Preamble
Menurut fakta kes yang telah dipersetujui oleh tertuduh, pada 22 April 2020, lebih kurang jam 2.45 petang, tertuduh telah masuk ke Ambank, Lot 13-1 & 14-1, Ground Floor, Laman Sri Business Park, [6] Tertuduh menuju ke kaunter Bank tersebut menyebabkan cermin pecah, dan mengarahkan supaya pengawal keselamatan Bank berbaring di lantai di kawasan kaunter. [7] Tertuduh kemudian menuju ke kaunter 2 yang dijaga oleh mengeluarkan duit. Rosmawati mengambil wang berjumlah RM1,968 daripada laci dan meletakkannya di kaunter, dan tertuduh mengambil wang tersebut. [8] Tertuduh seterusnya mengarahkan Penolong Pengurus Bank , ke belakang untuk mengeluarkan wang, namun Faizah memaklumkan kepada tertuduh bahawa beliau tidak memegang wang. Tertuduh mengarahkan Faizah untuk membuka bilik kebal tetapi dimaklumkan oleh Faizah bahawa beliau hanya mempunyai satu kunci sahaja untuk bahagian bawah pintu, manakala kunci bahagian atas tiada. [9] Pada masa yang sama, tertuduh telah mengarahkan Zarina Bakar yang berada di bilik failing Bank, untuk mengeluarkan wang. Zarina telah mengeluarkan wang daripada laci sebanyak RM1,748, dan meletakkan ke atas meja. [10] Tertuduh mengambil wang tersebut dan telah sekali lagi mengarahkan Faizah untuk membuka pintu kebal. Faizah sekali lagi memaklumkan bahawa beliau tidak dapat membuka pintu tersebut. Tertuduh terus keluar melalui pintu utama Bank. [11] Selepas tertuduh beredar, Faizah menelefon pihak polis. Pemeriksaan dilakukan dan didapati bahawa kerugian adalah sebanyak RM3,716. [12] Pada jam 2.50 petang pada 22 April 2020, Sarjan Zainal Sybal membuat laporan polis Sek 9/003299/20 berkenaan dengan kejadian rompakan di Bank ek 9 3299/20 [13] Pihak polis memeriksa tempat kejadian dan memperoleh satu -05 9mm dan satu swabbing darah. Penangkapan tertuduh [14] Pada 11 Mac 2022, lebih kurang jam 6.40 petang, berdasarkan risikan dan maklumat yang diterima, Supt Muhamad Farid Ahmad berserta pasukan telah menahan tertuduh di Maybank, No. 19 & No. 21, Jalan Singa C 20/C, Seksyen 20, 40300 Shah Alam, Selangor. [15] Pemeriksaan pada tubuh badan tertuduh dilakukan dan rampasan dibuat terhadap beberapa barang yang ada pada tertuduh. [16] Tertuduh memandu arah pasukan polis ke sebuah kereta Honda City berwarna hitam dengan nombor pendaftaran BJH 8113. Pemeriksaan telah dilakukan ke atas kereta tersebut dan rampasan dibuat ke atas beberapa barang di dalam kereta tersebut. Barang yang dirampas termasuk satu beg yang diletakkan di bahagian ruang bawah dashboard sebelah penumpang hadapan. Beg tersebut mengandungi sepucuk pistol jenis yang berisi satu kelopak yang mengandungi lapan butir peluru dengan satu butir berada dalam laras dan satu kelopak kosong. [17] Laporan pemeriksaan dan analisa yang telah dijalankan oleh Unit Siasatan Balistik, Makmal Forensik Polis DiRaja Malaysia mendapati bahawa ujitembak yang dijalankan dengan menggunakan Pistol Walther 99 tersebut dan hasil semakan dengan kes-kes lain di dalam Pangkalan Data Balistik Malaysia (MYBID) menunjukkan persamaan ciri-ciri karektoristik individu, dengan kelongsong peluru 9 mm bagi kes Laporan Polis Sek 9 3299/20. [18] Berdasarkan siasatan yang dijalankan, tertuduh dituduh dengan Pertuduhan tersebut. C. Penilaian Dan Penentuan Hukuman Pengakuan bersalah tertuduh [19] Seksyen 173(b) Kanun Prosedur Jenayah menyatakan seperti berikut: If the accused pleads guilty to the charge, whether as originally framed or as amended, the plea shall be recorded and he may be convicted on it and the Court shall pass sentence according to law: Provided that before a plea of guilty is recorded the Court shall ascertain that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence (penekanan ditambah) [20] Seksyen ini memperuntukkan bahawa jika tertuduh mengaku bersalah, pengakuan bersalah perlu direkodkan dan mahkamah perlu menjatuhkan hukuman mengikut lunas undang-undang. Namun, sebelum pengakuan bersalah direkodkan, mahkamah perlu memastikan bahawa tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut, dan ingin mengaku bersalah terhadap pertuduhan tanpa syarat. [21] Dalam kes ini, tertuduh telah mengaku bersalah, dan mahkamah menerima pengakuan tertuduh setelah berpuas hati bahawa tertuduh mengaku bersalah terhadap Pertuduhan tersebut tanpa syarat, dan tertuduh memahami sifat dan akibat pengakuan bersalah tersebut. Hujahan-hujahan mitigasi dan pemberatan [22] Dalam hujahan mitigasi, peguambela terpelajar menegaskan bahawa tertuduh perlu dijatuhkan hukuman yang lebih ringan, memandangkan tertuduh mempunyai masalah kecelaruan personaliti antisocial (antisocial personality disorder). [23] Pihak pendakwaan pula, dalam hujahan pemberatan menyatakan bahawa walaupun tertuduh mempunyai antisocial personality disorder, tertuduh mengetahui sifat dan akibat perbuatannya. [24] Pihak pendakwaan memohon satu hukuman berat ke atas tertuduh kerana dalam kejadian ini, tembakan dilakukan di tempat awam. Timbalan pendakwa raya terpelajar menegaskan bahawa kepentingan awam perlu diambil kira dalam penjatuhan hukuman ke atas tertuduh. Penilaian dan penentuan hukuman [25] Seksyen 3 Akta Senjata Api memperuntukkan: Any person who at the time of his committing or attempting to commit or abetting the commission of a scheduled offence discharges a firearm with intent to cause death or hurt to any person, shall, notwithstanding that no hurt is caused thereby, be punished with imprisonment for a term of not less than thirty years but not exceeding forty years and with whipping with not less than twelve strokes. (penekanan ditambah) [26] Seksyen 3 telah dipinda melalui Akta Pemansuhan Hukuman Mati Dengan penguatkuasaan APHM 2023, hukuman mati mandatori yang diperuntukkan di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api telah digantikan dengan hukuman hukuman penjara dan sebatan rotan. [27] Tiga perkara telah diambil kira oleh mahkamah dalam penentuan hukuman yang wajar dijatuhkan ke atas tertuduh. [28] Mahkamah pertama sekali mengambil kira faktor mitigasi yang timbul daripada pengakuan bersalah tertuduh pada peringkat awal kes ini, dan sebelum perbicaraan penuh dimulakan. Pengakuan bersalah yang dibuat di peringkat awal menjimatkan masa mahkamah, pihak pendakwaan dan peguambela, dan menjimatkan kos semua pihak yang terlibat dalam kes ini. [29] Dalam kes Sau Soo Kim v PP [1975] 2 MLJ 134, Mahkamah Persekutuan menyatakan: a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves (penekanan ditambah) [30] Dalam kes ini, mahkamah telah mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh, dan implikasi pengakuan tersebut, iaitu penjimatan masa dan kos bagi mahkamah, peguam dan semua pihak yang terlibat. [31] Kedua, mahkamah mengambil kira bahawa kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan yang berat, melibatkan pelepasan peluru di tempat awam, yang menimbulkan risiko tinggi kepada orang awam. Tambahan pula, tertuduh melepaskan peluru semasa melakukan rompakan bank. Oleh itu, pengakuan bersalah tertuduh perlu diimbangi dengan keperluan memelihara kepentingan awam. [32] Kes Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 menyatakan: sentence is of course the question of public interest. On this point I need only quote a passage from the judgment of Hilbery J. in Rex v Kenneth John Ball 35 CrAppR 164 as follows: should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or (penekanan ditambah) [33] Adalah penting untuk menekankan bahawa sebelum tertuduh ditahan pada 11 Mac 2022, tertuduh telahpun melakukan beberapa kesalahan-kesalahan serius. Mahkamah telah dimaklumkan berkenaan dengan kes-kes berikut: a. Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-45D-3- i. Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api dengan kesalahan melepaskan tembakan daripada senjata api dengan niat menyebabkan kematian atau kecederaan kepada orang awam, semasa melakukan rompakan di Hong Leong Bank, Subang Business Centre, Subang Jaya pada 3 September 2020; dan ii. Tertuduh telah mengaku bersalah dan dihukum pada 6 Ogos 2025 oleh Mahkamah Tinggi Jenayah 7 Shah Alam, dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh jatuh hukum dan 12 sebatan rotan; dan b. Mahkamah Tinggi Shah Alam Perbicaraan Jenayah No. BA-45B-19- i. Tertuduh telah dituduh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan kesalahan membunuh Muhammad Aiman Hakim Aiman Md Zakri pada 11 Mac 2022, semasa melakukan rompakan di Hong Leong Bank, Puchong Prima, Puchong; dan ii. Tertuduh telah mengaku bersalah dan dihukum pada 6 Ogos 2025 oleh Mahkamah Tinggi Jenayah 7 Shah Alam, dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh jatuh hukum dan 12 sebatan rotan. [34] Tertuduh juga turut dituduh dalam Kes BA-45B-18-08/2023 di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan, dengan kesalahan membunuh seorang anggota polis, L/Kpl Velentino anak Mesa (simati), di Balai Polis Pinggiran USJ, Subang Jaya, Selangor pada 31 Ogos 2017. Semasa kejadian, tertuduh beberapa kali memukul simati menggunakan tukul yang dibawa, yang menyebabkan simati jatuh dalam keadaan tertiarap. Apabila tertuduh mendapati simati masih lagi bernafas, tertuduh mengambil pistol simati, iaitu Pistol Walther 99 tersebut, dan menembak simati di bahagian belakang. [35] Pistol Walther 99 tersebut adalah pistol yang digunakan oleh tertuduh dalam rompakan dalam kes ini. [36] Dalam Kes BA-45B-18-08/2023, tertuduh telah mengaku bersalah dan disabitkan oleh mahkamah ini pada 13 Oktober 2025. Tertuduh dihukum penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan. Hukuman penjara berkuatkuasa apabila tertuduh tamat menjalani hukuman penjara bagi Kes 45D-3-08/2023 dan Kes 45B-19-08/2023. [37] Kes-kes di atas menunjukkan bahawa tertuduh telah melakukan kesalahan-kesalahan serius untuk beberapa tahun, tanpa kawalan. Mahkamah mendapati jika tidak ditahan pada 11 Mac 2022, tertuduh berkemungkinan akan terus melakukan kesalahan-kesalahan serius yang sama. [38] Oleh itu, dalam penentuan hukuman yang wajar, mahkamah mengambil kira bahawa kepentingan awam perlu dipelihara, dan adalah perlu untuk memastikan tertuduh tidak terus melakukan kesalahan-kesalahan serius. [39] Faktor ketiga yang diambil kira oleh mahkamah ialah faktor mitigasi yang timbul daripada dapatan-dapatan dalam laporan perubatan forensik psikiatri bertarikh 27 Jun 2024 yang dibuat berkenaan dengan tertuduh bagi pertuduhan dalam Kes BA-45B-18-08/2023 Psikiatri . Peguambela terpelajar menghujahkan bahawa Laporan Psikiatri Tertuduh menyatakan tertuduh mempunyai antisocial personality disorder, dan oleh itu, hukuman terhadap tertuduh patut dikurangkan. [40] Perenggan 6 Laporan Psikiatri Tertuduh, menyatakan bahawa tertuduh: (Antisocial Personality Disorder) yang dicirikan dengan corak tingkah laku yang sering melanggar undang-undang, peraturan dan norma sosial. Beliau juga sering bersikap agresif, impulsif, tidak bertanggungjawab dan tidak berasa menyesal atas [41] Walau bagaimanapun, mahkamah mengambil maklum bahawa laporan tersebut menyatakan bahawa semasa kejadian pembunuhan simati dalam Kes BA-45B-18-08/2023 pada 31 Ogos 2017, tertuduh tidak mengalami gejala-gejala psikosis, mania atau kemurungan, dan tidak mengalami gejala-gejala intoksikasi dadah. Fungsi kognitif beliau adalah normal. Tambahan pula, semasa Laporan Psikiatri Tertuduh ditulis, tertuduh tidak mengalami gejala-gejala psikosis, mania atau kemurungan, dan tiada perlakuan abnormal diperhatikan. [42] Oleh itu, secara amnya, tertuduh berada dalam keadaan mental yang waras, dan sedar akan sifat dan akibat daripada perbuatannya serta mampu untuk mengetahui bahawa perbuatan tersebut adalah salah dan bertentangan dari segi undang-undang. [43] Berdasarkan faktor ketiga ini, bersama dengan faktor-faktor lain yang telah dipertimbangkan, mahkamah mendapati hukuman yang dijatuhkan ke atas tertuduh perlu menyampaikan mesej kepada tertuduh dan kepada masyarakat secara keseluruhannya bahawa kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh adalah kesalahan yang serius. Mahkamah juga mengambil kira bahawa jika tidak dibendung, tertuduh berupaya untuk terus melakukan kesalahan-kesalahan seperti yang telah dilakukan sebelum ini. Pencegahan spesifik adalah diperlukan untuk memastikan tertuduh tidak lagi mempunyai peluang untuk melakukan kesalahan-kesalahan serius. [44] Atas dasar ini, mahkamah mendapati hukuman yang bersesuaian untuk sabitan tertuduh bagi Pertuduhan di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api adalah hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan. [45] Mahkamah turut mengambil kira bahawa tertuduh sedang menjalani hukuman-hukuman penjara bagi Kes 45D-3-08/2023 dan Kes 45B-19-08/2023, dan tertuduh juga telah dihukum penjara untuk Kes 45B- 18-08/2023. Oleh itu, seksyen 292 Kanun Prosedur Jenayah terpakai bagi kes ini. [46] Seksyen 292 Kanun Prosedur Jenayah memperuntukkan: When a person who is an escaped convict or is undergoing a sentence of imprisonment is sentenced to imprisonment, such imprisonment shall commence either immediately or at the expiration of the imprisonment to which he has been previously sentenced, as the Court awarding the (penekanan ditambah) [47] Dalam menentukan permulaan penguatkuasaan hukuman penjara terhadap tertuduh, mahkamah merujuk kepada kes Bachik bin Abdul Rahman v PP [2004] 2 MLJ 534. Dalam kes tersebut, kesan pemakaian seksyen 292(1) Kanun Prosedur Jenayah telah dihuraikan oleh Mahkamah Rayuan dengan mengambil kira hukuman yang diberikan. Mahkamah Rayuan menyatakan: [9] In this regard, reference is also made to Emmins on Sentencing (2nd Ed) p 151: It is well established that sentences must have regard to the total length of sentence passed, particularly where consecutive sentences have been imposed, to ensure that the sentence properly reflects the overall seriousness of the behaviour. [10] There will be cases properly described as crushing the hope in the offender of reformation and a return to a desirable life but in which the offender has, by his criminal acts, forfeited any right to have his sentence reduced on that account (see Crowley and Garner v R (1991) 55 A Crim R 201 J said in R v Vaitos (1981) 4 A Crim R 238 at p 301: I have some difficulty appreciating the concept that a richly deserved sentence, not manifestly excessive, should be disturbed because the person upon whom the sentence is imposed may feel crushed by it. It is quite true that the applicant has to face a very long term of imprisonment before he will be released and because he is a comparatively young man, many of the best years of his life will be spent in custody. However, from the community point of view, his detention for a very substantial period is necessary to protect females from his criminal behaviour. [11] Young CJ said in that case that the question of whether the sentence imposed is crushing cannot be answered length of sentence to be served but by the circumstances of the case. (penekanan ditambah) [48] Dalam kes Bachik (supra), Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara berturut-turut yang dijatuhkan, walaupun hukuman tersebut akan menyebabkan ke atas tertuduh. Ini kerana tersebut perlu diimbangi dengan kesan kesalahan serius yang dilakukan oleh tertuduh, iaitu kesalahan merogol. [49] Fakta-fakta kes adalah relevan dalam penentuan hukuman yang wajar dijatuhkan. Dalam kes ini, mahkamah memandang serius kesalahan yang telah dilakukan oleh tertuduh, serta keperluan untuk melindungi masyarakat daripada tertuduh. Tertuduh melakukan rompakan dan menggunakan senjata api di tempat awam tanpa menghiraukan keselamatan dan nyawa orang awam. Jika tidak dibendung, tertuduh akan terus melakukan kesalahan separti yang telah dilakukan. Mahkamah mendapati perlakuan tertuduh menjustifikasikan hukuman penjara yang panjang, agar orang awam dapat dilindungi daripada tertuduh. [50] Atas dasar ini dah selaras dengan seksyen 292(1) Kanun Prosedur Jenayah, mahkamah memerintahkan hukuman penjara berkuatkuasa apabila tertuduh tamat menjalani hukuman penjara bagi Kes 45B-18-08/2023. D. Keputusan [51] Setelah meneliti dan menilai fakta-fakta kes ini, hujahan-hujahan mitigasi dan pemberatan serta undang-undang yang terpakai secara keseluruhannya, mahkamah mendapati tertuduh bersalah dan disabitkan di bawah seksyen 3 Akta Senjata Api dan dihukum di bawah seksyen yang sama, iaitu hukuman penjara 30 tahun dan 12 kali sebatan rotan. Hukuman penjara berkuatkuasa apabila tertuduh tamat menjalani hukuman penjara bagi Kes 45B-18-08/2023. Bertarikh 22 Disember 2025 ADLIN ABDUL MAJID Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam Timbalan Pendakwa Raya Maizatul Munirah Abdul Rahman Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor Peguambela Jaspal Singh @ Jaspal Singh Mann (bersama dengan Pramjit Kaur) Tetuan Mann & Associates