(I) KES PENDAKWAAN 60 [3] PKMT yang bijaksana telah dengan teliti (meticulously) menjelaskan fakta material kes pendakwaan ini di dalam alasan penghakimannya yang kami dengan hormatnya terima pakai dengan pengubahsuaian dimana perlu. Pihak pendakwaan telah memanggil 65 seramai 9 orang saksi. [4] Pada 23.12.2018, kira-kira jam 5.20 petang, Pengadu (SP6) telah menerima maklumat berhubung kegiatan pengedaran dadah berbahaya jenis syabu oleh seorang lelaki Melayu yang 70 menggunakan sebuah motokar jenis Honda Accord berwarna putih dengan nombor pendaftaran BKE 8636 (‘kereta Honda tersebut’), dan kereta Honda tersebut akan diletakkan di hadapan Kedai Otto Pharma Sdn. Bhd., No. 4, Taman Jitra Indah, 06000 Jitra, Kedah (‘farmasi tersebut’). 75 [5] Pada tarikh sama kira-kira jam 6.15 petang, susulan maklumat tersebut, SP6 bersama sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, IPK Kedah tiba di kawasan Taman Jitra Indah dan mendapati sebuah kereta sebagaimana yang dinyatakan dalam 80 maklumat diterima sedang diparkir secara serong menghadap farmasi tersebut. SP6 dan anggotanya kemudian memberhentikan kenderaan yang mereka naiki, lalu SP6 turun dan menghampiri kereta Honda tersebut. 85 S/N oo/92vsEak2FqsNFEF0Olw [6] SP6 telah mengetuk cermin di bahagian tempat duduk pemandu kereta Honda tersebut dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis kepada Perayu yang ketika itu sedang duduk di tempat duduk pemandu. SP6 kemudian mengarahkan Perayu supaya memberikan kerjasama dan membuka pintu kereta Honda 90 tersebut. Perayu mematuhi arahan berkenaan, lalu SP6 menjalankan pemeriksaan fizikal terhadap Perayu dan menemui satu rangkai anak kunci di dalam poket hadapan sebelah kanan seluar yang dipakai oleh Perayu. 95 [7] SP6 telah menjalankan pemeriksaan ke atas kereta Honda tersebut dan hasil pemeriksaan, SP6 telah menemui di dalam arm rest berhampiran brek tangan (antara bahagian pemandu dan penumpang hadapan) kereta Honda tersebut, 1 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah syabu (eksibit P15) dalam 100 keadaan terdedah dan mudah dilihat di dalam arm rest tersebut. [8] SP6 turut menemui 1 beg silang jenama Louis Vuitton Inventeuer (eksibit P49) yang diletakkan di atas tempat duduk bahagian penumpang hadapan. Pemeriksaan terhadap beg silang 105 tersebut menemui, 1 pas sempadan Perayu (eksibit P50); 1 dompet duit (eksibit P51); 1 Kad Pengenalan atas nama Perayu (eksibit P52), 1 lesen memandu Perayu (ekshibit P53) serta 2 kad ATM. [9] Kemudiannya, SP6 turut menjumpai dan merampas 1 helai baju 110 milik Perayu (eksibit P54) dan 1 bil elektrik beralamat No. 93, Jalan Golf & Country Club, Taman Suasana, 06000 Jitra, Kedah (eksibit P37) yang diletakkan di atas tempat duduk penumpang belakang S/N oo/92vsEak2FqsNFEF0Olw kereta Honda tersebut. SP6 kemudiannya telah merampas kesemua barang kes dan menangkap Perayu untuk tindakan lanjut. SP6 juga 115 telah memberitahu sebab-sebab tangkapan dan hak-hak Perayu di bawah seksyen 28A Kanun Tatacara Jenayah (‘KTJ’). Semua barang kes yang dirampas berada dalam kawalan dan jagaan SP6 dari lokasi kejadian hinggalah ke IPD Kubang Pasu. 120 [10] Pada 23.12.2018, di IPD Kubang Pasu, SP6 menanda barang kes dengan tandatangan dan tarikh 23.12.2018 menggunakan pen merah, menimbangnya, dan membuat laporan polis mengenai rampasan serta tangkapan, iaitu Jitra/009845/18 (eksibit P41). Pada hari yang sama kira-kira jam 11.45 malam, SP6 menyerahkan 125 Perayu, barang kes dan dokumen berkaitan kepada Pegawai Penyiasat, SP8. SP8 kemudian menanda barang kes, termasuk plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu (eksibit P15) dengan tandaan ‘B’, tandatangan dan tarikh 23.12.2018, menimbang semula barang kes, lalu menyimpannya dalam almari besi berkunci di 130 pejabatnya. Hanya SP8 memegang kunci almari tersebut. [11] Pada 24.12.2018 kira-kira jam 8.30 pagi, SP8 mengeluarkan barang kes dadah dari almari besi berkunci dan mengarahkan Jurufoto (SP1) mengambil gambar kunci kereta Honda tersebut 135 (eksibit P2) serta 10 keping gambar barang kes (eksibit P3A-J). Pada hari yang sama, kira-kira jam 10.30 pagi, SP8 memasukkan 1 bungkusan plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu bertanda ‘B’ (eksibit P15) ke dalam sampul bertanda ‘E’ bermeterai Polis Diraja Malaysia (eksibit P14). Pada hari yang sama, kira-kira jam 11.21 140 pagi, SP8 menyerahkan eksibit P14 kepada ahli kimia (SP2) dan S/N oo/92vsEak2FqsNFEF0Olw menerima resit rasmi Jabatan Kimia Malaysia (‘JKM’) bernombor makmal 18-FR-K-06834 (eksibit P13). [12] SP2 mengesahkan bahawa sampul bertanda E (eksibit P14) 145 mengandungi 1 paket plastik bertanda ‘B’ berisi bahan kristal jernih. Analisis SP2 mendapati bahan itu mengandungi 73.9 gram methamphetamine. [13] Pada 7.4.2019 kira-kira jam 11.30 pagi, SP2 menyerahkan 150 semula sampul P14 yang bermeterai JKM kepada SP8 bersama Laporan Kimia no. makmal 18-FR-K-06834 (ekshibit P17).