(iv) Sebagai hakim di peringkat rayuan di sini, saya hendaklah menanyakan diri saya adakah saya sekarang ini yang tidak mempunyai kelebihan sebagaimana hakim bicara, saya akan membuat kesimpulan bahawa hakim yang mendengar itu telah nyata khilaf / plainly wrong? Jika saya tidak boleh S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw membuat justifikasi di minda saya bahawa hakim yang mempunyai kelebihan itu telah nyata khilaf, maka keputusan hakim bicara wajar dikekalkan. [11] Mahkamah Persekutuan dalam kes TAN KUAN YAU V. SUHINDRIMANI ANGASAMY [1985] CLJ Rep 32 memberi panduan kepada mahkamah yang menjalankan kuasa rayuan terhadap dapatan hakim bicara berkaitan dengan kuantum ganti rugi, iaitu – Now, in an appeal on quantum of damages, it is essential in order to come to a conclusion to bear in mind certain principles which are well established. The appeal Court is slow, indeed, disinclined to interfere with the Judge's finding merely because the appeal Court thinks that if the case had been before it in the first instance a lesser sum would have been awarded. Azmi CJ (Malaya) (as he then was) giving the Judgment of the Federal Court in Topaiwah V. Salleh [1968] CLJU 161; [1968] 1 LNS 161said that: In order to justify reversing the trial Judge on the question of the amount of damages it will generally be necessary that this Court should be convinced either that the Judge acted on some wrong principle of law, or that the amount awarded was so extremely high or so very small as to make it an entirely erroneous estimate of the damages to which the plaintiff is entitled. (See Flint v. Lovell [1935] 1 KB 354). S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw [12] Tugas Mahkamah ini sama ada untuk campur tangan dalam kuantum ganti rugi yang diputuskan oleh hakim bicara telah dijelaskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Kuan Yau V. Suhindrimani Angasamy [1985] CLJ Rep 323 yang memutuskan bahawa - “The principle that should guide this Court in determining whether it should interfere with the quantum of damages is crystal clear. What is also clear is that much depends on the circumstances of each case in particular the amount of the award. In a particular case therefore, it is for the appeal Court to consider whether in the light of the circumstances of that case there is an erroneous estimate of the amount of the damage in that, either there was an omission on the part of the Judge to consider some relevant materials, or he had admitted for purpose of assessment some irrelevant considerations. If the Court is satisfied or convinced that the Judge has acted upon wrong principle of law then it is justified in reversing; indeed, it is its duty to reverse the finding of the trial Judge.” (penekanan diberikan) [13] Berdasarkan kepada panduan yang mengikat tersebut, Mahkamah ini perlu meneliti jika ada salah arah oleh hakim bicara dengan tidak memberi pertimbangan kehakiman yang mencukupi terhadap fakta-fakta yang diplidkan atau keterangan-keterangan yang dikemukakan di mahkamah semasa membenarkan tuntutan Plaintif dan memutuskan tentang isu kuantum. S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw PENEGASAN DEFENDAN [14] Melalui Pembelaan, Defendan memplidkan Plaintif yang secara tiba-tiba dengan cuai terjatuh sendiri dari motorsikal dan tiada sebarang pertembungan yang berlaku antara motorkar Defendan dan motorsikal Plaintif. [15] Pendirian Defendan adalah bahawa keterangan daripada kesemua saksi bicara adalah kedua-dua Plaintif dan Defendan berada dalam satu arah perjalanan yang sama iaitu menuju ke persimpangan lampu isyarat. Saksi-saksi Defendan menyatakan Defendan berada di lalun A-A1 dan Plaintif di garisan putus-putus A1 seperti ditunjukkan dalam Rajah Kasar. [16] Semasa kejadian, Defendan bersama isteri dan anak dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menonton wayang. Defendan memanggil SD2, seorang kanak-kanak semasa insiden kemalangan berlaku. [17] Versi utama Defendan adalah Plaintif telah terjatuh sendiri kerana sedang cuba untuk mencelah di ruang antara kenderaan-kenderaan yang ada. Plaintif jatuh jauh di belakang kenderaan Defendan. [18] Pihak Defendan bersandar pada keterangan SD2, saksi bebas yang merupakan seorang kanak-kanak berusia 15 tahun 11 bulan semasa insiden berlaku. S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw PENEGASAN PLAINTIF [19] Menurut Plaintif, kemalangan tersebut diakibatkan semata-mata oleh kecuaian Defendan yang telah menukar haluan secara mengejut tanpa memberi isyarat. DAPATAN MAHKAMAH BERKAITAN ISU LIABILITI [20] Mahkamah ini mendapati Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah menumpukan mindanya kepada beban bukti yang betul semasa menimbang tentang isu liabiliti. Perenggan 8 Alasan Penghakiman Hakim Mahkamah Sesyen dengan jelas terpandu dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Wong Thin Yit v Mohamed Ali [1971] 1 LNS 151 dalam memutuskan tentang beban bukti yang terletak di bahu Plaintif untuk membuktikan kesnya terhadap Defendan. [21] Peguam cara Defendan yang bijaksana turut mengetengahkan kes Mohan a/l Letchumanan v Napialphavo bin Mohd Yunus [2001 1 LNS 170 berhubung dengan beban bukti yang sama terletak di bahu Plaintif. Meski pun demikian, peguam cara Defendan berhujah bahawa Plaintif gagal membuktikan kecuaian Defendan sehingga menyebabkan kemalangan tersebut berlaku. [22] Menurut Defendan lagi, Plaintif dan Defendan masing-masing mengemukakan seorang saksi bebas. Saksi bebas Plaintif ialah SP3 yang memberi keterangan bahawa tentang bagaimana Plaintif terjatuh pada malam kejadian. S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw [23] Manakala saksi bebas Defendan, SD2 seorang saksi yang disapina telah membuat laporan polis dan mengesahkan Plaintif terjatuh dengan sendiri. [24] Kewujudan dua versi keterangan yang berbeza ini telah dinilai oleh Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana dan diputuskan keterangan SP3 lebih konsisten dan menyakinkan. Selain itu Mahkamah ini mendapati, SD2 saksi bebas Defendan yang mendakwa melihat kejadian tersebut berlaku pada tarikh kejadian adalah seorang kanak-kanak. Tidakkah keterangan SD2 semasa tarikh kejadian yang merupakan kanak-kanak harus diterima secara berhati-hati. [25] Laporan polis SD2 dibuat pada 26.9.2018 dan pada ketika itu SD2 berumur 15 tahun 11 bulan. Mahkamah merujuk laporan polis SD2 dan mendapati, perkataan yang digunakan oleh SD2 adalah “saya terdengar sebuah motorsikal dengan bunyi yang kuat datang dari seberang jalan dengan keadaan laju tiba-tiba saya dengar motorsikal tersebut brek mengejut dan motorsikal tersebut terus jatuh di atas jalan.” [26] Pada hemat Mahkamah berdasarkan laporan polis yang dibuat lebih hampir dengan tarikh kejadian boleh membawa kepada suatu kesimpulan bahawa SD2 tidak melihat kejadian berlaku. [27] Bunyi brek motorsikal adalah konsisten dengan penegasan Plaintif bahawa Plaintif telah membrekkan motorsikal apabila Defendan secara tiba-tiba memasuki laluan Plaintif. S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw [28] Semasa kejadian tersebut, isteri Defendan berada dalam kenderaan bersama-sama dengan Defendan. Namun tiada laporan polis mahu pun keterangan diberi oleh isteri Defendan. Sebaliknya, Defendan memilih untuk memanggil seorang kanak-kanak untuk tampil memberikan keterangan. [29] Kemudian SD2 menyatakan dalam laporan polis, “terdapat sebuah motorkar no pendaftaran WWE6699 berhenti di hadapan motorsikal tersebut dan pemandu motorkar itu keluar untuk melihat apa yang terjadi”. [30] Pengakuan SD2 tersebut juga menyokong penegasan Plaintif tentang perbuatan Defendan tiba-tiba memasuki laluan Plaintif dengan berada di hadapan motorsikal Plaintif. [31] Defendan turut mencabar keterangan oleh SP3, iaitu saksi bebas yang melihat kejadian kemalangan pada 5.8.2018 atas alasan SP3 tidak membuat laporan polis. Ketika kemalangan SP3 berada di hadapan lampu isyarat di Jalan Indah dan ingin membelok ke kanan. Semasa menunggu di lampu isyarat, SP3 nampak dua buah kereta sedang ingin berhenti di Lorong A1-A2 dan lorong A1-A2. SP3 nampak kereta Volkswagen yang berada di Lorong A1-A2 mengubah haluan ke Lorong A-A1. Selepas itu, SP3 dengar bunyi yang kuat dan nampak sebuah motorsikal terjatuh atas jalan. [32] SP3 dalam keterangan menyatakan beliau telah memberhentikan kenderaannya berdekatan dengan motorkar Defendan dan menghampiri S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw Plaintif yang terjatuh. Menurut SP3, selepas 5-10 minit memang ada pelajar tahfiz yang datang untuk melintas. [33] Menurut SP3 lagi beliau tidak membuat laporan polis kerana telah ada pengawal keselamatan yang turut melihat kejadian itu yang membuat laporan polis. Berdasarkan nota keterangan, dapat diperhatikan SP3 telah disoal bertubi-tubi tentang bagaimana insiden kemalangan berlaku. SP3 kekal dengan keterangan bahawa Defendan telah mengubah haluan berdasarkan apa yang dapat diihat oleh SP3 sendiri pada malam kejadian. [34] Pada hemat Mahkamah ini, keterangan SP3 adalah konsisten dan tiada sebab untuk Mahkamah ini menganggu dapatan fakta oleh Hakim Bicara. Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes China Airlines Ltd v Maltran Air Corp Sdn Bhd (formerly known as Maltran Air Services Corp Sdn Bhd) and another appeal [1996] 2 MLJ 517 [1996] 3 CLJ 163 yang memutuskan bahawa – “… It is settled principle of law that in an appeal, where facts have to be reviewed, it is undesirable that the findings of the court below should be disturbed by a court of appeal unless it appears that those findings are clearly wrong, and more especially that it is undesirable to do so where the conclusions reached must to a large extent depend on the credibility of the witnesses and the impression formed by a court which has seen them and can judge their honesty and accuracy”. S/N aCbzl3mL5kiZaLSuDHwghw DAPATAN MAHKAMAH BERKAITAN AWARD GANTI RUGI [35] Sebelum kemalangan, Plaintif berkerja sebagai penjaga stor di syarikat Travelink Enterprise Sdn Bhd sejak 12.12.2017. Menurut SP2, iaitu majikan Plaintif, selepas kemalangan Plaintif sudah tidak fokus dan hilang tumpuan dalam menerima arahan serta pergerakan Plaintif terbatas. Selain itu, Plaintif bersifat keanak-anakan. [36] Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah mengawardkan 9 award kecederaan kepada Plaintif. Diperhatikan bahawa terdapat 6 laporan perubatan yang telah dikemukakan oleh Plaintif dalam membuktikan kecederaan yang dialaminya, sebagaimana berikut – No. Dokumen Rekod Rayuan Pelaporan