Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; dan (c) Berat dadah tidak kurang 5gram dan tidak lebih 30gram dadah jenis Methamphetamine sepertimana peruntukkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen Pertama : Barang kes dadah adalah dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT [29] Bagi elemen pertama, Mahkamah merujuk kepada kes Chan Pean Leon v Public Prosecutor [1956] 1 MLJ 237, di mana YA Hakim Mahkamah Rayuan, Thomson dalam mentafsirkan terma milikan telah menyatakan yang berikut:- "Possession" itself as regards the criminal law is described as follows in Stephen's Digest (9th Edition, page 304):-- "A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need." (emphasis ours) To put it otherwise, there is a physical element and a mental element which must both be present before possession is made out. The accused must not only be so situated that he can deal with the thing as if it belonged to him, for example have it in his pocket or have it lying in front of him on a table. It must also be shown that he had the intention of dealing with it as if it belonged to him should he see any occasion to do so, in other words, that he had some animus possidendi. Intention is a matter of fact which in the nature of things cannot be proved by direct evidence. It can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Whether these surrounding circumstances make out such intention is a question of fact in each individual case. If a watch is in my pocket then in the absence of anything else the inference will be clear that I intend to deal with it as if it were my own and accordingly I am in possession of it. On the other hand, if it is lying on a table in a room in which I am but which is also frequently used by other people then the mere fact that I am in physical proximity to it does not give rise to the inference that I intend to deal with it as if it belonged to me. There must be some evidence that I am doing or having done something with it that shews such an intention. Or it must be clear that the circumstances in which it is found shew such an intention. It may be found in a locked room to which I hold the key or it may be found in a drawer mixed up with my own belongings or it may be found, as occurred in a recent case, in a box under my bed. The possible circumstances cannot be set out exhaustively and it is impossible to lay down any general rule on the point. But there must be something in the evidence to satisfy the Court that the person who is physically in a position to deal with the thing as his own had the intention of doing so. It is true that in prosecutions under the Dangerous Drugs Ordinance a lack of evidence in this connection may be made good by the statutory presumptions contained in that Ordinance. But there are no such presumptions in the Common Gaming Houses Ordinance nor are there any such presumptions in relation to possession of stolen property. … If the thing, as in Toh's case, is in a box which itself is in the possession of the accused it must be proved that he knew what was in the box. If, as in Lee's case, it was a lottery document it must be proved that he knew it was a lottery document. Here again knowledge cannot be proved by direct evidence, it can only be proved by inference from the surrounding circumstances. Again the possible variety of circumstances which will support such an inference is infinite. There may be something in the accused's behaviour that shews knowledge, or the nature of the thing may be so obvious that it is possible to say "he must have known what it was" or, again in cases under the Dangerous Drugs Ordinance, there may be a statutory presumption which fills a gap in the evidence. [30] Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v. Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 337 di mana Mahkamah Persekutuan menyatakan seperti berikut: “If there is assent to the control of a thing, either after having the means of knowledge of what the thing is or contains or being unmindful whether there are means of knowledge or not, then ordinarily there will be possession. If there is some momentary custody of a thing without any knowledge or means of knowledge of what the thing is or contains then, ordinarily, I would suppose that there would not be possession. If, however, someone deliberately assumes control of some package or container, then I would think that he is in possession of it. If he deliberately so assumes control knowing that it has contents, he would also be in possession of the contents. I cannot think that it would be rational to hold that someone who is in possession of a box which he knows to have things in it is in possession of the box but not in possession of the thing in it. If he had been misinformed or misled as to the nature of the contents, or if he had made a wrong surmise as to them, it seems to me that he would nevertheless be in possession of them.." [31] Berdasarkan nas-nas otoriti di atas, ia jelas bahawa dadah yang dijumpai dalam seluar pendek P11B yang dipakai oleh OKT ketika tangkapan berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT. Ini kerana ketika pemeriksaan dijalankan oleh SP1, OKT sedang memakai seluar P11B tersebut yang mana menunjukkan proximity OKT dengan barang kes dadah yang dijumpai. Keterangan ini disokong oleh SP7 sebagai pegawai penyiasat serta dengan ekshibit P4 dan P7 yang telah ditanda tangani oleh OKT sendiri. [32] Tambahan lagi reaksi OKT yang berada dalam keadaan cemas dan terkejut juga adalah relevan dan diterima pakai di bawah seksyen 8 Akta Keterangan 1950. Pelbagai nas otoriti yang telah membincangkan isu reaksi OKT dan di sini mahkamah mendapati keterangan SP1 tentang reaksi OKT yang cemas dan terkejut adalah diterima pakai mengikut peruntukkan tersebut. [33] Seterusnya dengan jelasnya isu milikan, Mahkamah merujuk kepada anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes Surentheran Selvarajah v PP [2005] 2 CLJ 264 yang mana ianya jelas bahawa OKT mempunyai pengetahuan tentang dadah tersebut. Dengan itu, Mahkamah mendapati proximity barang kes yang berada di atas badan OKT serta dengan reaksi OKT serta anggapan seksyen 37(d) tersebut menunjukkan bahawa OKT mempunyai milikan, kawalan dan pengetahuan terhadap dadah yang dirampas. [34] Walau bagaimanapun, pihak pembelaan telah membangkit beberapa isu berkenaan elemen ini iaitu : (a) Tidak wajar untu P7 diambil kira sebagai keterangan kerana tempat rampasan seluar adalah di IPD Muallim, bukan di rumah, dan tiada rekod pertukaran seluaran. Juga kerana P7 ditandatangani oleh OKT di tempat kejadian tetapi SP1 telah membuat penambahan pada P7 di pejabat. (b) Memandangkan SP6 dan SP7 tidak terlibat dalam tangkapan maka siasatan SP7 tentang tempat kejadian adalah andaiannya. (c) Percanggahan keterangan dimana P20K menunjukkan tempat 11 paket plastik dijumpai tetapi P7 menunjukkan terdapat barang kes lain yang dijumpai. Alasan SP7 untuk menjimatkan ruang tentang percanggahan ini adalah tidak munasabah. [35] Di sini, Mahkamah mempunyai tugas untuk meneliti sama ada isu-isu tersebut menyangkal elemen pertama ini atau tidak. Bagi isu pertama, Mahkamah merujuk semula keterangan SP1 dimana SP1 telah mengesahkan dalam pemeriksaan semula bahawa ketika tangkapan dilakukan, OKT memakai P11B dan ia adalah tidak wajar untuk meminta OKT menanggalkan seluarnya di tempat kejadian, dan OKT berada di bawah kawalan dan pemerhatian SP1 sehingga diserahkan kepada SP7. Di sini Mahkamah mendapati bahawa ianya jelas bahawa rampasan yang dibuat oleh SP1 adalah di tempat kejadian dan hanya pertukaran seluar dibuat di IPD Muallim. Mahkamah menerima penjelasan SP1 bahawa ia tidak wajar untuk SP1 meminta OKT menanggalkan seluarnya di tempat kejadian kerana Mahkamah dapati tempat tersebut adalah suatu kawasan terbuka dan OKT berada di bawah kawalan SP1 sepanjang masa sehingga diserahkan kepada SP7. Ia adalah tidak wajar bagi Mahkamah untuk menolak P7 kerana sememangnya tempat rampasan adalah di tempat kejadian. [36] Dalam isu pertama ini juga pihak pembelaan membangkitkan bahawa P7 ditandatangani oleh OKT di tempat kejadian tetapi SP1 telah membuat penambahan pada P7 di pejabat. Setelah meneliti keterangan SP1 Mahkamah dapati SP1 nyatakan bahawa P7 disediakan di tempat kejadian dan telah ditandatangani oleh OKT di sana tetapi tandaan H, HH dan H1-H11 dibuat di pejabatnya. Di sini, Mahkamah merujuk kepada kes Mijan bin Mohd Deros v PP [2009] 1 MLJ 852 dimana Mahkamah Rayuan telah menjelaskan seperti berikut : “[22]....Be that as it may, we cannot find any requirement under the law that such exhibits must be marked in the presence of the accused person...” [37] Berdasarkan otoriti Mahkamah Rayuan tersebut, ianya jelas bahawa tiada peruntukkan undang-undang yang menyatakan bahawa barang kes perlu ditanda di hadapan. Seterusnya Mahkamah merujuk kepada kes San Soo Ha v Public Prosecutor [1968] 1 MLJ 34 dimana Mahkamah telah nyatakan seperti berikut: “...The third ground of appeal is that the provisions of section 64 of the Criminal Procedure Code had not been complied with. In my view, the provisions of the section are to be strictly followed to the extent it is possible to ensurethat the incriminating articles obtained as a result of the search were recovered as alleged and leaves no room for doubt and to exclude the possibility of any concoction or malpractice of any kind. This section bears some resemblance to section 103 of the Indian Criminal Procedure Code which is more exhaustive than ours. Conviction or acquittal of an accused person invariably depends upon the credibility of witnesses as assessed by the trial court and never on the question whether a particular legal procedure has been complied with. The most that can be said about the failure to comply with the provision relating to search list is that it may cast doubt upon the bona fides of the parties conducting the search and accordingly afford ground for scrutiny; but if after close scrutiny the court arrives at the conclusion that the stolen articles were recovered from the possession of the accused person, it is obviously no defence to say that the evidence was obtained in an irregular manner. There is nothing in the law which makes such evidence inadmissible. (See Bashir Emperor AIR 1932 All 185; Bhattacharjee Emperor AIR 1940 Cal 85). In the present case the learned president had explored the evidence and came to the conclusion that the stolen articles were recovered from the possession of the appellant. I am therefore unable to see how the failure to prepare a search list by itself would entitle the appellant to an acquittal...” [38] Berdasarkan kes tersebut, ianya jelas bahawa kegagalan mematuhi prosedur bukanlah satu alasan untuk mahkamah melepaskan atau menyabitkan sesorang kerana apa yang penting adalah keterangan lisan saksi di Mahkamah. Dalam kes ini, SP1 telah dalam keterangan lisannya di Mahkamah menjelaskan bahawa penandaan dibuat ketika dia berada di IPD Muallim dan kemudian telah ditambah penandaan itu di P7. Jadi apa yang penting di sini adalah untuk Mahkamah teliti sama ada keterangan lisan SP1 adalah konsisten dengan keterangan SP7 tentang barang-barang kes yang dirampas agar tiada berlakunya putus dalam rantaian keterangan (chain of custody). Di sini Mahkamah mendapati bahawa ia benar bahawa SP1 seharusnya tidak menambahkan penandaan dalam P7 setelah tiba di IPD Muallim tetapi keterangan lisan SP1 dan SP7 adalah konsisten untuk rantaian barang kes dan penambahan oleh SP1 dalam borang bongkar hanyalah suatu ketidakpatuhan prosedur yang minimal dan bukannya menjurus kepada pertuduhan. [39] Mahkamah juga merujuk kepada nilai kepentingan suatu borang bongkar dalam kes Lee Chin Hon & Anor v Public Prosecutor [2020] MLJU 2573 yang mana Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa “...[86] As regards the Appellants’ contention that the preparation of Exhibit P3 was not prepared inside a stationary vehicle because the handwriting contained in Exhibit P3 seems to be too tidy, this Court finds that whether Exhibit P3 was prepared in a moving or stationery vehicle or not, it does not affect the Prosecution’s case against the Appellants. A seizure list is merely supporting document. As highlighted in the case of Mohd Rosni Safie v PP [2016] 1 LNS 1026, Choo Kah Sing JC (n as he then was) held that:- “[36] The Search List and Akuan Serah Menyerah Dokumen were merely two documents in support of the prosecution’s case. In the event they were not tendered in court, it could not disqualify SP2 to give oral evidence in regard to the movement of the incriminating drug. As long as the oral evidence given was coherent with the available evidence before the court. The oral evidence would suffice to refute the claim of any break in the chain of evidence, despite the absence of documentary evidence in support of the oral evidence...” [40] Dalam kes ini Mahkamah telah menyatakan dengan jelas bahawa borang bongkar adalah suatu dokumen sokongan dan ia tidak boleh membatalkan keterangan lisan saksi jika borang tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah. Justeru walaupun Mahkamah dalam kes ini tidak bersetuju dengan hujahan peguambela bahawa P7 harus dibatalkan, Mahkamah ingin menegaskan bahawa P7 hanya suatu dokumen sokongan dan sekali lagi yang membawa nilai utama adalah keterangan lisan SP1. Oleh itu, Mahkamah mendapati isu ini “does not negate” milikan, kawalan dan pengetahuan OKT terhadap dadah yang dirampas oleh SP1. [41] Bagi isu kedua bahawa ia adalah andaian SP7 tentang tempat kejadian kerana SP7 dan SP6 tidak terlibat dengan serbuan, Mahkamah mendapati sekali lagi isu ini adalah tidak relevan. Ini kerana SP6 sebagai jurufoto dan SP7 sebagai pegawai penyiasat sememangnya tidak terlibat dalam serbuan dan tangkapan kerana peranan mereka hanya berbangkit dalam tahap siasatan. SP1 juga telah memaklumkan tentang tangkapan kepada SP7 dan dokumen-dokumen seperti P4 dan P7 telah diserahkan kepada SP7 yang mana jelas tertulis tempat kejadian oleh SP1. Mahkamah juga mendapati keterangan SP1 dan SP7 menyokong satu sama lain dan dengan itu tiada isu tempat kejadian adalah andaian SP7. Mahkamah mendapati tiada keterangan yang menyangkal bahawa tempat yang dinyatakan oleh SP1 adalah tempat kejadian. [42] Bagi isu ketiga tentang tidak menulis kesemua barang kes di P20K, Mahkamah mendapati bahawa saksi-saksi pendakwaan telah mengecamkan semua barang kes yang dirampas dan P20K ini hanya sekadar dokumen sokongan. Kes Lee Chin Hon & Anor v Public Prosecutor (supra) dirujuk sekali lagi. Apa yang penting adalah keterangan lisan saksi-saksi pendakwaan dan di sini mereka telah dengan jelasnya mengecamkan semua barang kes yang dirampas dan bukan untuk Mahkamah melepaskan seseorang tertuduh kerana dokumen sokongan. Oleh itu, Mahkamah mendapati isu ini tidak relevan dalam menyangkal elemen pertama. [43] Justeru, Mahkamah mendapati dengan mengambil kira nas-nas otoriti serta fakta bahawa barang kes dijumpai dalam seluar yang dipakai oleh OKT ketika tangkapan, Mahkamah mendapati bahawa barang kes dadah tersebut berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT. Elemen Kedua : Barang kes dadah adalah dadah berbahaya jenis Methampethamine seperti mana dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [44] Bagi elemen ini, Mahkamah telah meneliti semula keterangan secara menyeluruh dan mendapati bahawa barang kes dadah yang dirampas dan dianalisa adalah dadah jenis Methamphetamine. Ini kerana SP8 sebagai pegawai kimia telah mengesahkan hasil analisanya dengan jelas bahawa dadah tersebut adalah 8.40g Methamphethamine. [45] Walau bagaimanapun, pihak pembelaan telah membangkit isu bahawa tarikh dan ujian yang dijalankan tidak dinyatakan dalam P14. Di sini, Mahkamah mendapati penjelasan SP8 dalam pemeriksaan balas bahawa ayat yang menyatakan kaedah ujian yang digunakan dan tarikh ujian dijalankan tidak dinyatakan dalam laporan kimia adalah hanya sebagai maklumat kepada pelanggan bahawa di dalam laporan kimia tidak akan dinyatakan kaedah ujian yang digunakan dan tarikh-tarikh ujian yang dijalankan adalah suatu penjelasan yang munasabah. Mahkamah juga mendapati SP8 telah menerangkan dengan jelas tarikh ujian dijalankan serta kaedah ujian yang digunakan untuk menganalisa barang kes dan tiada apa-apa keterangan yang menyangkal tarikh serta kaedah tersebut. [46] Mahkamah di sini juga mendapati dengan pengalaman dan kepakaran SP8 serta mengambil kira nas otoriti dalam kes Khoo Hi Chiang v Public Prosecutor and another appeal [1994] 1 MLJ 265 dan Chu Tak Fai v Public Prosecutor [2007] 1 MLJ 201, tiada sebab munasabah untuk mahkamah tidak menerima keterangan pakar SP8. Sepanjang perbicaraan keterangan SP8 adalah konsisten tanpa keterangan lain yang menyangkalnya serta tiada isu berbangkit tentang rangkaian barang kes yang terputus dengan SP8. [47] Justeru mahkamah ini menerima keterangan yang telah diberikan oleh SP8 bahawa berat bersih barang kes dadah tersebut ialah 8.40gram yang mengandungi dadah jenis Methamphetamine dan dadah jenis Methamphetamine adalah dadah berbahaya seperti mana disenaraikan dalam Bahagian III Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952. Elemen Ketiga : Berat dadah tidak kurang 5gram dan tidak lebih 30gram dadah jenis Methamphetamine sepertimana peruntukkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 [48] Bagi elemen ketiga ini, Mahkamah mendapati berat bersih dadah setelah dianalisa oleh SP8 adalah 8.40gram Methamphetamine yang mana ianya jelas termaktub di bawah peruntukkan seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. Tiada isu berbangkit bagi pembuktian elemen ini. Oleh itu, Mahkamah mendapati elemen ini telah dipenuhi oleh pihak pendakwaan. Isu-isu lain [49] Sepanjang perbicaraan berlangsung di tahap pendakwaan, Mahkamah mendapati terdapat beberapa isu yang berbangkit seperti berikut : (a) Rangkaian keterangan; (b) Seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950; dan (c) Kacau ganggu keterangan [50] Bagi isu rangkaian keterangan pihak pembelaan telah berhujah bahawa rangakaian keterangan terputus apabila terdapat percanggahan masa serahan antara keterangan SP1 dan SP7, tiada keterangan tentang keberadaan P11A dan P11B antara 5.4.2023 ke 8.8.2023 dan keberadaan barang kes selepas 15.2.2024. Di sini Mahkamah merujuk kepada kes Shah Irwan Ton v PP & Another Case [2013] 1 LNS 377 yang telah dihujahkan oleh pihak pendakwaan. [51] Setelah meneliti semula keterangan SP1 dan SP7 Mahkamah mendapati percanggahan masa selama 10 minit tersebut hanya mere discrepancies dan tidak menjurus kepada root of the charge. Perbezaan 10 minit tersebut adalah sangat nominal dan tidak sama sekali memutuskan apa-apa rangkaian keterangan kerana serahan barang kes antara SP1 dan SP7 adalah konsisten. [52] Bagi keberadaan barang kes antara tarikh 5.4.2023 hingga 8.8.2023, Mahkamah nerujuk semula kepada keterangan SP7 yang mana SP7 telah dengan jelasnya menerangkan bahawa barang kes P11A dan P11B telah disimpan dalam almari berkunci sebelum dihantar ke stor barang kes. Sepanjang perbicaraan juga saksi-saksi telah mengecamkan P11A dan P11B secara konsisten. Oleh itu, Mahkamah mendapati tiada rangkaian keterangan terputus bagi isu ini. [53] Bagi keberadaan barang kes selepas 15.2.2024, Mahkamah mendapati barang kes tersebut telah dibuka oleh SP1 pada tarikh 15.2.2024 dan telah ditandakan di Mahkamah. Selepas itu juga sepanjang perbicaraan, saksi-saksi telah mengecamkan barang kes secara konsisten tanpa apa-apa keraguan. Oleh itu, Mahkamah mendapati sekali lagi tiada terputusnya rangkaian keterangan dalam kes ini. [54] Seterusnya adalah isu seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dimana ibu OKT yang berada di rumah tidak dipanggil sebagai saksi pendakwaan dan tidak ditawarkan kepada pihak pembelaan. Secara asasnya ia adalah prinsip undang-undang bahawa ianya bidang kuasa pihak pendakwaan untuk memilih siapa yang akan dipanggil sebagai saksi dan juga bilangan saksi sepertimana peruntukkan seksyen 134 Akta Keterangan 1950 dan dinyatakan dalam kes Adel Muhammed El Dabbah v. Attorney General for Palestine [1944] AC 156 at 157. [55] Seterusnya, Mahkamah juga merujuk kepada kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 dan PP v. Dato’ Seri Anwar Ibrahim (No.3) [1999] 2 MLJ 1 yang mana jelas memperincikan peruntukkan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dengan jelas. [56] Mengikut nas-nas otoriti di atas, Mahkamah mendapati bahawa tiada adverse inferense di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang timbul apabila pihak pendakwaan tidak memanggil ibu OKT tersebut walaupun rakaman percakapannya telah diambil kerana pihak pendakwaan hanya perlu memanggil saksi-saksi yang akan membuktikan naratif suatu kes. Dalam kes ini naratif pihak pendakwaan adalah barang kes dijumpai dalam P11B yang dipakai oleh OKT, jadi ianya memadai untuk pihak pendakwaan memanggil saksi-saksi yang boleh membuktikan naratif tersebut. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa tiada adverse inferense di bawah sekyen 114(g) Akta Keterangan 1950 yang timbul daripada kegagalan memanggil atau menawarkan ibu OKT. [57] Isu terakhir yang berbangkit ketika bicara kes pendakwaan adalah isi kacau ganggu keterangan dimana pihak pembelaan menyatakan bahawa suntingan yang dibuat oleh SP7 terhadap P2D dan tiada sijil seksyen 90A selepas suntingan dibuat oleh SP7. Di sini Mahkamah mendapati SP6 sebagai jurufoto telah mengecamkan gambar P2D walaupun terdapat tandaan X tersebut. SP7 telah menerangkan bahawa tandaan X tersebut dibuat olehnya bagi menunjukkan lokasi OKT ditahan. Mahkamah mendapati ini tidak mengacau ganggu keterangan kerana SP6 sebagai pembuat dokumen asal telah mengecamkannya tanpa sebarang keraguan. Hanya tandaan X itu yang diletakkan oleh SP7 bagi indikasi tempat tangkapan yang mana tidak mengubah sebarang “characteristic” gambar tersebut. [58] Mahkamah juga merujuk kepada kes Abdul Rahman Mohd v PP [2021] CLJU 804 yang mana ianya jelas bahawa sijil seksyen 90A bukan suatu yang mandatori dan boleh digantikan dengan keterangan lisan oleh pembuat dokumen. SP7 telah memberikan keterangan lisan bahawa peralatan yang digunakan berada dalam keadaan baik. Oleh itu, Mahkamah mendapati tiada kacau ganggu keterangan yang berlaku dengan P2D. [59] Setelah membuat penelitian dan pernilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi dan ekshibit yang dikemukakan serta nas-nas otoriti undang-undang, Mahkamah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie terhadap OKT, dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri. [60] Mahkamah telah terangkan berkenaan tiga (3) kaedah untuk membela diri dan OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. KES DI PERINGKAT PEMBELAAN HUJAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [61] Pihak pembelaan telah berhujah seperti berikut : (a) Keraguan rampasan seluar i. Pihak pembelaan berhujah bahawa keterangan SD1 yang mana dikatakan dia memakai seluar panjang warna hitam pada hari kejadian adalah konsisten dan disokong dengan keterangan SD2 ii. SD1 nampak SD2 serahkan seluar P11B kepada pihak polis selepas tangkapannya (b) Isu pemeriksaan dalam rumah i. SD1 dan SD2 nyatakan polis telah membuat pemeriksaan dalam rumah tersebut ii. SP7 akui SD2 berada di rumah ketika pemeriksaan iii. Tiada anggota sebuan selain SP1 dipanggil untuk menyokong keterangan SP1 bahawa tiada pemeirksaan dibuat di dalam rumah (c) Isu gambar tempat kejadian dan rajah kasar – Mahkamah dapati isu ini telah dinyatakan di atas (d) Isu saksi material tidak dipanggil i. SD2 adalah saksi material dan pihak pendakwaan telah gagal memanggilnya ii. Keterangan SD1 dan SD2 menyokong satu sama lain tentang apa yang berlaku pada hari kejadian iii. SD2 telah berikan rakaman percakapan kepada pihak polis iv. Peruntukkan seksyen 114(g) Akta Keterangan terpakai (e) Keraguan lain i. Keraguan dalam prosedur serahan barang kes ke Jabatan Kimia Malaysia kerana SP3 tidak akui sampul yang ditunjukkan oleh pihak pendakwaan [62] Pihak pembelaan berhujah bahawa pihak pendakwaan gagal mrmbuktikan kes melampaui keraguan munasabah dan memohon OKT dilepaskan dan dibebaskan. HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [63] Pihak pendakwan telah berhujah bahawa pihak pembelaan mempunyai “evidential burden” untuk membuktikan secara “affirmative” perkara-perkara yang dibangkitkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 103 dan 106 Akta Keterangan 1950. [64] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas alasan-alasan berikut : (a) Keterangan OKT bersifat fikiran terkemudian (afterthought) i. OKT tidak pernah nyatakan bahawa anak saudaranya dan anaknya yang berumur 18 tahun berada di rumah semasa kejadian sepanjang siasatan sehingga perbicaraan di peringkat pendakwaan ii. OKT tidak pernah nyatakan kewujudan kotak besi sepanjang siasatan dan perbicaraan iii. Tiada laporan polis dibuat tentang kotak besi tersebut iv. OKT gagal berikan maklumat asas seperti nama sebenar, nombor telefon atau alamat penama Ah Wai dan Ah Kong yang telah dikenali lebih 10 tahun dan sering kali berada di tingkat atas rumahnya v. Kedua-dua penama tersebut tidak dipanggil sebagai saksi dan ini menimbulkan persoalan sama ada mereka wujud atau hanya rekaan semata-mata (b) Keterangan OKT bersifat penafian (bare denial) dan tanpa sokongan (unsubstantiated) i. OKT katakan tiada apa-apa barang salah dijumpai apabila pemeriksaan ke atasnya dilakukan tetapi OKT akui dalam pemeriksaan balas bahawa semasa pemeriksaan tiada individu lain selain dirinya serta pihak polis ii. OKT sahkan tiada CCTV di tempat kejadian iii. Tiada keterangan yang menyokong kewujudan kotak besi tersebut malah OKT sendiri akui tidak melihat kandungan kotak tersebut dan OKT gagal berikan keterangan tentang kedudukan terkini kotak besi tersebut iv. OKT tidak pernah nafikan dia berada di tempat kejadian pada 4 April 2023 v. Tiada keterangan yang membuktikan penafian OKT tentang lokasi dadah dijumpai dan bagi mengesahkan OKT benar-benar memakai seluar panjang pada hari kejadian vi. OKT sahkan P11B adalah miliknya dan P7 telah ditunjukkan kepadanya, telah dia tandatangani dan butiranya adalah sah (c) Keterangan SD2 yang tidak relevan dengan kejadian i. SD2 tidak ingat tarikh kejadian dan akui OKT pernah ditangkap oleh pihak polis beberapa kali. Oleh itu SD2 tidak dapatkan sahkan keterangannya adalah untuk kes tangkapan pada 4 April 2023 ii. SD2 akui tidak tahu tentang rampasan dadah serta pemeriksaan pada OKT semasa dia keluar dari rumah iii. SD2 tidak ikut bersama untuk pemeriksaan dalam rumah malah hanya berada di luar rumah selepas polis selesai melakukan pemeriksaan badan OKT iv. Memandangkan SD2 tidak ingat tarikh kejadian, persoalannya adakah seluar panjang yang dikatakan dipakai oleh OKT adalah pada tarikh 4 April 2023 atau tarikh tangkapan lain v. SD2 sahkan P11B milik OKT vi. SD2 tidak boleh dipercayai kerana dia adalah ibu OKT dan keterangnya tidak disokong dengan mana-mana ekshibit lain [65] Pihak pendakwaan memohon OKT didapati bersalah sepertimana pertuduhan dan dijatuhkan hukuman sewajarnya. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR PERINGKAT PEMBELAAN [66] Setelah Mahkamah memanggil OKT untuk membela diri dan tiga (3) kaedah membela diri diterangkan, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dan dua (2) orang saksi termasuk OKT telah dipanggil sebagai saksi. [67] Di tahap ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 di mana telah dinyatakan seperti berikut: “...The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it.The position may be conveniently stated as follows:- a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt Convict. b) If you accept or believe the accused’s explanation Acquit. c) If you do not accept or believe the accused’s explanation Do not convict but consider the next steps below. d) If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. e) If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit...” [68] Dengan mengambil kira nas otoriti ini, tugas Mahkamah pada tahap ini adalah untuk meneliti sama ada sebarang keraguan telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan atau tidak. Setelah meneliti keterangan saksi-saksi bersama ekhsibit yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan atas alasan-alasan berikut: Keterangan yang dikemukakan oleh OKT adalah sekadar keterangan lisan tanpa asas dan bukti yang kukuh [69] Mahkamah mendapati sedemikian kerana keterangan OKT tentang pemakaian seluar yang berlainan ketika tangkapan, keberadaan anak saudara OKT yang berumur 18 tahun di rumah, kewujudan kotak besi dan maklumat penama Ah Wai dan Ah Kong adalah sekadar keterangan lisan tanpa keterangan sokongan. Pada tahap ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 103 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] yang menyatakan seperti berikut: 103. “Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. ILLUSTRATIONS (a) A prosecutes B for theft and wishes the court to believe that B admitted the theft to C. A must prove the admission. (b) B wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it” [70] Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, beban pembuktian suatu fakta terletak di atas pihak yang menimbulkan fakta tersebut. Oleh itu, dalam kes ini pihak pembelaan mempunyai beban untuk membuktikan tentang pemakaian seluar yang berlainan ketika tangkapan, kewujudan anak saudara OKT yang berumur 18 tahun di rumah, kewujudan kotak besi dan maklumat penama Ah Wai dan Ah Kong. Mahkamah mendapati bahawa OKT telah menyatakan bahawa dia mengenali penama Ah Wai dan Ah Kong lebih 10 tahun tetapi OKT gagal mengemukakan sebarang maklumat asas penama-penama tersebut apabila disoal oleh pihak pembelaan. Perkara yang sama juga bagi anak saudaranya dan kotak besi tersebut. Untuk pemakaian seluar yang berlainan ketika tangkapan, pihak pembelaan telah memanggil ibu OKT (SD2) untuk mengesahkan perkara ini tetapi Mahkamah mendapati keterangan SD2 lemah atas alasan yang dinyatakan di perenggan 80 hingga 81. [71] Mahkamah mendapati ia agak mustahil bagi seseorang untuk mengenali seseorang yang lain selama lebih 10 tahun tetapi tidak dapat memberikan maklumat tentang penama-penama tersebut. Kegagalan OKT untuk memberikan maklumat tentang penama-penama tersebut dan memanggil mereka serta anak saudaranya yang dikatakan berumur 18 tahun sebagai saksi telah menjadikan keterangan tentang penama tersebut sekadar keterangan lisan tanpa bukti. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa keterangan OKT di atas tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Isu fikiran semula (afterthought) [72] Sepertimana yang dinyatakan di atas, pihak pendakwaan telah berhujah bahawa keterangan OKT bahawa anak saudara OKT yang berumur 18 tahun berada di rumah, kewujudan kotak besi dan maklumat penama Ah Wai dan Ah Kong adalah bersifat fikiran semula. Pada tahap ini, Mahkamah merujuk kepada kes-kes berikut: (a) PP v. Dato’ Mokhtar Hashim & Ors [1983] 1 CLJ 138, dimana Mahkamah nyatakan “...All these new and serious allegations should, if true, have come out during the intensive and severe cross-examination he underwent in the trial-within-a-trial. I am therefore more inclined to the view that all these new allegations are merely afterthoughts. Therefore I do not consider that any of the grounds constitutes sufficient basis to review the question of voluntariness...” (b) PP v. Mogan Maruthamuthu [1993] 1 CLJ 507, dimana Mahkamah nyatakan “…Thirdly, the allegations of assault and coercion to admit ownership of the incriminating exhibits by the police personnel on the accused were never brought up by the defence when PW2, PW3, PW8 and other police personnel gave evidence. In short none of the prosecution witnesses was cross-examined in regard to these matters. Thus, it can simply be brushed aside as an afterthought on the part of the accused...” (c) Megat Halim Megat Omar v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 154 dimana Mahkamah nyatakan “...Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case...” (d) Lin Lian Chen v. Public Prosecutor [1992] 1 CLJ 285 (Rep) dimana Mahkamah nyatakan “...the accused should introduce his defence at the earliest stage as possible. Failing this may give rise to the presumption that the defence raised was a mere invention...” [73] Setelah meneliti semula keterangan saksi-saksi di tahap pendakwaan, Mahkamah mendapati bahawa keterangan-keterangan OKT tentang perkara di atas adalah bersifat fikiran semula kerana kesemua keterangan pembelaan ini tidak pernah dibangkitkan ketika bicara kes pendakwaan. Ketika kes di pihak pendakwaan pihak pembelaan hanya membangkitkan isu ibu OKT bersama anaknya berada di rumah, tetapi tidak dinyatakan tentang keberadaan anak saudara OKT yang berumur 18 tahun di rumah. Apabila disoal dalam pemeriksaan balas, OKT telah bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya bahawa hanya anaknya, ibu dan dia sahaja berada di rumah ketika tangkapan. Tidak pernah dibangkitkan isu anak saudaranya yang berumur 18 tahun berada di rumah mahun kewujudan kotak besi serta tentang penama Ah Wai dan Ah Kong yang sering berada di rumahnya dikemukakan ketika perbicaraan kes pendakwaan. OKT juga telah bersetuju dengan Timbalan Pendakwa Raya bahawa ketika pemeriksaan hanya OKT bersama pihak polis berada di tempat kejadian dan tiada orang lain. [74] Seterusnya, Mahkamah juga mendapati ia adalah mustahil bagi OKT untuk tidak boleh berikan maklumat penuh (hanya berikan keterangan lisan) tentang penama-penama tersebut yang telah dikenali lebih 10 tahun. Ini jelas menyokong hujahan pihak pendakwaan bahawa ia adalah fikiran semula. OKT seharusnya mengemukakan versi pembelaan pada tahap seawal mungkin dan kegagalan berbuat demikian menjadikan keterangan yang dikemukan suatu fikiran semula. Pembelaan OKT kurang relevan dengan kes [75] Selanjutnya Mahkamah juga mendapati bahawa pihak pembelaan tidak mempunyai pembelaan yang jelas dan relevan bagi pertuduhan ke atas OKT. Dalam kes ini, OKT telah dituduh memiliki sebelas (11) paket plastik lutsinar yang mengandungi dadah berbahaya jenis Methamphetamine yang dijumpai di dalam poket seluar pendek warna kelabu yang dipakai di badan OKT tersebut ketika pemeriksaan SP1. [76] Sepertimana yang dinyatakan di atas, Mahkamah telah mendapati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan suatu kes prima facie terhadap OKT, yang mana membawa maksud bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dijumpai dalam seluar yang dipakai di badan OKT ketika itu berada dalam milikan, kawalan dan pengetahuan OKT. Oleh itu, di tahap ini OKT perlu memberikan pembelaannya terhadap dapatan tersebut. Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati bahawa isu tidak memanggil ibu OKT sebagai saksi yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan adalah tidak relevan dan berkaitan dengan dapatan tersebut kerana dadah dijumpai atas badan OKT dan bukan di rumah. [77] Pada tahap ini Mahkamah juga merujuk kepada kes Public Prosecutor v Khantan a/l Namasivayam & Ors [2022] MLJU 823 di mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “Duty to consider the defence irrespective of how weak they may be [101] It is a well-entrenched principle in our criminal justice system that no matter how weak or unreasonable a defence may be, the trial judge is under a duty to judicially consider it. Such a defence must not be simply brushed aside. This is part of the statutory duty at the conclusion of the trial as mandated under section 182A of the Criminal Procedure Code for trial judges to consider all the evidence adduced. [102] In Azmer Mustafa v. Public Prosecutor [2014] 8 CLJ 413 CA; [2014] 3 MLJ 616; [2014] MLRAU 119; [2014] 3 AMR 405, His Lordship Abdul Malik Ishak JCA reiterated the principles as follows: “[29] A weak or an unreasonable defence must be considered and appreciated judicially. It should not be brushed aside without giving it due consideration. This is the law and it is entrenched in the following authorities: (a)Ganapathy Rengasamy v. PP [1998] 2 CLJ 1; [1998] 2 MLJ 577 ; (b)Alcontara Ambross Anthony v. PP [1996] 1 CLJ 705; [1996] 1 MLJ 209 , FC; (c)Chan Chor Shuh v. PP [2003] 1 CLJ 501; [2003] 2 MLJ 26 , CA; and (d)PP lwn. Muhd Zulkifli Abd Ghani & Satu Lagi [2011] 2 CLJ 772; [2003] 5 MLJ 337...” [78] Nas otoriti di atas telah menjelaskan bahawa Mahkamah masih mempunyai tanggungjawab untuk mempertimbangkan suatu pembelaan walaupun ia lemah. Dalam kes ini, Mahkamah telah menilai semula pembelaan yang dikemukakan oleh OKT dan sekali lagi Mahkamah mendapati bahawa isu pemanggilan ibu OKT sebagai saksi atas alasan yang dinyatakan oleh pembelaan tidak mempunyai kaitan dengan kes ini. Ini kerana barang kes telah dijumpai dalam seluar yang dipakai di badan OKT dan bukan di dalam rumah tersebut. Pemilik atau penghuni suatu rumah atau premis kebiasaannya hanya dipanggil bagi membuktikan milikan dan kawalan OKT terhadap rumah atau premis tersebut. Justeru, memandangkan dadah dijumpai di dalam seluar yang dipakai di badan OKT, pembelaan seharusnya menyangkal milikan seluar bersama kandungan tersebut yang mana Mahkamah dapati berdasarkan keterangan saksi-saksi ia tiada kaitan dengan rumah. Malah OKT dan SD2 dalam keterangan mereka telah bersetuju bahawa seluar P11B adalah milik OKT. [79] Selanjutnya berkaitan isu yang sama, pihak pembelaan sekali lagi telah membangkitkan seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 bagi kegagalan pihak pendakwaan memanggil ibu OKT atau menawarkankan saksi. Perkara ini telah dijelaskan di perenggan 54 di atas dan ibu OKT juga telah dipanggil sebagai saksi pembelaan. Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa pembelaan OKT di atas tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Isu keterangan SD2 [80] Pihak pendakwaan telah berhujah bahawa keterangan SD2 adalah tidak relevan dengan kejadian kerana SD2 tidak ingat tarikh kejadian dan akui OKT pernah ditangkap oleh pihak polis beberapa kali. Oleh itu SD2 tidak dapatkan sahkan keterangannya adalah untuk kes tangkapan pada 4 April 2023. [81] Di sini Mahkamah mendapati ketika SD2 memberikan keterangan, ia jelas bahawa SD2 tidak pasti tentang tarikh OKT ditangkap iaitu pada 4 April 2023 dan SD2 juga tiada pengetahuan tentang dadah yang dijumpai oleh SP1 dalam poket seluar OKT. Malah bagi isu pemeriksaan dalam rumah SD2 telah nyatakan bahawa dia tidak ikut bersama dan hanya berada di luar rumah selepas OKT ditangkap. Berdasarkan keterangan SD2 ini ianya jelas bahawa SD2 sendiri sebagai saksi tidak dapat mengesahkan sama ada keterangan yang diberikan adalah untuk tangkapan pada 4 April 2023 atau tarikh yang lain. Walaupun versi pembelaan adalah P11B diberikan oleh SD2 dan bukan dipakai oleh OKT ketika tangkapan, ianya tidak dapat disahkan oleh SD2 kerana dia sendiri tiada kepastian tentang tarikh kejadian. Memandangkan SD2 tidak dapat mengesahkan perkara berikut, ia jelas bahawa keterangan SD2 yang OKT memakai seluar berlainan juga tidak boleh diambil kira. Justeru tanpa perlu meghujah lanjut Mahkamah dapatinya ianya jelas bahawa nilai keterangan SD2 adalah lemah dan tidak boleh diambil kira sepenuhnya oleh Mahkamah ini. [82] Setelah meneliti keterangan saksi pembelaan beserta segala dokumen serta bukti-bukti yang telah dikemukakan dan juga mengambilkira pernyataan saksi-saksi kes prima facie sebelum ini, Mahkamah telah membuat maximum evalution terhadap kes prima facie dan kes pembelaan ini. Setelah membaca hujahan bertulis di akhir kes pembelaan yang difailkan oleh pihak-pihak serta merujuk kepada otoriti-otoriti yang berkenaan dan mengambil kira hujahan pihak-pihak di peringkat kes prima facie, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munsabah. Oleh yang demikian, OKT dengan ini disabitkan bersalah terhadap pertuduhan di bawah seksyen 12(2) ADB 1952 yang mana boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) ADB 1952 dan pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 sepertimana kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menjemput pihak peguambela membuat rayuan mitigasi sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap OKT. [83] Rayuan oleh peguambela yang mengendalikan kes adalah OKT berumur 50 tahun, seorang pekerja kebun dengan gaji RM1000 sebulan, menyara ibu tua berumur 76 tahun dan anak saudara 7 tahun yang tinggal bersamanya, OKT pohon hukuman minima berbentuk denda bukan penjara. Jika penjara dikenakan, tiada orang akan menjaga ibu OKT. Penjara bukan tempat pemulihan untuk OKT. Peguambela merujuk kepada kes dimana faktor umur adalah satu faktor mitigasi dan peguam pohon hukuman denda sebagai pengajaran kepada OKT. Peguam tiada hujahan tentang rekod lampau OKT. [84] Bagi faktor pemberat, Timbalan Pendakwa Raya telah memohon hukuman berat bagi kedua-dua pertuduhan iaitu hukuman penjara kerana rampasan 11 plastik yang mana jumlah berat dadah 8-gram adalah banyak dan bukan untuk kegunaan diri. Timbalan pendakwa Raya juga nyatakan kes ini berlangsung sejak April 2023 dan telah mengambil masa hampir 2 tahun. Timbalan Pendakwa Raya mengemukakan rekod lampau OKT (RJ2B) dimana dihujahkan OKT bukan pesalah pertama serta OKT tidak menyesal. [85] Setelah mendengar faktor mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pemberat oleh pihak pendakwaan dan with the aim of deterance and retributive sentence, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa bagi pertuduhan di bawah seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahay 1952, OKT dihukum penjara 3 tahun dari tarikh jatuh hukum. Tiada hukuman sebatan memandangkan OKT adalah lebih 50 tahun pada hari ini mengikut peruntukkan seksyen 289 Kanun Tatacara Jenayah. Barang kes dilupuskan pihak pendakwaan setelah tamat tempoh rayuan. Bagi pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, OKT dihukum 8 bulan dari tarikh jatuh hukum dan 3 tahun perintah pengawasan AADK. Hukuman penjara berjalan serentak. [86] Peguambela kemudian telah memohon untuk pengangguhan hukuman kerana ingin membuat rayuan dan telah merujuk kepada kes PP v Tan Sze Meng [2022] MLJU 231 dan PP v Shantos a/l K Asoghan & lain-lain [2022] MLJU 587. Peguambela memohon penggantungan kerana OKT menjaga ibunya yang tua. [87] Pihak pendakwaan tidak bersetuju dengan permohonan peguambela dan telah merujuk kepada seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah yang mana dihujahkan pihak pembelaan perlu tunjuk special circumstances dan dihujahkan alasan peguam untuk menjaga ibu adalah bukan special circumstance. OKT juga telah dituduh bagi kes yang lain ketika perbicaraan ini berjalan dan mempunyai risiko untuk mengulangi kesalahan. Pihak pendakwan pohon jaminan dinaikan ke RM 10,000.00 jika permohonan ini dibenarkan. [88] Mahkamah telah merujuk kepada peruntukkan seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah dan mendapati tiada special circumstance bagi membenarkan permohonan ini. Oleh itu, tiada penggantungan hukuman dibenarkan bagi hukuman penjara yang dikenakan. Disediakan pada 22 Ogos 2025 Phulrani Kaur a/p Gurcharon Singh Majistret Mahkamah Majistret Tanjung Malim Timbalan Pendakwaraya : Nor Syahirah Binti Azahar Peguambela : Faiznur binti Nordin & Anatharatchagan @ Anandan P Thatchanamoorthy