Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB-A52NCvC - 9 - 06 /2021 ANTARA CHEW KOK WAH (NO. K/P 731227-14-5415) … PLAINTIF (Berniaga sebagai THX Enterprise)
KB-A52NCvC-9-06/2021
Sessions Court of Malaysia27 Aug 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“plaintif adalah bahawa defendan pertama dan defendan kedua selaku Pentadbir Harta Pusaka Simati tersebut adalah bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang Simati . Beliau merujuk kepada Probate and Administration Act 1959, s.67 hingga s.69 seperti berikut : S.67 (1) (a) The property of a deceased person, … are assets f”
“3. Peguam Plaintif merujuk kepada kes Tan Sri Datuk Diong Hiew King [2014] 8 MLJ 575 dan Dr Sim Kui Hian [2021] MLJU 337 dan memohon di bawah A.34 k. 2 (3) KKM untuk Mahkamah ini membatalkan pembelaan defendan dan seterusnya memasukkan penghakiman sepertimana di dalam pernyataan tuntutan.”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN GUAMAN SIVIL NO : KB-A52NCvC - 9 - 06 /2021 ANTARA CHEW KOK WAH (NO. K/P 731227-14-5415) … PLAINTIF (Berniaga sebagai THX Enterprise)
1
MUHAMMAD ZAIREE IZWAN BIN ZAHIR (NO. K/P 960715-02-6211) (Sebagai Pentadbir Harta Pusaka Bagi Simati, Zahir Bin Yahya)
2
NUR ZAIREEN NADIRAH BINTI ZAHIR ( NO. K/P : 971014-02-5156) (Sebagai Pentadbir Harta Pusaka Bagi Simati, Zahir Bin Yahya)
3
MAZLINA BINTI CHE OMAR … DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [ 1 ] Plaintif merupakan sebuah syarikat “enterprise”yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar dan/atau alamat perniagaan di No. 182, Jalan 18/39, Taman Petaling, Kepong Baru 52100 Kuala Lumpur. 04/11/2024 10:44:33 KB-A52NCvC-9-06/2021 Kand. 48 [ 2 ] Defendan pertama dan defendan kedua adalah Pentadbir Harta Pusaka Simati, Zahir bin Yahya (Simati Tersebut) melalui guaman No. KB-31NCVC-9-10/2020 dan beralamat di A7, Taman Orkid Indah, Sungai Layar, 08000 Sungai Petani , Kedah. [ 3 ] Defendan ketiga merupakan isteri kepada Simati Tersebut dan beralamat di di A7, Taman Orkid Indah, Sungai Layar, 08000 Sungai Petani , Kedah. [ 4 ] Tuntutan ini difailkan oleh plaintif terhadap defendan-defendan bagi menuntut balik pinjaman persahabatan sebanyak RM200,000 yang didakwa telah diberikan kepada Simati Tersebut pada 12.2.2018. Simati telah meninggal dunia pada 19.06.2020. Defendan pertama dan defendan kedua telah dilantik sebagai Pentadbir Harta Pusaka Simati pada 03.03.2021. TUNTUTAN PLAINTIF [ 5 ] Tindakan ini difailkan oleh plaintif terhadap defendan – defendan , bagi menuntut inter alia : ( a ) Bayaran balik pinjaman tersebut sebanyak RM200,000; ( b ) Gantirugi Am untuk ditaksirkan; ( c ) Gantirugi teladan dan ‘punitive damages’ serta ‘aggravated damages’ untuk ditaksirkan; ( d ) Faedah pada kadar 5% setahun atas jumlah yang diperintahkan; dan ( e ) Kos berdasarkan peguamcara dan anak guam. PEMBELAAN [ 6 ] Defendan-defendan telah menfailkan pembelaan yang antara lainnya memplidkan pembelaan berikut :
1
Defendan-defendan tidak pernah dimaklumkan oleh bapa/suami (Simati tersebut) mengenai pinjaman persahabatan sebanyak RM200,000 sepertimana tuntutan plaintif;
2
Sekiranya benar terdapat pinjaman sepertimana yang didakwa oleh plaintif, ianya adalah bagi tujuan syarikat dan bukannya untuk tujuan peribadi;
3
Defendan-defendan tidak bertanggungan untuk mematuhi notis tuntutan bertarikh 12.03.2021 dan 14.04.2021. PERBICARAAN [ 7 ] Isu-Isu Untuk Dibicarakan bersama yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ini adalah seperti berikut:
1
Samada Simati/Defendan-defendan telah berhutang sejumlah RM200,000 sepertimana yang dituntut;
2
Samada plaintif berhak untuk memungut hutang daripa defendan-defendan yang selaku Pentadbir Harta Pusaka kepad Simati;
3
Samada defendan-defendan bertanggungjawab ke atas hutang Simati setelah defendan-defendan memperolehi suatu Surat Kuasa Mentadbir harta pusaka Simati;
4
Samada defendan-defendan selaku Pentadbir Harta Pusaka Simati seharusnya bertanggungjawab untuk membalas plaintif berkenaan dengan surat guaman yang dikeluarkan oleh peguamcara plaintif; dan
5
Samada plaintif berhak kepada tuntutan seperti yang dinyatakan dalam Pernyataan Tuntutannya bertarikh 20.05.2021. [ 8 ] Fakta-fakta yang dipersetujui adalah seperti berikut:
1
Plaintif merupakan sebuah syarikat “enterprise”yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai alamat berdaftar dan/atau alamat perniagaan di No. 182, Jalan 18/39, Taman Petaling, Kepong Baru 52100 Kuala Lumpur.
2
Defendan pertama dan defendan kedua adalah warganegara Malaysia yang masing-masing merupakan Pentadbir Harta Pusaka Simati, Zahir bin Yahya (Simati Tersebut) melalui guaman No. KB-31NCVC-9- 10/2020 di mana kedua-dua defendan ini mempunyai alamat pemyampaian di A7, Taman Orkid Indah, Sungai Layar, 08000 Sungai Petani , Kedah.
3
Defendan ketiga merupakan seorang warganegara Malaysia dan juga merupakan isteri kepada Simati tersebut yang mempunyai alamat penyampaian di A7, Taman Orkid Indah, Sungai Layar, 08000 Sungai Petani , Kedah. [ 9 ] Semasa perbicaraan , plaintif telah mengemukakan seramai 3 orang saksi iaitulah Chew Kok Wah (SP1) , Goh Chang Sheng (SP2) dan Nurlaila binti Md Ariffin (SP3) . Manakala defendan mengemukakan 4 orang saksi iaitulah Muhamad Nazri bin Ariffin (SD1), Muhammad Zairee Izwan bin Zahir (SD2), Mazlina binti Che Omar (SD3) dan Zakri bin Yahya (SD4). DAPATAN MAHKAMAH Bantahan awal [ 10 ] Mengenai bantahan awal peguam plaintif , berikut adalah keputusan bantahan awal yang dibuat oleh Mahkamah ini pada 19 April 2022: “Mahkamah : Keputusan bagi permohonan pihak plaintif untuk membatalkan pembelaan defendan dan seterusnya memasukkan penghakiman sepertimana di dalam pernyataan tuntutan. 1 . Pada 13.04.2022 , tindakan ini telah ditetapkan untuk bicara penuh. Pada hari yang berkenaan , peguam Plaintif telah memohon secara lisan di Mahkamah Terbuka untuk Mahkamah ini membatalkan pembelaan defendan dan seterusnya memasukkan penghakiman sepertimana di dalam pernyataan tuntutan.
2
Alasannya adalah bahawa Senarai saksi dan Pernyataan saksi Defendan hanya difailkan dan diterima oleh peguam Plaintif pada 08.04.2022 iaitu 5 hari sebelum hari perbicaraan. Ini bertentangan dengan arahan pra bicara pada 15.11.2021 di bawah A.34 k. 1 KKM 2012 iaitu untuk Pernyataan saksi kedua- dua pihak hendaklah difailkan dan diserahkan tidak kurang 7 hari sebelum hari perbicaraan.
3
Peguam Plaintif merujuk kepada kes Tan Sri Datuk Diong Hiew King [2014] 8 MLJ 575 dan Dr Sim Kui Hian [2021] MLJU 337 dan memohon di bawah A.34 k. 2 (3) KKM untuk Mahkamah ini membatalkan pembelaan defendan dan seterusnya memasukkan penghakiman sepertimana di dalam pernyataan tuntutan.
4
Sebagai jawapannya, peguam Defendan memaklumkan bahawa kelewatan ini adalah tidak disengajakan untuk melewatkan perbicaraan . Isu untuk bicara dan fakta dipersetujui juga telah difailkan. Pernyataan saksi juga telah difailkan dan diserahkan pada 08.04.2022 walaupun kurang 7 hari sepertimana arahan pra perbicaraan [ dalam kes ini 5 hari]. Beliau bersedia dengan 5 saksi defendan iaitu 3 saksi adalah ketiga-tiga defendan dan 2 saksi yang lain.
5
Mahkamah telah meneliti hujahan lisan kedua-dua pihak , juga pernyataan saksi yang menjadi subjek perkara dalam permohonan ini. Mahkamah mendapati bahawa 5 Pernyataan saksi Defendan telah difailkan pada 08.04.2022 dan sepertimana pengakuan peguam Plaintif , beliau telah menerimanya pada 08.04.2022. Ini menunjukkan bahawa berlaku ketidak patuhan tempoh masa pemfailan dan penyerahan sepertimana arahan Mahkamah ini pada 15.11.2021.
6
Persoalannya adalah, samada pembelaan Defendan boleh dibatalkan dan penghakiman dimasukkan terhadap Defendan-Defendan atas ketidak patuhan tersebut.
7
Sememangnya Mahkamah ini diberi kuasa di bawah A.34 k.2 (3) KKM 2012 untuk membatalkan pembelaan dan memasukkan penghakiman akibat ketidak patuhan arahan pra perbicaraan di bawah A.34 k.2 (2) KKM 2012. Walaubagaimanapun ianya adalah budibicara Mahkamah yang berkenaan untuk membenarkan atau tidak permohonan peguam Plaintif tersebut.
8
Mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Dr Sim Kui Hian [2021] 6 CLJ 305 yang menghidupkan semula tindakan Plaintif yang dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi (sepertimana yang dirujuk oleh peguam Plaintif). Mahkamah Rayuan menyatakan: Therefore, the dismissal of the suit merely because the explanation for delay was unbelievable cannot be reconciled with the main purpose of the case management regime provided in O. 34 of the Rules of Court 2012 that we adverted to earlier".
9
Oleh itu, Mahkamah ini memutuskan bahawa kelewatan 2 hari , pemfailan Pernyataan saksi pihak Defendan adalah tidak menjejaskan kes dan tidak memprejudiskan Plaintif kerana tempoh masa 5 hari selepas penerimaan Pernyataan Saksi-Saksi Defendan adalah memadai untuk pihak Plaintif bersedia dengan saksi-saksi Plaintif dan membuat persediaan untuk memeriksa balas saksi-saksi Defendan kelak.
10
Permohonan peguam Plaintif secara lisan di Mahkamah Terbuka pada hari perbicaraan ( 13.02.2022) untuk Mahkamah ini membatalkan pembelaan defendan dan seterusnya memasukkan penghakiman sepertimana di dalam pernyataan tuntutan adalah tidak dibenarkan dan ditolak tanpa sebarang perintah kos.” [ 11 ] Oleh itu isu mengenai bantahan awal pihak plaintif telah pun diputuskan oleh mahkamah semasa perbicaraan sebelum keputusan selepas perbicaraan penuh diberikan oleh Mahkamah ini. Ianya tidak seharusnya dihujahkan lagi kerana Mahkamah ini telah pun functus officio atas isu tersebut.Bantahan awal kali kedua peguam plaintif adalah ditolak. [ 12 ] Suatu lagi isu undang-undang yang dihujahkan oleh peguam plaintif adalah bahawa defendan pertama dan defendan kedua selaku Pentadbir Harta Pusaka Simati tersebut adalah bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang Simati . Beliau merujuk kepada Probate and Administration Act 1959, s.67 hingga s.69 seperti berikut : S.67 (1) (a) The property of a deceased person, … are assets for payment of his debts and liabilities; S.68 (2) … the personal representative shall pay all such …debts and other liabilities…” S.69 (3) … estate of a deceased person is solvent his estate shall, …be applicable towards the discharge of the funeral…debts and liabilities payable…”. [ 13 ] Peguam defendan-defendan dalam hujahan balasnya menyatakan bahawa isu ini tidak menjadi pertikaian. Isu utamanya adalah samada Simati ada berhutang dengan plaintif. [ 14 ] Mahkamah bersetuju bahawa adalah menjadi tanggungjawab Pentadbir Harta Pusaka untuk membayar atau melangsaikan hutang Simati tersebut sekiranya dibuktikan hutang tersebut. [ 15 ] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi dan hujahan kedua-dua pihak , Mahkamah membuat dapatan seperti berikut:
1
Sebanyak RM200,000 telah dimasukkan ke akaun Zakedna Construction & Services dan NMA Pesona Enterprise melalui 3 bank in slip pada 12.2.2018. Bank in slip [ditandakan ID1A-ID1C] ; 2, Terdapat 4 post dated cek dari Ambang Klasik Enterprise yang berjumlah RM200,000. [Ditandakan ID3A-ID3D]
3
Simati telah meninggal dunia pada 19.06.2020;
4
Tiada sebarang perjanjian bertulis mengenai pinjaman tersebut;
5
Keterangan yang dikemukakan oleh pihak plaintif adalah secara lisan dan tidak disokong oleh dokumen . Dokumen yang dikemukakan masih kekal sebagai ID sahaja.
6
Defendan-defendan pula bukanlah pihak kepada pinjaman yang di dakwa tersebut. tersebut.
7
Defendan 1 dan 2 sebagai Pentadbir Harta Pusaka Simati hanya bertanggungan membayar dari Harta Pusaka Simati sekiranya dibuktikan pinjaman oleh simati adalah dilakukan atas kapisiti diri sendiri.
8
Manakala defendan 3 iaitu isteri simati tidak bertanggungan membayar pinjaman simati sekiranya beliau sendiri bukanlah peminjam bersama simati ataupun penjamin kepada pinjaman simati.
9
Dalam tindakan ini, adalah jelas dari keterangan bahawa defendan 3 bukanlah peminjam bersama simati bagi pinjaman tersebut dan juga bukanlah penjamin bagi pinjaman tersebut. Oleh itu tuntutan plaintif terhadap defendan 3 tidak boleh dipertahankan dan ditolak.
10
Setelah meneliti pliding, keterangan dan hujahan kedua-dua pihak , mahkamah memutuskan bahawa keterangan pihak plaintif di mahkamah semasa perbicaraan adalah tidak disokong oleh keterangan dokumen (yang hanya ditanda ID). Ianya merupakan keterangan lisan sahaja.
11
Jika diteliti kepada 3 bank slip ianya adalah dimasukkan ke akaun Zakedna Construction & Services dan NMA Pesona Enterprise dan bukannya dimasukkan ke akaun peribadi Simati. dan 4 post dated cheque juga dikeluarkan oleh Ambang Klasik Enterprise dan bukannya dari akaun peribadi Simati. Oleh itu plaintif telah gagal membuktikan pinjaman sebanyak RM200,000 tersebut telah dilakukan oleh Simati secara peribadi yang mengikat Pentadbir Harta Pusaka Simati.
12
Jika pun pinjaman ada dibuat , ianya adalah pinjaman dari entiti perniagaan tersebut dan bukannya pinjaman oleh Simati secara peribadi.Ini adalah kerana keterangan yang ada (jika dibuktikan) hanya menunjukkan urusan dengan beberapa syarikat. Tiada satu keterangan pun ianya dimauskkan ke akaun peribadi Simati tersebut.
13
Oleh yang demikian, tuntutan plaintif terhadap defendan 1 dan defendan 2 sebagai Pentadbir Harta Pusaka Simati untuk bayaran balik pinjaman sebanyak RM200,000 yang di dakwa dibuat oleh Simati adalah ditolak.
para
Secara keseluruhannya, tuntutan plaintif terhadap defendan – defendan adalah ditolak dengan kos seperti berikut: Kos kepeguaman sebanyak RM5,550 Kos membela tindakan : RM1,400 Jumlah kos : RM6,950 Bertarikh pada 29 Oktober 2024 ROSLAN BIN HAMID HAKIM MAHKAMAH SESYEN SUNGAI PETANI KEDAH DARUL AMAN Tarikh Keputusan : 27.08.2024 Tarikh Rayuan : 04.09.2024 Peguam Plaintif : T/n Y.S Lee & Co (Selangor). Peguam Defendan : T/n Razif Jamil & Partners (Kedah)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.