Content
1 (Dalam Perkara Di Mahkamah Sesyen Di Kuala Lumpur Dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Saman Pemula No.: WA–A54–144–10/2023 ANTARA Cheah Weng Seng ...Plaintif DAN Cheras Property Sdn Bhd, ...Defendan ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 23 yang diputuskan pada 22.5.2025) PENGENALAN [1] Ini adalah alasan penghakiman saya bagi keputusan yang di buat pada 22.5.2025 menolak permohonan oleh defendan pertama untuk prosiding di dalam kes ini digantung. LATAR BELAKANG [2] Melalui Lampiran 23, Defendan Pertama memohon untuk Penggantungan Prosiding di dalam tindakan ini digantung sehingga pelupusan muktamad Permohonan Penyatuan prosiding yang difailkan oleh Defendan Pertama pada 22.2.2024 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Guaman No: WA-A52NCVC- 1083- 12/2023. S/N jnmic6lWM06zKYGrbyI9bw [3] Setelah meneliti permohonan defendan pertama, afidavit-afidavit , hujahan kedua dua pihak, saya mendapati tiada keadaan khas yang mewajarkan penggantungan prosiding. Maka, permohonan defendan pertama ditolak dengan kos di dalam kausa. [4] Permohonan pihak Defendan Pertama menurut Aturan 4 Kaedah 1 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau menurut bidang kuasa Mahkamah. Alasan-alasan permohonan ini adalah antara lain seperti berikut:- a) Defendan Pertama di dalam Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Guaman No: WAA52NCVC-1083-12/2023 (”Guaman 1083 tersebut”) telah memfailkan suatu Permohonan Penyatuan Prosiding yang masih belum lagi didengar dan malah belum lagi diberikan arahan untuk pemfailan afidavit-afidavit dan hujahan-hujahan kerana arahan Mahkamah adalah untuk Permohonan pembatalan Plaintif di dalam Guaman 1083 tersebut didengar dan dilupuskan terlebih dahulu. Namun begitu sehingga kini tarikh Pendengaran bagi permohonan pembatalan tersebut masih belum lagi ditetapkan. b) Sekiranya prosiding tindakan ini tidak digantung, tindakan ini akan berpotensi untuk dibicarakan terlebih dahulu dan kedua-dua Mahkamah di dalam tindakan ini dan Guaman 1083 tersebut akan berpotensi untuk memberikan dua (2) keputusan yang berbeza. c) Plaintif di dalam memfailkan permohonan pembatalan Writ dan Pernyataan Tuntutan di dalam Guaman 1083 tersebut telah menyatakan antara lain bahawa terdapatnya penggandaan prosiding (multiplicity of proceedings) di dalam kedua-dua tindakan ini. d) Walaupun kesemua dakwaan Plaintif di dalam permohonannya di Guaman 1083 tersebut telah dinafikan oleh Defendan Pertama dan ditambah lagi dengan permohonan penyatuan prosiding yang telah difailkan oleh Defendan Pertama, namun sekiranya S/N jnmic6lWM06zKYGrbyI9bw prosiding tindakan ini tidak di tangguh sehingga pelupusan Permohonan Penyatuan Prosiding tersebut, kesan mendahului akan berlaku di dalam tindakan ini dan akan memberi potensi untuk Writ dan Pernyataan Tuntutan Defendan Pertama di Guaman 1083 dibatalkan. e) Plaintif tidak akan sekali-kali di prejudis sekiranya permohonan penggantungan prosiding ini dibenarkan oleh Mahkamah yang Mulia ini dan Plaintif dalam apa jua cara masih boleh dipampas dengan kos. f) Sekiranya permohonan penggantungan prosiding ini tidak dibenarkan, Permohonan Penyatuan Prosiding tersebut berserta Guaman 1083 tersebut keseluruhannya adalah kini bersifat akademik dan sia-sia. TUNTUTAN PLAINTIF [4] Pada 27.10.2023 Plaintif telah memfailkan Saman Pemula ini bersama Afidavit Sokongan Plaintif tersebut terhadap Defendan-Defendan dengan relif-relif berbentuk deklarasi antara lain seperti berikut:-