1
Ini adalah rayuan perayu/plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) Johor Bahru pada 20.02.2022 di mana tuntutan perayu/plaintif terhadap responden/defendan telah ditolak dengan kos.
JA-12B-3-01/2022
High Court of Malaysia7 Sept 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“cision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Way & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484 [*480] and Gan Yook Chin & Anor v. Lee ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)." [25] Mahkamah Persekutuan sekali”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Ini adalah rayuan perayu/plaintif terhadap keputusan Hakim Mahkamah Sesyen (“HMS”) Johor Bahru pada 20.02.2022 di mana tuntutan perayu/plaintif terhadap responden/defendan telah ditolak dengan kos.
2
Pada 7.9.2022, iaitu setelah meneliti hujah-hujah yang dikemukakan oleh perayu/plaintif dan responden/defendan, Mahkamah ini telah menolak rayuan perayu/plaintif dengan kos sebanyak RM 3000.00.
3
Berikut merupakan alasan-alasan penghakiman Mahkamah ini bagi keputusan tersebut. Sebagai kemudahan, pihak perayu akan dirujuk sebagai plaintif dan pihak responden akan dirujuk sebagai defendan.
4
Fakta-fakta kes sebagai mana yang terkandung di dalam Alasan Penghakiman HMS menzahirkan bahawa plaintif dan defendan mula berkenalan sejak tahun 2007 dan telah berurusan antara satu sama lain dalam perniagaan menjual motokar terpakai.
5
Plaintif telah dari masa ke masa meminta bantuan kewangan daripada defendan. Setakat bulan Mei 2018, jumlah terkumpul hutang plaintif kepada defendan adalah sebanyak RM380,000.00.
6
Memandangkan plaintif tidak mempunyai dana tunai untuk menyelesaikan hutangnya, plaintif telah mencadangkan untuk memindah milik dua buah motokar milik plaintif kepada defendan sebagai bayaran kontra hutang plaintif kepada defendan. Butir-butir kenderaan tersebut adalah seperti berikut (selepas ini dirujuk sebagai “kedua-dua motokar tersebut”): -
a
Kereta BMW 523i No. Pendaftaran PND5565 No. Chasis PM1FP34060C465850; dan
b
Kereta Maserati Ghibli No. Pendaftaran PMJ338 No. Chasis ZAMSS57C001161860. [7] Bagi tujuan itu, pada 10.5.2018, plaintif telah menandatangani satu surat indemniti ditajukkan sebagai “Letter of Indemnity for Transferring of Ownership to Contra Payment” (selepas ini dirujuk sebagai ‘Surat Indemniti’). [8] Pada atau sekitar 28.9.2018, defendan telah memberi lagi pinjaman tambahan kepada plaintif untuk sejumlah RM 49,800.00. Defendan bersetuju untuk memberi pinjaman tambahan ini atas hasrat bahawa sekiranya kedua-dua motokar tersebut berjaya dijual oleh defendan kelak ia akan mencukupi untuk kontra keseluruhan hutang plaintif kepada defendan. [9] Walau bagaimanapun, fakta-fakta tersebut yang merupakan intisari dapatan HMS bukanlah seperti yang didakwa oleh plaintif dalam tuntutannya terhadap defendan di sini. [10] Plaintif dalam tuntutannya mendakwa bahawa pindah milik kedua-dua motokar tersebut kepada defendan adalah atas dasar jual beli dengan balasan seperti berikut: -
a
Kereta BMW 523i sebanyak RM80,000.00; dan
b
Kereta Maserati Ghibli sebanyak RM330,000.00. [11] Plaintif selanjutnya mendakwa bahawa penjualan/pindahmilik kedua-dua motokar tersebut kepada defendan adalah berdasarkan persetujuan/perjanjian secara lisan serta atas dasar kepercayaan di antara plaintif dan defendan bahawa defendan hendaklah membayar keseluruhan harga kedua-dua motokar tersebut sebanyak RM410,000.00 kepada plaintif sejurus selepas defendan menjual semula (resale) kedua-dua motokar tersebut kepada pelanggan defendan. [12] Plaintif seterusnya mendakwa bahawa defendan telah menjual dan memindah milik kedua-dua motokar tersebut kepada pelanggan-pelanggan defendan, namun telah gagal untuk membayar sebanyak RM410,000.00 kepada plaintif seperti mana yang mereka telah persetujui secara lisan sebelum ini. [13] Menurut plaintif lagi, wang RM49,800.00 yang dikatakan sebagai diberikan oleh defendan kepada plaintif pada 28/09/2018 sebenarnya merupakan bayaran sebahagian daripada jumlah RM410,000.00 bagi harga jual beli kedua-dua motokar tersebut. [14] Oleh yang demikian, plaintif menuntut dari defendan sejumlah RM360,200.00 yang merupakan baki harga jualan yang harus dibayar oleh defendan kepada plaintif sebagai mana persetujuan lisan di antara mereka sebelum ini. Keputusan HMS [15] Di dalam menolak tuntutan plaintif terhadap defendan, HMS yang bijaksana didapati telah memilih untuk lebih mempercayai versi pembelaan defendan bahawa pindah milik kedua-dua motokar tersebut adalah sebagai kontra bayaran terhadap hutang plaintif kepada defendan. [16] Kesimpulan HMS yang tersebut boleh dikatakan sebahagian besarnya bersandarkan kepada kewujudan Surat Indemniti yang gagal untuk disangkal kesahihannya oleh plaintif. [17] Selain itu, HMS juga telah membuat dapatan bahawa secara keseluruhannya bahawa berdasarkan keterangan-keterangan sedia ada termasuklah kegagalan plaintif memanggil saksi-saksi lain yang plaintif merujuk sendiri semasa perbicaraan telah menyebabkan plaintif gagal melepasi beban pembuktian di atas imbangan kebarangkalian untuk membuktikan tuntutannya terhadap defendan. Penegasan dan hujahan pihak-pihak [18] Di peringkat Mahkamah ini, peguam plaintif yang bijaksana berhujah bahawa HMS telah terkhilaf apabila memutuskan bahawa Surat Indemniti adalah sah sedangkan defendan tidak mengemukakan sebarang bukti dokumentari seperti perjanjian, resit-resit atau slip bank bagi menunjukkan bahawa defendan telah sebenar-benarnya memberikan pinjaman wang sebanyak RM380,000.00 kepada plaintif di antara tahun 2007-2018. [19] Selain itu, peguam plaintif turut berhujah bahawa defendan juga tidak kemukakan apa-apa bukti bagi menunjukkan yang beliau ada pernah membuat tuntutan kepada plaintif terhadap wang RM380,000.00 yang kononnya dipinjam oleh plaintif daripada defendan. [20] Seterusnya, peguam plaintif juga berhujah bahawa jumlah RM380,000.00 yang dikatakan dihutang oleh plaintif kepada defendan adalah dinyatakan oleh plaintif dengan cara yang didakwa sebagai tidak konsisten dan berubah-ubah. [21] Sementara itu, peguam defendan pula berhujah bahawa HMS adalah betul dalam keputusannya apabila menolak tuntutan plaintif kerana plaintif telah gagal mengemukakan keterangan yang memuaskan di atas imbangan kebarangkalian bahawa transaksi pindah milik kedua- dua motokar tersebut adalah pada dasar jual beli sebagai mana yang didakwa oleh plaintif. [22] Selain itu, peguam defendan turut berhujah bahawa Surat Indemniti yang dikemukakan oleh defendan merupakan bukti kuat yang menyokong pembelaan defendan dan yang telah gagal disangkal oleh plaintif berdasarkan keseluruhan keterangan dan hal keadaan kes. Keputusan Mahkamah ini [23] Pertama sekali, prinsip-prinsip matan mengenai pendekatan yang perlu diambil oleh mahkamah yang mendengar rayuan terhadap keputusan mahkamah bawahan selepas perbicaraan penuh adalah jelas, iaitu mahkamah yang mendengar rayuan tidak akan mengusik dapatan dan keputusan mahkamah di bawah melainkan sekiranya keputusan mahkamah di bawah tersebut adalah secara terang-terangannya salah (plainly wrong). [24] Prinsip ini telah dinyatakan dengan jelas oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441 seperti berikut: - “... It is now established that the principle on which an appellate court could interfere with findings of fact by the trial court is 'the plainly wrong test' principle; see the Federal Court in Gan Yook Chin & Anor (P) v. Lee Ing Chin @ Lee Teck Seng & Anor [2005] 2 MLJ 1; [2004] 4 CLJ 309 per Steve Shim CJ (Sabah and Sarawak). More recently this principle of appellate intervention was affirmed by the Federal Court in UEM Group Bhd v. Genisys Integrated Pte Ltd [2010] 9 CLJ 785 where it was held at p 800: It is well-settled law that an appellate court will not generally speaking, intervene with the decision of a trial court unless the trial court is shown to be plainly wrong in arriving at its decision. A plainly wrong decision happens when the trial court is guilty of no or insufficient judicial appreciation of evidence (see Chow Yee Way & Anor v. Choo Ah Pat [1978] 1 LNS 32; Watt v. Thomas [1947] AC 484 [*480] and Gan Yook Chin & Anor v. Lee ing Chin & Ors [2004] 4 CLJ 309)." [25] Mahkamah Persekutuan sekali lagi mengesahkan pemakaian prinsip tersebut di dalam kes yang agak terkini iaitu Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1. [26] Sementara itu, keadaan-keadaan di mana sesuatu keputusan Mahkamah bawahan itu dikatakan sebagai secara terang-terangannya salah telah dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Nor Azlina Abdul Aziz v. Expert Project Management Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 58, seperti berikut: "[20] Nevertheless there are occasions when appellate interference is warranted and these occasions have been well set out in numerous cases. Some of these occasions are:
a
where the trial judge took into account irrelevant considerations and failed to give due weight to relevant considerations (see Director of Forestry, Sabah & Anor v. Mau Kam Tong & Ors And Another
b
where there was no proper evaluation of the evidence by the trial judge (see Lee Nyan Hon & Brothers Sdn Bhd v. Metro Charm Sdn
c
where the decision arrived at by the trial court was without judicial appreciation of the evidence (see Gan Yook Chin & Anor v. Lee Ing
d
where a trial court has so fundamentally misdirected itself, that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions, would have arrived at the same conclusion (see Raja Lob Sharuddin Raja Ahmad Terzali & Ors v. Sri Seltra Sdn Bhd [2008] 2 CLJ 284; [2008] 2 MLJ 87);
e
where the trial judge was plainly wrong in arriving at his decision (see Lee Ing Chin & Ors v. Gan Yook Chin & Anor [2003] 2 CLJ 19; [2003] 2 MLJ 97);
f
where a trial judge had so manifestly failed to derive proper benefit from the undoubted advantage of seeing and hearing witnesses at the trial, and in reaching his conclusion, has not properly analysed the entirety of the evidence which was given before him (see First Count Sdn Bhd v. Wang Yew Logging & Plantation Sdn Bhd [2013] 1 LNS 625; [2013] 4 MLJ 693 which followed the Privy Council case of Choo Kok Beng v. Choo Kok Hoe & Ors [1984] 1 LNS 40; [1984] 2 MLJ 165); and
g
where the judgment is based upon a wrong premise of fact or of law (see Perembun (M) Sdn Bhd v. Conlay Construction Sdn Bhd [2012] 1 LNS 1416; [2012] 4 MLJ 149)". [penekanan ditambah] [27] Selain itu, perkara penting yang harus dilihat dalam sesuatu kes sivil adalah mengenai beban pembuktian iaitu di atas imbangan kebarangkalian. Takrif ‘imbangan kebarangkalian’ (balance of probability) sebagai mana yang diputuskan di dalam kes Inggeris iaitu Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372 sering dijadikan rujukan dan diterima pakai oleh Mahkamah-Mahkamah di dalam negara ini iaitu apabila Hakim Denning mentakrifkan frasa tersebut sebagai ‘more probable than not’ dan tidak sebagai mana yang dituntut bagi kes-kes jenayah iaitu ‘melampaui keraguan munasabah’ (rujuk: Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1). [28] Berdasarkan prinsip-prinsip matan tersebut, apa yang perlu diteliti oleh Mahkamah ini adalah hanya di atas satu persoalan sahaja iaitu sama ada keputusan HMS yang telah memihak kepada defendan adalah secara terang-terangannya salah atau sebaliknya. [29] Melalui Alasan Penghakiman, Mahkamah ini mendapati HMS setelah meneliti keterangan saksi-saksi secara menyeluruh di mana pada akhirnya telah memutuskan untuk lebih mempercayai versi defendan mengenai transaksi pindah milik kedua-dua motokar oleh plaintif kepada defendan sebagai kontra bayaran hutang plaintif kepada defendan berbanding versi plaintif bahawa transaksi pindah milik tersebut adalah atas dasar jual beli. [30] Di dalam mencapai keputusan sedemikian, Mahkamah ini mendapati HMS yang bijaksana bukan sahaja bersandarkan kepada Surat Indemniti yang diterima oleh HMS sebagai sah dan berkuatkuasa, tetapi turut membuat penilaian terperinci mengenai keterangan plaintif dan defendan serta turut membuat inferen dari fakta-fakta selainnya iaitu daripada transkripsi perbualan whatsapp di antara plaintif dan defendan yang menunjukkan konsistensi pembelaan defendan. [31] Penilaian-penilaian dan dapatan HMS yang tersebut telah dinyatakan dengan jelas oleh HMS di dalam Alasan Penghakimannya, antara lainnya, seperti berikut:- “(23) Di dalam kes ini, sepanjang perbicaraan iaitu pada ketika di peringkat pemeriksaan balas, Plaintif telah mengakui fakta-fakta berikut :- i. Plaintif mengakui telah menandatangani Surat Indemniti bertarikh 10/5/2018 tersebut; ii. Plaintif mengakui bahawa Plaintif tiada bukti langsung bahawa pemilik asal motokar-motokar tersebut meminta wang hasil daripada jualan kenderaan tersebut; iii. Plaintif mengakui bahawa sebelum Mei 2018, Plaintif tidak pernah memindah milik motokar kepada Defendan untuk dijual kepada pihak ketiga. Ini merupakan kali pertama Plaintif memindah milik kenderaan kepada Defendan; iv. Plaintif mengakui kesemua transaksi jual beli kenderaan sebelum Mei 2018 dijual terus (“direct”) oleh Plaintif kepada pihak ketiga (“pembeli”); v. Plaintif mengakui bahawa sekiranya motokar tersebut bertujuan untuk dijual kepada pihak ketiga, ia tidak perlu dipindah milik kepada Defendan; vi. Plaintif juga mengakui bahawa Plaintif tidak menafikan kenyataan Defendan apabila Defendan menyatakan motokar tersebut telah dikontra untuk menyelesaikan hutang Plaintif kepada Defendan; vii. Plaintif mengakui berhutang kepada Defendan dan telah kontra hutangnya kepada Defendan. Pengakuan ini dibuat melalui mesej audio oleh Plaintif kepada Defendan melalui aplikasi Whatsapp; viii. Plaintif turut mengakui bahawa Plaintif meminjam sebanyak RM50,000-00 lagi daripada Defendan dan bahawa Plaintif akan memulangkan RM50,000-00 kepada Defendan apabila Plaintif mempunyai wang;
24
Oleh itu, berdasarkan kepada pengakuan-pengakuan oleh Plaintif tersebut di atas, jelas membuktikan akan fakta bahawa kedua-dua buah motokar tersebut sebenarnya telah dipindahmilik secara terus oleh Plaintif kepada Defendan bagi tujuan untuk kontra hutang Plaintif yang berjumlah sebanyak RM380,000-00 kepada Defendan di dalam kes ini. Sila rujuk kes HSBC Bank Malaysia Bhd (formerly known as Hong Kong Bank Malaysia Bhd) lwn LH Timber Products Sdn Bhd (formerly known as Ho Urn Sawmill Sdn Bhd) & Ors [2005] 6 MLJ 625.
25
Oleh itu, berdasarkan kepada alasan-alasan tersebut di atas, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah mendapati bahawa Plaintif telah gagal untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan di dalam kes ini dan tuntutan Plaintif terhadap Defendan seharusnya ditolak dengan kos…Sila rujuk kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan (as executor to SL Alameloo Achi alias Sona Lena Alamelo Acho, deceased) & Anor lwn Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697 dan Seksyen 101 Akta Keterangan 1950.” [32] Dalam hal ini, Mahkamah ini berpandangan bahawa analisis, dapatan dan rumusan HMS mengenai terdapatnya pengakuan-pengakuan di pihak plaintif yang menunjukkan pindahmilik kedua-dua motokar tersebut adalah sebagai kontra hutang merupakan dapatan-dapatan HMS yang wajar untuk dihormati berdasarkan kelebihan yang ada pada HMS selaku hakim bicara yang telah mendengar dan melihat saksi-saksi secara terus di hadapan beliau. [33] Selain itu, tindakan defendan yang terus membuat laporan polis selepas beliau menerima notis tuntutan daripada peguam plaintif menunjukkan konsistensi pembelaan defendan sedari mula bahawa defendan tidak pernah atau setuju ada berhutang dengan plaintif yang berbangkit daripada pindah milik kedua-dua motokar tersebut. Keadaan ini pula berbeza dengan plaintif yang tidak pernah pada bila-bila masa membuat laporan polis terhadap defendan walau pun di dalam keterangannya telah membuat pelbagai alegasi yang serius terhadap defendan termasuk memalsukan urusan pindahmilik kedua-dua kenderaan tersebut. Dalam hal keterangan yang sebegini, Mahkamah ini berpandangan HMS tidak terkhilaf apabila membuat dapatan untuk lebih mempercayai versi defendan berbanding plaintif sebagai mana dinyatakan di dalam Alasan Penghakimannya seperti berikut: - “[21] Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa kegagalan plaintif untuk membuat dan mengemukakan sebarang laporan polis terhadap defendan boleh menimbulkan inferens yang munasabah bahawa kesemua fakta-fakta yang cuba dibangkitkan oleh plaintif adalah sebenarnya tidak wujud ataupun tidak berlaku sama sekali dan berkemungkinan besar ianya sengaja diada-adakan ataupun ditimbulkan oleh Plaintif di dalam tindakan ini …” [34] Seterusnya, dapatan HMS yang menerima Surat Indemniti yang dikemukakan oleh defendan sebagai sah dan berkuatkuasa juga merupakan fakta yang wajar untuk dihormati dan tidak patut untuk diubah dengan sewenang-wenangya melainkan sekiranya ditunjukkan sebaliknya. [35] Bagi diri saya sendiri, saya tidak dapat menerima hujahan plaintif yang menyatakan bahawa Surat Indemniti tersebut sebagai tidak sah. Ini kerana plaintif sendiri dalam keterangannya tidak menafikan bahawa beliau telah menandatangani Surat Indemniti tersebut. Selain itu, Surat Indemniti tersebut juga telah disetemkan dengan sewajarnya. [36] Oleh yang demikian, apabila Surat Indemniti tersebut diterima oleh HMS sebagai bukti dokumentari bagi menunjukkan bahawa transaksi pindah milik kedua-dua motokar tersebut adalah sebagai kontra hutang plainitf dengan defendan, maka prinsip ‘parol evidence rule’ adalah terpakai iaitu tiada keterangan lain yang kononnya menyanggahi atau mengurangkan atau menambah terma-terma di dalam dokumen tersebut boleh diterima sebagai keterangan oleh Mahkamah (rujuk Eng Mee Yong v Letchumanan [1979] 2 MLJ 212, Privy Council). [37] Prinsip ini juga bersumber dari seksyen 91, seksyen 92 dan seksyen 94 Akta Keterangan 1950 yang memperuntukkan seperti berikut: - “Evidence of terms of contracts, grants and other dispositions of property reduced to form of document 91. When the terms of a contract or of a grant or of any other disposition of property have been reduced by or by consent of the parties to the form of a document, and in all cases in which any matter is required by law to be reduced to the form of a document, no evidence shall be given in proof of the terms of the contract, grant or other disposition of property or of the matter except the document itself, or secondary evidence of its contents in cases in which secondary evidence is admissible under the provisions hereinbefore contained. **** Exclusion of evidence of oral agreement 92. When the terms of any such contract, grant or other disposition of property, or any matter required by law to be reduced to the form of a document, have been proved according to section 91, no evidence of any oral agreement or statement shall be admitted as between the parties to any such instrument or their representatives in interest for the purpose of contradicting, varying, adding to, or subtracting from its terms:” **** Exclusion of evidence against application of document to existing facts 94. When language used in a document is plain in itself and when it applies accurately to existing facts, evidence may not be given to show that it was not meant to apply to such facts. [38] Selain itu, untuk melayakkan Surat Indemniti tersebut ditolak atas alasan bahawa ia tidak sah, Mahkamah ini berpandangan plaintif mempunyai kewajipan untuk mengemukakan bukti di atas imbangan kebarangkalian bahawa Surat Indemniti tersebut adalah batal (void) dari sudut undang-undang kontrak. Ini kerana kontrak berbentuk ‘indemnity’ sebagai mana Surat Indemniti tersebut merupakan sejenis kontrak yang lazimnya sah diterima di sisi undang-undang kontrak sebagai mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 77 Akta Kontrak 1952 seperti berikut: -
77
“Contract of indemnity” A contract by which one party promises to save the other from loss caused to him by the conduct of the promisor himself, or by the conduct of any other person, is called a “contract of indemnity”. [39] Oleh yang demikian, unsur-unsur yang boleh menyebabkan sesuatu kontrak menjadi terbatal (void) seperti frod atau paksaan atau kesilapan atau lain-lain sebab matan di sisi undang-undang kontrak hendaklah diplid secara jelas dan dibuktikan secara khusus oleh plaintif. Sehubungan itu, hanya dengan membangkitkan isu-isu mengenai tiada bukti bila pemberian hutang dibuat, tiada rekod-rekod hutang atau tiada bukti tuntutan hutang pernah dibuat oleh defendan terhadap plaintif sebagai mana yang dibangkitkan oleh peguam plaintif semasa defendan diperiksa balas, adalah nyata tidak mencukupi bagi membolehkan keesahan Surat Indemniti tersebut disangkal. [40] Berdasarkan kedududan tersebut juga, Mahkamah ini tidak nampak apa-apa kekhilafan di pihak HMS apabila menerima Surat Indemniti tersebut sebagai keterangan bagi menyokong versi pembelaan defendan bahawa pindah milik kedua-dua motokar tersebut adalah sebagai kontra hutang di antara plaintif dengan defendan. [41] Akhir sekali, selepas meneliti Alasan Penghakiman HMS dan Nota-Nota Keterangan secara keseluruhannya, saya berpuashati bahawa dapatan yang dibuat oleh HMS di dalam Alasan Penghakiman beliau adalah selaras dan disokong dengan keterangan-keterangan lisan dan dokumentari yang dikemukakan oleh pihak-pihak semasa perbicaraan. Oleh yang demikian tidak ada sebab yang mewajarkan Mahkamah ini mengubah keputusan HMS yang bijaksana dalam menolak keseluruhan tuntutan plaintif terhadap defendan di sini dengan kos. Penutup [42] Berdasarkan alasan-alasan yang dikemukakan di atas, Mahkamah ini dengan hormatnya menolak rayuan plaintif terhadap keputusan HMS dengan kos tertakluk kepada fi alokator. Tarikh: 05 OKTOBER 2023 …………………………………………. (NOOR HISHAM BIN ISMAIL) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi, Johor Bahru Peguam untuk Perayu/Plaintif: Encik A Ravikumar Tetuan Zulaila & Associates Klang, Selangor Peguam untuk Responden/Defendan: Encik C. Sakaran bersama-sama Puan Maithily a/p Manoher C. Sankaran & Co. Johor Bahru Kes-kes yang dirujuk:
1
Dream Property Sdn Bhd v. Atlas Housing Sdn Bhd [2015] 2 MLJ 441;
2
Ng Hoo Kui & Anor v. Wendy Tan Lee Peng, Administrator of The Estates of Tan Ewe Kwang, Deceased & Ors [2020] 10 CLJ 1;
3
Nor Azlina Abdul Aziz v. Expert Project Management Sdn Bhd [2017] 5 CLJ 58;
4
Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372;
5
Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz) v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1;
6
Eng Mee Yong v Letchumanan [1979] 2 MLJ 212. Undang-undang yang dirujuk:
1
Seksyen 91, Seksyen 92 dan Seksyen 94 Akta Keterangan 1950;
2
Seksyen 77 Akta Kontrak 1952.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.