Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-8-03/2025 ANTARA CHANDRA A/L SUBRAMANIAM (NO. K/P: 760831-10-5519) … PLAINTIF
BA-23NCvC-8-03/2025
High Court of Malaysia8 Dec 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“19] Mahkamah Persekutuan dalam kes U Television Sdn Bhd & Anor v Comintel Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 292, memutuskan bahawa - [35] On the meaning and application of the term ‘burden of proof’ s 101 of the Evidence Act 1950 (‘the Act’) states that it is the burden to establish a case which rests throughout on the party who as”
“. [52] Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Pasamanickam & Anor v Agnes Joseph Narayanan Samy v Agnes Joseph [1980] 2 MLJ 92 yang memutuskan bahawa - Article 15(4) of the Constitution of the Malaysian Indian Congress provides as a first step that reference to the Central Working Committee”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: BA-23NCvC-8-03/2025 ANTARA CHANDRA A/L SUBRAMANIAM (NO. K/P: 760831-10-5519) … PLAINTIF
1
SAMBATH RAO A/L PERUMAL (NO. K/P: 580820-01-6061) (Didakwa sebagai seorang individu dan dalam kapasitinya sebagai Pengerusi bagi Jawatankuasa Pengurusan Kuil Siva Subramaniar, Semenyih, Selangor [No. Pendaftaran: PPM-001-10-23061980])
2
KATIGESU A/L SINNAPAN (NO. K/P: 521201-08-5949) (Didakwa sebagai seorang individu dan dalam kapasitinya sebagai Timbalan Pengerusi bagi Jawatankuasa Pengurusan Kuil Siva Subramaniar, Semenyih, Selangor [No. Pendaftaran: PPM-001-10-23061980]) 02/03/2026 22:26:52 BA-23NCvC-8-03/2025 Kand. 59 S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q
3
RASA SELVAN A/L KARUPPIAH (NO. K/P: 680705-05-5565) (Didakwa sebagai seorang individu dan dalam kapasitinya sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa Pengurusan Kuil Siva Subramaniar, Semenyih, Selangor [No. Pendaftaran: PPM-001-10-23061980])
4
PENGARAH PERTUBUHAN JABATAN PENDAFTARAN PERTUBUHAN MALAYSIA ...DEFENDAN-CAWANGAN NEGERI SELANGOR DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENDAHULUAN [1] Ini adalah keputusan selepas perbicaraan penuh. Pada 8.12.2025, Mahkamah ini telah membenarkan tuntutan plaintif dengan kos. LATAR BELAKANG [2] Perbicaraan penuh telah dijalankan pada 29 dan 30 Oktober 2025 dengan plaintif sendiri hadir memberi keterangan tanpa memanggil saksi lain. [3] Meski pun defendan pertama, kedua dan ketiga telah memfailkan penyata saksi untuk tiga orang saksi namun, S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q semasa perbicaraan hanya defendan ketiga sahaja yang dipanggil memberi keterangan di Mahkamah. Manakala defendan keempat tidak mengemukakan sebarang saksi. FAKTA MATERIAL [4] Plaintif merupakan bekas Timbalan Pengerusi Kuil Siva Subramaniar, Semenyih (Kuil) yang dipilih melalui Mesyuarat Agung Tahunan Ke-43 pada 5.3.2023. Plaintif juga ialah ahli seumur hidup dan pemegang amanah di Kuil tersebut. Plaintif telah menyaman defendan-defendan kerana tidak berpuashati dengan pembatalan keahlian seumur hidup dan jawatan plaintif sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Kuil Siva Subramaniar, Semenyih, Selangor pada 21.4.2024 dan 26.11.2024. [5] Kuil Siva Subramaniar Semenyih (No. Pendaftaran: PPM- 001-10-23061980) didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 23.6.1980 dengan Perlembagaan Kuil ditunjukkan pada mukasurat 1-9 Ikatan Dokumen Bersama B. Tujuan penubuhan Kuil Siva Subramaniar Semenyih, Selangor adalah untuk mentadbir Kuil, menyebar dan memupuk agama Hindu dan kebudayaannya dalam kalangaan penganut agama Hindu, mentadbir harta alih dan tak alih yang dipegang atas nama Kuil selain menjalankan aktiviti sosial bagi meningkatkan penyertaan penganut agama Hindu dalam kalangan belia. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [6] Defendan pertama, kedua dan ketiga merupakan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kuil yang masing-masing memegang jawatan sebagai Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Setiausaha. Manakala defendan keempat ialah Pengarah Pertubuhan, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. [7] Tuntutan plaintif dinafikan oleh defendan pertama, kedua dan ketiga. Defendan-defendan menegaskan bahawa penamatan keahlian dan pemecatan plaintif adalah sah dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh defendan keempat bertarikh 20.9.2024. Namun menurut plaintif, tindakan defendan pertama, kedua dan ketiga tersebut tidak mematuhi Artikel 5 Perlembagaan Kuil. [8] Plaintif yang sebelum ini berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Kuil telah dipecat dan disingkirkan daripada keahlian pada 21.4.2024 oleh Jawatankuasa Pengurusan Kuil atas alasan plaintif tidak hadir mesyuarat dan salah laku. [9] Antara fakta yang diakui dan dipersetujui oleh pihak-pihak adalah bahawa dalam Mesyuarat Agung ke-43, bagi pemilihan Ahli Jawatankuasa Kuil 2022-2025, plaintif telah terpilih sebagai Timbalan Pengerusi Kuil. [10] Selepas disingkirkan pada 21.4.2024, plaintif mengadu kepada Pendaftar Pertubuhan Malaysia bahawa penamatan S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q keahliannya tidak sah dan tidak teratur kerana bercanggah dengan Perlembagaan Kuil. [11] Pendaftar Pertubuhan melalui surat bertarikh 20.9.2024 kepada defendan dan surat 23.9.2024 kepada plaintif memaklumkan bahawa proses penyingkiran plaintif pada 21.4.2024 adalah tidak teratur dari segi prosidur kerana tiada surat tunjuk sebab diserahkan kepada plaintif. Pihak Kuil turut diarah menjalankan semula proses yang sewajarnya mengikut Perlembagaan Kuil. [12] Pertubuhan Kuil kemudiannya melaksanakan semula proses penamatan keahlian plaintif dengan mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab bertarikh 18.10.2024 dan Notis Mesyuarat bertarikh 21.11.2024 bagi mengadakan mesyuarat tatatertib pada 26.11.2024. [13]
Preamble
Menurut defendan pertama, kedua dan ketiga, plaintif telah gagal memberikan jawapan yang memuaskan dalam surat jawapan bertarikh 25.10.2024 dalam menjawab tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap plaintif. Berikutan itu, pemecatan plaintif sebagai Timbalan Pengerusi dan penamatan keahlian telah dimuktamadkan mengikut Perlembagaan Kuil. Bahkan plaintif gagal hadir ke mesyuarat tatatertib pada 26.11.2024. [14] Defendan ketiga kemudiannya mengeluarkan surat bertarikh 28.11.2024 kepada plaintif memaklumkan bahawa S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q Jawatankuasa Kuil yang bersidang pada 26.11.2024 mendapati plaintif gagal memberi jawapan yang menyakinkan terhadap Surat Tunjuk Sebab. [15] Kemelut antara plaintif dengan defendan pertama, kedua dan ketiga bermula apabila plaintif mengemukakan surat kepada defendan pertama pada 22.1.2024 untuk siasatan dibuat bagi mengetahui sama ada wujud penyelewengan atau salah laku dengan menyemak semua rekod pembayaran yuran dan senarai ahli-ahli Kuil dan pengesahan dibuat melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa. [16] Selanjutnya melalui surat bertarikh 5.2.2024 daripada plaintif kepada defendan pertama dan kedua, plaintif meminta pengesahan status ahli seumur hidup Kuil. Plaintif turut meminta Presiden Malaysia Hindu Sanggam menyelesaikan percanggahan senarai Keahlian Seumur Hidup Kuil melalui surat bertarikh 5.2.2024. [17] Namun, plaintif telah dipecat kali pertama pada 21.4.2024 sebelum tamat tempoh pemegangan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Kuil. Selanjutnya, pemecatan plaintif kali kedua berlaku pada 26.11.2024. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG [18] Kedudukan undang-undang berkaitan beban bukti adalah mantap. Beban pembuktian terletak dibahu Plaintif untuk S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q membuktikan kecuaian di pihak Defendan. Selagi mana Plaintif gagal memuaskan beban tersebut, beban pembuktian tidak akan berpindah kepada Defendan. Seksyen 101 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) memperuntukkan - Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist.
103
Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. [19] Mahkamah Persekutuan dalam kes U Television Sdn Bhd & Anor v Comintel Sdn Bhd [2017] 5 MLJ 292, memutuskan bahawa - [35] On the meaning and application of the term ‘burden of proof’ s 101 of the Evidence Act 1950 (‘the Act’) states that it is the burden to establish a case which rests throughout on the party who assert the affirmative of the issue. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q ISU-ISU UNTUK DIPUTUSKAN [20] Berikut adalah isu-isu yang disenaraikan oleh pihak-pihak untuk diputuskan -
i
Sama ada pembatalan keahlian seumur hidup plaintif menurut Artikel 8 dalam pertubuhan yang dikenali sebagai Kuil Siva Subramaniar, Semenyih adalah sah.
II
(ii) Sama ada pelantikan defendan kedua sebagai Timbalan Pengerusi Kuil adalah tidak sah dan terbatal.
III
(iii) Sama ada plaintif berhak kepada ganti rugi yang dituntut untuk dibayar bersesama dan berasingan oleh defendan pertama, kedua dan ketiga dalam kapasiti peribadi mereka masing-masing.
IV
(iv) Sama ada plaintif mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH [21] Setelah meneliti isu-isu untuk dibicarakan dan hujahan bertulis peguam cara plaintif dan defendan-defendan, Mahkamah ini mendapati isu pertama adalah paling utama S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q dan saling berkait dengan isu kedua. Dapatan bagi isu pertama sekaligus akan menjawab isu kedua. Isu: Sama ada pembatalan keahlian seumur hidup plaintif menurut Artikel 8 dalam pertubuhan yang dikenali sebagai Kuil Siva Subramaniar, Semenyih adalah sah. [22] Permasalahan plaintif dengan Ahli Jawatankuasa Kuil bermula dari laporan polis yang dibuat oleh plaintif pada 12.1.2023 berkenaan pemalsuan dokumen-dokumen dan rekod pendaftaran ahli-ahli termasuk rekod pembayaran yuran keahlian Kuil. Hal perkara ini turut dimaklumkan oleh plaintif kepada Pengerusi Kuil dan memohon siasatan dilakukan termasuk mengemukakan rekod-rekod tersebut dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas. [23] Selain itu, melalui surat bertarikh 5.2.2024 plaintif sekali lagi memberi ingatan kepada defenadn pertama dan ketiga supaya maklum balas mengenai status kelayakan ahli seumur hidup Kuil. Bahkan melalui surat bertarikh 5.2.2024, plaintif turut mengadu kepada Presiden/ Setiausaha Malaysia Hindu Sangam untuk menyelesaikan percanggahan senarai keahlian seumur hidup di Kuil tersebut. [24] Plaintif tidak diberi maklum balas oleh defendan pertama, kedua dan ketiga selaku Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kuil berhubung status keahlian seumur hidup Kuil. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q Sebaliknya, melalui surat Kuil bertarikh 11.2.2024 plaintif dimaklumkan bahawa mesyuarat Jawatankuasa Kuil yang bersidang pada 4.2.2024 telah meminta supaya isu tersebut dibincangkan oleh plaintif, namun plaintif gagal hadir. Plaintif menjelaskan ketidakhadirannya ke mesyuarat tersebut adalah kerana tiada agenda berkenaan isu tersebut yang dinyatakan dalam notis mesyuarat yang diedarkan melalui WhatsApp dan tanpa menggunakan surat rasmi Kuil. [25] Hal perkara berkaitan tiada agenda dalam Mesyuarat Pengurusan Kuil berhubung aduan plaintif telah disokong oleh SD1 sendiri semasa pemeriksaan balas. SD1 mengaku berdasarkan Notis mesyuarat bertarikh 28.1.2024, agenda yang tertera dalam bilangan 1-9 tidak mengandungi perkara berkaitan aduan plaintif. Alasan pemecatan plaintif berdasarkan keterangan SD1. [26] Berhubung isu ini, pendirian defendan pertama, kedua dan ketiga telah ditonjolkan melalui keterangan SD1 yang menyatakan bahawa tindakan ini adalah langsung tidak berasas dan segala tuntutan plaintif hanyalah dakwaan-dakwaan yang telah difailkan dengan niat jahat. [27] Berhubung isu pemecatan, keterangan SD1 menjelaskan bahawa – S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q S: Boleh jelaskan kepada Mahkamah apakah isu berkenaan dengan Jawatankuasa tahun 2024? J: Terdapat satu Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) yang bersidang pada 04.02.2024 bagi membincangkan perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Plaintif, namun begitu, Plaintif telah gagal untuk menghadirkan diri walaupun telah diberi makluman. Jawatan dan keahlian Plaintif kemudian digugurkan akibat kegagalan Plaintif mematuhi arahan Ahli Jawatankuasa Kuil Siva Subramaniar. Plaintif kemudiannya mendakwa bahawa pemecatan tersebut dilakukan secara tidak teratur. [28] Penjelasan SD1 semasa sesi pemeriksaan utama menjurus kepada alasan penamatan khidmat plaintif sebagai Timbalan Pengerusi dan ahli seumur hidup Kuil dapat dilihat dengan jelas melalui keterangan berikut – S: Adakah kamu telah mengeluarkan sebarang surat selepas mesyuarat AJK tersebut berlangsung? J: Ya, saya telah menandatangani satu surat bertarikh 11.02.2024 bagi memaklumkan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kuil telah bersidang pada 04.02.2024. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q S: Adakah Plaintif maklum akan mesyuarat tersebut? A: Ya, Plaintif telah dimaklumkan mengenai mesyuarat tersebut dan diminta untuk hadir, namun Plaintif telah gagal untuk berbuat demikian tanpa alasan yang munasabah. S: Apakah yang diputuskan selepas Mesyuarat AJK tersebut tamat? J: Ahli Jawatankuasa kuil telah memutuskan untuk menggugurkan jawatan dan keahlian Plaintif akibat kegagalannya untuk menghadiri mesyuarat AJK tersebut. S: Boleh jelaskan kepada Mahkamah bagaimana pemecatan Plaintif boleh berlaku? J: Pemecatan terhadap Plaintif berlaku akibat kegagalan Plaintif untuk menghadiri Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) yang berlangsung pada 04.02.2024 walaupun telah diberi notis. Kegagalan Plaintif untuk hadir tanpa alasan munasabah menyebabkan Jawatankuasa Kuil tersebut memutuskan untuk menggugurkan keahlian Plaintif mengikut Artikel 5 Perlembagaan Kuil tersebut. [29] Keterangan SD1 mengesahkan bahawa selepas plaintif dipecat, Pengurusan Kuil tidak mengeluarkan surat S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q memaklumkan pemecatan kepada plaintif. Ini membawa kepada satu kesimpulan bahawa Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kuil telah pada 4.2.2024 menggugurkan keahlian plaintif tanpa plaintif diberi hak untuk didengar. [30] Mahkamah dalam kes ini mendapati surat daripada defendan pertama bertarikh 21.4.2024 telah dikeluarkan kepada plaintif bertajuk Expulsion of Membership Under Article 8 of the Kuil Siva Subramaniar Semenyih. Apa yang dinyatakan secara tersurat oleh defendan pertama adalah bahawa beliau menerima pelbagai aduan tentang plaintif dan mendapati plaintif telah melanggar Artikel 8 Perlembagaan Kuil dan Jawatankuasa memutuskan keahlian seumur hidup plaintif dibatalkan. Plaintif disyorkan untuk merayu dalam Mesyuarat Agung terhadap keputusan Jawatankuasa tersebut. Aduan plaintif kepada defendan keempat dan maklum balas defendan keempat [31] Plaintif kemudiannya telah mengadu kepada defendan keempat berhubung pembatalan keahlian dan perlucutan jawatan. Defendan keempat telah memberi maklum balas melalui surat bertarikh 20.9.2024 yang dialamatkan kepada Kuil Siva Subramaniar menyatakan seperti berikut – S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [32] Inti pati surat yang sama turut diserahkan oleh defendan keempat kepada plaintif melalui surat bertarikh 23.9.2024 – S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [33] Mahkamah ini mendapati surat Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia bertarikh 20.9.2024 kepada defendan ketiga dan surat bertarikh 23.9.2024 kepada peguam cara plaintif adalah jelas dan terang maksudnya. Melalui pembacaan surat-surat tersebut, S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q tindakan defendan pertama, kedua dan ketiga selepas itu termasuk Kuil dan mengambilkira intipati perlembagaan Kuil, kesimpulan yang boleh dibuat adalah –
i
Pengurusan Kuil membatalkan keahlian seumur hidup plaintif tanpa menggunakan Artikel 5 Perlembagaan Kuil.
II
(ii) Artikel 5 Perlembagaan Kuil memperuntukkan tatacara pemecatan ahli termasuk plaintif.
III
(iii) Pengurusan Kuil telah bertindak tidak sah semasa menggunakan Artikel 8 Perlembagaan Kuil sebagai asas pembatalan keahlian plaintif. [34] Artikel 8 Perlembagaan Kuil memperuntukkan tentang fasal Jawatankuasa. Peruntukan ini mengandungi terma tentang jumlah ahli pengurusan dalam jawatankuasa Kuil, peranan dan fungsi jawatankuasa, kewajipan ahli jawatankuasa melantik ahli yang terdiri dari ahli jawatankuasa dan hali-ahli lain Kuil bagi jawatankuasa dana, agama, tanah dan bangunan, pemtadbiran, belia, pengurusan kematian, publisiti, perpustakaan dan muzium; pewujudan akaun dengan bank berdaftar yang dikawal secara bersama oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari. [35] Semasa perbicaraan, frasa yang digunakan oleh Pendaftar Pertubuhan dalam surat 20.9.2024 telah menjadi pertikaian S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q berhubung dengan tindakan yang wajar diambil oleh Kuil selepas defendan keempat menyatakan pemecatan plaintif sebagai tidak sah. [36] Pendirian plaintif dijelaskan semasa perbicaraan, iaitu plaintif memaklumkan defendan pertama dan ketiga melalui surat bertarikh 18.10.2024 agar Pengurusan Kuil mengembalikan semula jawatan plaintif sebagai Timbalan Pengerusi Kuil dan keahlian seumur hidup berikutan keputusan defendan keempat yang menyatakan pemecatan plaintif sebagai tidak sah. [37] Mahkamah ini telah memberi tumpuan dan meneliti kandungan surat defendan keempat tersebut dan surat aduan oleh plaintif. Mahkamah ini tidak bersetuju dengan pendirian defendan pertama, kedua dan ketiga bahawa defendan keempat hanya mengarahkan Pengurusan Kuil mengadakan semula pemecatan plaintif secara teratur dan tanpa plaintif dikembalikan semula ke jawatan asal dan keahlian seumur hidup. [38] Pada hemat Mahkamah ini, kesan langsung kepada pemecatan yang tidak sah adalah plaintif kembali semula dalam keadaan asal iaitu mempunyai keahlian seumur hidup kuil dan berhak memegang semula jawatan Timbalan Pengerusi. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [39] Ironinya, SD1 melalui keterangannya mengesahkan bahawa pada 18.10.2024 jawatan Timbalan Pengerusi pada masa itu bukan disandang oleh plaintif. SD1 turut mengakui bahawa rekod Jawatankuasa Pengurusan Kuil dengan Pendaftar Pertubuhan setakat 7.10.2024 mengesahkan plaintif bukan ahli Pertubuhan Kuil dan tidak memegang jawatan Timbalan Pengerusi. [40] Bahkan Pengurusan Kuil mengeluarkan Surat Tunjuk Sebab kepada plaintif bertarikh 18.10.2024 yang mendakwa plaintif tidak mematuhi Peraturan dan Undang-undang Kecil serta arahan Jawatankuasa Kuil. [41] Plaintif sekali lagi memberi maklum balas terhadap Surat Tunjuk Sebab tersebut namun Pengurusan Kuil menolak penjelasan plaintif. Ketetapan Pengurusan Kuil dibuat semasa mesyuarat pada 26.11.2024 bahawa plaintif gagal memberi jawapan yang menyakinkan terhadap Surat Tunjuk Sebab dan ketetapan diambil dengan keahlian plaintif digugurkan berkuatkuasa serta merta. [42] Mahkamah ini mendapati bahawa Pertubuhan Kuil ini bukanlah pertubuhan yang baharu dan adalah tidak berkemungkinan bahawa peruntukan perlembagaan Kuil tidak dalam pengetahuan barisan Pengurusan Kuil. Hal ini bermaksud pihak Pengurusan Kuil perlu kembali merujuk kepada peruntukan Perlembagaan Kuil. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [43] Mahkamah ini turut merujuk perenggan 4 surat Pendaftar Pertubuhan tersebut yang menyatakan – tuan diingatkan untuk mentadbir pertubuhan mengikut peruntukan Akta Pertubuhan serta undang-undang berdaftar pertubuhan pada masa hadapan. [44] Bagi isu di atas, Mahkamah ini mendapati pemecatan plaintif adalah tidak sah. Maka, kesan pemecatan yang tidak sah adalah plaintif hendaklah dikembalikan semula kepada keahlian seumur hidup dan jawatan Timbalan Pengerusi Kuil bagi membolehkan proses pemecatan, jika hendak diteruskan, dilaksanakan semula terhadap plaintif. [45] Berdasarkan dapatan ini, pada 28.11.2024 iaitu semasa pemecatan kedua, plaintif masih merupakan ahli seumur hidup dan Timbalan Presiden Kuil. Jika tidak, tiada keperluan bagi pemecatan kali kedua dilaksanakan oleh Pengurusan Kuil. [46] Mahkamah ini mendapati pelantikan defendan kedua sebagai Timbalan Pengerusi Kuil pada 2.6.2024 dalam Mesyuarat Agung ke-45 adalah tidak sah dan tidak teratur. Hal ini kerana diantara tempoh 21.4.2024 sehingga 28.11.2024, tiada pemecatan dibuat secara teratur terhadap plaintif yang ketika itu merupakan ahli seumur hidup dan Timbalan Presiden Kuil. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [47] Mahkamah ini juga mendapati bahawa defendan ketiga gagal mengambil tindakan memasukkan semula nama plaintif sebagai Timbalan Pengerusi Kuil setakat 16.10.2024. Hal ini diakui oleh SD1 sendiri semasa pemeriksaan balas bahawa beliau tidak mengambil tindakan terhadap arahan defendan keempat tersebut. SD1 memberi alasan bahawa beliau ingin mendapatkan keputusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa sebelum mengemaskini nama plaintif. Keterangan SD1 ini dengan tuntas mengesahkan bahawa pelantikan defendan kedua sebagai Timbalan Pengerusi pada masa yang material selepas pemecatan plaintif, adalah tidak sah. [48] Keterangan SD1 ini juga membawa kepada satu kesimpulan sahaja iaitu semasa 16.10.2024, status plaintif dalam Kuil masih ditamatkan keahlian seumur hidup dan dipecat sebagai Timbalan Presiden. [49] Mahkamah ini juga mengambil maklum bahawa selain dari itu plaintif, defendan pertama, kedua dan ketiga mengakui juga bahawa defendan keempat telah mengeluarkan notis tunjuk sebab kepada Kuil kerana melanggar undang-undang berdaftar pertubuhan berhubung dengan pembatalan keahlian plaintif. [50] Peguam cara terpelajar defendan pertama, kedua dan ketiga telah merujuk kes Kerajaan Malaysia & Ors v Tay Chai Huat [2012] 1 MLRA 661, bahawa - S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [26] In Vickneswary, this court held as follows: (i) from the provisions of the General Orders it is clear that it is never the intention of the legislators that the courts should step into the shoes of the disciplinary authority in deciding whether it was fair to the respondent, ie the member of service facing the disciplinary charge to have granted him a right to make oral representations or whether he should be given such right although he did not ask for it; (ii) it is clear from the facts that the respondent was given an opportunity to be heard whereby he had given a lengthy written representation explaining in detail his innocence; [51] Keadaan dalam kes semasa di sini, tidak sebagaimana yang dicerakinkan dalam keputusan kes Kerajaan Malaysia v Tay Chai Huat (supra), yang mana dalam kes semasa ini keputusan Jawatankuasa Kuil berhubung dengan disiplin termasuk memecat plaintif telah gagal mematuhi undang-undang tubuh pertubuhan dan Akta Pendaftar Pertubuhan. [52] Mahkamah ini merujuk keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Datuk Pasamanickam & Anor v Agnes Joseph Narayanan Samy v Agnes Joseph [1980] 2 MLJ 92 yang memutuskan bahawa - Article 15(4) of the Constitution of the Malaysian Indian Congress provides as a first step that reference to the Central Working Committee is a S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q condition precedent before resorting to court proceedings. The effect of this is that a member is not excluded from going to court but must first refer the matter to the domestic forum. Such a clause is legitimate and not contrary to public policy; [53] Memberi pertimbangan kepada keadaan keseluruhan kes ini, saya mendapati keengganan Jawatankuasa Pengurusan Kuil mematuhi arahan defendan keempat selain pemecatan plaintif yang dilakukan secara berulangkali jelas menunjukkan hak individu untuk berpersatuan yang diperuntukkan dalam Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan bahawa tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan berpersatuan, telah dicemari. [54] Mahkamah ini mengikuti prinsip kes Datuk Pasamanickam & Anor v Agnes Joseph Narayanan Samy (supra) dan memutuskan tiada alasan kukuh untuk menafikan hak plaintif untuk hadir ke Mahkamah ini bagi mendapatkan remedi yang sah di sisi undang-undang. Isu 2: Sama ada plaintif berhak kepada ganti rugi yang dituntut untuk dibayar bersesama dan berasingan oleh defendan pertama, kedua dan ketiga dalam kapasiti peribadi mereka masing-masing. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q [55] Pada hemat Mahkamah ini, defendan pertama, kedua dan ketiga memikul tanggungjawab mengurus tadbir pertubuhan dengan telus dan berpaksikan undang-undang tubuh yang termaktub. Pemecatan yang berulang kali dibuat terhadap plaintif merupakan insiden yang tidak sewajarnya berlaku dalam sebuah pertubuhan yang diasaskan dalam kerangka menjaga kelestarian agama dan keharmonian seluruh ahli-ahli. Mahkamah ini juga memberi pertimbangan terhadap keengganan pengurusan Kuil memberi perhatian dan mematuhi nasihat dan syor defendan keempat selepas pemecatan plaintif kali pertama. [56] Peranan sesebuah pertubuhan sebagai badan bukan Kerajaan yang tidak berorientasikan keuntungan tidak sewajarnya dicemari dengan anasir pemecatan dan pelantikan ahli jawatankuasa secara tidak sah. Amalan sedemikian perlu dihentikan agar kepentingan dan kebajikan seluruh ahli kekal terpelihara termasuk ahli-ahli jawatankuasa yang telah dipilih dan diberi mandat oleh ahli-ahli. [57] Mahkamah ini mendapati, di atas imbangan kebarangkalian plaintif berjaya membuktikan wujud niat jahat oleh defendan pertama, kedua dan ketiga dalam konteks pemecatan berulang bagi menghalang plaintif daripada memegang jawatan dan menjadi ahli seumur hidup Kuil. S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q Isu 3: Sama ada plaintif mempunyai locus standi untuk membawa tindakan ini. [58] Defendan pertama, kedua dan ketiga telah memfailkan permohonan untuk membatalkan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan (Kandungan 22) yang ditetapkan untuk pendengaran pada 29.10.2025. [59] Isu ketiga ini dikemukakan oleh defendan pertama, kedua dan ketiga. Mahkamah ini berpandangan isu ketiga ini sudah menjadi akademik dan tidak perlu diberi pertimbangan. Hal ini kerana minit Mahkamah ini pada 29.10.2025 menunjukkan peguam cara defendan bersetuju untuk meneruskan dengan bicara penuh tanpa mendengar Kandungan 22. Berdasarkan pendirian peguam cara defendan, Mahkamah ini telah membatalkan Kandungan 22 tanpa perintah terhadap kos dan tuntutan plaintif diteruskan dengan perbicaraan penuh. KESIMPULAN [60] Berpandukan alasan-alasan yang diperihalkan di atas, Mahkamah ini memutuskan tuntutan plaintif terhadap defendan pertama, kedua dan ketiga dibenarkan sebagaimana berikut – a) Deklarasi bahawa pembatalan keahlian plaintif melalui Surat Kuil bertarikh 21.4.2024 yang ditandatangani oleh defendan pertama adalah tidak sah dan terbatal; S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q b) Deklarasi bahawa keputusan defendan keempat melalui surat bertarikh 23.09.2024 kepada plaintif yang memutuskan bahawa pemecatan jawatan plaintif sebagai Timbalan Pengerusi serta pemecatan keahliannya adalah tidak teratur dan tidak mengikut ketetapan dalam Perlembagaan seperti mana yang telah termaktub dalam Perlembagaan Peraturan "Conduct of Members" adalah sah dan mengikat Persatuan Kuil tersebut; c) Deklarasi bahawa perlantikan defendan kedua sebagai Timbalan Pengerusi Kuil tersebut adalah tidak sah dan terbatal; d) Deklarasi bahawa keguguran keahlian plaintif berkuatkuasa serta merta melalui surat bertarikh 28.11.2024 oleh Kuil tersebut yang ditandatangani oleh defendan ketiga adalah tidak sah dan terbatal; e) Keahlian plaintif dan keahlian Seumur Hidup plaintif dikembalikan dan/atau dipulihkan semula dengan serta merta; f) Plaintif dikembalikan dan/atau dipulihkan semula ("reinstated") ke jawatan Timbalan Pengerusi Kuil tersebut dengan serta merta; S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q g) Defendan keempat diperintahkan mengemas kini rekod pertubuhan Kuil Siva Subramaniar, Semenyih, selaras dengan perintah Mahkamah ini. h) Defendan pertama, kedua dan ketiga secara bersesama diperintahkan membayar gantirugi am kepada plaintif sebanyak RM100,000.00. i) Faedah pada kadar 5% setahun diperintahkan dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh. j) Defendan pertama, kedua dan ketiga diperintahkan membayar kos RM20,000 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 02 Mac 2026. Ditandatangani ...................................................... Hazizah binti Kassim Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Keluarga (2) Shah Alam S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q Bagi Pihak Plaintif : William Edwin & David Charles Tetuan The Chamber of William Edwin (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Bagi Pihak Defendan-Defendan : Selvamary Muniandy Tetuan Selvam Shanmugam & Partners (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) S/N llzf9Yq5o0kcBCcGubF2Q
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.