i
(i) Invois No: 800/16 bertarikh 23.09.2016 bagi RM80,200.00;
/akn/my/judgment/court-of-appeal/1900/720c1f44-52b9-4767-bd32-342933528599
Court of Appeal of Malaysia1 Jan 1900W-02(IM)-229-02/2018
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“peguam, oleh itu Dato’ Kamil atau Kelab tidak mempunyai locus untuk membawa Saman Pemula tersebut terhadapnya untuk menaksirkan fi guamannya. Perayu bersandarkan kepada kes Davies Webster & Sons Ltd [2011] EWHC 2560 (Ch) keputusan Mahkamah Tinggi United Kingdom untuk menyokong hujahannya. 15 [25] Kami berpendapat oleh”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Text
1 DALAM MAHKAMAH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN SIVIL NO: W-02(IM)-229-02/2018 ANTARA CHAN KOK CHOONG (NO. K/P : 680227-10-5061) [mengamal di bawah nama dan gaya Messrs. K.C. Chan & Partners] … PERAYU DATO’ KAMIL NOOR ARIFF BIN KAMIL MUSHIR ARIFF (NO. K/P : 530521-07-5269) [menyaman sebagai Pegawai Awam Berdaftar Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur bagi dan bagi pihaknya] … RESPONDEN (Dalam Perkara Mengenai Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur, Dalam Wilayah Persekutuan, Malaysia [Saman Pemula No. : WA-17D-29-09/2017] 2 Di dalam Perkara Seksyen 118 Akta Profesion Undang-undang 1976 Di dalam Perkara Bidang Kuasa Sedia Ada Mahkamah Di dalam Bil No. 800/16 bertarikh 23.09.2016 dan Bil No. 802/16 bertarikh 29.09.2016 yang dikeluarkan oleh Messrs. K.C. Chan & Partners kepada Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur ANTARA DATO’ KAMIL NOOR ARIFF BIN KAMIL MUSHIR ARIFF (NO. K/P : 530521-07-5269) [menyaman sebagai Pegawai Awam Berdaftar Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur bagi dan bagi pihaknya] … PLAINTIF 3 CHAN KOK CHOONG (NO. K/P : 680227-10-5061) [mengamal di bawah nama dan gaya Messrs. K.C. Chan & Partners] … DEFENDAN KORUM DR BADARIAH BINTI SAHAMID, HMR NOR BEE BINTI ARIFFIN, HMR HAS ZANAH BINTI MEHAT, HMR PENGHAKIMAN MAHKAMAH [Kandungan 3 dan 12] PENGENALAN [1] Responden, Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur (Royale Lake Club Kuala Lumpur) (selepas ini dirujuk sebagai “Kelab”) adalah 4 suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan 1966 (“Akta”). Constitutional Rules Kelab Taman Perdana Diraja Kuala Lumpur (“Perlembagaan Kelab”) adalah merupakan tata urus Kelab. Kelab bukan suatu badan korporat. Ini adalah fakta yang tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak. [2] Perayu, seorang peguam bela dan peguam cara telah dilantik sebagai peguam mewakili Kelab untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu di Mahkamah Tinggi dan seterusnya di Mahkamah Rayuan. Tindakan undang-undang tersebut telah dikendalikan dan Perayu telah mengemukakan lima (5) invois kepada Kelab untuk bayaran. Invois-invois tersebut adalah seperti berikut:
i
(i) Invois No: 800/16 bertarikh 23.09.2016 bagi RM80,200.00;
subparagraph
(ii) Invois No: 801/16 bertarikh 23.09.2016 bagi RM40,150.00;
subparagraph
(iii) Invois No: 802/16 bertarikh 29.09.2016 bagi RM70,391.00;
subparagraph
(iv) Invois No: 803/16 bertarikh 27.10.2016 bagi RM40,979.36; dan 5
v
(v) Invois No: 804/16 bertarikh 21.11.2016 bagi RM60,000.00. [3] Perayu mengesahkan dalam afidavit sokongannya bahawa kesemua invois di atas telah dibayar termasuklah bayaran sebanyak RM80,000.00 bagi fi guaman bagi tuntutan Kelab terhadap Tan Sri Salleh Mohd. Nor & KJ John. Namun, mengikut Perayu sehingga ke hari ini, Kelab tidak mahu membayar fi guaman bagi kes Dr. Molly Cheah Bee Li v Jon Azman & 13 Ors (MTKL: WA-24NCVC-1912-11/2016) dan bagi Kes Dr. Molly Cheah Bee Li v Jon Azman & 13 Ors (Mahkamah Rayuan: W- 02(NCVC)(A)-2217-12/2016). [4] Selepas bayaran lima (5) invois di perenggan [2], tiada sebarang aduan diterima oleh Perayu tentang jumlah fi guaman tersebut. Namun pada 16.02.2017 Perayu telah menerima surat tuntutan dari peguam Kelab mendakwa fi guaman yang dibayar kepada Perayu adalah keterlaluan dan berlebihan. Perayu berpendirian bahawa fi guaman Perayu telah dipersetujui di antara Perayu dengan Encik Azman @ Jon Azman yang menjadi Presiden Kelab pada tahun 2016. Atas persetujuan tersebut, Perayu bersetuju untuk mewakili Kelab sebagai peguam. 6 [5] Sekitar September hingga November 2017 Perayu telah diserahkan dengan empat (4) Saman Pemula (“Saman Pemula”) memohon fi guaman ditaksirkan oleh Mahkamah Tinggi di bawah seksyen 118 Akta Profesion Undang-Undang 1976 (“APUU”) dan kuasa sedia ada Mahkamah yang secara khususnya, antara lain, seperti berikut:
i
(i) pengisytiharan bahawa fi, caj dan perbelanjaan keluar yang dicaj kepada dan dibayar oleh Kelab kepada Perayu yang berjumlah RM371,720.36 adalah keterlaluan, terlalu tinggi dan melampaui kewajaran terhadap jenis dan amaun kerja yang dilakukan oleh Perayu;
subparagraph
(ii) satu perintah bahawa fi, caj-caj dan perbelanjaan keluar yang dicaj kepada dan dibayar oleh Kelab kepada Perayu ditaksirkan; dan
subparagraph
(iii) satu perintah bahawa keseluruhan atau sebahagian daripada fi, caj-caj dan perbelanjaan yang terlebih bayar oleh Kelab kepada Perayu, hendaklah dibayar balik oleh Perayu kepada Kelab dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh perintah. 7 [6] Intitulmen Saman Pemula tersebut dibawa atas nama Dato’ Kamil Noor Ariff bin Kamil Mushir Ariff (“Dato’ Kamil”) yang menyaman sebagai pegawai awam berdaftar Kelab. [7] Perayu kemudiannya telah memfailkan empat
subsection
(4) Notis Permohonan (“Notis Permohonan tersebut“) pada 11.12.2017 untuk membatalkan empat (4) Saman Pemula tersebut di bawah Aturan 18 Kaedah 19(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Selepas itu, pada 08.01.2018 Perayu telah memfailkan permohonan untuk menyatukan semua empat (4) prosiding Saman Pemula dan Notis Permohonan tersebut. [8] Antara alasan untuk membatalkan Saman Pemula tersebut adalah:
i
(i) Saman Pemula tersebut tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan memandangkan Saman Pemula tersebut adalah defektif kerana tidak menyatakan secara spesifik peruntukan undang-undang yang mana terpakai di bawah Seksyen 118 APUU sedangkan terdapat 7 subseksyen di bawah seksyen 118 APUU; 8
subparagraph
(ii) fakta-fakta yang material tidak dinyatakan dalam Afidavit-Afidavit Sokongan Responden; dan
subparagraph
(iii) Responden membuat tuduhan bahawa fi guaman adalah melampaui kewajaran kerja, namun Responden gagal untuk menghuraikan sifat kerja guaman yang telah dilakukan bagi Kelab serta tahap kerumitan kerja. [9] Pada 10.01.2018, Hakim Mahkamah Tinggi telah menolak semua empat (4) Notis permohonan untuk membatalkan Saman Pemula dengan kos sebanyak RM3,000.00 bagi setiap Notis Permohonan. Permohonan Penyatuan Prosiding Saman Pemula tersebut juga ditolak tanpa perintah terhadap kos. [10] Lanjutan daripada keputusan Mahkamah Tinggi tersebut, Perayu telah memfailkan lima (5) Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan. Kandungan 3 [11] Pada 15.03.2018 Perayu telah memfailkan Notis Usul (Kandungan 3) untuk: 9
i
(i) lima (5) rayuan didengar serentak;
subparagraph
(ii) satu (1) Memorandum Rayuan difailkan bagi lima (5) rayuan tersebut;
subparagraph
(iii) satu (1) Rekod Rayuan difailkan bagi lima (5) rayuan tersebut;
subparagraph
(iv) pelanjutan masa selama tiga (3) minggu dari tarikh Perintah untuk memfailkan Rekod Rayuan; dan
v
(v) menggantung prosiding di Mahkamah Tinggi sementara menunggu pelupusan Rayuan di Mahkamah Rayuan. [12] Sebagai balasan terhadap afidavit sokongan bagi Kandungan 3, Hildah Lee Hung Fong sebagai pegawai awam berdaftar Kelab telah mengikrarkan afidavit bagi pihak Responden pada 19.04.2018 (Kandungan 5) untuk menentang Notis Usul Perayu (Kandungan 3). [13] Kertas kausa bagi permohonan Kandungan 3 adalah seperti berikut: 10
i
(i) Notis Usul bertarikh 15.03.2018 (Kandungan 3);
subparagraph
(ii) Afidavit Sokongan Perayu yang diikrarkan pada 14.03.2018 (Kandungan 4);
subparagraph
(iii) Afidavit Bantahan Responden yang diikrarkan pada 19.04.2018 (Kandungan 5); dan
subparagraph
(iv) Afidavit Jawapan Perayu yang diikrarkan pada 16.05.2018 (Kandungan 8). Kandungan 12 [14] Lanjutan daripada afidavit balasan di Kandungan 5, Perayu telah memfailkan Notis Usul Kandungan 12 untuk:
i
(i) membatalkan afidavit Kandungan 5 kerana deponen dikatakan tidak mempunyai locus untuk mengikrarkan afidavit atas alasan deponen tidak dinamakan sebagai pegawai awam Kelab dalam kelima-lima rayuan; 11
subparagraph
(ii) Responden tidak boleh meneruskan prosiding kerana nama dalam rayuan bukan pegawai awam berdaftar Kelab;
subparagraph
(iii) Tetuan Steven Thiru & Sudhar Partneship tidak boleh mewakili Responden atau mana-mana pegawai Responden; dan
subparagraph
(iv) sekiranya perenggan (i) hingga (iii) dibenarkan, seterusnya rayuan-rayuan Perayu patut dibenarkan kerana tiada lagi Responden yang sah sejak 10.12.2017 apabila Dato’ Kamil tidak lagi memegang jawatan sebagai pegawai awam berdaftar Kelab. [15] Kertas kausa bagi permohonan Kandungan 12 adalah seperti berikut:
i
(i) Notis Usul bertarikh 19.06.2018 (Kandungan 12);
subparagraph
(ii) Afidavit Sokongan Perayu yang diikrarkan pada 19.06.2018 (Kandungan 13); 12
subparagraph
(iii) Afidavit Bantahan Responden yang diikrarkan pada 22.06.2018 (Kandungan 15); dan
subparagraph
(iv) Afidavit Jawapan Perayu yang diikrarkan pada 13.07.2018 (Kandungan 18). KEPUTUSAN [16] Setelah menimbangkan hujahan bertulis dan mendengar hujahan lisan serta meneliti kertas-kertas kausa berkaitan yang difailkan, kami telah sebulat suara menolak keseluruhan Kandungan 12 dengan kos. Kami juga sebulat suara telah membenarkan permohonan lisan Responden untuk meminda intitulmen untuk menggantikan pegawai awam berdaftar Kelab terdahulu iaitu Dato’ Kamil dengan pegawai awam berdaftar semasa Kelab. [17] Kami juga telah menolak permohonan di perenggan (5) Kandungan 3 untuk penggantungan prosiding di Mahkamah Tinggi sementara menunggu rayuan di Mahkamah Rayuan dilupuskan. [18] Ini adalah alasan kami dalam menolak permohonan-permohonan di Kandungan 12 dan 3 di atas. 13 Penolakan Kandungan 12 [19] Kami berpendapat adalah lebih sesuai dalam penghakiman ini kami dahulukan dengan Kandungan 12. [20] Tidak dipertikaikan semasa Saman Pemula difailkan antara September 2017 dan November 2017, Dato’ Kamil adalah pegawai awam berdaftar Kelab. Bermula dari 10.12.2017 sehingga sebelum 16.04.2018, Dato’ Kamil tidak lagi menjadi pegawai awam berdaftar Kelab apabila beliau tidak dapat mempertahankan jawatannya sebagai Presiden Kelab. Pada 10.12.2017, Encik Chiam Tow Loon telah dilantik sebagai Presiden Kelab. [21] Pada 16.04.2018, Hildah Lee Hung Fong yang merupakan pegawai awam berdaftar Kelab telah mengikrarkan afidavit Kandungan 5 untuk menjawab Kandungan 4 yang merupakan afidavit sokongan kepada Kandungan 3. [22] Sebelum memfailkan Kandungan 12 untuk membatalkan afidavit Responden di Kandungan 5, Perayu telah memberi notis bertulis mengenai bantahan terhadap locus deponen Hildah Lee Hung Fong. 14 [23] Perayu berhujah bahawa Hildah Lee Hung Fong tidak mempunyai locus walaupun beliau adalah pegawai awam berdaftar Kelab kerana nama beliau tidak digantikan dalam intitulmen yang masih kekal memakai nama Dato’ Kamil yang tidak lagi menjadi pegawai awam berdaftar Kelab. Oleh itu hujah Perayu, Responden telah hilang kedudukan undang-undang (legal standing). Berikutan itu juga, peguam Responden juga hilang hak dari segi undang-undang untuk mewakili Responden dalam semua lima (5) rayuan. [24] Seterusnya Perayu berhujah bahawa beliau adalah dilantik oleh Presiden Kelab terdahulu iaitu Jon Azman, oleh itu kontrak beliau adalah dengan Jon Azman dan Dato’ Kamil tidak mempunyai kuasa untuk mempertikaikan bayaran yang telah dibuat oleh Kelab semasa Jon Azman menjadi Presiden Kelab. Liabiliti adalah liabiliti Jon Azman secara peribadi terhadapnya sebagai peguam, oleh itu Dato’ Kamil atau Kelab tidak mempunyai locus untuk membawa Saman Pemula tersebut terhadapnya untuk menaksirkan fi guamannya. Perayu bersandarkan kepada kes Davies Webster & Sons Ltd [2011] EWHC 2560 (Ch) keputusan Mahkamah Tinggi United Kingdom untuk menyokong hujahannya. 15 [25] Kami berpendapat oleh kerana Kelab adalah suatu pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta maka undang-undang yang terpakai adalah Akta. Seksyen 9 Akta memperuntukan seperti berikut: Provisions applicable to registered societies
subsection
(9) The following provisions shall apply to registered societies-
a
(a) the movable property of a society, if not vested in trustees, shall be deemed to be vested for the time being in the governing body of the society, and in all proceedings civil and criminal, may be described as the property of the governing body of the society by its proper title if known;
b
(b) the immovable property of a society may, if not registered in the names of trustees, notwithstanding the provisions of any written law to the contrary, be registered in the name of the society, and all instruments relating to that property shall be as valid and effective as if they had been executed by a registered proprietor provided that they are executed by three office-bearers for the time being of the society, whose appointments are authenticated by a certificate of the Registrar, and sealed with the seal of the society; 16
c
(c) a society may sue or be sued in the name of such one of its members as shall be declared to the Registrar and registered by him as the public officer of the society for that purpose, and, if no such person is registered, it shall be competent for any person having a claim or demand against the society to sue the society in the name of any office-bearer of the society;
d
(d) no suit or proceeding by or against a registered society in any civil court shall abate or discontinue by reason of the person, by or against whom the suit or proceeding has been brought or continued, dying or ceasing to fill the character in the name whereof he has sued or been sued, but the same suit or proceeding shall be continued in the name of, or against the successor of, that person;
e
(e)
i
(i) no judgment in any such suit against a registered society shall be put into force against the person or property of the person sued but against the property of the society;
subparagraph
(ii) the application for execution shall set forth the judgment, the fact of the party against whom it has been recovered having sued or having been sued, as the case may be, on behalf of the society, and shall require to have the judgment enforced against the property of the society. 17 [26] Seksyen 9 (c) adalah jelas bahawa pertubuhan boleh didakwa dan mendakwa atas nama pegawai awam berdaftar sesuatu pertubuhan. Semasa Saman Pemula difailkan, Dato’ Kamil adalah pegawai awam berdaftar Kelab. Perayu sendiri tidak menafikan perkara ini. Oleh itu hujahan Perayu bahawa beliau dilantik secara peribadi oleh Jon Azman adalah salah tanggapan. Perayu juga tidak menyokong bukti pembayaran dari akaun Jon Azman secara peribadi jika benar apa yang dihujahkannya. [27] Kami juga dapati Kelab tidak bertanggungan secara peribadi. Ini disokong oleh Perlembagaan Kelab sendiri yang memperuntukkan bahawa Kelab akan menggunakan aset Kelab untuk menanggung rugi ahli mana-mana jawatankuasa yang dilantik oleh Kelab terhadap apa-apa tuntutan, prosiding, kos, caj, kerugian atau kerosakan atau perbelanjaan yang dikeluarkan atau yang akan dikeluarkan oleh mereka berakibat daripada pelaksanaan tanggungjawab dalam jawatan mereka kecuali perbuatan kecuaian atau ketinggalan yang melampau dengan secara sengaja (through their own gross negligence of willful act or omission) seperti yang diperuntukkan dalam Kaedah 27, Perlembagaan Kelab yang memperuntukkan seperti berikut: 18 RULE 27 INDEMNITY
section
27.1 The General Committee of the Club and the members thereof and members of all Committees and Sub-Committees appointed by the Club and by its General Committee and other officers for the time being in relation to any of the affairs of the Club shall in addition to any indemnity given to them by law be indemnified out of the assets of the club from and against all suits, actions, proceedings, costs, charges, losses, damages and expenses which they or any of them shall or may incur or sustain by reason of any act done or omitted in or about the execution of their duty in their respective offices or trust except such (if any) as they shall incur or sustain by or through their own gross negligence of wilful act or omission and no such officer of or trustee shall be answerable for the act, omission or negligence of any other officer or trustee of for the solvency or honesty of any bankers or other persons with whom any or effects belonging to the Club may be lodged or deposited for safe custody or for any insufficiency or deficiency of any surety upon which monies of the Club shall be invested or for any other loss or damage due to any such cause as aforesaid or which may happen in or about the execution of his office or trust unless the same shall happen through the wilful act or omission or gross negligence of such officer or trustee [28] Peguam Responden telah menarik perhatian kami terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Tak Suan & Anor v 19 Tunku Dato’ Seri Shahabuddin bin Tunku Besar Burhanuddin & Ors [2009] 4MLJ 759 yang memutuskan bahawa tiada sebab kenapa Kelab Lumba Kuda Selangor, sebagai pertubuhan berdaftar, tidak boleh diputuskan sebagai suatu entiti undang-undang. Mahkamah Persekutuan selanjutnya menyatakan suatu pertubuhan adalah suatu entiti undang-undang. Suatu pertubuhan merupakan suatu entiti yang memiliki harta. Walaupun Akta tidak secara nyata mengadakan peruntukan bagi pertubuhan berdaftar untuk bertindak melalui ejen-ejen, ia perlu bertindak melalui ejen-ejen, dan Akta tidak menyatakan pertubuhan berdaftar tidak boleh sebagai entiti untuk menandatangani kontrak dan menanggung hutang dan liabiliti-liabiliti. Malahan hal tersebut adalah dijangkakan (envisage). Fakta bahawa pertubuhan bukan korporat telah didaftarkan di bawah statut dengan sendirinya merupakan pengiktirafan undang-undang terhadap kewujudannya secara sah. Kedudukan ini dijelaskan dalam perenggan [22] penghakiman seperti berikut: [22] If, with the considerations that influenced Farwell J (LJ) and Lord Hanworth MR, a registered trade union was treated as a legal entity, I can see no reason why the club, being a registered society, cannot be held to be a legal entity as well. As I said, a society is a proper-owning entity. The club is governed by rules. Although the Act does not expressly provide for a registered society to act by agents, it has to act by agents, and the Act does 20 envisage a registered society entering into contracts and incurring debts and liabilities. Section 8A, for example, speaks of contracts entered into by a branch of a registered society. If a branch could enter into contracts, so could the registered society itself. Debts and liabilities are mentioned, for example, in ss 17B(1). To enter into contracts, a registered society would have to act by agents. So also to enter into transactions resulting in debts and liabilities. [29] Kami berpandangan kes Davies Webster & Sons Ltd [supra] yang merupakan keputusan Mahkamah Tinggi United Kingdom yang dirujuk oleh Perayu bukanlah nas yang persuasif dan tidak dapat menyakinkan kami bahawa kedudukan dalam keputusan kes Davies Webster [supra] adalah kedudukan yang betul dalam undang-undang di Malaysia. Pandangan dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Tak Suan [supra] adalah mengikat kami dan merupakan panduan yang jelas mengenai kapasiti dan prosidur pertubuhan berdaftar untuk membawa tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak. [30] Kami juga tidak bersetuju dengan hujahan perayu bahawa kedudukan dalam kes Lee Tak Suan [supra] adalah berbeza kerana ahli kelab membawa tindakan derivatif bagi pihak Kelab Lumba Kuda Selangor manakala dalam kes di sini Kelab sendiri yang membawa 21 tindakan melalui pegawai awamnya terhadap Perayu. Sekali lagi kami ingin memetik penekanan yang diberikan dalam penghakiman Abdul Aziz Mohamad HMP dalam perenggan [22] penghakiman dalam kes Lee Tak Suan [supra] yang seperti berikut: I can see no reason why the club, being a registered society, cannot be held to be a legal entity as well. As I said, a society is a proper-owning entity. [31] Kedudukan undang-undang yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Tak Suan [supra] adalah konsisten dengan statut iaitu peruntukan seksyen 9 (c) Akta Pertubuhan yang dengan jelas memperuntukan bahawa pertubuhan yang didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan adalah boleh didakwa atau mendakwa atas nama mana-mana seorang daripada anggotanya. Seksyen 9(c) memperuntukan seperti berikut:
subsection
(9) The following provisions shall apply to registered societies-
b
(b) ….. ;
c
(c) …..; 22
c
(c) a society may sue or be sued in the name of such one of its members as shall be declared to the Registrar and registered by him as the public officer of the society for that purpose, and, if no such person is registered, it shall be competent for any person having a claim or demand against the society to sue the society in the name of any office-bearer of the society; [32] Berkenaan hujahan Perayu bahawa Dato’ Kamil tidak lagi menjadi pegawai awam dan Hildah Lee Hung Fong telah mengikrarkan afidavit menjadikan prosiding tidak sah kerana Hildah Lee Hung Fong bukan pihak dalam prosiding, hujahan ini juga bertentangan dengan kedudukan undang-undang di bawah seksyen 9(d) Akta yang memperuntukan seperti berikut:
d
(d) no suit or proceeding by or against a registered society in any civil court shall abate or discontinue by reason of the person, by or against whom the suit or proceeding has been brought or continued, dying or ceasing to fill the character in the name where of he has sued or been sued, but the same suit or proceeding shall be continued in the name of, or against the successor of, that person; [33] Berdasarkan keterangan melalui afidavit telah berlaku dua (2) kali pemilihan selepas Jon Azman menjadi pegawai awam berdaftar Kelab. 23 Semasa empat (4) Saman Pemula difailkan Dato’ Kamil adalah pegawai yang dinamakan sebagai pegawai awam berdaftar Kelab. Di Mahkamah Tinggi Responden telah memfailkan permohonan untuk meminda intitulmen Saman Pemula dan kertas-kertas kausa yang berkaitan untuk digantikan dengan pegawai awam berdaftar Kelab semasa. Walau bagaimanapun permohonan tersebut masih belum didengar. Responden mengakui bahawa tiada permohonan untuk meminda intitulmen terhadap kertas kausa dalam rayuan di Mahkamah Rayuan namun Responden berhasrat untuk meminda intitulmen dalam notis rayuan dan kertas kausa yang berkaitan. Berdasarkan afidavit Responden (Kandungan 5) di perenggan 15 dan 16 telah menzahirkan bahawa Responden berhasrat untuk meminda intitulmen dalam notis rayuan dan kertas kausa yang berkaitan berdasarkan maklumat dan rekod pendaftaran terkini Kelab bahawa pegawai awam berdaftar Kelab telah diganti. [34] Peguam Responden kemudiannya membuat permohonan lisan kepada Mahkamah ini untuk meminda intitulmen dalam semua kertas kausa di Mahkamah Rayuan untuk menggantikan Dato’ Kamil dengan pegawai awam berdaftar Kelab semasa. Peguam Responden selanjutnya berhujah bahawa permohonan beliau tidak membawa apa-apa prejudis 24 kepada Perayu kerana permohonan itu hanya melibatkan ketidakaturan yang boleh diperbaiki dan tidak melibatkan perkara substantif. [35] Setelah mendengar hujahan dan memahami latar belakang kes ini, kami juga telah membenarkan permohonan Responden secara lisan untuk membuat pindaan sewajarnya dengan menggantikan Dato’ Kamil dengan pegawai awam Kelab semasa di intitulmen kertas kausa. Kami berpendapat pindaan tersebut tidak mendatangkan apa-apa prejudis kepada Perayu kerana tiada apa-apa kekeliruan mengenai Responden. Kami bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Malayan Banking v. Chairman of Sarawak Housing Developers’ Association [2014] 5 MLJ 169; [2014] 6 CLJ 409. Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman oleh Suriyadi Halim Omar HMP menyatakan seperti berikut: [29] Generally speaking, the issue before us, which is a point of practice and procedure and no stranger to courts, and have been consistently affirmed by courts that an intitulement that is wrong at the outset or there is uncertainty as to the type of suit, entitles the court to strike it out (see Abdul Rahim Aki v. Krubong Industrial Park (Melaka) Sdn Bhd & Ors [1995] 4 CLJ 551; [1995] 3 MLJ 417; Score Option Sdn Bhd & Anor v. Duar Tuan Kiat & Ors [2012] 1 LNS 812; [2013] 5 MLJ 716; Cheow Chew Khoon v. Abdul Johari Abdul Rahman 25 [1995] 4 CLJ 127; [1995] 1 MLJ 457). However the strict interpretation of the procedural landscape saw a shift with the promulgation of the previous O. 2 r. 1 of the RHC 1980 and was reaffirmed in the Rules of Court 2012, whereupon any omission or mistake is to be regarded as an irregularity, rectifiable so long as it can be undertaken without causing injustice. The distinction between mere irregularities and nullities now ceased to exist. The relevant provision of O. 2 r. 1 of the Rules of Court 2012 reads as follows:
section
1. (1) Where, in beginning or purporting to begin any proceedings or at any stage in the course of or in connection with any proceedings, there has, by reason of anything done or left undone, been a failure to comply with the requirements of these rules, whether in respect of time, place, manner, form or content or in any other respect, the failure shall be treated as an irregularity and shall not nullify the proceedings, any steps taken in the proceedings, or any document, judgment or order therein. [30] Under O. 1A of the Rules of Court 2012 the court or judge now shall have regard to the justice of the particular case and not only to the technical non-compliance of the any of the rules. [36] Kami bersetuju dengan hujahan Responden bahawa pindaan tersebut hanyalah untuk membetulkan ketidakaturan seperti yang dibenarkan oleh Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan untuk mematuhi 26 keperluan seksyen 9 (d) dengan mengambil kira bahawa permohonan pindaan juga telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 24.05.2018 untuk meminda intitulmen kertas-kertas kausa di Mahkamah Tinggi. Kami berpendapat dengan membenarkan permohonan pindaan secara lisan ini rayuan substantif yang telah difailkan terhadap keputusan dalam prosiding intelokutori boleh diteruskan di Mahkamah ini tanpa kelewatan. [37] Kami juga mendapati intitulmen sedia ada juga adalah jelas bahawa Responden adalah Kelab. Oleh itu Perayu tidak dikelirukan dengan identiti Responden dan dengan itu tidak mendatangkan apa-apa prejudis kepada Perayu sekiranya permohonan lisan dibenarkan. [38] Berdasarkan alasan-alasan di atas kami sebulat suara berpendapat adalah wajar permohonan Kandungan 12 ditolak dengan kos dan permohonan lisan untuk pindaan dibenarkan seperti yang telah kami putuskan. Penolakan Kandungan 3 [39] Melalui permohonan di perenggan (5), di Kandungan 3 Perayu memohon penangguhan prosiding Saman Pemula di Mahkamah Tinggi atas alasan: 27
a
(a) wujudnya keadaan khas atau istimewa kerana semua Saman Pemula adalah defektif. Oleh itu Mahkamah Tinggi tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar semua Saman Pemula tersebut;
b
(b) justeru itu terdapat isu undang-undang yang perlu diputuskan oleh Mahkamah Rayuan;
c
(c) sekiranya penggantungan prosiding tidak dibenarkan, reputasi Perayu adalah terjejas disebabkan oleh tuduhan Dato’ Kamil bahawa Perayu mengenakan fi guaman yang melampau;
d
(d) reputasi Perayu sebagai peguam selama 22 tahun akan terjejas dan tidak boleh dipampasi dengan kos;
e
(e) tiada prejudis terhadap Responden sekiranya penggantungan dibenarkan;
f
(f) Responden boleh dipampasi dengan kos; 28
g
(g) penggantungan prosiding diperlukan untuk mengekalkan status quo semua pihak; dan
h
(h) terdapat merit dalam rayuan. [40] Kami menolak permohonan di perenggan (5) permohonan di Kandungan 3 untuk penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi sehingga rayuan selesai kerana kami berpendapat tiada apa-apa keadaan khas atau istimewa yang dinyatakan dalam afidavit Perayu yang mewajarkan kami menggunakan budi bicara kami untuk menangguhkan prosiding di Mahkamah Tinggi. Bagi kami alasan-alasan yang dikemukakan oleh Perayu seperti di atas, berdasarkan fakta kes ini, tidak memuaskan hati kami bahawa wujudnya keadaan istimewa untuk kami menggunakan budi bicara kami untuk membenarkan permohonan penangguhan prosiding di Mahkamah Tinggi. BERTARIKH: 6 JANUARI 2020 sgd (HAS ZANAH BINTI MEHAT) Hakim Mahkamah Rayuan 29 PEGUAM: Untuk Perayu: Chan Kok Choong mewakili diri sendiri (Tetuan K. C. Chan & Partners) Untuk Responden: Sudharsanan Thillainathan (Tetuan Steven Thiru & Sudhar Partnership)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.