Where the proceedings referred to in subsection (1) have been brought, arbitral proceedings may be commenced or continued, and an award may be made, while the issue is pending before the court." [10] Mahkamah ini juga merujuk Notis Permohonan untuk membatalkan perintah penggantungan (Kandungan 51) yang disokong dengan Afidavit Sokongan oleh Ismail bin Jusoh, yang antara lain menyatakan alasan-alasan berikut-a) Plaintif telah merujuk tindakan ini kepada Timbang Tara. Suatu Notis Timbang Tara bertarikh 5.3.2024 telah diserahkan kepada Defendan dan Asian International Arbitration Centre (AIAC) pada 8.3.2024. Plaintif juga telah membayar fi pendaftaran pada 7.3.2024. b) Provisional Advance Deposit telah ditetapkan oleh AIAC untuk dibayar oleh Plaintif dan Defendan masing-masing berjumlah RM20,165.74 yang dapat dilihat dalam ekshibit IJ-2 Afidavit Sokongan. c) Defendan telah gagal membayar deposit tersebut. Menurut Plaintif, Defendan sebagai pihak yang telah memohon tindakan dirujuk kepada Timbang Tara adalah pihak yang sepatutnya memulakan prosiding Timbang Tara tersebut. [11] Mahkamah ini tidak dapat bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa Defendan adalah pihak yang sepatutnya memulakan prosiding Timbang Tara tersebut. Prinsip undang-undang mantap yang membenarkan perintah penggantungan menurut seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 tidak menyokong pendirian Plaintif. [12] Mahkamah ini merujuk dengan keputusan YA Hakim Mary Lim (HMP) dalam kes Uba Urus Bina Asia Sdn Bhd v Quirk & Associates Sdn Bhd & Anor [2016] 4 CLJ 468 yang telah mengenepikan perintah tambahan yang dikeluarkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen selepas suatu perintah penggantungan menurut seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 dibenarkan, dan memutuskan – “[22] When an order for stay is granted under s. 10, it is not to say that the court has no jurisdiction to hear the dispute in the first place for the court has that jurisdiction. It, however, declines to do so only because it has chosen to give effect to the parties' agreement to arbitrate their disputes. Hence, the words "refer the parties to arbitration". By that agreement to arbitrate, or the arbitration agreement, the parties have made their choice of forum resolution of dispute and that is the basic concept behind party autonomy. In short, there is an agreement to arbitrate rather than agreement to litigate. When the court grants an order of stay, the order is not dependent on arbitration or arbitration proceedings being afoot, proposed or brought; it is dependent on the very existence of an agreement to arbitrate. (diberi penekanan) [13] Mengaplikasi prinsip dalam kes tersebut, Mahkamah ini berpandangan kedua-dua Plaintif dan Defendan mempunyai kewajipan yang sama untuk memulakan dan meneruskan prosiding Timbang Tara berdasarkan persetujuan pihak-pihak yang diterjemah dalam perenggan 23 Pesanan Belian. Ketara dalam kes ini, Plaintif sudah pun memulakan rujukan Timbang Tara dan telah membuat bayaran fi pendaftaran sebagaimana yang telah ditetapkan. Isu 2: Sama ada Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 5.1.2022 telah menjadikan Mahkamah ini functus officio untuk mengenepikan perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 5.1.2022 yang telah membenarkan prosiding di sini digantung sementara rujukan kepada Timbang Tara selaras seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005. [14] Dalam menjawab isu kedua, Mahkamah ini sekali lagi merujuk keputusan dalam kes Uba Urus Bina Asia Sdn Bhd v Quirk & Associates Sdn Bhd & Anor (supra) yang dikemukakan oleh peguam cara Defendan, iaitu - [32] This is indeed an appropriate case for the court to exercise its revisionary powers and prevent substantial injustice. Once the order of the court granted on 30 September 2015 is perfected, the court is functus officio. The court has no power to revisit its earlier order for any reason, especially for the purpose of changing the order that was properly made after hearing the parties. (diberi penekanan) [15] Berpandukan prinsip kes tersebut, perintah Mahkamah bertarikh 5.1.2022 untuk pertikaian pihak-pihak dirujuk kepada Timbang Tara masih kekal berkuat kuasa. Perintah Mahkamah ini bertarikh 5.1.2022 telah membenarkan semua prosiding dalam tindakan disini digantung sementara menunggu Timbang Tara sebagaimana yang diperuntukkan dalam klausa 23(b) Pesanan Belian No. SEEN/PO/9091/3100061 bertarikh 4.6.2016 dan semua invois yang dirujuk dalam perenggan 9 pernyataan tuntutan bertarikh 13.4.2021. [16] Jika permohonan Plaintif dalam kandungan 51 dibaca bersama dengan keputusan kes Uba Urus Bina Asia Sdn Bhd v Quirk & Associates Sdn Bhd & Anor (supra), akan dilihat permohonan membatalkan perintah penggantungan sebagai melanggar peruntukan seksyen 10 Akta Timbang Tara 2005 yang telah dizahirkan melalui Perintah Mahkamah Tinggi bertarikh 5.1.2022. [17] Untuk memutuskan sejauh mana keputusan kes Uba Urus Bina Asia Sdn Bhd v Quirk & Associates Sdn Bhd & Anor (supra) wajar diikuti oleh Mahkamah ini, adalah penting untuk menganalisis fakta-fakta yang menunjukkan tingkah laku pihak-pihak selepas Perintah bertarikh 5.1.2022 dikeluarkan. [18] Saya mendapati meskipun pada dasarnya Plaintif menegaskan sepatutnya Defendan yang memulakan prosiding Timbang Tara, namun Plaintif telah mengambil tindakan proaktif yang berikut –