Subsection
(4) Before the Disciplinary Board makes an order under subsection (2) or any order that is likely to be adverse against an advocate and solicitor under subsection (3); it shall notify the advocate and solicitor of its intention to do so and give him a reasonable opportunity to be heard. [18] Menurut YA PK, LTPP telah memberi peluang yang munasabah kepada Perayu untuk didengar sebelum membuat keputusan. Eksibit CR-8 iaitu Perintah LTPP mengesahkan bahawa Lembaga Tatatertib telah menimbang hujahan bertulis dan lisan Perayu dan mendengar Perayu dan peguam cara Perayu sebelum membuat keputusan. [19] YA PK mendapati tiada keterangan dalam rekod prosiding Jawatankuasa Tatatertib yang menunjukkan bahawa Encik Balarajah a/I Subramaniam sebagai Pengerusi telah bertindak secara tidak adil dan/atau berat sebelah. Juga tiada keterangan bahawa beliau sebagai Pengerusi telah memberi harapan palsu kepada Perayu dan telah bertindak menyerang Perayu semasa prosiding tatatertib sepertimana yang didakwa Perayu. YA PK mendapati ianya hanyalah pengataan kosong Perayu tanpa sebarang keterangan sokongan. Apa pun keadaannya, YA PK mendapati Perayu tak dapat menunjukkan bagaimana ia telah memprejudiskan Perayu. Pada hemat kami, YA PK tidak terkhilaf. Kami bersependapat dengan dapatan beliau bagi isu ini. [20] Seterusnya, YA PK mendapati tidak boleh dikatakan bahawa laporan dan cadangan Jawatankuasa Tatatertib dan keputusan LTPP adalah “null and void” sepertimana yang didakwa oleh Perayu. Sekali lagi, kami bersetuju dengan dapatan YA PK tersebut. [21] Selanjutnya, YA PK mendapati Responden melalui Eksibit CR-1 telah menyenaraikan salah laku Perayu. Dapatan dan cadangan Jawatankuasa Tatatertib adalah berdasarkan salah laku Perayu seperti yang diadu oleh Responden dalam aduan tersebut di atas, sebelum beliau mendapati Perayu adalah “guilty of grossly improper conduct and there are no mitigating factors”. Ekoran dari itu, YA PK mendapati dapatan dan cadangan Jawatankuasa Tatatertib adalah dalam lingkungan aduan yang dibuat oleh Responden terhadap Perayu. Pada hemat kami YA PK tidak terkhilaf dalam dapatannya. Dapatan kami adalah selari dengan dapatan YA PK dalam hal ini. [22] Berhubung dakwaan Perayu yang beliau tidak diserahkan laporan dan rekod prosiding Jawatankuasa Tatatertib, YA PK mendapati Eksibit CR-6 membuktikan sebaliknya. Ia menunjukkan bahawa Perayu telah menerima dokumen tersebut. Dapatan YA PK bagi isu ini adalah tepat pada hemat kami. [23] Berhubung ketiadaan pertuduhan, keputusan kes Majlis Peguam Malaysia v. Rajehgopal Velu & Anor (2017] 2 MLRA 1 adalah membantu, di mana Mahkamah memutuskan sepertimana berikut: “[29] We agree with the learned counsel for the appellant that there is no provision in the LPA or the 1994 Rules requiring a charge to be specifically framed or preferred against an advocate and solicitor in disciplinary proceedings. … [42] As stated earlier, there is no requirement either under the LPA or under the 1994 Rules requiring a charge to be framed against the 1st respondent. The DB and the DC was at liberty to proceed with the disciplinary proceedings against the 1st respondent without having to specifically frame a formal charge against him provided, to borrow the words of Nik Hashim FCJ in Lembaga Jurutera Malaysia v. Leong Pui Kun (supra), 'the procedure adopted was not in breach of any specific provision of the Act and did not result in a denial of natural justice' to the 1st respondent. [24] Berdasarkan kes tersebut pada hemat kami dapatan YA PK bahawa tiada keperluan di bawah undang-undang untuk Jawatankuasa Tatatertib merangka suatu pertuduhan dalam prosiding tatatertib adalah betul. Oleh itu, ketinggalan untuk merangka suatu pertuduhan di sini bukanlah merupakan ketidakpatuhan kepada u n d an g-un d ang . Kami bersetuju dengan dapatan YA PK. [25] Berhubung alasan Perayu bahawa laporan dan cadangan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib adalah salah dari segi undang-undang dan tidak selaras dengan “burden and standard of proof”, YA PK mendapati ianya tidak bermerit kerana kegagalan peguam Perayu untuk mengemukakan sebarang autoriti bagi menyokong hujahan tersebut. Tambahan pula, Peguam Perayu tidak berhujah apakah “burden and standard of proof” dalam prosiding Tatatertib di hadapan Jawatankuasa Tatatertib. [26] Berkait isu ini, YA PK sekali lagi merujuk kepada kes Majlis Peguam Malaysia v. Rajehgopal Velu & Anor [supra] di mana dalam keadaan serupa/seakan, Mahkamah menyatakan seperti berikut: “[33] It is trite principle that a disciplinary committee of a profesional body is entitled to conduct its disciplinary hearing in respect of a member of the body in whatever way it deems appropriate provided that the method or manner it adopts is not in breach of any specific provisions of the relevant statutes or regulations and does not result in a denial of natural justice to the member concerned. [34] In Lim Ko & Anor v. Board of Architects [1966] 1 MLRA 772, the Federal Court held, inter alia, that the proceedings of disciplinary tribunals or committees conducting an inquiry are by no means bound by the strict rules which apply to criminal trials. A legalistic approach is not appropriate in those proceedings. The same principle was adopted by the Federal Court in Tan Hee Lock v. Commissioner for Federal Capital & Ors And Another Case [1973] 1 MLRA 416, Tanjung Jaga Sdn Bhd v. Minister of Labour and Manpower & Anor [1986] 1 MELR 14; [1986] 1 MLRA 366 and by the Court of Appeal in Hj Ali Hj Othman v. Telekom Malaysia Bhd [2003] 1 MELR 7; [2003] 1 MLRA 296.” [27] Oleh itu, kami juga bersetuju dengan dapatan YA PK berhubung isu di atas. [28] Mengenai isu bahawa Perayu tidak bertindak bagi pihak Responden dan Responden bukan anak guam beliau, YA PK bersetuju dengan hujahan peguam Responden dan peguam Pencelah bahawa suatu aduan boleh dibuat terhadap Perayu walaupun Perayu bukan peguam Responden kerana Akta membenarkan aduan sedemikian dibuat. Aduan Responden terhadap Perayu melibatkan salah laku Perayu sebagai peguam dan bukannya kecuaian. Salah laku tidak terhad kepada hubungan peguam dan anak guam. Kami sekali lagi bersetuju dengan YA PK. [29] Akhir sekali, mengenai isu bahawa Responden bersetuju untuk menarik balik aduan terhadap Perayu, YA PK mendapati rekod prosiding di hadapan Jawatankuasa Tatatertib tidak menunjukkan perkara sedemikian terjadi. Sebaliknya, keterangan melalui Eksibit CR-6 menunjukkan bahawa wakil Responden mahu Responden meneruskan dengan aduannya terhadap Perayu. Tambahan lagi, Perayu masih belum membuat bayaran RM30,000-00 kepada Responden sepertimana yang dijanjikan. YA PK dengan itu, mendapati tiada persetujuan Responden untuk menarik balik aduannya terhadap Perayu. Kami bersetuju dengan dapatan YA PK. Rumusan: [30] Berdasarkan alasan di atas kami sebulat suara mendapati rayuan Perayu tidak mempunyai merit. Perayu gagal menunjukkan bahawa Lembaga Tatatertib dan atau Jawatankuasa Tatatertib telah “erred in principle, or had overlooked, misconceived, or disregarded some material matter of fact, or to have failed to act judicially” terhadap Perayu. Oleh itu YA PK tidak terkhilaf dan tidak melakukan sebarang “appellable error” dalam menolak Usul Pemula (Lampiran1) Perayu. Oleh itu rayuan Perayu di tolak dengan kos. t.t AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia Bertarikh: 22 Mac 2024 Kes-kes yang dirujuk