Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET 2 MELAKA DALAM NEGERI MELAKA NO KES: MA-83-193-02/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN CHANG SIN LIAN
MA-83-193-02/2023
Magistrates Court of Malaysia19 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“1997] 1 SLR 113 dimana Mahkamah memutuskan: "Once it was found that the appellant had uttered the alleged words, the next question was whether these words constituted a threat. In Habibullah v. State [1961] MPLJ 1190, the court held at 1191 that ' there should be a clear indiction as to what the accused was going to do”
“ILING portal 5 prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).”
“40. Mahkamah dengan ini merujuk kepada kes Mohd Faiz Mohd Ruseli lawan PP [2022] CLJU 437. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut memutuskan sekiranya pembuat laporan polis tidak dipanggil terhadap salinan laporan polis yang ingin dikemukakan, maka seksyen 76 Akta Keterangan a”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET 2 MELAKA DALAM NEGERI MELAKA NO KES: MA-83-193-02/2023 PENDAKWA RAYA LAWAN CHANG SIN LIAN
1
Ini adalah Alasan Penghakiman yang telah disediakan bagi rayuan oleh pihak Pendakwaan ke atas keputusan OKT dilepaskan dan dibebaskan di akhir kes pendakwaan.
2
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dan dibicarakan atas pertuduhan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
3
Dilampirkan pertuduhan ke atas tertuduh: Bahawa kamu pada 02.03.2022 jam lebih kurang 1130 hrs, bertempat di bilik Process Control Tingkat 2 Blok 6 Kilang Infineon, di dalam Daerah Melaka Tengah, dalam Negeri Melaka, dengan niat telah melakukan ugutan dengan berkata “I boleh bunuh orang dan I tak takut bunuh orang semua muka tembok” telah mendatangkan ketakutan kepada Siti Aishah Binti Abdol Aziz No. K/P: 910417-70-5364. Oleh yang demikian, kamu telah melakukan suatu kesalahan dan boleh dihukum di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan. Hukuman : Penjara boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
4
Pendakwaan telah mengemukakan seramai tujuh (7) orang saksi pendakwaan iaitu: SAKSI NAMA PERANAN Siti Aishah Binti Abdol Aziz Mangsa/ Pengadu SP2 Meysi Amaliah Pengadu Kedua SP3 Kpl Helmeshah bin Husin Jurufoto SP4 Farrah Binti A Bakar Pengadu Ketiga SP5 Rohaya Binti Ramli Pengadu Keempat SP6 Insp Suher Romzie Bin Jamaluddin Pegawai Tangkapan SP7 Insp Nor Hafiz Nabil bin Dzulkaple
5
Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah ini telah mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas tertuduh dan tertuduh telah dilepaskan dan dibebaskan dari pertuduhan pada 19.8.2024.
6
Fakta ringkas bagi kes ini adalah pada 2.3.2022 jam lebih kurang 11:30 pagi bertempat di bilik Process Control, Tingkat 2, Blok 6, Kilang Infineon, di dalam daerah Melaka Tengah, dikatakan OKT selaku penyelia kepada SP1, SP4 dan SP5 melakukan ugutan jenayah dengan berkata “I boleh bunuh orang dan I tak takut bunuh orang semua muka tembok”.
7
Pada masa itu, terdapat lapan (8) orang dalam bilik process Control termasuk SP1, SP4 ,SP5 dan lima (5) orang lagi pekerja.
8
SP1 mengatakan kata-kata yang dikeluarkan OKT dalam keadaan marah dan nada yang tinggi.
9
SP1 termasuk tujuh (7) lagi pekerja di situ berasa terkejut selepas OKT berkata-kata demikian.
10
Pada keesokan harinya 3.3.2022 , SP1 dan rakan-rakan telah membuat aduan di borang ketidakpuasan hati melalui Kesatuan Pekerja-pekerja Infineon Teknologi Melaka. Aduan tersebut juga telah disampaikan kepada pihak Human Resource (HR) Kilang mereka.
11
Pada 11.4.2022, SP1 bersama SP4, SP5 dan dua (2) orang pekerja lain telah membuat laporan polis. SP7 mengesahkan terdapat 5 repot polis yang dibuat terhadap OKT berhubung kejadian tersebut.
12
Dalam Mahkamah ini, hanya SP1, SP4 dan SP5 dipanggil sebagai saksi pendakwaan manakala 5 saksi di tempat kejadian ditawarkan kepada pihak pembelaan.
13
OKT telah ditangkap pada 12.4.2022 dan diseterusnya di tuduh di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.
14
Pertuduhan di mahkamah ini juga adalah ugutan jenayah terhadap SP1 sahaja.
15
15.
Preamble
Menurut Seksyen 173(f)(i) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ), apabila kes bagi pihak pendakwaan ditutup, Mahkamah hendaklah menimbangkan sama ada pendakwaan telah membuktikan suatu kes prima facie terhadap tertuduh. Dalam menjelaskan maksud kes prima facie, Mahkamah telah memutuskan dalam kes PP v Khee Thuan Giap [2017] 1 LNS 1838 seperti berikut: - “… A prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction. Based on the established principle of law, before the Court can rule that a prima facie case has been made out, a maximum evaluation of the credibility of the witnesses must be done at the close of the case for the prosecution … [15] Maximum evaluation means the assessment process for the essential purpose of analysing the credibility and reliability as well as trustworthiness of the evidence of the prosecution. Credible evidence is evidence which had been filtered and which had gone through the process of evaluation and any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected (see PP v. Ong Cheng Heong [1998] 4 CLJ 209). Thus, what is required by a trial Court is to test the evidence of a witness from all angles as well as its reliability and credibility by considering the entire evidence placed before the Court. The evidence must not be accepted at face value but must be tested and evaluated before reliance can be placed on each piece of evidence adduced. Further, the trial Court has the duty to consider the evidence which favours the defence. This requires a consideration of the existence of any reasonable doubt in the case for the prosecution and if there is any such doubt, there can be no prima facie case (Balachandran v. PP (supra)). [16] The above principle of law on maximum evaluation should be read together with the principle relating to judicial appreciation of evidence which is set out in the following words of Gopal Sri Ram JCA in Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19;; [2003] 2 MLJ 97. A trier of fact who makes findings based purely upon the demeanour of a witness without undertaking a critical analysis of that witness’s evidence, runs the risk of having his findings corrected on appeal. It does not matter whether the issue for decision is one that arises in a civil or criminal case, the approach to judicial appreciation of evidence is the same.”
16
Mahkamah dalam memutuskan sama ada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap tertuduh, Mahkamah bertanggungjawab mempertimbangkan keterangan kes pendakwaan dengan memberikannya satu penilaian yang maksima. Seterusnya, Mahkamah perlu mengutarakan persoalan muktamad berikut: Jika Mahkamah membuat keputusan untuk memerintahkan tertuduh membela diri dan tertuduh memilih untuk berdiam diri, adakah Mahkamah bersedia untuk mensabitkan tertuduh dengan kesalahan berdasarkann keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan oleh pendakwaan. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Ya", maka tertuduh mestilah diperintahkan untuk membela diri. Jika jawapan bagi persoalan ini adalah "Tidak", maka kes prima facie adalah tidak berjaya dibuktikan dan tertuduh hendaklah dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil untuk membela diri. (Rujuk kes-kes: Mat v. Public Prosecutor [1963] 1 LNS 82; [1963] MLJ 263, Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85; [2005] 2 MLJ 301; [2004] 2 MLRA 547; [2005] 1 AMR 321 FC).
17
Mahkamah ini mendapati PENDAKWAAN TIDAK MENYATAKAN DENGAN JELAS KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN APA DALAM PERTUDUHAN. Hukuman yang dinyatakan Pendakwaan dalam pertuduhan adalah penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat pertuduhan ini adalah di bawah kesalahan seksyen 503 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah seksyen 506 Kanun Keseksaan.
18
Justeru, dalam membuat penilaian maksimum ke atas semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, Mahkamah perlu menentukan sama ada elemen-elemen bagi kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan telahpun berjaya dipenuhi oleh pihak Pendakwaan atau tidak.
19
Mahkamah ini akan mengulas berkenaan kegagalan pihak pendakwaan untuk memenuhi setiap elemen tersebut di bawah ini. Mahkamah merujuk kepada Mallal’s Penal Law di muka surat 894 yang berbunyi “in order to constitute criminal intimidation, the accused must have threatened another with injury to: a) His person, reputation or property; or b) The person or reputation of any one in whom that person is interested Such threat must have also be made with intent to: i) Cause alarm to that person; or ii) Cause the person to do any act which he is not legally bound to do as the means of avoiding the execution of such threat; or iii) Cause the persob to omit to do any act which that person is legally entitled to do so as the means of avoiding the execution of such threat”. ELEMEN-ELEMEN PERTUDUHAN Intipati pertama : threatening another (the complainant) with any injury to his (her) person
20
Tindakan OKT mengatakan “I boleh bunuh orang dan I tak takut bunuh orang semua muka tembok” tidak terjumlah kepada satu ugutan kerana tidak dinyatakan dengan jelas ugutan itu kepada siapa.
21
Walaupun terdapat SP1, SP2 dan SP4 di tempat kejadian, namun kesemua saksi tidak pasti kata-kata yang ditutur OKT dituju kepada sesiapa.
22
Mahkamah merujuk kepada eksibit P1, P6 dan P7 serta merujuk kepada baris 6 dan baris 7 repot-repot tersebut, SP1, SP2 dan SP4 jelas mengatakan “…kami juga tidak tahu ugutan itu ditujukan kepada siapa”.
23
Mahkamah merujuk soalan pemeriksaan balas antara peguam bela OKT dan SP1 ketika pemeriksaan balas seperti berikut: PB OKT : Dalam laporan polis kamu, kamu tidak cakap kamu diugut. Kamu terkejut sahaja, bukan ugut? :Ya, betul PB OKT 1 : Dan ugutan itu bukan menunjuk pada kamu? : Ya, betul Intipati kedua : intent to cause alarm to that person (the complainant).
24
Adakah dengan menuturkan perkataan-perkataan “I boleh bunuh orang dan I tak takut bunuh orang semua muka tembok” memadai untuk menunjukkan niat OKT untuk melakukan sesuatu yang menyebabkan kematian terhadap SP1?
25
Mahkamah merujuk kepada kes Ameer Akhbar v. Public Prosecutor [1997] 1 SLR 113 dimana Mahkamah memutuskan: "Once it was found that the appellant had uttered the alleged words, the next question was whether these words constituted a threat. In Habibullah v. State [1961] MPLJ 1190, the court held at 1191 that ' there should be a clear indiction as to what the accused was going to do and the complainant must feel as a reasonable man that the accused was going to convert his words into action. In my view, that above case shows that the state of mind of the victim is not wholly irrelevant to whether the words uttered constitute a threat. For there to be a threat, the words uttered must be such that they would actually cause the victim, and any reasonable man in the victim's circumstances to at least comprehend the words as having the effect of a threat to begin with. Otherwise, such words will not constitute a threat.."
26
Selain daripada itu, Mahkamah ini selaras dengan keputusan Ong J dalam Lee Yoke Chong v. PP (supra) yang berbunyi "The offence criminal intimidation lies in the intent behind a threat, and not its effect"
27
Mahkamah ini berpandangan bagi membolehkan kata-kata yang ditutur OKT terjumlah kepada satu ugutan sepertimana peruntukkan di bawah seksyen 503 Kanun Keseksaan iaitu ugutan yang mendatangkan ketakutan, maka pihak pendakwaan perlu membuktikan SP1 dalam keadaan takut bahawa OKT akan mengotakan apa yang dikatakan OKT pada SP1.
28
Walaupun SP1 mengesahkan ketika itu OKT 1 dalam keadaan marah dan suaranya tinggi, namun Mahkamah mendapati reaksi SP1 dan rakan-rakannya adalah terkejut. SP1 juga mengatakan SP1 tidak ada buat apa-apa salah sebelum OKT 1 masuk ke dalam tempat kejadian dan mengeluarkan kata-kata yang didakwa SP1 sebagai ugutan.
29
Mahkamah merujuk kepada eksibit P1 pada baris 8 dan 9, SP1 dan rakan rakan berasa terkejut dan telah buat aduan di borang ketidakpuasan hati melalui Kesatuan Pekerja-pekerja Infineon Teknologi Melaka pada keesokan harinya.
30
Walaupun dalam pemeriksaan utama SP1 ada mengatakan SP1 takut, namun Mahkamah mendapati SP1 hadir bekerja seperti biasa selama 41 hari sebelum membuat laporan polis.
31
Isu 1: Kelewatan membuat laporan polis SP1 dan rakan rakan membuat laporan polis 41 hari selepas kejadian ugutan yang didakwa berlaku pada 2.3.2022.
32
Laporan polis eksibit P1, P6 dan P7 dibuat pada 11.4.2022.
33
Pendakwaan dalam pemeriksaan utama telah bertanyakan isu ini kepada SP1 dan SP1 menjawab perlu buat aduan kepada Kesatuan Pekerja-pekerja Infineon Teknologi Melaka Union dan HR (Human Rescource) terlebih dahulu.
34
Tindakan SP1 yang hadir bekerja selama 41 hari menunjukkan SP1 tidak berasa takut terhadap kata-kata OKT. Sila rujuk pemeriksaan semula SP1 seperti berikut: TPR : Kemudian, peguam ada tanya lagi kepada Puan. Jadi, kamu memang tak takut daripada 2 Mac 2022 sehingga 11 April 2022? Jawapan Puan adalah, ya. Maksudnya, Puan memang tak takutlah sepanjang tempoh sampai laporan polis ini dibuat daripada tarikh kejadian? : Saya takut. Tapi, saya akan bekerja macam biasa, macam tak ada apa-apa yang berlaku. Isu 2: Kegagalan memanggil pihak Kesatuan Pekerja-pekerja Infineon Teknologi
35
Melaka dan HR (Human Resource) Namun, menjadi persoalan di Mahkamah ini, mengapakah pihak Kesatuan Pekerja-pekerja Infineon Teknologi Melaka dan HR Syarikat SP1 tidak dipanggil ke Mahkamah untuk menjelaskan kelewatan SP1 dan rakan-rakan membuat laporan polis?
36
Kegagalan memanggil pihak-pihak ini mengakibatkan terdapatnya kelompongan dalam kes pihak pendakwaan.
37
Ketika menutup kes pendakwaan juga, saksi dalam Kesatuan Pekerja-pekerja Infineon Teknologi Melaka dan HR ini juga tidak ditawarkan kepada pihak pembelaan.
38
Justeru, Mahkamah menggunapakai anggapan Seksyen 114(g) Akta Keterangan terhadap isu ini.
39
Isu 3: Salinan laporan polis diakui sah yang tidak diletakkan tarikh Mahkamah mendapati eksibit P1, P6 dan P7 mempunyai tandatangan Ketua Polis Daerah sebagai salinan yang sah namun tidak bertarikh.
40
Mahkamah dengan ini merujuk kepada kes Mohd Faiz Mohd Ruseli lawan PP [2022] CLJU 437. Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut memutuskan sekiranya pembuat laporan polis tidak dipanggil terhadap salinan laporan polis yang ingin dikemukakan, maka seksyen 76 Akta Keterangan akan terpakai.
41
Sebaliknya dalam kes pada hari ini, Mahkamah memutuskan seksyen 76 Akta Keterangan tidak terpakai dalam kes ini kerana saksi-saksi hadir ke Mahkamah dan telah memberikan keterangan terhadap salinan laporan polis masing-masing. Oleh itu eksibit P1, P6 dan P7 diterima masuk oleh Mahkamah.
42
Setelah Mahkamah ini mendengar dan meneliti semua keterangan semua saksi, Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan telah gagal membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. Mahkamah ini memerintahkan OKT ini dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan. Wang jaminan dikembalikan kepada penjamin.
43
Walaubagaimanapun, saya dengan rendah diri memohon pertimbangan Mahkamah Tinggi Yang Mulia terhadap keputusan ini. (KHAIRUNNISAK BINTI HASSNI) Majistret Mahkamah Majistret 2 MELAKA Bertarikh: 15 Oktober 2024 Timbalan Pendakwa Raya: WARDAH BINTI ISHHAR, JABATAN PEGUAM NEGARA Peguambela OKT:
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.