(iv) restitution; (penekanan ditambah) [34] Berpandukan Robin Radjaini (supra), mahkamah mengambil kira faktor-faktor berikut dalam mempertimbangkan sama ada hukuman mati sepatutnya dijatuhkan ke atas tertuduh, seperti yang dipohon oleh pihak pendakwaan: a. Kepentingan awam; b. Faktor-faktor mitigasi dan faktor-faktor pemberatan; dan c. Tujuan penjatuhan penghukuman, iaitu pencegahan jenayah, pemulihan tertuduh, dan pembalasan. [35] Berdasarkan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, tiga perkara telah diambil kira oleh mahkamah dalam menentukan hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas tertuduh. [36] Mahkamah pertama sekali mengambil kira faktor mitigasi yang timbul daripada pengakuan bersalah tertuduh pada peringkat awal kes ini, dan sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Pengakuan bersalah yang dibuat di peringkat awal menjimatkan masa mahkamah, pihak pendakwaan dan peguambela, dan menjimatkan kos semua pihak yang terlibat dalam kes ini. [37] Dalam kes Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134, Mahkamah Persekutuan menyatakan: a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves (penekanan ditambah) [38] Dalam kes ini, mahkamah telah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, dan implikasi pengakuan tersebut, iaitu penjimatan masa dan kos bagi mahkamah, peguam dan semua pihak yang terlibat. [39] Kedua, mahkamah mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan yang berat, melibatkan pembunuhan anggota polis yang sedang bertugas. Oleh itu, pengakuan bersalah tertuduh perlu diimbangi dengan keperluan memelihara kepentingan awam. [40] Kes Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 menyatakan: sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows: should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or (penekanan ditambah) [41] Adalah penting untuk menekankan bahawa sebelum tertuduh ditahan pada 11 Mac 2022, tertuduh telahpun melakukan beberapa kesalahan-kesalahan serius. Mahkamah telah dimaklumkan berkenaan dengan kes-kes berikut: a. Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-45D-3- : i. Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 3 Akta melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang awam, semasa melakukan rompakan di Hong Leong Bank, Subang Business Centre, Subang Jaya pada 3 September 2020; dan ii. Tertuduh telah mengaku bersalah dan dihukum pada 6 Ogos 2025 oleh Mahkamah Tinggi Jenayah 7 Shah Alam, dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh jatuh hukum dan 12 sebatan rotan; dan b. Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-45B-19- : i. Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan kesalahan membunuh Muhammad Aiman Hakim Md Zakri pada 11 Mac 2022, semasa melakukan rompakan di Hong Leong Bank, Puchong Prima, Puchong; dan ii. Tertuduh telah mengaku bersalah dan dihukum pada 6 Ogos 2025 oleh Mahkamah Tinggi Jenayah 7 Shah Alam, dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh jatuh hukum dan 12 sebatan rotan. [42] Tertuduh juga turut dituduh dalam kes Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-45D-2-08/2023 di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api, dengan kesalahan melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang awam, semasa tertuduh melakukan rompakan di Ambank, Laman Sri Business Park, Seksyen 13, Shah Alam pada 22 April 2020. Tertuduh telah mengaku bersalah dan disabitkan oleh mahkamah ini pada 13 Oktober 2025. Tertuduh dihukum penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan. Hukuman penjara berkuatkuasa apabila tertuduh tamat menjalani hukuman penjara bagi kes Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-45B-18-08/2023 (kes ini). [43] Kes-kes di atas menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan-kesalahan serius untuk beberapa tahun, tanpa kawalan. Mahkamah mendapati jika tidak ditahan pada 11 Mac 2022, tertuduh berkemungkinan akan terus melakukan kesalahan-kesalahan serius yang sama. [44] Oleh itu, dalam penentuan hukuman yang wajar, mahkamah mengambil kira bahawa kepentingan awam perlu dipelihara, dan adalah perlu untuk memastikan tertuduh tidak terus melakukan kesalahan-kesalahan serius. [45] Faktor ketiga yang diambil kira oleh mahkamah ialah faktor mitigasi yang timbul daripada dapatan-dapatan dalam laporan perubatan forensik psikiatri bertarikh 27 Jun 2024 yang dibuat berkenaan dengan i Peguambela terpelajar menghujahkan bahawa tertuduh mempunyai antisocial personality disorder, dan oleh itu, hukuman terhadap tertuduh patut dikurangkan. [46] Mahkamah mengambil maklum bahawa laporan tersebut menyatakan bahawa semasa kejadian pembunuhan simati pada 31 Ogos 2017, tertuduh tidak mengalami gejala-gejala psikosis, mania atau kemurungan, dan tidak mengalami gejala-gejala intoksikasi dadah. Fungsi kognitif beliau adalah normal. Oleh itu, tertuduh berada dalam keadaan mental yang waras, dan sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya serta mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang. [47] Namun, perenggan 6 Laporan Psikiatri Tertuduh, menyatakan bahawa tertuduh: ruan personaliti antisosial (Antisocial Personality Disorder) yang dicirikan dengan corak tingkah laku yang sering melanggar undang-undang, peraturan dan norma sosial. Beliau juga sering bersikap agresif, impulsif, tidak bertanggungjawab dan tidak berasa menyesal atas [48] Berdasarkan faktor ketiga ini, bersama dengan faktor-faktor lain yang telah dipertimbangkan, mahkamah mendapati kes ini tidak menjustifikasikan hukuman mati ke atas tertuduh. [49] Dalam kes Robin Radjaini (supra), Mahkamah Rayuan telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan Singapura PP v Kho Jabing [2015] 2 SLR 112, yang telah menolak pemakaian doktrin . Sebaliknya, Mahkamah Rayuan Singapura menggunapakai prinsip berikut: [44] In our judgment, a more appropriate principle to follow would be that laid down by the Court of Appeal in Sia Ah Kew, which is, whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community. Undoubtedly, capital punishment is an expression towards particularly offensive conduct, and the fact that the death penalty continues to be part of our sentencing regime is an an affront to humanity and so abhorrent that the death penalty may, in the face of such circumstances, be the appropriate, if not the only, adequate sentence. It would therefore, in our judgment, be correct to consider the strong feelings of the community in deciding whether or not to impose the death penalty. [45] In determining whether the actions of the offender would outrage the feelings of the community, we find that the death penalty would be the appropriate sentence when the offender has acted in a way which exhibits viciousness or a blatant disregard for human life. Viewed in this light, it is the manner in which the offender acted which takes centre stage. For example, in the case of a violent act leading to death, the savagery of the attack regard for human life. The number of stabs or blows, the area of the injury, the duration of the attack and the force used would all be pertinent factors to be considered. (penekanan ditambah) [50] Mahkamah Rayuan dalam Robin Radjaini (supra) menggunapakai prinsip yang dinyatakan dalam Kho Jabing (supra), dan mendapati bahawa faktor-faktor berikut adalah penting dalam menentukan sama ada hukuman mati sesuai dijatuhkan: a. Sama ada perlakuan tertuduh membangkitkan kemarahan masyarakat secara keseluruhannya; b. Sama ada perlakuan tertuduh adalah kezaliman besar terhadap kemanusiaan (grevious affront to humanity) dan sangat menjijikkan hinggakan hanya hukuman mati merupakan hukuman yang paling sesuai; dan c. Sama ada tertuduh bertindak dengan keganasan atau tanpa menghiraukan nyawa manusia. [51] Mahkamah berpendapat walaupun tindakan tertuduh membunuh simati dengan menembak simati dan memukul simati dengan tukul adalah suatu perbuatan yang kejam, namun faktor-faktor di atas tidak terpakai dalam kes ini untuk menjustifikasikan mahkamah menjatuhkan hukuman mati ke atas tertuduh. [52] Walau bagaimanapun, hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh perlu menyampaikan mesej kepada tertuduh dan kepada masyarakat secara keseluruhannya bahawa kesalahan bunuh yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan yang serius. Mahkamah juga mengambil kira bahawa jika tidak dibendung, tertuduh berupaya untuk terus melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pencegahan spesifik adalah diperlukan untuk memastikan tertuduh tidak lagi mempunyai peluang untuk melakukan kesalahan-kesalahan serius. [53] Atas dasar ini, mahkamah mendapati hukuman yang bersesuaian untuk sabitan tertuduh bagi Pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan adalah hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan. [54] Mahkamah turut mengambil kira bahawa tertuduh sedang menjalani hukuman-hukuman penjara bagi Kes 45D-3-08/2023 dan Kes 45B-19-08/2023. Oleh itu, seksyen 292 Kanun Prosedur Jenayah terpakai bagi kes ini. [55] Seksyen 292 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the (penekanan ditambah) [56] Dalam menentukan permulaan penguatkuasaan hukuman penjara terhadap tertuduh, mahkamah merujuk kepada kes Bachik bin Abdul Rahman v PP [2004] 2 MLJ 534. Dalam kes tersebut, kesan pemakaian seksyen 292(1) Kanun Prosedur Jenayah telah dihuraikan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengambil kira hukuman yang diberikan. Mahkamah Rayuan menyatakan: [9] In this regard, reference is also made to Emmins on Sentencing (2nd Ed) p 151: It is well established that sentences must have regard to the total length of sentence passed, particularly where consecutive sentences have been imposed, to ensure that the sentence properly reflects the overall seriousness of the behaviour. [10] There will be cases properly described as crushing the hope in the offender of reformation and a return to a desirable life but in which the offender has, by his criminal acts, forfeited any right to have his sentence reduced on that account (see Crowley and Garner v R (1991) 55 A Crim R 201 J said in R v Vaitos (1981) 4 A Crim R 238 at p 301: I have some difficulty appreciating the concept that a richly deserved sentence, not manifestly excessive, should be disturbed because the person upon whom the sentence is imposed may feel crushed by it. It is quite true that the applicant has to face a very long term of imprisonment before he will be released and because he is a comparatively young man, many of the best years of his life will be spent in custody. However, from the community point of view, his detention for a very substantial period is necessary to protect females from his criminal behaviour. [11] Young CJ said in that case that the question of whether the sentence imposed is crushing cannot be answered length of sentence to be served but by the circumstances of the case. (penekanan ditambah) [57] Dalam kes Bachik (supra), Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara berturut-turut yang dijatuhkan, walaupun hukuman tersebut akan menyebabkan ke atas tertuduh. Ini kerana tersebut perlu diimbangi dengan kesan kesalahan serius yang dilakukan oleh tertuduh, iaitu kesalahan merogol. [58] Dalam kes ini, mahkamah telah mengambil kira kesalahan serius yang telah dilakukan oleh tertuduh, serta keperluan untuk melindungi masyarakat daripada tertuduh. Atas dasar ini dah selaras dengan seksyen 292(1) Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuatkuasa apabila tertuduh tamat menjalani hukuman-hukuman penjara bagi kes-kes yang mana tertuduh sedang menjalani hukuman-hukuman penjara buat masa ini, iaitu Kes 45D-3- 08/2023 dan Kes 45B-19-08/2023. D. Keputusan [59] Setelah meneliti dan menilai fakta-fakta kes ini, hujahan-hujahan mitigasi dan pemberatan serta undang-undang yang terpakai secara keseluruhannya, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dihukum di bawah seksyen yang sama, iaitu hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan. Hukuman penjara berkuatkuasa apabila tertuduh tamat menjalani hukuman-hukuman penjara bagi kes-kes yang mana tertuduh sedang menjalani hukuman-hukuman penjara buat masa ini, iaitu Kes 45D-3- 08/2023 dan Kes 45B-19-08/2023. Bertarikh 22 Disember 2025 ADLIN ABDUL MAJID Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor Peguambela Jaspal Singh @ Jaspal Singh Mann (bersama dengan Pramjit Kaur) Tetuan Mann & Associates