hemat kami, fakta bahawa perayu telah membawa (carry) beg beroda P19 yang mengandungi dadah tersebut dari Macau ke LCCT, Sepang, Malaysia dengan sendirinya merupakan satu overt act pihak perayu untuk mengedarkan dadah tersebut. Dalam kes Munuswamy Sundar Raj v. PP [2016] 1 CLJ 357, YA Suriyadi Halim Omar HMP, menyatakan bagi pihak Mahkamah Persekutuan bahawa: "[14] The ingredient of trafficking was established when the appellant carried the drugs from New Delhi airport to Kuala Lumpur (see s. 2 of the Act)". [48] Dalam kes di hadapan kami, tidak ada pertikaian bahawa perayu telah membawa dadah tersebut dari Macau ke LCCT, Sepang, Malaysia. [49] Seterusnya cara dadah tersebut dibungkus di dalam dua kotak susu tersebut juga merupakan overt act perayu. Mahkamah ini dalam kes Methan Aydroos Mohamed Pillai Naina Mohamed v. PP [2013] 1 LNS 968, menyatakan, melalui Azahar Mohamed HMR: "[27] In this instant case, the appellant was apprehended in the act of carrying ketamine weighing in total 5759.3 grammes, which in our view an amount much larger than was likely to be used for his own consumption. And what is more glaring was the manner on how the drugs were concealed in the photo frames; this indicated an intention to avoid detection. Drugs traffickers would use all kinds of tricks or deception to conceal the drugs from being detected by enforcement agencies (see: Teh 23 Hock Leong v. PP [2008] 4 CLJ 764). And the most telling evidence is that the appellant had brought the drugs from India into Malaysia. This was sufficient to lead to a strong and irresistible inference that the purpose for which the appellant was in possession of the drugs he was carrying was to transfer the possession of the offending drug to another party in our country (see: Ong Ah Guan v. Public Prosecutor [1981] 1 MLJ 64 and Mohamad Yazri b. Minhat v. PP [2003] 2 CLJ 65; [2003] 2 MLJ 241)". [50] Kami mendapati bahawa hujahan peguam bela berkaitan dengan isu overt act ini tidak mengandungi sebarang merit langsung. Kesimpulan [51] Berdasarkan segala alasan di atas, kami mendapati bahawa rayuan perayu tidak bermerit sama sekali. Dengan itu kami menolak rayuan perayu seraya mengekalkan dan mengesahkan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan ke atas perayu oleh Mahkamah Tinggi. BERTARIKH: 23HB. MEI 2019 (AHMADI BIN HAJI ASNAWI) Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia 24 Kaunsel: Bagi pihak perayu :- Alfred Egin Alfred Egin & Co Peguam Bela & Peguam Cara Bagi pihak responden :- Aslinda Ahad, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.