Ketamin seberat 351.97 gram. Dapatan Di akhir kes Pendakwaan [18] Di peringkat akhir kes pendakwaan, satu kes prima facie sebagaimana diperuntukkan dalam s.180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan dari keterangan bukti yang boleh dipercayai dan kredibel yang mana jika tidak disangkal akan membolehkan sabitan dibuat (rujuk s.180 (4) KTJ dan kes Abdullah Atan lwn PP (2020) 9 CLJ 151). [19] Ungkapan "mengemukakan keterangan kukuh yang membuktikan setiap satu faktor kesalahan” dalam s. 180(4) bermaksud bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan setiap elemen kesalahan sama ada dengan mengemukakan keterangan yang boleh dipercayai, membuat inferen terhadap fakta atau mengguna pakai anggapan undang-undang (lihat kes Abdullah Atan di muka surat 166). [20] Kes prima facie ialah kes yang mencukupi untuk tertuduh dipanggil untuk menjawab pertuduhan keatasnya dan keterangan yang dikemukakan mencukupi melainkan ia disangkal atau diakas melalui keterangan lain (lihat kes Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85). Dalam kes Ong Cheng Heong lwn PP (1998) 4 CLJ 209, pandangan Vincent Ng, J telah dirujuk dan disahkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Abdullah Atan mengenai apa yang terjumlah sebagai satu kes prima facie seperti berikut: “..prima facie evidence is evidence which is sufficient to establish a fact in the absence of any evidence to the contrary but is not conclusive. I would follow that there should be credible evidence on each and every ingredient of the offence. Credible evidence is evidence which has been filtered and which has gone through the process of evaluation. Any evidence which is not safe to be acted upon should be rejected.” [21] Begitu juga sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Looi Kow Chai v. Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, yang mengatakan seperti berikut: “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s. 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: if I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silent, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative, then no prima facie case has been made out, and the accused would be entitled to an acquittal.” [22] Mahkamah Persekutuan dalam kes Magendran Mohan v. Public Prosecutor [2011] 1 CLJ 805 juga memutuskan mengenai pembuktian kes prima facie seperti berikut: “[44] The test at the end of the prosecution's case is 'prima facie case' based on a maximum evaluation of evidence. The evidence has to be scrutinised properly and not perfunctorily, cursorily or superficially. If the evaluation of the evidence results in doubts in the prosecution's case, then a prima facie case has not been made out. The defence ought not to be called merely to clear or clarify such doubts." [23] Maka, dalam menentukan pembuktian kes prima facie, satu penilaian secara maksima perlu dibuat terhadap keseluruhan keterangan bukti yang dikemukakan termasuk menilai kredibiliti saksi-saksi dan melihat inferen yang boleh dibuat dari keterangan bukti kes pendakwaan untuk membuktikan setiap elemen kesalahan (rujuk kes PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457). Kes Prima Facie [24] Keterangan bukti yang perlu dikemukakan untuk kesalahan pengedaran dadah berbahaya di bawah s. 39B (1) (a) ADB adalah bahawa dadah yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama ADB, ia adalah dalam pemilikan tertuduh apabila dibuktikan dadah adalah di bawah jagaan, kawalan dan pengetahuannya dan seterusnya, tertuduh mengedar dadah tersebut. Pengedaran boleh dibuktikan dengan keterangan langsung berdasarkan tafsiran pengedaran di bawah s. 2 ADB atau anggapan di bawah s. (da). Intipati Kesalahan Dadah adalah yang tersenarai di Jadual Pertama dan sepertimana yang didefinasikan dibawah ADB. [25] Jenis dan berat dadah telah disahkan dan dibuktikan dari keterangan SP2 dan Laporan Kimia yang disediakan, P14 sebagaimana dalam pertuduhan. [26] Mengenai hasil analisa SP2, saya merujuk kepada kes Munusamy Vengadasalam v PP [1987] CLJ (Rep) 221 and Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301 dan memetik bahawa mahkamah ini “entitled to accept the opinion of the chemist at its face value without the necessity for him to go into details of what he did in the laboratory unless it is inherently incredible or the defence calls evidence in rebuttal by another expert. Pendapat ini juga telah diikuti dalam kes Tarmizi bin Yaacob v PP (2006) 6 MLJ 197 dan seterusnya dalam Mazlan bin Mustafa v PP Rayuan Jenayah 05-212-08-2012 oleh Mahkamah Rayuan. [27] Rantaian pergerakan barang kes tidak terputus dimana dadah yang dirampas oleh SP5 telah diserahkan kepada SP7, selanjutnya kepada SP2 untuk dianalisa. Barang kes telah disimpan di stor penyimpanan barang kes sehingga dikemukakan ke mahkamah pada hari perbicaraan (rujuk kes Gunalan Ramachandran v PP (2004) 4 CLJ 551 – “..the chain of evidence is more important for the period from the time of recovery until the completion of the analysis by the chemist..”) [28] Maka dengan itu, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen jenis dan berat dadah sebagaimana dalam pertuduhan (rujukan juga dibuat mengikut kes Shahrizal Abdul Ghani v. PP [2014] 1 CLJ 70 dan Su Ah Ping v. PP [1979] 1 LNS 100). Pemilikan terhadap dadah [29] Berkait keperluan membuktikan ramuan pemilikan, pihak pendakwaan perlu mengemukakan keterangan bahawa tertuduh mempunyai kawalan atau jagaan serta pengetahuan tentang dadah yang dijumpai (lihat kes Chan Pean Leon v. PP [1956] MLJ 237). Mahkamah dalam kes Chan Pean Leon juga telah memutuskan bahawa “..a person is said to be in possession of a thing if he has the power to deal with it as the owner to the exclusion of all other persons.” [30] Maksud "custody", "control" dan "possession" telah dibincangkan dalam kes Leow Nghee Lim v Red [1956] 1 MLJ, yang mana dipetik seperti berikut: “Custody means having care or guardianship; goods in custody are in the care of the custodian and, by necessary implication, he is taking care of them on behalf of someone else. You cannot take care of goods unless you know where they are and have the means of exercising control over them. Custody therefore implies knowledge of the existence and whereabouts of the goods and power of control over them, not amounting to possession. Control must be proved as a fact and it must arise from the relation of the person to the goods, irrespective of whether they are contraband. Probably the most helpful definition of possession is:- “The relation of a person to a thing over which he may at his pleasure exercise such control as the character of the thing admits, to the exclusion of other persons.” This definition does not express, but it does imply that the meaning of the word includes some element of knowledge. A man must know of the existence of a chattel and have some idea of its whereabouts before he can exercise any control over it. The word possession therefore implies some knowledge but not necessarily full or exact knowledge.” [31] Mengenai pembuktian pengetahuan, Mahkamah Persekutuan dalam kes Parlan bin Dadeh v Public Prosecutor [2009] 1 CLJ 717 memutuskan bahawa elemen pengetahuan boleh dilihat dari inferen atau kesimpulan fakta. Petikan yang dirujuk adalah seperti berikut: “Proof of knowledge is very often a matter of inference. The material from which the inference of knowledge can be drawn varies from case to case. It would be sufficient for the prosecution to prove facts from which it could properly be inferred that the accused had the necessary knowledge.” [32] Adalah juga berdasarkan nas kes-kes duluan bahawa dua elemen yang diperlukan untuk membuktikan pemilikan ialah kawalan fizikal dan pengetahuan. Untuk memenuhi unsur fizikal, ia mesti ditunjukkan bahawa tertuduh berada berhampiran dengan dadah dan dia boleh mengendalikannya seolah-olah ia adalah miliknya. Bagi unsur mental atau mens rea pula, perlu dibuktikan bahawa tertuduh berniat atau berhasrat untuk berurusan dengan dadah tersebut (intended to deal with the drugs) (rujuk kes PP v Abdul Rahman Akif [2007] 5 MLJ 237 (FC), Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237 (HC)). Dalam erti kata lain, keperluan unsur fizikal dan mental tersebut perlu wujud dan dibuktikan sebelum pemilikan dapat dibuktikan. [33] Dalam kes ini, pihak pendakwaan telah mengemukakan fakta dan inferen berikut untuk membuktikan pemilikan tertuduh terhadap dadah: