(v) Terdapat kemungkinan bahawa dadah tersebut adalah milik lelaki yang tidak dikenali itu (yang mungkin Jacky atau mana- 485 mana pihak ketiga yang mungkin menerima kunci dan kad akses rumah tersebut daripada Jacky). Berdasarkan alasan di atas Peguam berhujah terdapat keraguan serius dalam kes Pendakwaan terhadap Perayu. HMT telah gagal 490 membuat dapatan bahawa pihak Pendakwaan telah gagal mengemukakan keterangan untuk menunjukkan Perayu mempunyai pemilikan eksklusif terhadap dadah tersebut. [24] Peguam berhujah lanjut bahawa Perayu tidak mempunyai 495 ‘pengetahuan’ mengenai dadah tersebut. Dadah tersebut ditemui di dalam beg plastik hitam/kelabu (eksibit P9A) yang kemudiannya dibalut/dimeteraikan di dalam beg plastik kelabu dan perak, yang tidak lutsinar dan tidak dapat dilihat oleh Perayu. Semasa perbicaraan, SP5 memberi keterangan bahawa SP5 ialah orang yang 500 membuka beg plastik kelabu (“HB1”) dan beg plastik kelabu tersebut telah dimeteraikan sebelum beliau membukanya. Memandangkan beg-beg plastik tersebut bukan milik Perayu, adalah tidak munasabah untuk beliau berbuat demikian. Peguam berhujah bahawa Perayu hanya mempunyai jagaan sementara/sekadar seketika terhadap beg 505 plastik hitam/kelabu (eksibit P9A) sehingga beliau ditangkap oleh SP5. Oleh itu, tidak boleh dikatakan bahawa Perayu mengetahui kandungannya dan mempunyai pemilikan ke atasnya. [25] Tiada keterangan bahawa Perayu kelihatan terkejut atau cuba 510 melarikan diri apabila berdepan dengan SP5 (pegawai serbuan). Oleh itu, inferens yang wajar ialah Perayu tidak mempunyai pengetahuan tentang kandungan beg plastik (Eksibit P9A) yang dipegang olehnya. 515 [26] Pihak Perayu telah merujuk beberapa kes, antaranya: - Tan Thong Jin v. Public Prosecutor [2002] 3 MLJ 695 di mana Mahkamah Rayuan memutuskan: “In coming to such inference the learned judge failed to appreciate that there were other persons who had access to the house, that is 520 to say, the appellant's girlfriend whom he took to the house about 3 times a week, his friends whom he took to the house to watch video, his visitor as confirmed by SP4 when she returned to the house to collect the refrigerator and possibly DW5. Anyone of them could have done the same, especially DW5 who was detained under the 525 preventive measures legislation after the arrest for his involvement in drug trafficking. Therefore, it was wrong for the learned judge to attach criminal liability, that is to say, exclusive custody or control of the dangerous drug on the appellant merely because he was the tenant of the house and that SP3 and SP4 denied the dangerous 530 drug as theirs.” - Low Thiam Teck v Public Prosecutor [2015] 3 MLJ 134, Mahkamah Rayuan memutuskan: “[23] Both the appellant and the second accused did not resist 535 arrest. There was no evidence of any overt act on their part other than 'terkejut'. In fact their conduct could only benefit the appellant's case as it negatived any inference of knowledge of the drugs from either the appellant or the second accused, particularly the appellant. With no evidence of fear 540 adduced, let alone there was no attempt to escape or a struggle put up against the police, the prosecution had failed to establish any evidence upon which an inference of knowledge about the drugs in the car can be made. Without knowledge, the prosecution had failed to establish the 545 ingredient of possession (Public Prosecutor v Salleh bin Zakaria & Anor [2010] 4 MLJ 25; [2010] 4 CLJ 671). Further there was insufficient evidence to show that the appellant had possession of the dangerous drugs in question together with the other two accused persons, or with either one of them 550 (Public Prosecutor v Mohd Bandar Shah bin Nordin & Anor [2008] 4 MLJ 556; [2008] 4 CLJ 859). [27] Pendakwaan berhujah bahawa Pembelaan tidak menafikan 555 Perayu ialah satu-satunya individu yang memandu kereta bernombor pendaftaran JLM 3886 masuk ke perkarangan rumah tersebut, memarkir di hadapan rumah selepas pintu automatik dibuka, lalu masuk ke dalam rumah dengan membuka gril pintu menggunakan kunci yang ada padanya dan menutup semula gril dari dalam. Kira-kira 10 minit 560 kemudian, Perayu dilihat keluar seorang diri sambil menjinjit satu plastik hitam di tangan kanan. Pemeriksaan seterusnya ke atas Perayu dan rumah tersebut dibuat, dan pada masa-masa material Perayu juga tidak menyangkal bahawa hanya dia seorang sahaja berada di situ sepanjang serbuan, pemeriksaan dan tangkapan. 565 [28] Cubaan untuk memasukkan pihak ketiga iaitu Jacky seawal kes telah diputuskan oleh HMT adalah gagal memandangkan semasa serbuan dan tangkapan telah mengesahkan bahawa Perayu adalah berseorangan. Keterangan saksi-saksi Pendakwaan adalah konsisten 570 dan tidak goyah walaupun disoal balas oleh Pembelaan berhubung isu ini. Kedudukan dadah yang dirampas daripada tangan kanan Perayu jelas menunjukkan terdapatnya kedekatan (close proximity) di antara dadah dengan Perayu dan ianya relevan ke atas kes ini dan merujuk kepada kes Khairuddin Hassan v. PP [2010] 7 CLJ 129; [2010] 1 LNS 575 633, Mahkamah Persekutuan memutuskan: “(4) Kedekatan dadah kepada perayu adalah satu fakta relevan yang harus diberikan pertimbangan (PP v. Foo Jua Eng; diikuti). Oleh itu, tiada cacat celanya dengan dapatan hakim bicara bahawa, berdasarkan kepada elemen-elemen tingkahlaku perayu dan kedekatannya dengan 580 dadah yang ditemui, ditambah dengan kegagalannya memberikan penjelasan yang memuaskan, beliau sememangnya mempunyai milikan mens rea dadah. Inferens tersebut dibuat oleh hakim bicara berdasarkan dapatan-dapatan fakta yang kukuh dan disahkan oleh Mahkamah Rayuan...” 585 [29] Tindakan Perayu menunjukkan keberadaan kunci bagi bilik ketiga yang mana di dalam bilik tersebut telah dijumpai dadah-dadah sepertimana P2, P3, P4 dan P5 secara jelasnya adalah relevan dengan kelakuan (conduct) di bawah Seksyen 8 Akta Keterangan 590 1952 (merujuk Parlan Bin Dadeh v PP [2009] 1 CLJ 717). Pendakwaan (Responden) menghujahkan bahawa sememangnya Perayu mempunyai jagaan dan kawalan terhadap dadah-dadah tersebut dan HMT adalah tepat apabila memutuskan Perayu mempunyai jagaan dan kawalan ke atas dadah-dadah tersebut. 595 [30] Pendakwaan berhujah bahawa Perayu mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang dirampas dan merujuk kepada alasan penghakiman HMT yang merumuskan bahawa berdasarkan kepada keterangan yang dikemukakan dan dapatan fakta di atas, 600 elemen pemilikan dadah tersebut telah dibuktikan secara afirmatif (merujuk Chan Pean Leon v PP [1956] 22 MLJ 237). [31] HMT juga berpuas hati dadah yang dirampas dari tangan kanan Perayu adalah sama dengan salah satu jenis dadah yang dijumpai di 605 dalam bilik ketiga rumah tersebut iaitu methamphetamine. Di dalam kes Ali Hosseinzadeh Bashir v PP [2015] 1 CLJ 918 Mahkamah Rayuan mengatakan seperti berikut: “[30] But the fact is he was also carrying a packet of drug hidden in his jacket and it was not his case that he was also asked by Ashgar to 610 wear the jacket on his trip to Malaysia. To our mind the presence of the same type of drug in the appellant’s jacket dispels any doubt as to his knowledge about the drugs in the bag. The learned trial judge was therefore right in finding that the appellant had knowledge of the drugs. This finding by necessary implication means that the 615 appellant had failed to rebut the presumption of knowledge. Failure to rebut the presumption means that he had knowledge of the drugs.” [32] Berpandukan kepada kes di atas, Pendakwaan berhujah 620 bahawa HMT adalah tepat apabila memutuskan bahawa Perayu mempunyai pengetahuan secara terus ke atas dadah yang dirampas daripada tangan kanan Perayu dan dadah-dadah yang dijumpai di dalam bilik ketiga rumah tersebut. 625 [33] HMT juga telah memutuskan bahawa Perayu telah mengedar dadah bagi P1, P2 dan P3 dengan menggunapakai anggapan statutori di bawah s.37(da) ADB dan memutuskan bahawa elemen pengedaran, memandangkan elemen pemilikan telah berjaya dibuktikan maka Mahkamah membuat dapatan bahawa satu kes 630 prima facie pengedaran dibuktikan bawah seksyen 180(4) KTJ, dengan pemakaian anggapan statutori bawah seksyen 37(da) ADB berdasarkan berat dadah Methamphetamine dan MDMA yang melebihi 50 gram (s.37(da)(xvi) dan (xxii)). Adalah jelas bahawa memandangkan jumlah dadah yang dibawa oleh Perayu adalah satu 635 jumlah yang besar maka ‘irresistable inference’ yang boleh dibuat ialah Perayu membawa dadah tersebut untuk tujuan pengedaran. [34] Berkenaan isu pemilikan, kami telah meneliti keterangan saksi-saksi, keterangan dokumentari serta hujahan pihak-pihak. SP5 640 (pegawai serbuan) bersama pasukan membuat pemerhatian kira-kira 30 minit di lokasi. Sekitar jam 7.00 petang, sebuah Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran JLM 3886 memasuki perkarangan rumah tersebut apabila pagar automatik terbuka dan kemudian tertutup semula. 645 [35] Perayu keluar dari kereta, membuka pintu gril dengan kunci, masuk ke dalam rumah dan menguncinya dari dalam. Lebih kurang 10 minit kemudian, Perayu keluar semula selepas membuka kunci pintu gril sambil menjinjit satu plastik hitam/kelabu di tangan kanan. 650 Pasukan serbuan memanjat pagar, masuk ke perkarangan rumah tersebut serta menahan Perayu dan memperkenalkan diri sebagai polis. [36] Pemeriksaan fizikal dijalankan terhadap Perayu dan telah 655 dijumpai satu set kunci rumah (3 batang anak kunci) pada tangan kirinya dan satu plastik hitam/kelabu dari tangan kanannya yang didalamnya mengandungi satu (1) plastik lutsinar dan dua (2) plastik bewarna perak yang mengandungi bahan disyaki syabu. SP5 juga merampas satu alat kawalan jauh yang digunakan untuk membuka 660 pintu pagar dalam poket seluar sebelah kanan Perayu. Dengan menggunakan kunci yang dirampas dari Perayu, SP5 telah membuka pintu gril dan pintu rumah tersebut. Pemeriksaan dalam rumah tersebut telah dijalankan. Tiada barang salah dijumpai dalam bilik pertama dan kedua yang tidak berkunci tetapi bilik ketiga didapati 665 berkunci. SP5 telah bertanyakan kunci bilik tersebut dengan Perayu dan Perayu telah menunjukkan ke arah satu rak kayu dalam bilik stor bersebelahan bilik ketiga. Dengan menggunakan kunci yang dijumpai atas rak, pasukan serbuan berjaya masuk ke bilik ketiga dan menjumpai satu (1) kotak coklat dan satu (1) beg. Dalam kotak 670 dijumpai beberapa jenis dadah. Turut dijumpai alatan menimbang dan sealer. [37] Keterangan SP5 disokong oleh keterangan SP7 yang mengesahkan bahawa kesemua dadah dan barangan lain yang 675 dijumpai telah dirampas dan kemudian diserah kepada beliau. SP7 menghantar dadah-dadah tersebut ke ahli kimia, Sidek bin Ahmad (SP2), dan mengesahkan dalam Laporan Kimia (P14) bahawa barang kes yang dirampas adalah dadah berbahaya seperti dalam pertuduhan. Kami dapati pihak Perayu tidak mempertikaikan laporan 680 ahli kimia ini dan kami juga mendapati tiada terdapat sebarang pecahan pada rantaian pergerakan barang kes di dalam kes hari ini. [38] Adalah dapatan kami di dalam kes ini, pihak Pendakwaan telah dengan jelas membuktikan bahawa dadah berbahaya tersebut 685 berada di dalam milikannya. HMT dengan jelas menghuraikan tentang keterangan SP5 di mana keterangan SP5 mengenai kejadian pada hari serbuan telah diterima Mahkamah. HMT mendapati SP5 adalah saksi yang kredibel, konsisten dan tiada sebab untuk meragui keterangannya. Pemerhatian yang rapi telah dibuat oleh SP5 690 bersama pasukan serbuan. Perayu dengan jelas pergi dan masuk ke dalam rumah tersebut seorang diri, masuk tanpa memegang apa-apa barang tetapi keluar bersama satu plastik yang kemudiannya dijumpai dadah di dalamnya. SP5 juga mengatakan bahawa Tertuduh telah menunjukkan keberadaan anak kunci kepada bilik 695 ketiga tersebut dan dadah yang dijumpai pada tangan Tertuduh (dalam plastik hitam/kelabu) adalah sama dengan jenis dari dalam kotak di bilik ketiga tersebut. Tiada orang lain selain Perayu berada di dalam rumah pada masa serbuan dibuat. 700 [39] Peguam juga mempertikaikan dimana HMT hanya bersandarkan kepada keterangan SP5 semata-mata. Seperti yang telah kami huraikan sebelum ini, keterangan SP5 disokong oleh keterangan SP7. Kami mendapati bahawa HMT telah membuat dapatan tepat dengan kesedaran sama ada mencukupi untuk HMT 705 menerima keterangan penting hanya dari seorang saksi. Adalah undang-undang mantap bahawa keterangan ditimbang dan bukan dibilang (evidence is weighed and not counted) sebagaimana diperuntukkan dalam s.134 Akta Keterangan 1950. Undang-undang adalah jelas bahawa “No particular number of witnesses shall in any 710 case be required for the proof of any fact”. Terutamanya jika keterangan saksi tersebut konsisten dan kredibel. [40] HMT juga telah membuat dapatan bahawa, tiada keterangan atau motif yang memungkinkan SP5 tidak bercakap benar dan tiada 715 alasan untuk HMT meragui keterangannya. (rujuk PP v. Mohamed Ali [1962] 28 MLJ 257 dan Shah Irwan Ton v. PP [2013] 1 LNS 377). [41] Peguam Perayu menghujahkan lagi Perayu tidak mempunyai ‘kawalan’ atau ‘jagaan’ terhadap dadah tersebut kerana: 720