Melepaskan hanya RM149,105.00 kepada Defendan walaupun jumlah pinjaman yang perlu dibayar balik adalah RM200,000.00. [45] Apabila seorang peminjam inginkan wang, dia akan menandatangani apa sahaja dokumen. Mahkamah Tinggi dalam kes Ghandi Rajan Arjunan & Malaercoady Kumarasamy v. Yow Man Kong @ Senthil Kumar [2022] 1 LNS 666 di perenggan 37 memutuskan seperti berikut: “When an erstwhile lender intends to lend money to a desperate borrower in urgent need of money, the pre-documentation discussions on the commercial terms of the proposed loan are usually done verbally, leaving no paper trail, and the lender, who knows that the desperate borrower would sign whatever “conveyancing” documents are prepared by the lender’s solicitor in order to get the loan money he/she needed urgently, and therefore there was no real risk of the lender having to pay his/her solicitor legal fees and disbursements for an aborted transaction.” ANALISA & DAPATAN OLEH MAHKAMAH Sama ada Perjanjian bertarikh 28.1.2019 (B1 ms 20) antara Plaintif dengan Defendan bagi pinjaman tersebut adalah sah dan teratur. (dalam Tuntutan Asal) [46] Plaintif mengenali Defendan dan mendiang suaminya melalui seorang orang tengah dikenali sebagai “Mr. Liew” yang memperkenalkan kepada Plaintif kepada mereka kerana Plaintif diberitahu bahawa mereka ingin menjual hartanah mereka pada harga yang rendah. Tai Cheur Heng adalah mendiang suami Defendan (Chan Yok Lin/DW2) dan beliau telah meninggal dunia pada 2.1.2020 (DW2 soalan No. 1). Oleh itu, Plaintif berminat dan telah membeli hartanah tersebut daripada Defendan. (PW 1 soalan 4) [47] Berdasarkan kepada keterangan yang telah dikemukakan di Mahkamah, saya membuat dapatan bahawa Perjanjian Persahabatan yang dilaksanakan oleh Plaintif dengan Defendan adalah sah dan teratur dan disetemkan menurut undang-undang (B1 ms 20). Plaintif melantik Tetuan James Liew & Kong untuk mewakilinya dalam penyediaan Perjanjian tersebut (PW2 soalan 2) dan tiada keterangan sebaliknya yang menunjukkan bahawa perjanjian berkenaan dilaksanakan adalah palsu atau dilaksanakan secara paksaan. Malah, Defendan dalam pemeriksaan balas bersetuju dengan cadangan Peguam Plaintif bahawa tujuan Perjanjian ini yang ditandatangan adalah semata-mata untuk mendapatkan wang pinjaman dari Plaintif (Nota Keterangan Enclosure 44 ms 6). [48] Mahkamah mendapati tiada keterangan sebaliknya yang menyakinkan oleh Defendan kecuali menyatakan bahawa wang RM 2,000,000.00 daripada Plaintif dan meletakkan rumahnya sebagai sekuriti. (Nota Keterangan Enclosure 43 ms 75). [49] Mahkamah Tinggi dalam kes Wan Salimah Wan Jaffar v. Mahmood Omar; Anim Abdul Aziz (Interverner) [1998] 1 CLJ 480 di ms 488 telah memutuskan bahawa undang-undang yang mantap adalah seperti berikut: “It is trite law that when a party signs a contract knowing it to be a contract which governs the relations between them, like the present case, then, to use the words of Denning J (as he then was) in Curtis v. Chemical Cleaning and Dyeing Co Ltd [1951] 1 All ER 631 "his signature is irrefragable evidence of his assent to the whole contract, including the exempting clauses, unless the signature is shown to be obtained by fraud or misrepresentation". [50] Berdasarkan prinsip diatas adalah jelas bahawa apabila satu pihak menandatangani Perjanjian dan diketahui bahawa Perjanjian itu mengikat perhubungan antara mereka dan tandatangannya adalah keterangan yang tidak boleh dipertikaikan berkaitan persetujuan kepada keseluruhan Perjanjian. Dalam keseluruhan keadaan kes ini, adalah jelas bahawa Defendan sendiri telah menurunkan tandantangannya dalam Perjanjian Pinjaman sebagai keterangan yang tiada gantinya (irrefragable) berkaitan persetujuannya keatas Perjanjian berkenaan. [51] Seseorang adalah terikat dengan kontraknya walaupun dia tidak faham bahasa yang digunakan dalam kontrak tersebut. Mahkamah Tinggi dalam kes Subramaniam v. Retnam [1966] 1 MLJ 172 di ms 173 yang membuat rujukan kepada kes Ismail bin Savoosah & Ors v. Hajee Ismail [1889] 4 Ky di mukasurat 453, 458 seperti berikut: “It was argued that the defendant being ignorant of the English language he is to be excused on that account from the performance of his contract, but it is to my mind clear that in the common principles which govern the law of contract, the person who contracts by a written document, whether or not he understands the language in which it is written, is bound, in the absence of fraud or misrepresentation, by the terms of that contract, as to which proposition no objection was authoritatively sustained.” Orang tengah bernama “Ah Keong” siapa dia? [52] Latar belakang Ah Keong adalah seorang yang dikenali oleh Plaintif sebagai Mr. Liew (PW1 soalan No. 4) dan Defendan mengenalinya sebagai Ah Keong. Adalah tidak dipertikaikan bahawa Mr. Liew dan Ah Keong adalah orang yang sama. Mengikut keterangan DW2 dalam pemeriksaan balas (Nota Keterangan Enclosure 43 ms 72 dan 73), Mr. Liew juga dikenali sebagai Ah Keong yang meperkenalkan Plaintif kepada DW2 dan mendiang suaminya. Mengikut DW2 beliau mengenali Ah Keong dua atau tiga tahun sebelum menandatangi Perjanjian Jual Beli Hartanah dengan Plaintif. [53] Keterangan Ah Keong di Mahkamah (jika di panggil oleh Defendan) sudah pasti akan dapat membantu dalam penganalisaan keterangan. Namun, dalam kes ini jelas Ah Keong tidak dipanggil dan ini telah menimbulkan kelompangan dalam kes Defendan apabila Defendan menyatakan Ah Keong yang berjaya mendapatkan pemberi pinjaman. (Nota Keterangan Enclosure 45 ms 8). [54] Mahkamah mendapati kegagalan Defendan untuk memanggil saksi pentingiaitu Mr. Liew (Ah Keong) menimbulkan anggapan sebaliknya (adverse inference) di bawah Seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap Defendan. Defendan tidak menunjukkan apa-apa usaha munasabah yang telah di ambil untuk mendapatkan Ah Keong bagi tujuan memberi keterangan di Mahkamah sebagai seorang saksi. [55] Mahkamah Rayuan dalam kes CGU Insurance Bhd v. Asean Security Paper Mills Sdn Bhd [2006] 2 CLJ 409 di 463 memutuskan seperti berikut: “ “[103] ...Here is a man who is repeatedly mentioned by more than one witness relating the part he played. The respondent's failure to call him although he was present in court (as may be seen from the notes of evidence) in the circumstances of this case warrants the drawing of an adverse inference under s. 114(g) of the Evidence Act