kos dibenarkan sebanyak RM10,000.00. Prinsip Undang-Undang Berhubung Bidang Kuasa Mahkamah Yang Mendengar Rayuan [10] Prinsip undang-undang berhubung campur tangan Mahkamah dalam menjalankan kuasa rayuan adalah mapan. Pendekatan S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low utama yang diguna pakai oleh Mahkamah ini dalam menilai keputusan hakim bicara ialah Mahkamah ini tidak akan menganggu keputusan hakim bicara melainkan hakim bicara ternyata khilaf. [11] Mahkamah ini terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Ng Hoo Kui & Anor v Wendy Tan Lee Peng, Pentadbir harta Pusaka Tan Ewe Kwang, simati & Ors [2020] 12 MLJ 67 yang memberi panduan dalam pelaksanaan bidang kuasa rayuan. Keputusan Mahkamah [12] Setelah meneliti alasan penghakiman MS dan juga nota keterangan secara keseluruhan, saya mendapati tidak ada keperluan untuk sebarang campur tangan dalam dapatan fakta MS sebab MS telah mengaplikasikan pendekatan yang sahih berhubung dengan fakta kes ini. [13] Berhubung dengan jumlah pelaburan plaintif dalam perniagaan usahasama tersebut adalah terbukti melalui dapatan fakta bahawa jumlah RM150,000.00 bukannya merupakan modal perniagaan keseluruhan bahagian saham Plaintif tetapi jumlah yang perlu S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low dibayar mengikut pembelian aset ketika itu, iaitu RM253,505.28. Peratusan 60% Plaintif akan berjumlah lebih kurang RM150,000.00. Ianya ternyata jelas dibuktikan dalam keterangan fakta Plaintif di muka surat 11 hingga 12 nota keterangan (sila rujuk Rekod Rayuan Jilid 1, Lampiran 4). [14] Kemudian pihak Plaintif di dalam keterangannya menjelaskan tiada bukti keterangan bahawa modal perniagaan adalah sebanyak RM250,000.00 dan pembelian aset merupakan tanggungjawab Defendan sahaja di muka surat 23 hingga 24 nota keterangan (sila rujuk Rekod Rayuan Jilid 1, Lampiran 4). [15] Adalah ternyata jelas Puan MS tidak khilaf dalam penilaian fakta bahawa RM150,000.00 bukanlah jumlah pelaburan seperti yang didakwa oleh Plaintif sebab Plaintif sendiri memberi keterangan bahawa tidak setuju RM150,000.00 merupakan 60% daripada jumlah sumbangan Plaintif kepada Defendan. Plaintif memahami RM150,000.00 bukan terhad kepada sumbangan beliau sebab sumbangan beliau adalah 60% daripada modal pelaburan. [16] Keterangan yang sedia wujud dalam nota keterangan jelas bahawa Plaintif yang enggan melaksanakan tanggungjawab untuk S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low melaksanakan klausa 1.1 Perjanjian Usahasama kerana enggan menurunkan tandatangan beliau. Dan juga gagal melaksanakan tanggungjawab beliau di bawah klausa 4.1 Perjanjian Usahasama tersebut. [17] Alegasi Plaintif bahawa beliau terpaksa menanggung perbelanjaan projek termasuk pembayaran gaji pekerja juga tidak dibuktikan. Ini adalah di mana segala dokumen berhubung kait pembayaran itu telah ditandakan ID12 sahaja. Plaintif sendiri gagal membuktikan bayaran-bayaran itu dibuat oleh beliau sendiri. [18] Laporan audit, ekshibit D25 yang dikemukakan oleh Defendan membuktikan kos sebanyak RM411,425.00 di mana ianya diterima masuk sebagai keterangan dan langsung tidak dicabar oleh Plaintif. [19] Selanjutnya dakwaan Plaintif bahawa beliau dihalang dari membuat kerjanya juga tidak dibuktikan sebab apabila diteliti nota keterangan jelas Plaintif dan Defendan telah berkomunikasi berhubung pelaksanaan kerja. (sila rujuk muka surat 181-215, Rekod Rayuan Jilid 1). Apa yang jelas di dalam nota keterangan adalah Plaintif hanya dilarang masuk ke dapur sebab telah berlaku S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low perselisihan faham di antara tukang masak dan Plaintif. Justeru Defendan cuba menangani masalah ini dengan tidak mengizinkan Plaintif berjumpa dengan tukang masak. Malahan Plaintif sendiri telah menghantar mesej Whatsapp seperti berikut “…. I just told them I quit.” pada 13-1-2018 kepada Dato Dr Cheng Kok Leong. [20] Ini membuktikan Plaintif tidak berminat untuk meneruskan peranan beliau di dalam Perjanjian Usahasama tersebut. [21] Dakwaan Plaintif bahawa MS khilaf memberi perintah RM500,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada Defendan adalah tidak bernas. Ini adalah kerana beliau mendapati bahawa Plaintif pada sebarang masa tidak memohon Mahkamah perintah bahawa Perjanjian Usahasama tersebut ditamatkan. [22] Malahan apa yang Plaintif memohon adalah satu perintah bahawa Perjanjian Usahasama tersebut sah dan berkuatkuasa dan juga mengikat pihak-pihak. Perintah yang sama juga dipohon oleh Defendan. Justeru Plaintif tidak boleh berkata perjanjian tersebut telah ditamatkan melalui notis penamatan bertarikh 12-1-2018. [23] Adalah didapati Plaintif kemudian cuba memutarbelitkan keadaan dengan mengatakan niat sebenar perintah tersebut adalah pernah S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low sah dan bukan apa yang sedia ada di hadapan mahkamah ini. Jika sebegitu sudah semestinya Plaintif membuat pindaan pliding sebab ia membawa makna yang amat berbeza kepada perintah yang dipohon. [24] Pihak Plaintif terikat dengan apa yang diplid dan pada ketika keterangan Plaintif dirakam beliau enggan menandatangani perjanjian tersebut walaupun diminta untuk berbuat demikian di luar Mahkamah. [25] Oleh yang demikian Puan MS selaras dengan klausa 6.2 perjanjian tersebut telah memerintahkan jumlah sebanyak RM500,000.00 dibayar kepada Defendan atas keengganan Plaintif meneruskan perjanjian tersebut. [26] Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 tidak relevan bagi kes ini. Saya sehaluan dengan hujahan Defendan bahawa seksyen berkenaan tidak boleh dibangkitkan sebab Plaintif masih memohon perintah bahawa perjanjian tersebut sah dan mengikat pihak-pihak dan ianya menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak untuk melaksanakan operasi syarikat usahasama tersebut. S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low [27] Malahan pliding Plaintif sendiri menyatakan “projek tersebut dijalankan di bawah kerjasama Plaintif dan Defendan walaupun syarikat usahasama belum ditubuhkan …” Plaintif juga telah melaksankan obligasinya dan mengendalikan projek tersebut sepertimana yang termaktub di dalam Perjanjian Usahasama tersebut. Kes yang relevan bahawa pihak-pihak terikat dengan pliding adalah kes Mahkamah Rayuan Tetuan Theselim Mohd Sahal & Co & Ors v Tan Boon Huat & Anor [2017] 6 CLJ 368. [28] Oleh kerana Plaintif sendiri memplidkan bahawa Plaintif dan Defendan telah bekerjasama menjalankan projek tersebut, maka Plaintif telah dengan relanya meneruskan projek tersebut walaupun belum ada perjanjian yang ditandatangani, maka Seksyen 76 Akta Kontrak 1950 tidak boleh diguna pakai. [29] Apabila dikaji nota keterangan dan juga meneliti hujahan-hujahan peguam-peguam terpelajar, adalah didapati tidak wujud sebarang percanggahan serius dalam keterangan saksi Defendan (SD2). Hakim MS yang berpeluang membuat penilaian akan perwatakan saksi SD2 juga tidak membuat sebarang pemerhatian yang negatif terhadap beliau mahupun mutu keterangan beliau. Oleh yang S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low demikian, saya tidak ingin untuk mengusik dapatan fakta yang dibuat oleh hakim MS. Kesimpulan [30] Keseluruhan kes ini berpusatkan dapatan fakta yang juga perlu dibaca bersama Perjanjian Usahasama yang pihak-pihak ingin untuk masuki. [31] Adalah keputusan saya hakim MS tidak khilaf dalam penilaian fakta dan juga pembacaan terma-terma Perjanjian Usahasama yang sedia ada untuk mencapai keputusan beliau. [32] Maka adalah wajar dan adil keputuan beliau dikekalkan dan Notis Rayuan ini ditolak dengan kos sebanyak RM5,000.00. Tarikh: 27 Januari 2025 (INDRA NEHRU SAVANDIAH) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam Selangor Tarikh keputusan: 19 November 2024 S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low Peguam: Bagi pihak Perayu: Siva Ganesh & Jennifer Ang, [Tetuan Davis & Low] Bagi pihak Responden: Fredric Kong Yat Sen, [Tetuan SP Ng & Associates] S/N 17teimcZtUCxlkOpoe6Low