there is no claim for refund and/or compensation by the customer within one year. Walau pun dan apa pun, seseorang pekerja Plaintif tidak layak/berhak kepada komisen untuk sesuatu pakej itu dijual dan syarat tersebut dipatuhi, Plaintif boleh atas budi bicaranya membuat advance payment yang dikenali sebagai Draw against Commission kepada seseorang pekerja yang berjaya memperoleh jualan bagi pekej. Plaintif mempunyai absolute right untuk menuntut semula bayaran bagi Draw against Commission terhadap pekerja dengan memberi tuntutan secara bertulis. Pekerja hendaklah membayar semula dalam masa 30 hari dari tarikh tuntutan secara bertulis. SP-1 memeberikan contoh seperti berikut: Employee “A” secures the sale of a package which costs RM10,000 to customer “B”. Even though “A” has not fulfilled the Conditions, London Weight in its entire discretion pays advance commission to “A” for the package sold. However, at the date of termination of “A”, “B” only utilised part of the package and has a remainder or unutilized amount of RM5,000 for said package. In such a situation, London Weight has a right to demand for the refund of the advance commission paid to “A” (which was already paid to “A”) for the remainder or the unutilized amount of RM5,000. [14] Keterangan SP-1 menyatakan bahawa advance payment bagi komisen telah dibayar kepada Defendan. Dokumen yang dikemukakan ialah mukasurat 3 hngga 111 of the Common Bundle of Documents (Part B) (Volume 2) (“Enclosure 20”) dan bukti dalam slip gaji Defendan yang diekstrak daripada Beauty Star companies payroll system, Quick Pay (HR2000) (“Quick Pay”). Berdasarkan semakan Plaintif, SP-1 menyatakan bahawa penyata akaun yang diekstrak daripada sistem AES menunjukkan bahawa Defendan tidak memenuhi syarat kerana terdapat ununtilized amounts for the Body Slimming Packages yang dijual oleh Defendan. memandangkan Plaintif telah membayar advance commission sebanyak RM188,770.22 kepada Defendan maka Plaintif berhak menuntut semula komisen tersebut. [15] Mahkamah Tinggi ini juga telah meneliti keterangan SP-2 iaitu Pn. Ng Chai Ni (Jasmine) yang bertugas sebagai Chief Finance Trainer di Yun Nam Hair Care Sdn Bhd (“Yun Nam”). SP-2 dipertanggungjawabkan dengan tugas training on finance tools utilized by all the outlets of all the related entities under the same group of companies known as Beauty Star companies (“Beauty Star”). SP-2 terlibat dalam tugas untuk melatih Customer Service Consultant(s) mengenai terminal penggunaan kad kredit dan AES System. SP-2 menyatakan AES System adalah untuk merekodkan jualan Body Slimming Packages kepada pelanggan. SP-2 menerangkan kepada Mahkamah bicara mengenai computer-generated document yang diekstrak dari AES System yang menyenaraikan senarai pelanggan Defendan; dokumen pada mukasurat 3/Kand. 21 thingga muka surat 4041/Kand. 31 iaitu kad pelanggan yang di bawah akaun Defendan dalam AES System. Berdasarkan kad pelanggan, Plaintif mengetahui mengenai Body Slimming Packages yang dibeli oleh pelanggan, tandatangan pelanggan bagi setiap sesi rawatan dll. [16] Keterangan SP-2 menyatakan bahawa Defendan telah memperoleh advance commission yang dibayar oleh Plaintif. Plaintif mendapati bahawa dalam rekod AES, Plaintif berupaya untuk mengenalpasti senarai pelanggan kepada Defendan bagi Body Slimming Packages. AES System juga berupaya untuk menapis Body Slimming Packages yang tidak digunakan sepenuhnya atau pelanggan yang tidak membuat bayaran penuh bagi sesuatu Body Slimming Package. Dengan menggunakan AES System, Plaintif berupaya untuk menentukan amaun yang dituntut dalam pernyataan tuntutaniaitu bagi pembayaran advance commission yang dibayar kepada Defendan. SP-2 merujuk kepada mukasurat 4581 hingga 4618 (Kand. 32). Berdasarkan computer-generated statement of account bagi Defendan, yang diekstrak dari AES advance commission adalah berasaskan kepada unutilized amount yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif iaitu sebanyak RM188,770.22. [17] Bagi kes Defendan pula, Mahkamah ini telah meneliti keterangan 2 orang rakan sekerja (mantan) Defendan iaitu Pn. Siow Lee Kuan dan Pn. Tan Kah Yan dan keterangan Defendan sendiri. Keterangan saksi-saksi Defendan dalam perbicaraan menyatakan − • polisi syarikat adalah di mana pembayaran pendahuluan (“advance commission”) hanya akan dibayar kepada Defendan dua bulan selepas pelanggan membayar keseluruhan jumlah pakej sama ada pakej telah digunakan oleh pelanggan. Justeru, memandangkan kesemua bayaran telah diterima oleh Plaintif, Defendan adalah berhak kepada pembayaran pendahuluan “advance commission” tersebut melainkan Plaintif dapat membuktikan terdapat permintaan untuk pembayaran balik “refund” dari pelanggan. Memandangkan tiada sebarang pembayaran balik yang diminta oleh pelanggan dapat dibuktikan oleh Plaintif dan ini adalah tidak munasabah dan tidak adil bagi syarikat untuk menuntut bayaran Defendan selepas Defendan meletakkan jawatan. • Defendan yang bekerja selama 8 tahun dengan Plaintif tidak pernah menerima sebarang notis pembayaran balik dan/atau notis tuntutan dan/atau amaran yang diberikan oleh syarikat kepadanya. Plaintif telah menerima semua bayaran dari pelanggan dan memberi komisen dan/atau insentif kepada Defendan yang Defendan berhak. Memandangkan tiada sebarang pembayaran balik yang diminta oleh pelanggan dan ini adalah tidak munasabah dan tidak adil bagi Plaintif untuk menuntut bayaran daripada Defendan selepas Defendan meletakkan jawatannya. Defendan menyatakan dalam peryataan tuntutan langsung tidak menunjukkan butiran mengenai jumlah RM205,415.91 yang dituntut oleh Plaintif terhadapnya. • keterangan SP-1 dan SP-2 gagal membuktikan bahawa mereka adalah pekerja-pekerja Plaintif tetapi dari syarikat yang lain iaitu Yun Nam, gagal membuktikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan peribadi mengenai fakta perkara dan gagal membuktikan bahawa kebenaran diberikan daripada Plaintif untuk memberikan keterangan pada masa perbicaraan. [18] Mahkamah Tinggi ini mendapati dapatan Pn HMS yang bijaksana bahawa saksi-saksi Plaintif mempunyai locus standi untuk memberi keterangan lisan masing-masing dalam perbicaraan adalah betul. Kedua-dua saksi ini adalah dari syarikat yang lain tetapi adalah entiti yang berkaitan di bawah naungan group of companies yang sama. Keterangan SP-1 dan SP-2 membuktikan bahawa mereka mempunyai pengetahuan peribadi mengenai fakta perkara dan kebenaran bagi kes Plaintif. [19] Selepas menilai keterangan di hadapannya, dapatan Pn HMS yang bijaksana ialah Plaintif telah membawa bukti yang lebih kukuh melalui SP- 1 dan SP-2 yang menunjukkan proses semakan AES adalah sebahagian daripada sistem audit yang dilaksanakan secara konsisten, dan tidak ada bukti menunjukkan manipulasi atau ketidaktepatan dalam pelaporannya. Jumlah yang dituntut sebanyak RM188,770.22 ialah untuk memperoleh semula advance commission yang diberikan/dibayar kepada Defendan. Pn HMS yang bijaksana berpus hati dengan keterangan SP-1 dan SP-2 yang jelas menerangkan bagaimana sistem AES berfungsi. Sistem ini mengandungi rekod lengkap pelanggan termasuk bilangan rawatan yang telah digunakan dan status bayaran pelanggan-pelanggan Defendan i.e. menunjukkan bahawa sejumlah besar pelanggan sama ada tidak menyempurnakan rawatan atau mempunyai tunggakan bayaran. SP-1 juga mengesahkan bahawa sistem AES digunakan secara standard di seluruh syarikat dan digunakan bagi tujuan audit serta pemantauan pelaksanaan jualan. SP-2 pula menerangkan bahawa setiap kali seseorang pekerja meletak jawatan, audit dalaman dijalankan bagi menyemak status pelanggan kepada pekerja Plaintif. Pn HMS yang bijaksana menyatakan alasan menolak kes Defendan kerana Defendan sendiri gagal dan tidak membawa sebarang saksi pelanggan untuk menyokong dakwaannya bahawa rawatan telah diberikan. Defendan hanya membuat penafian umum bahawa beliau tidak harus bertanggungjawab terhadap pelaksanaan rawatan selepas beliau meletak jawatan. Alasan ini adalah tidak mencukupi. Tambahan pula, Mahkamah bicara mendapati tiada sebarang bukti bertulis dikemukakan oleh Defendan yang menunjukkan bahawa pelanggan telah membuat bayaran penuh atau telah menggunakan semua rawatan. [20] Pertimbangan dan keputusan Mahkamah Tinggi: Dapatan fakta oleh Pn HMS yang bijaksana mengenai hak Plaintif membuat tuntutan semula jumlah sebanyak RM188,770.22 adalah betul. Sebagai hakim bicara, tiada kekhilafan dilakukan oleh Pn HMS yang bijaksana dari segi fakta dan di sisi undang-undang. Pn HMS yang bijaksana telah menganalisa dan mempertimbangkan keterangan saksi-saksi kedua-dua pihak. Keterangan mengenai perekodan AES yang menjadi sandaran Plaintif menuntut semula advance commission adalah berdasarkan kepada keterangan dokumentar yang dikemukakan. Keterangan lisan 2 orang saksi Plaintif adalah berwibawa, tidak bercanggah dan boleh dipercayai. [21] Mahkamah Tinggi mendapati sebagai majikan kepada Defendan, Plaintif tidak memplidkan mengenai perkara Defendan tidak menjalankan tugasnya dengan penuh tanggungjawab dan membuat tuduhan bahawa Defendan berniat untuk mengaut keuntungan yang tidak sah daripada struktur komisen yang tertera pada perjanjian dan surat akujanji. Dalam perbicaraan, tugas Pn HMS yang bijaksana ialah untuk memastikan Plaintif berjaya dalam membuktikan tuntutannya dan untuk menangkis tuntutan balas. [22] Mahkamah Tinggi ini mendapati alasan rayuan oleh Defendan bahawa Pn HMS yang bijaksana telah terkhilaf di sisi undang-undang dan dari segi fakta dengan menerima kemasukan keterangan-keterangan dokumentari hearsay, termasuk tetapi tidak terhad kepada Letter of Employment bertarikh 13.3.2014 (‘Kontrak tersebut’), Akujanji Pertama bertarikh 16.11.2016 dan Akujanji Kedua bertarikh 28.12.2021 (‘Akujanji-Akujanji tersebut’) dan rekod-rekod AES Enterprise Sistem walaupun pembuat-pembuat dokumen-dokumen (makers of documents) tidak dipanggil sebagai saksi untuk memberi keterangan semasa perbicaraan adalah berkenaan dengan apa persetujuan dan akuan Defendan pada masa menerima pekerjaan dengan Plaintif. Dalam tempoh pekerjaan selama 8 tahun sebelum Defendan meletakkan jawatan hal perkara mengenai terma dalam perjanjian dan persetujuan dalam akujanji tidak dipertikaikan oleh Defendan. Mahkamah Tinggi berpendapat adalah tidak wajar dan tidak tepat sama sekali untuk Defendan menyatakan bahawa Pn HMS yang bijaksana sepatutnya menolak kemasukan keterangan dokumentar oleh Plaintif. Tiada dokumen sokongan dikemukakan oleh Defendan untuk menghujahkan bahawa Plaintif gagal membuktikan keperluan dalam proviso kepada sub-seksyen 73A(1) dan seksyen 73A(2) Akta Keterangan 1950. [23] Berkenaan dengan hujahan Defendan pada peringkat rayuan ini, Mahkamah Tinggi ini tidak bersetuju dengan penegasan Defendan bahawa Plaintif tidak berhak mendapatkan balik pembayaran pendahuluan terhadap Defendan kerana pelaksanaan hak budi bicara kontrak, khususnya klausa 3 perjanjian dan Akujanji-Akujanji tersebut telah tercemar dengan niat jahat dan budi bicara tersebut telah dilaksanakan secara tidak munasabah, sewenang-wenangnya dan secara melulu (unreasonably, arbitrary and capriciously). Mahkamah Tinggi ini mendapati bahawa Defendan tidak menafikan menerima advance commission tersebut yang masuk ke akaun Defendan dan direkodkan dalam slip gaji Defendan. Defendan mempertikaikan mengenai perkara tuntutan balik advance commission dalam syarat perkhidmatannya dengan Plaintif. Mahkamah Tinggi ini berpendapat tiada apa-apa unsur niat jahat, tiada yang tidak munasabah, bukan sewenang-wenangnya dan bukan secara melulu oleh Plaintif untuk menuntut semula bayaran yang telah dibuat kepada Defendan. Tuntutan Plaintif sebenarnya adalah dalam ruang lingkup Perjanjian dan mengikut syarat yang dinyatakan dalam akujanji yang ditandatangani oleh Defendan secara sukarela dan tidak boleh menariknya dengan keterangan lisan kemudiannya. Dalam kes Tindok Besar Estate Sdn. Bhd. v Tinjar [1979] 2 MLJ 229, diterangkan berkaitan perjanjian bertulis yang telah dipersetujui pihak-pihak serta tanggungawab Mahkamah iaitu − “Section 92 specifically excludes evidence to contradict, vary, add to or subtract from any of the terms of a contract In writing, except in any of the situations spelled out in the provisos thereto: see, Inter alia, Foo Tock Lim v Piong Liew [1963] MLJ 67 and Siah v Tengku Nang [1964] MLJ 43F. ... Its contention therefore for the admission of the parol evidence which won the approval of the learned judge was that not all the terms had been incorporated in the agreement. If this contention so generally stated and understand had any foundation at law, then it would be open to any party to a litigation concerning an agreement to say that the agreement which is the subject matter of the dispute did not contain all the terms thereof and seek to introduce such terms or even terms which might not even have been within the contemplation of the other party. No agreement would then be safe from being re-written by one party in a court of law.”. [24] Apabila Plaintif kepada AES Enterprise System tersebut, bukti ini adalah penting kerana data yang direkodkan bukan hanya untuk Defendan sebagai pekerja Plaintif tetapi adalah terpakai kepada semua pekerja Plaintif yang menjual pakej kepada pelanggan. Keterangan bukti dokumen AES ini adalah memadai untuk Plaintif membuktikan tuntutannya dan tiada keperluan untuk draw adverse inference terhadap Plaintif kerana tidak memanggil pelanggan-pelanggan berkenaan untuk memberi keterangan pada masa perbicaraan penuh. [25] Dalam perenggan [33] alasan penghakiman, Pn HMS yang bijaksana berpendapat bahawa pembayaran komisen kepada Defendan adalah bersifat pendahuluan dan bukan hak muktamad Defendan sehingga syarat-syarat tertentu dipenuhi. Mahkamah bicara merujuk kepada Klausa 3 Perjanjian Pekerjaan (bertarikh 13 Mac 2014) dimana menyatakan bahawa Defendan berhak memperoleh komisen pendahuluan, tertakluk kepada sama ada “Syarat-syarat” dipenuhi. Manakala, Bahagian A Surat Aku Janji 1 (bertarikh 16 November 2016) dan Surat Aku Janji 2 (bertarikh 28 Disember 2021) adalah dokumenyang penting untuk mengukuhkan lagi syarat komisen. Bahagian A Surat Aku Janji menyatakan dengan jelas bahawa Plaintif berhak untuk mendapatkan balik komisen pendahuluan yang dibayar kepada Defendan sekiranya "Syarat-syarat" tidak dipenuhi. [35] "Syarat-syarat" ini merujuk kepada semua produk/perkhidmatan telah dihantar sepenuhnya kepada pelanggan, rawatan telah selesai, dan semua pembayaran daripada pelanggan telah diterima sepenuhnya oleh Plaintif. Jika mana-mana pelanggan membuat pemulangan/pembatalan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh pembelian, komisen yang berkaitan juga boleh ditarik balik. [26] Mahkamah Tinggi ini bersetuju dengan dapatan Pn HMS yang bijaksana bahawa apabila Defendan menamatkan perkhidmatannya dengan Plaintif pada 4-5-2022, terdapat baki pakej pelanggan yang dirujuk oleh Defendan yang belum selesai rawatan atau belum menjelaskan bayaran sepenuhnya. Akibatnya, “Syarat-syarat” untuk komisen yang menjadi hak muktamad Defendan tidak dipenuhi. Apabila “Syarat-syarat” tersebut tidak dipatuhi maka Plaintif berhak untuk menuntut semula komisen pendahuluan yang telah dibayar kepada Defendan. [27] Berkenaan dengan dakwaan Defendan bahawa amaun yang dituntut oleh Plaintif tidak tepat dan sering berubah-ubah itu menunjukkan terdapat kekeliruan dan kesilapan dalam pengiraan Plaintif. Di mahkamah bicara, isu penting ini telah diputuskan oleh Mahkamah bicara dan Pn HMS yang bijaksana berpuas hati dengan bukti yang mencukupi ada dikemukakan oleh Plaintif mengenai amaun RM188,770.22 itu. Justeru, atas dasar imbangan kebarangkalian, Mahkamah bicara menerima amaun tersebut dan membenarkan tuntutan Plaintif. Dalam alasan penghakiman, Pn HMS yang bijakasana menyatakan bahawa Plaintif telah mengemukakan rekod-rekod kewangan dan laporan berkaitan seperti Laporan Kad Pelanggan & Baki Pakej Pelanggan dan Penyata Akaun sebagai bukti untuk menyokong amaun yang dituntut di hadapan Mahkamah. Amaun tersebut juga telah dibuktikan melalui keterangan saksi-saksi dan dokumen yang telah kemukakan kepada Mahkamah ini. Mahkamah ini juga merujuk kepada Seksyen 90A dan 73A Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan kebolehterimaan bukti dokumen perniagaan dan dokumen komputer. Tiada bukti menimbulkan keraguan terhadap ketulenan sistem AES. Maka, Mahkamah bicara berpuas hati bahawa tuntutan RM188,770.22 oleh Plaintif adalah berasas. Mahkamah Tinggi ini tidak mengusik dapatan fakta ini. [28] Seterusnya, alasan rayuan oleh Defendan ialah sama ada surat akujanji di antara Plaintif dan Defendan itu sah dan mengikat. Pn HMS yang bijaksana menyatakan bahawa − “Dalam isu ini, persoalan utama yang perlu dijawab ialah sama ada dua surat akujanji bertarikh 16 November 2016 dan 28 Disember 2021 yang ditandatangani oleh Defendan adalah sah dari segi undang-undang dan mengikat Defendan. Surat akujanji ini menyatakan secara jelas bahawa sekiranya pelanggan gagal menyempurnakan rawatan atau membuat bayaran penuh, Defendan bertanggungjawab memulangkan semula komisen yang telah diterima secara pendahuluan. Plaintif berhujah bahawa kedua-dua surat ini adalah dokumen kontrak yang sah, ditandatangani dengan pengetahuan dan persetujuan Defendan secara bebas, tanpa sebarang tekanan atau paksaan. Pihak Plaintif telah mengemukakan surat-surat tersebut melalui keterangan SP-2, yang menyatakan bahawa surat akujanji ini adalah sebahagian daripada amalan standard syarikat dan ditandatangani oleh semua pengurus cawangan termasuk Defendan. SP-1 dan SP-2 juga menyatakan bahawa tiada paksaan dikenakan kepada Defendan semasa beliau menandatangani surat tersebut. Malah, surat-surat ini telah ditandatangani dalam dua tempoh masa yang berbeza dengan jarak lima tahun, menunjukkan bahawa Defendan menyedari kewujudannya dan tidak pernah mempersoalkan syarat-syaratnya. Sebaliknya, Defendan menyatakan bahawa beliau tidak memahami kandungan surat tersebut dan bahawa dokumen tersebut tidak pernah dijelaskan kepadanya secara terperinci. Defendan menyatakan bahawa dokumen itu ditandatangani atas dasar ‘ikut arahan’ syarikat, tanpa ruang untuk rundingan atau nasihat undang-undang, serta tidak diberikan salinan untuk simpanan sendiri. Beliau juga berhujah bahawa surat akujanji tersebut adalah berat sebelah kerana meletakkan beban tanggungjawab sepenuhnya ke atas Defendan walaupun pelanggan beralih kepada cawangan lain atau tidak menyempurnakan rawatan selepas beliau berhenti kerja. Mahkamah telah meneliti kandungan dua surat akujanji tersebut bersama keterangan saksi-saksi dan mendapati bahawa kedua-dua dokumen itu ditandatangani secara sedar dan tidak menunjukkan unsur paksaan atau penindasan. Keterangan saksi Plaintif menunjukkan bahawa semua kakitangan, termasuk Defendan, dimaklumkan mengenai struktur komisen sebagai pendahuluan bersyarat sejak awal perkhidmatan mereka. Tambahan pula, suratakujanji berkenaan adalah amalan lazim dalam syarikat dan ditandatangani oleh semua pekerja yang layak menerima komisen.\ Mahkamah turut menilai kewujudan tanda tangan Defendan pada kedua-dua surat akujanji, yang tidak pernah dinafikan secara spesifik. Malahan, tiada bukti dikemukakan oleh Defendan yang menunjukkan beliau memprotes isi kandungan surat tersebut semasa atau selepas menandatanganinya. Bahkan, Mahkamah juga menilai bahawa Defendan ialah seorang Pengurus Cawangan berpengalaman dan tiada sebarang bukti dikemukakan menunjukkan Defendan mengalami sebarang kelemahan dari segi bahasa, kefahaman atau dipaksa menandatangani. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa adalah sesuatu yang kukuh bahawa parti-parti terikat dengan apa yang mereka tandatangani sepertimana kes yang dirujuk oleh Peguam Plaintif di dalam kes Polygram Records Sdn Bhd v. Hillary Ang & 4 Ors (Collectively Known as “The Search”) & Anor [1994] 3 CLJ 806; Morello Sdn Bhd v Jaques (International) Sdn Bhd [1995] 1 MLJ 577 …”. [29] Mahkamah Tinggi ini tidak menjumpai kekhilafan dari segi fakta dn undang-undang oleh Pn HMS yang bijaksana. Berkenaan dengan isu dokumen perjanjian/kontrak yang telah ditandatangani antara majikan dan pekerja membawa kepada pembayaran gaji, komisen dll yang relevan kepada perkhidmatan/pekerjaan sesuatu industi. Dalam kes ini, perkhidmatan yang diberikan oleh Plaintif melalui Defendan kepada pelanggan adalah pakej rawatan kecantikan yang mempunyai kaedah dan struktur spesifik untuk melayakkan seseorang pekerja memperoleh komisen atas pakej yang dijual kepada pelanggan. [30] Mahkamah Tinggi ini mendapati bahawa Pn HMS yang bijaksana telah meneliti keterangan saksi-saksi Plaintif termasuk saksi yang menguruskan berkaitan sistem AES dan mendapati bahawa sistem tersebut mencatat dengan tepat dan terperinci status pelanggan yang dirujuk berdasarkan nomborkeahlian dan tarikh pembelian. Tambahan pula, surat akujanji tidak mengecualikan tanggungjawab Defendan semata-mata kerana beliau telah meninggalkan syarikat. Sebaliknya, tanggungjawab beliau adalah bersifat berterusan selagi syarat-syarat dalam surat akujanji tidak dipenuhi oleh pelanggan. Defendan dan 2 orang saksinya gagal menangkis bukti yang dikemukakan oleh Plaintif. [31] Mahkamah Tinggi ini mengekalkan dapatan fakta dan pemakaian undang-undang oleh Pn HMS yang bijaksana bahawa − “seseorang yang secara kontraktual bersetuju untuk menanggung liabiliti bersyarat tetap tertakluk kepada syarat tersebut walau pun tempoh perkhidmatannya telah berakhir, selagi syarat itu belum dipenuhi. Di samping itu, tiada bukti yang menunjukkan bahawa pelanggan telah menyempurnakan rawatan sepenuhnya atau menjelaskan bayaran penuh dalam tempoh yang ditetapkan yang dikemukakan oleh Defendan di hadapan mahkamah ini. Justeru itu, Mahkamah memutuskan bahawa Defendan telah melanggar syarat-syarat yang terkandung dalam kedua-dua surat akujanji. Tindakan Plaintif menuntut pemulangan komisen pendahuluan adalah berasas dan disokong oleh bukti dokumentar serta sistem pengesanan dalaman yang boleh dipercayai.”. [32] Mahkamah Tinggi ini mendapati hak dan kelayakan Plaintif untuk menuntut semula advance commission daripada Defendan adalah berdasarkan kepada perjanjian dan surat-surat akujanji. Hak Plaintif untuk menuntut semula advance commission telah dibenarkan oleh Mahkamah bicara. Mahkamah bicara juga menyatakan dapatannya bahawa kandungan surat akujanji iaituSurat Akujanji bertarikh 16 November 2016 dan Surat Akujanji bertarikh 28 Disember 2021 adalah tidak berat sebelah dan bukanlah dokumen yang menindas Defendan. isu yang dibangkitkan oleh Defendan mengenai perkara − • sebagai pekerja, Defendan tidak berada dalam kedudukan yang seimbang untuk berunding mengenai syarat-syarat tersebut. • dalam keterangannya, Defendan menyatakan beliau tidak diberi masa secukupnya untuk memahami dokumen dan tidak diberi peluang mendapatkan nasihat undang-undang. • peguam Defendan juga menghujahkan bahawa surat-surat akujanji tersebut bercanggah dengan prinsip asas kontrak yang memerlukan persetujuan secara sukarela. • Defendan memberitahu Mahkamah bahawa beliau inginkan satu kerja pada masa yang masih muda, dan beliau langsung tidak mempunyai banyak pengetahuan, oleh yang demikian beliau hendak mendapatkan satu kerja. • memandangkan Plaintif telah menawarkan satu pekerjaan kepada Defendan, Defendan hanya bertindak mengikut arahan majikan, walaupun beliau tidak memahami kandungan yang tercatit dalam Perjanjian tersebut dan langsung tidak mengetahui hak-hak beliau adakah terma-terma tersebut adalah adil kepada beliau. • Defendan mendakwa bahawa beliau hanya ingin mendapatkan satu pekerjaan tanpa mempunyai fikiran yang terlebih. [33] Persoalan yang dibangkitkan oleh Defendan semasa perbicaraan telah didengar oleh Mahkamah bicara. Mahkamah bicara tidak memihak kepada Defendan. Mahkamah Tinggi ini mendapati bahawa penolakan Mahkamah bicara berkenaan dengan isu yang dibangkitkan oleh Defendan ini adalah tidak khilaf. Syarat perkhidmatan pekerjaan Defendan yang dimaktubkan dalam perjanjian dan surat-surat akujanji telah berkuatkuasa mulai Defendan mula bekerja dan hingga Defendan meletakkan jawatan. Defendan bermula dari pekerja biasa hinggalah dinaikkan ke jawatan pengurus cawangan. Tiada apa-apa tindakan diambil oleh Plaintif sebagai majikan terhadap Defendan. Hanya melalui tindakan undang-undang ini sahaja Plaintif menuntut semula advance commission yang dibayar ke akaun Defendan memandangkan Defendan bukan lagi pekerja Plaintif. Selama perkhidmatannya dengan Plaintif, Defendan tidak pernah mempersoalkan mengenai apa-apa syarat yang dikenakan oleh Plaintif termasuklah mengenai penerimaan komisen dll. Defendan sememangnya mempunyai peluang dan boleh berbincang dengan majikannya (Plaintif). Tambahan pula sebagai pengurus cawangan, Defendan berupaya untuk berhadapan dengan majikannya melalui Bahagian Sumber Manusia untuk mengetengahkan perkara yang dipersoalkan mengenai syarat yang berat sebelah, menindas dll. Tetapi ini tidak berlaku. Mahkamah Tinggi ini bersetuju dengan hujahan peguam cara terpelajar Plaintif (Responden) iaitu − “It is London Weight’s company policy, which applies to all employees, that employees are given a copy of their respective agreements and letters of undertaking upon execution with London Weight. In any event, Felice Chai who was an employee with London Weight for at least 8 years could have asked requested a clarification and/or made a complaint to London Weight regarding the calculation of the advance commission, but she had never done so and had instead continued to receive such advance commission until the end of her tenure with London Weight.”. Tuntutan balas Defendan yang ditolak oleh Mahkamah Sesyen [34] Mahkamah bicara telah meneliti tuntutan balas Defendan berkenaan dengan tunggakan gaji Defendan. Hal perkara yang dinyatakan dlam perbicaraan adalah −