Content
35 konteks ini, barangan tersebut perlu dinilai seolah-olah ianya tidak pernah dipulangkan, dan Perayu perlu menanggung akibat penuh daripada kegagalannya mematuhi perintah mahkamah.
JA-12BNCC-3-09/2020
High Court of Malaysia29 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
35 konteks ini, barangan tersebut perlu dinilai seolah-olah ianya tidak pernah dipulangkan, dan Perayu perlu menanggung akibat penuh daripada kegagalannya mematuhi perintah mahkamah.
81
Setelah meneliti ketiga-tiga cabang hujahan ini, Mahkamah berpuas hati bahawa:
i
Dakwaan kegagalan mitigasi oleh Responden tidak berasas, kerana mitigasi tidak boleh digunakan untuk mengalih kewajipan pemulangan yang telah ditetapkan oleh perintah mahkamah, dan Responden tidak wajib mengambil langkah yang bercanggah dengan haknya di bawah perintah tersebut;
II
(ii) Kegagalan memanggil pembuat PO tidak menjejaskan kebergantungan terhadap PO sebagai dokumen perniagaan yang sah, apatah lagi bila ketulenan rekod tidak dicabar dan tiada bukti alternatif dikemukakan oleh Perayu; dan
III
(iii) Dakwaan bahawa barangan “sedia dikutip” tidak mengubah hakikat bahawa tiada pemulangan sebenar berlaku dan tidak boleh mengurangkan liabiliti Perayu yang terus memegang barangan tersebut tanpa mematuhi perintah pemulangan. S/N l67kdd7J0E2zF1vws9q3xw
82
Oleh itu, Mahkamah menolak keseluruhan hujahan Perayu di bawah Isu 5. Hujahan-hujahan ini tidak menunjukkan sebarang ralat undang-undang atau fakta di pihak Hakim Sesyen yang boleh membenarkan campur tangan Mahkamah ini.
83
Setelah meneliti keseluruhan rekod rayuan, dokumen, alasan berkaitan, Mahkamah memutuskan bahawa:
1
Dapatan Hakim Sesyen bahawa tiada satu pun barangan dipulangkan adalah betul dan disokong keterangan
2
Isu kuantiti adalah ‘res judicata’ dan tidak boleh dibuka semula.
3
Kaedah taksiran berdasarkan ‘Purchase Orders’ dan nilai penuh adalah tepat dalam keadaan tiada pemulangan.
4
Tiada ‘misdirection’, ‘misapprehension of evidence’, atau kesalahan ‘plainly wrong’ oleh Mahkamah Sesyen.
5
Rayuan Perayu adalah berasaskan penilaian semula fakta, yang tidak dibenarkan pada peringkat ini.
6
Keseluruhan alasan Perayu tidak cukup untuk mengetepikan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen. S/N l67kdd7J0E2zF1vws9q3xw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.