Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-55-11/2016 DI ANTARA CHE IBRAHIM BIN MOHAMED (K/P.NO: 621222-03-5367) .... PLAINTIF
DA-22NCVC-55-11/2016
High Court of Malaysia14 Dec 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“men yang perlu dibuktikan oleh Plaintif sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes Ayob Saud v TS Sambanthanmurthi [1989] 1 CLJ (Rep) 321 seperti berikut: “In our law on libel which is governed by the Defamation Act 1957 the burdon of proof lies on the Plaintiff to show: i. The words are defamatory. ii. The words refer t”
“ungan dua hala di antara orang yang membuat pengataan tersebut dengan orang yang ditujukan untuk menerima dan membaca pernyataan tersebut. [46] Di dalam kes Abdul Rahman Talib v. Seenivasagam & Anor [1965] MLJ 142 Mahkamah menyatakan seperti berikut: 16 “It is the duty of everyone, in the interest of public efficiency”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: DA-22NCVC-55-11/2016 DI ANTARA CHE IBRAHIM BIN MOHAMED (K/P.NO: 621222-03-5367) .... PLAINTIF
1
Ini adalah rayuan Perayu/Plaintif terhadap keputusan mahkamah ini yang dibuat pada 14/12/2017 yang menolak tuntutan Plaintif terhadap Defendan untuk fitnah.
2
Di dalam kes ini, Plaintif telah memanggil 4 orang saksi untuk membuktikan kesnya. Tiada soal balas terhadap saksi-saksi Plaintif melainkan Plaintif sahaja. Manakala Defendan telah memanggil 2 orang saksi. Di akhir kes, setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, mahkamah telah memutuskan untuk menolak tuntutan Plaintif terhadap 2 Defendan dengan kos sebanyak RM15,000.00 kepada Defendan. Plaintif telah tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut lalu telah merayu ke Mahkamah Rayuan. Ini adalah alasan-alasan mahkamah terhadap keputusan tersebut.
3
Plaintif adalah bekas pekerja kepada Defendan sehingga akhir tahun 2014 dengan jawatan terakhir sebagai Timbalan Pendaftar. Mengikut Pernyataan Saksi Plaintif, Defendan adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan untuk mentadbir KIAS, satu institusi pengajian yang merupakan majikan Plaintif.
4
Plaintif mendakwa bahawa Defendan pada 22 Februari 2012 telah mengeluarkan satu surat melalui “Minit Mesyuarat Lembaga Tatatertib KIAS Bil 1/2012” (Surat Fitnah 1) yang antara lain, kandungannya didakwa menfitnah Plaintif iaitu melalui pengataan-pengataan seperti berikut:
4
4.1) Tidak melaksanakan tugas-tugas yang diberikan yang terkandung di dalam senarai tugas-tugas dengan alasan bukan level saya;
4
4.2) Tidak dapat menerima jadual pembahagian tugas dan tidak komplimentatif dengan sabordinat menyebabkan beberapa urusan menjadi tergendala;
4
4.3) Tidak patuh kepada arahan Ketua Eksekutif seperti tidak pernah menghadiri Majlis Tazkirah sejak diadakan pada tahun 2004 yang memberi kesan negatif kepada staf lain; 3
4
4.4) Sentiasa mempunyai pandangan yang keras dan antogonistik terhadap pensyarah yang menyebabkan sentiasa berlaku ketegangan di antara beliau dan pensyarah;
4
4.5) Menghasut pelajar supaya mempercayai bahawa keputusan membatalkan MOU oleh pihak Universiti Al-Azhar adalah kerana kecuaian pentadbiran KIAS;
4
4.6) Membuat surat layang yang menganggu penghantaran pelajar ke luar negara (Mesir). (Plaintif akhirnya mengaku menulis surat tersebut);
4
4.7) Menghebah/memburukkan KIAS kepada pihak luar, contohnya kepada individu yang berjawatan dalam politik dan pentadbiran negeri serta organisasi-organisasi seperti SUK dan MPKB;
4
4.8) Tidak memberi kerjasama dalam semua aktiviti yang dianjurkan oleh KIAS sama ada majlis-majlis formal atau pun sebaliknya seperti Istiadat Konvokesyen, Hari Keluarga, Majlis Sambutan Hari Raya dan sebagainya; dan 4.9) Mempengaruhi “mood” dan etika kerja dikalangan sebilangan staf yang memberi kesan negatif terhadap usaha pihak pengurusan dalam membina imej dan reputasi KIAS sebagai sebuah institusi pengajian tinggi Islam.
4
4.10) “Surat Fitnah 1” bertarikh 22 Februari 2012 tersebut didakwa telah diterbitkan dalam kehadiran dan/atau disebarkan kepada: i. Tuan Haji Wan Yahya @Wan Yahya bin Wan Salleh; ii. Tuan Haji Mohd Sabri Bin Abdullah; iii. YM Tuan Zainal Abidin bin Tuan Yusuf; iv. Dr Idris bin Awang: dan 4 v. Dr Yaacob bin Yusoff. [5] Plaintif juga mendakwa Defendan telah pada 7 Julai 2011 mengeluarkan satu surat “Surat Tunjuk Sebab” - Membuat Penyataan Awam [Dalam Facebook] (Surat Fitnah 2) dengan antara lainnya menyebut: “2. Bukti-bukti berdokumen (berlampir) menunjukkan tuan telah melakukan perkara di atas dari 22 Jun hingga 23 Jun 2011. Tindakan tuan itu menunjukkan suatu sikap tidak bertanggungjawab dan boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut Bab D (Kelakuan & Tatatertib) Peraturan Perkhidmatan Kolej Tahun 2004, di bawah bahagian 11 Perkara 9 [Membuat Pernyataan Awam].” [6] “Surat Fitnah 2” tersebut didakwa telah diterbitkan dan disalinkan kepada Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS dan Pengerusi Lembaga Tatatertib. [7] Plaintif mendakwa bahawa dengan keluarnya “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” (yang ditermakan sebagai “offending letters” oleh Plaintif), ianya bermaksud: 1) Plaintif adalah seorang yang tidak jujur samada secara peribadi atau dalam urusan rasmi; 2) Plaintif seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak untuk memegang jawatan; 3) Plaintif seorang yang tidak mempunyai prinsip dan tidak beretika; 5 4) Plaintif dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan kedudukan/jawatan beliau secara peribadi dan secara rasmi; 5) Plaintif adalah seorang yang cuai dan tidak bertanggungjawab; dan 6) Plaintif dengan sengaja melanggar “Perkara 41, Bahagian VIII, Bab D, Peraturan Perkhidmatan KIAS”. [8] Plaintif menuntut dari mahkamah ini sejumlah gantirugi am RM3 juta akibat menanggung malu, tercemar reputasi, tercemar nama baik dan harga diri (esteem) seperti mana di dalam Penyata Tuntutannya. Plaintif juga menuntut gantirugi tauladan yang akan dinilai oleh mahkamah. [9] Semasa disoal balas, beliau mengakui sepanjang 15 tahun berkhidmat dengan KIAS beliau banyak terlibat dengan mesyuarat samada dengan KIAS dan juga dengan organisasi luar. Beliau bersetuju bahawa sesuatu mesyuarat mempunyai korumnya yang tersendiri dan ahli mesyuarat yang hadir adalah dari korum tersebut; manakala agenda mesyuarat pula adalah hak eksklusif mesyuarat yang akan membincangkan agenda tersebut. [10] Dalam soal balas juga beliau bersetuju bahawa minit sesuatu mesyuarat masih lagi belum ada semasa mesyuarat dijalankan dimana ia hanya disediakan bagi kegunaan mesyuarat akan datang. [11] Keterangan saksi-saksi SP2, SP3 dan SP4 hanya menjurus kepada Plaintif sahaja iaitu mengenai karakter baik Plaintif (SP1). 6 [12] Di peringkat ini mahkamah membuat perhatian bahawa tidak ada mana-mana dokumen termasuk “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” dikemukakan sebagai keterangan rasmi oleh pihak Plaintif. C. KES DEFENDAN [13] Dalam keterangannya SD1, iaitu Abd. Aziz bin Mohd Zin, wakil Defendan menafikan semua tohmahan dan tuntutan Plaintif dengan menyatakan bahawa “Offending Letters” tidak pernah diterbitkan kepada mana-mana pihak yang tidak berkepentingan dalam urusan disiplin antara Plaintif dan Defendan. Nama-nama yang disebut di subpara 4.10 dan para 6 di atas (sama dalam Pliding di dalam perenggan 12 dan 13 Penyata Tuntutan) (yang tidak pernah dibuktikan oleh Plaintif semasa perbicaraan) adalah individu-individu yang terlibat secara langsung dan rasmi dalam urusan dalaman Defendan terhadap pekerjanya sahaja dan di dalam kes ini adalah terhadap Plaintif. SD1 mengesahkan bahawa Defendan juga mempunyai hak untuk mengambil tindakan terhadap laporan salah laku pekerjanya termasuk ke atas Plaintif. [14] Keterangan SD2 dalam keterangannya juga menyatakan bahawa pihak ketiga yang dinamakan seperti di subpara 4.10 di atas adalah ahli jawatankuasa Mesyuarat Lembaga Tatatertib KIAS Bil 1/2012 dan merupakan pihak yang berkepentingan di dalam tindakan ini. 7 D. KEDUDUKAN UNDANG-UNDANG DAN ISU-ISU YANG PERLU DIPUTUSKAN DI DALAM KES FITNAH [15] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa untuk membuktikan kes-kes fitnah, terdapat 3 elemen yang perlu dibuktikan oleh Plaintif sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes Ayob Saud v TS Sambanthanmurthi [1989] 1 CLJ (Rep) 321 seperti berikut: “In our law on libel which is governed by the Defamation Act 1957 the burdon of proof lies on the Plaintiff to show: i. The words are defamatory. ii. The words refer to Plaintiff. iii. Those words were published.” [16] Berdasarkan nas tersebut, maka isu-isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah adalah seperti berikut: I. Adakah kata-kata atau pernyataan Defendan bersifat fitnah? II. Adakah kata-kata atau penyataan Defendan merujuk kepada Plaintif? III. Adakah pernyataan atau kata-kata Defendan telah disampaikan atau disiarkan (publish) kepada pihak ketiga? E. PENGANALISAAN DAN DAPATAN MAHKAMAH Elemen 1: Adakah kata-kata atau Pernyataan Defendan bersifat Fitnah? 8 [17] Secara umumnya, dalam menentukan samada kata-kata atau pernyataan Defendan boleh dikatakan fitnah, kata-kata atau pernyataan tersebut hendaklah di dalam pengertian biasa membawa maksud yang merendahkan maruah dan integriti Plaintif sebagaimana prinsip di dalam kes Chok Foo Choo v. The China Press Bhd [1999] 1 CLJ 461 seperti berikut: “In my judgement, the test which is to be applied lies in the question: do the words published in their natural meaning impute to the Plaintiff any dishonourable or discreditable conduct or motives or a lack of integrity on his part? If the question invites affirmative reponse, then the words complained of are defamatory.” [18] Walau bagaimanapun, bagi kes di hadapan mahkamah ini, sebelum mahkamah memeriksa samada perkataan-perkataan yang dinyatakan di atas (yang terkandung di dalam “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2”) membawa maksud sebagaimana di subpara 4.1 hingga 4.9 dan para 5 di atas (yang sama dengan para 8 dan 10 Penyata Tuntutan) mahkamah perlu memeriksa apakah kata-kata fitnah yang dimaksudkan itu wujud ataupun tidak? Mahkamah mendapati pengataan-pengataan yang kononnya berunsur fitnah tersebut terkandung di dalam 2 dokumen, iaitu “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2”. [19] Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua dokumen ini tidak dikemukakan secara rasmi sebagai ekshibit yang sah yang boleh dianggap sebagai keterangan di mahkamah. 9 [20] Pihak Defendan telah membantah dan berhujah bahawa dokumen-dokumen di Ikatan B yang melibatkan “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” dari awal semasa dalam peringkat pengurusan kes lagi tidak pernah dipersetujui oleh Defendan dan seterusnya tidak pernah dikemukakan sebagai ekshibit oleh Plaintif semasa perbicaraan. Maka ianya kekal sebagai dokumen yang tidak dipersetujui dan tidak mempunyai nilai keterangan langsung. [21] Mahkamah bersetuju dengan hujahan tersebut. Ini berdasarkan kepada seksyen 64 Akta Keterangan 1950 yang berbunyi: “Documents must be proved by primary evidence except in the cases hereinafter mentioned.” [22] Seksyen 61 Akta Keterangan 1950 pula memperuntukkan bahawa: “The contents of documents may be proved either by primary or by secondary evidence.” [23] Mahkamah dengan itu memutuskan bahawa Plaintif telah gagal mengemukakan mana-mana dokumen sebagai keterangan termasuk “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” samada melalui keterangan 'primary' ataupun 'secondary'. [24] Akibat daripada kegagalan fatal tersebut, adalah amat sukar bagi mahkamah ini untuk menilai samada “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” 10 itu membawa maksud sebagaimana yang dinyatakan pada perenggan 8 di dalam tuntutan Plaintif di atas. [25] Ironinya, saksi-saksi Plaintif lain yang memberi keterangan juga tidak membantu Plaintif (SP1) kerana mereka tidak menyentuh akan perihal “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” ini. Keterangan mereka di mahkamah hanya memberitahu berkenaan hubungan baik antara saksi-saksi dan Plaintif (SP1) sahaja. [26] Oleh hal yang demikian, mahkamah memutuskan bahawa di atas kegagalan Plaintif mengemukakan “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” tersebut sebagai keterangan, Plaintif telah gagal dalam membuktikan elemen pertama ini iaitu kata-kata atau pernyataan Defendan bersifat fitnah kerana pernyataan tersebut tidak wujud di hadapan mahkamah. Dengan kegagalan ini sahaja tuntutan Plaintif terhadap Defendan gugur. [27] Apapun, dilihat pengataan tersebut secara keseluruhan dan di dalam konteks ianya adalah surat-surat dalaman yang berkaitan dengan tindakan urusan tatatertib terhadap Plaintif, mahkamah mendapati pengataan yang terkandung di dalam kedua-dua surat tersebut tidak membawa maksud yang merendahkan maruah dan integriti Plaintif. Elemen 2: Adakah kata-kata atau pengataan defendan merujuk kepada Plaintif [28] Elemen kedua yang perlu dibuktikan oleh Plaintif adalah bahawa kata-kata atau pengataan itu yang dikatakan dibuat oleh Defendan itu 11 mestilah merujuk kepada Plaintif. Di dalam erti kata lain, perkataan atau pengataan yang menfitnah itu dikeluarkan mestilah berkait dengan Plaintif sendiri (SP1). [29] Dalam kes ini Plaintif mendakwa kata-kata yang dikeluarkan seperti di subpara 4.1 hingga 4.9 dan di para 5 di atas (sama seperti para 8 dan para 10 Penyata Tuntutan) adalah menfitnahnya. Peguam Defendan menghujahkan bahawa nama Plaintif iaitu Che Ibrahim Bin Mohamed tidak disebutkan. [30] Dan jika diteliti kepada keterangan SP1 semasa keterangannya di mahkamah pun tidak ada sedikit keterangan pun yang menunjukkan dan menegaskan bahawa pengataan-pengataan itu merujuk kepada Plaintif (SP1). [31] Walau bagaimanapun, dilihat kes ini secara keseluruhan dan pengataan-pengataan tersebut, mahkamah berpuas hati bahawa pengataan-pengataan tersebut memang ditujukan kepada Plaintif. Malahan keterangan SD1 sendiri menyatakan bahawa “pihak yang terlibat adalah Plaintif, En. Che Ibrahim bin Mohamad”. Justeru elemen kedua ini telah berjaya dibuktikan Plaintif. Elemen 3: Adakah pernyataan atau pengataan-pengataan Defendan tersebut telah disiarkan atau disampaikan (published) kepada pihak ketiga? 12 [32] Elemen ketiga yang perlu dibuktikan adalah penerbitan (publication) dimana prinsip ini telah dijelaskan di dalam kes Ayob Saud v. TS Sambanthanmurti (1989) 1 CLJ (Rep) 321: “In law, to constitute publication the defamatory matter must be published to a third person other than the Plaintiff. In other words, it is the making known of the defamatory matter, after it has been written, to some person other than person to whom it is written.” [33] Dalam kes ini, Plaintif mendakwa bahawa pihak-pihak ketiga yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang dinyatakan di perenggan sub para 4.10 dan para 6 iaitu Tuan Haji Wan Yahya, Tuan Haji Mohd Sabri Bin Abdullah, Y.M Tuan Zainal Abidin Tuan Yusuf, Dr Idrus Awang, Dr. Yaacob Yusoff, Pengerusi Lembaga Pengarah KIAS dan Pengerusi Lembaga Tatatertib. Namun Plaintif tidak kemukakan apa-apa keterangan mengenai pengataan kepada pihak ketiga ini. Keterangan SP1 tidak menyentuh berkenaan dengan penyebaran kepada pihak ketiga. Begitu juga saksi-saksi Plaintif yang lain tidak menyatakan siapakah pihak ketiga tersebut. Malahan mereka sendiri bukanlah pihak ketiga yang dimaksudkan. [34] Di akhir kes, mahkamah berpuas hati bahawa sebenarnya nama-nama yang disebut oleh Plaintif sebagai pihak ketiga itu adalah sebahagian dari Defendan sendiri iaitu pegawai-pegawai yang diberi kuasa secara statutori untuk bertindak bagi pihak KIAS khususnya dalam urusan tatatertib terhadap Plaintif. 13 [35] Mahkamah ingin merujuk kepada keterangan SD2 melalui pernyataan saksinya (PSD2). “S: Siapakah pihak yang dinamakan sebagai pihak ketiga di dalam perenggan 12 dan 13 Pernyataan Tuntutan bertarikh 18 haribulan Julai 2016? Mereka adalah ahli jawatankuasa Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kias Bil 1/2012 sebagaimana yang tertera di dalam Minit Mesyuarat Lembaga Tatatertib Kias Bil 1/2012 dan pihak yang mempunyai kepentingan di dalam tindakan Tatatertib ini. Pihak Plaintif menyatakan bahawa ahli-ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut adalah pihak ketiga? Saya tidak bersetuju dengan kenyataan itu kerana mereka adalah ahli yang sebenarnya dilantik lembaga KIAS untuk membincangkan dan membuat pengesyoran tentang masalah disiplin tersebut. Setuju jika saya katakan, tidak ada penyebaran tentang apa yang disebut sebagai Offending Letter tersebut kepada pihak lain selain daripada ahli mesyuarat tersebut? Ya, saya setuju. Adakah setiap laporan perlanggaran tatatertib yang diterima oleh pihak Lembaga Tatatertib akan melalui proses seperti ini? Ya. Ini adalah satu prosedur biasa yang mana diadakan bagi mendapatkan penjelasan sebelum apa-apa keputusan dibuat.” 14 [36] Keterangan SD2 disokong sepenuhnya oleh SD1. [37] Justeru itu mahkamah berpuas hati bahawa Plaintif tidak mempunyai bukti kukuh yang menunjukkan bahawa kedua-dua surat yang didakwa mengandungi unsur-unsur fitnah itu iaitu “Surat Fitnah 1” dan “Surat Fitnah 2” disebarkan kepada pihak ketiga selain daripada pihak-pihak yang mempunyai kepentingan dan kedudukan di dalam KIAS itu sendiri. [38] Malahan mahkamah juga bersetuju dengan Defendan bahawa andai kata “Surat Fitnah 1” tersebut telah dibuktikan kewujudannya ianya masih lagi “belum wujud pada tarikh 22 Februari 2012” sebagaimana yang diakui sendiri oleh SD2 semasa disoal seperti di bawah: “minit mesyuarat tersebut tidak ada semasa mesyuarat, Minit mesyuarat akan dikemukakan dalam mesyuarat akan datang.” [39] Oleh kerana itu adalah mustahil berlakunya penerbitan pada 22 Februari 2012 sedangkan pada tarikh tersebut “Surat Fitnah 1” yang mana sebenarnya adalah Minit Mesyuarat tersebut, belum lagi disediakan. [40] Oleh yang demikian, mahkamah berpendapat bahawa untuk elemen yang ketiga, Plaintif gagal membuktikannya. [41] Secara kesimpulannya, Plaintif hanya berjaya membuktikan elemen kedua sahaja, dan dengan alasan ini sahaja tuntutan Plaintif boleh ditolak. 15 F. PEMBELAAN DEFENDAN [42] Andai kata Plaintif telah berjaya membuktikan di atas imbangan kebarangkalian, bahawa wujudnya fitnah (dengan membuktikan elemen-elemen di atas), mahkamah di akhir kes mendapati pembelaan perlindungan bersyarat terpakai terhadap Defendan. [43] Defendan dalam pembelaannya di dalam Penyataan Pembelaan telah mengemukakan 3 pembelaan iaitu: 1) Perlindungan bersyarat (qualified priviledge) 2) Justifikasi; dan 3) Ulasan saksama (fair comment). [44] Walaubagaimanapun semasa perbicaraan di mahkamah ini, hanya satu pembelaan sahaja digunakan iaitu pembelaan perlindungan bersyarat (qualified priviledge). [45] Bagi mewujudkan sesuatu keadaan yang dilindungi bagi tujuan pembelaan 'qualified priviledge', perlu dibuktikan terdapatnya hubungan dua hala di antara orang yang membuat pengataan tersebut dengan orang yang ditujukan untuk menerima dan membaca pernyataan tersebut. [46] Di dalam kes Abdul Rahman Talib v. Seenivasagam & Anor [1965] MLJ 142 Mahkamah menyatakan seperti berikut: 16 “It is the duty of everyone, in the interest of public efficiency and good order, to bring any misconduct or neglect of duty on the part of a public officer or employee or any public abuse, to the notice of the proper authority for investigation. Any complaint or information as to such misconduct, neglect of duty, or abuse, though volunteered, is priviledged, provided it is made in good faith to the person or body who has the power or duty to remove, punish or reprimand the offender or merely to inquire into the subject matter of the complaint.” [47] Kes tersebut secara jelas menyatakan bahawa perlakuan menyebabkan sesuatu maklumat, aduan dan sebagainya dalam sifat seseorang yang mempunyai kepentingan dan tanggungjawab untuk mendedahkan pernyataan tersebut kepada orang yang menerimanya dan orang yang menerimanya juga mempunyai kepentingan atau tanggungjawab untuk menerimanya adalah termasuk dalam kategori pembelaan, perlindungan bersyarat ini. [48] Kes John Lee & Anor v. Henry Wong Jan Fook [1981] 1 MLJ 108 yang merupakan antara contoh otoriti bagi perlindungan bersyarat di mana: “In this case the respondent brought an action for libel in respect of a letter sent by the Manager of a company, copies of which was sent inter alia to the Sarawak Commercial Employees Union. The appeallants admitted that the words “Shady reputation” used in the letter was libellous and that the letter was published to the Union but they relied on the defence of qualified privilege.” 17 [49] Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan tersebut dan memutuskan: “(1)... Since the communication was restricted to the Union and the employers, it had not gone beyond the exigency of the occasion to avoid the privilege.” [50] Dalam kes di hadapan kita ini, Plaintif adalah merupakan pekerja dan kakitangan kepada Defendan. Manakala Defendan pula adalah majikan kepada Plaintif. Isu yang timbul adalah melibatkan urusan dan tindakan tatatertib yang wujud antara Plaintif dan Defendan. [51] Selaku majikan, Defendan berhak membuat laporan dan membincangkan aduan terhadap salahlaku Plaintif dan Defendan berhak untuk menulis dan memberi maklumat dan atau/pandangan kepada lembaga tatertib Defendan dan/atau menulis surat tunjuk sebab bagi membolehkan Plaintif menjelaskannya. [52] Memandangkan ini merupakan urusan dalaman maka ahli-ahli mesyuarat yang dipilih untuk mengendalikan tatatertib tersebut adalah sebahagian dari Defendan. Perbincangan di dalam mesyuarat hanya tertakluk kepada agenda yang telah ditetapkan dan akhirnya setelah membuat perbincangan mereka membuat keputusan. [53] Tidak ada sebarang bukti yang menunjukkan minit mesyuarat yang dimaksudkan telah wujud semasa mesyuarat tersebut bersidang dan tidak ada secebis bukti perlindungan bersyarat terhadap ahli-ahli lembaga 18 tatatertib itu telah di salahguna dengan menyebarkannya pula kepada pihak-pihak yang tidak berkenaan. [54] “Surat Fitnah1” dan “Surat Fitnah 2” tersebut telah kekal menjadi rahsia dan “priviledge” tanpa diketahui oleh sesiapa sehinggalah didedahkan sendiri oleh Plaintif yang mempunyai motif tersendiri terhadap Defendan. [55] Oleh yang demikian, berdasarkan keterangan-keterangan yang ada, mahkamah memutuskan bahawa pembelaan Perlindungan bersyarat adalah terpakai kepada Defendan bagi kes ini kerana Defendan adalah badan yang bertanggungjawab untuk mendedahkan salahlaku tersebut (jika ada) dan bagi maksud itu, satu mesyuarat khas ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan tersebut dan bukannya menyebarkannya secara terbuka kepada pihak ketiga. [56] Mahkamah berpendapat jika tindakan-tindakan jawatankuasa tersebut merupakan satu fitnah maka ini membuka ruang untuk pihak-pihak untuk menuntut gantirugi yang tidak sepatutnya dan ini akan menganggu prosiding tatatertib yang boleh diambil oleh majikan terhadap pekerjanya. G. KESIMPULAN [57] Secara kesimpulannya di atas imbangan kebarangkalian, mahkamah mendapati Plaintif telah gagal membuktikan kesnya terhadap Defendan kerana elemen fitnah gagal dibuktikan sepenuhnya dan andaikata ianya dibuktikan, pembelaan perlindungan bersyarat oleh Defendan adalah 19 wujud dan terpakai dalam kes ini. Malahan mahkamah juga berpendapat bahawa pembelaan lain seperti justifikasi dan ulasan saksama juga terpakai kepada Defendan. Tarikh: 28 Februari 2018 (DATO’ AHMAD BIN BACHE) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu Peguam Perayu/Plaintif: En. Mat Isa bin Che Dir Tetuan CM Isa & Co, No. 37, Jalan Camar 4/18, Sierra Damansara, Sek. 4, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor. Peguam Responden/Defendan: En. Nik Bahrum bin Nik Abdullah Tetuan Nor Bahrum & Co, Aras 1, PT 345-346, Jalan Pengkalan Chepa, 15400 Kota Bharu, Kelantan.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.