Lampiran 1 gagal memenuhi prinsip-prinsip di dalam kes R v. Parks, (supra) Murugayah v. PP (supra) dan Che Din Ahmad v. PP (supra) secara kumulatif. Ini adalah kerana jika pemohon sudah mengetahui bahawa pada tahun 2014, pemohon telah mendapat serangan angin ahmar yang telah mengakibatkan pemohon lumpuh separuh badan di sebelah kiri, mengapa pemohon tidak segera bertindak untuk membuat pemeriksaan perubatan dan mengemukakan dokumen-dokumen perubatan berkaitan penyakitnya sebelum dan semasa perbicaraan di mahkamah sesyen pada tahun 2023. Mengapa pemohon harus menunggu sehingga tahun 2025 untuk mendapatkan dokumen-dokumen tersebut. S/N DfqxOOsGfkqs8rpQYoXNkg Kini, pemohon menuding jari dan menyalahkan peguambela pemohon terdahulu kerana kegagalan mengemukakan segala keterangan berkenaan kesihatan pemohon sewaktu perbicaraan di peringkat kes pendakwaan dan pembelaan adalah sesuatu yang remeh dan amat sukar untuk diterima kesahihannya. [B] Syarat Kedua: Keterangan tambahan tersebut mesti relevan kepada isu berbangkit [15] Kedua-dua laporan perubatan yang hendak dikemukakan ini bukanlah merupakan dokumen yang relevan untuk diberikan asas pertimbangan. Pertuduhan terhadap pemohon adalah di atas kesalahan memegang kemaluan mangsa dan bukannya memasukkan kemaluan tertuduh ke dalam punggung mangsa atau merogol yang melibatkan mangsa kanak-kanak perempuan. Dengan itu, dakwaan pemohon bahawa pada 9 Julai 2025, pemohon telah berjumpa dengan doktor pakar Dr. Zainal Adwin bin Zainal Abiddin dari Hospital Gleneagles Johor dan berdasarkan kepada simptom-simptom, doktor menyatakan pemohon menghidap penyakit mati pucuk dan tidak dapat untuk ereksi yang memuaskan bagi menjalani hubungan seks dengan isteri pemohon, adalah tiada kaitan dengan pertuduhan ini. Kesalahan memegang kemaluan mangsa tetap boleh dilakukan jika pemohon mati pucuk sekali pun. [16] Justeru itu, keterangan tambahan ini bukan sahaja tidak relevan seperti yang dikatakan tadi tetapi ianya juga tidak mempunyai nilai probatif yang mampu memberi impak yang ketara pada dapatan yang dibuat oleh hakim bicara sehingga memungkinkan sabitan dan hukuman yang dikenakan terhadap pemohon diketepikan. S/N DfqxOOsGfkqs8rpQYoXNkg [C] Syarat Ketiga: Keterangan tambahan tersebut adalah kredibel dan boleh dipercayai. [17] Tidak dapat dinafikan bahawa jika kedua-dua laporan perubatan tersebut adalah kredibel sekali pun kerana ianya telah disediakan oleh pegawai perubatan yang bertauliah namun, ia tetap tidak dapat merubah fakta bahawa hasil pemeriksaan perubatan yang dibuat tersebut tidak mempunyai kaitan dengan pertuduhan yang dihadapi oleh pemohon. Lebih parah lagi keterangan tambahan tersebut hanya timbul selepas dua (2) tahun pemohon disabitkan di atas kesalahan yang dilakukannya ini. [18] Maka nyatalah di sini bahawa permohonan pemohon ini "is clearly an attempt to have a second bite at the cherry" dan tidak memenuhi ambang (threshold) yang diperuntukkan di bawah seksyen 61 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. [D] Syarat Keempat: Keterangan tambahan tersebut boleh menimbulkan keraguan di minda hakim bicara jika diberikan bersama keterangan yang lain di waktu perbicaraan. [19] Pada hemat kami, keterangan tambahan ini jika sekali pun wujud selepas sabitan dan hukuman dijatuhkan, ia tetap tidak akan menimbulkan keraguan atau kesangsian di fikiran hakim mahkamah sesyen yang bijaksana mengenai keadaan mental (state of mind) dan fizikal pemohon tentang kebersalahan pemohon jika sekali pun ianya dizahirkan bersama keterangan-keterangan tambahan lain yang ada pada masa perbicaraan itu. Pendek kata, dokumen tambahan tersebut tidak dapat menyelamat atau menyokong permohonan pemohon. Dengan itu, tiada secebis pun kegagalan keadilan yang bakal dialami oleh pemohon jika permohonan ini dinafikan atau ditolak. S/N DfqxOOsGfkqs8rpQYoXNkg [22] Di dalam kes Murugayah v. PP [2004] 2 CLJ 489, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Augustine Paul HMR (beliau pada ketika itu) menyatakan kuasa budibicara untuk Mahkamah membenarkan keterangan baharu hanya boleh menggunakan berlandaskan prinsip undang-undang yang sedia ada: "It will be observed that the reception of additional evidence is a matter of discretion. It is settled law that the exercise of a discretion must be in accordance with established judicial guidelines. In the case of adducing additional evidence, the guidelines were spelt out in Ladd v. Marshal [1954] 3 All ER 745 in the form of three conditions. In elaboration of the conditions Lord Parker CJ said in R v. Parks [1961] 3 All ER 633 at p. 634: Those principles can be summarised in this way. First, the evidence that it is sought to call must be evidence which was not available at the trial. Secondly, and this goes without saying, it must be evidence relevant to the issues. Thirdly, it must be evidence which is credible evidence in the sense that it is well capable of belief; it is not for this court to decide whether it is to be believed or not, but it must be evidence which is capable of belief. Fourthly, the court will after considering that evidence go on to consider whether there might have been a reasonable doubt in the minds of the jury as to the guilt of S/N DfqxOOsGfkqs8rpQYoXNkg the appellant if that evidence had been given together with the other evidence at the trial. The statement of the law in R v. Parks [1961] 2 All ER 633 has been adopted and applied in local cases such as Mohamad bin Jamal v. PP [1964] MLJ 254; Dol bin Lasim v. PP [1986] 2 CLJ 197; [1986] CLJ (Rep) 112; Lo Fat Thjan & Ors v. PP [1968] 1 MLJ 274 and Che Din bin Ahmad v. PP [1975] CLJU 7; [1976] 1 MLJ 289. The conditions are cumulative and not in the alternative and it is for the appellant to satisfy the court that they have been fulfilled (see Che Din bin Ahmad v. PP [1975] CLJU 7; [1976] 1 MLJ 289). It is only in the most exceptional circumstances that the court will receive additional evidence. " Kesimpulan [23] Adalah jelas bahawa hanya didalam situasi yang luarbiasa (exceptional circumstances) sahaja mahkamah akan menerima keterangan tambahan dalam untuk pendengaran suatu rayuan. Keempat-empat syarat yang digariskan dalam kes R v. Parkes mesti dipenuhi secara kumulatif dan tidak secara berasingan. [24] Setelah meneliti keterangan yang dikemukakan untuk Notis Usul Pemohon, Mahkamah ini mendapati:- S/N DfqxOOsGfkqs8rpQYoXNkg a) Kesemua dokumen yang dipohon oleh Pemohon sememangnya wujud semasa perbicaraan di mahkamah rendah dan boleh diperolehi dengan ketekunan yang munasabah (reasonable diligence); b) Lima (5) dari dokumen tersebut adalah tidak relevan kepada tindakan ini. [25] Setelah meneliti kandungan afidavit-afidavit yang dikemukakan serta penghujahan bertulis dan lisan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpuashati bahawa Pemohon gagal untuk memenuhi kesemua kehendak undang-undang yang membolehkan Mahkamah ini menggunakan kuasa budibicara secara kehakiman untuk membenarkan permohonan ini. [26] Oleh yang demikian:- a) Usul 1A dalam Lampiran 1 dibenarkan secara persetujuan; b) Usul 1B dan 2 dalam Lampiran 1 ditolak. Bertarikh : 09-03-2026 t.t (ABDUL FAREED BIN ABDUL GAFOOR) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru S/N DfqxOOsGfkqs8rpQYoXNkg KAUNSEL : PEGUAM PEMOHON : Fairoz Elyas Majeed RESPONDEN : Tetralina Ahmed Fauzi dan Faizal Mahdi mewakili