Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-23NCVC-14-04/2018 ANTARA CHEW MEI FUN … PLAINTIF DAN 1) TONY PUA KIAM WEE 2) YEO BEE YIN … DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan
BA-23NCvC-14-04/2018
High Court of Malaysia30 Nov 2022
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“litian dan penemuan mahkamah [15] Bagi membuktikan fitnah, prinsip mantap dalam kes Ayob Saud v T.S. Sambanthamurthi [1989] 1 CLJ Rep. 321 menyatakan: “In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer t”
“stole a watch from A it is not enough to prove that the plaintiff stole a watch on a particular day, it is not enough to prove that the plaintiff stole a watch on some other day. By section 8 of the Defamation Ordinance, 1957, however, it is now provided that in an action for libel or slander in respect of words contai”
“the **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 18 Jawatankuasa Dewan Siburan (Siburan Hall Committee) under the provision of Sec. 9(c) of the Societies Act 1966 & Ors & Ors suits [2013] 10 MLJ 398 terdapat 4 elemen yang perlu dibuktikan oleh Defendan-Defendan dalam”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO: BA-23NCVC-14-04/2018 ANTARA CHEW MEI FUN … PLAINTIF DAN 1) TONY PUA KIAM WEE 2) YEO BEE YIN … DEFENDAN PENGHAKIMAN Pengenalan
1
Plaintif dalam kes ini memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Defendan 1 dan Defendan 2 atas dakwaan menerbitkan empat (4) kenyataan dalam beberapa media massa yang didakwanya berbaur fitnah berhubung dengan pembelian sebidang tanah oleh sebuah parti politik iaitu Malaysian Chinese Association (selepas ini dipanggil “MCA”) dari Kerajaan Negeri Selangor di bawah paras harga pasaran pada tahun 2007-2008.
2
Plaintif (pada masa writ saman ini difailkan pada 6.4.2018) adalah seorang ahli politik dari MCA dan memegang beberapa jawatan penting di peringkat nasional, negeri, parti dan badan sosial/kebajikan seperti Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Senator Dewan Negara, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Naib Presiden MCA dan beberapa jawatan lain.
3
Defendan 1 adalah seorang ahli politik dari parti politik Democratic Action Party (selepas ini dipanggil “DAP”) dan memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden DAP dan Ahli Parlimen Petaling Jaya (pada masa writ saman ini difailkan pada 6.4.2018).
4
Defendan 2 adalah juga seorang ahli politik DAP dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor Kawasan Damansara Utara dan Ahli Strategik Media Sosial DAP (pada masa writ saman ini difailkan pada 6.4.2018).
5
Tuntutan Plaintif atas dakwaan fitnah (libel) terhadap Defendan 1 dan 2 adalah berhubung dengan pembelian sebidang tanah di 18/07/2023 10:14:52 BA-23NCvC-14-04/2018 Kand. 86 Kampong Chempaka, Petaling Jaya, Selangor oleh MCA dari Kerajaan Negeri Selangor pada sekitar tahun 2007 dengan harga RM50,000 yang dilaporkan dalam empat penerbitan. Tanah tersebut berkeluasan 1 ekar dan syarat pajakan 99 tahun dibeli bagi tujuan pembinaan pejabat MCA Selangor. Plaintif pada masa material adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (1999-2008).
6
Empat penerbitan berhubung dengan perkara tersebut adalah:
i
Penerbitan 1 Terbitan ini oleh Defendan 1 dan 2 dalam Malay Mail Online bertarikh 14.9.2017 bertajuk “DAP claims MCA bought Selangor land below market price” dan selanjutnya dalam suatu press conference atas tajuk dan tarikh yang sama (selepas ini dipanggil “Penerbitan 1”). “DAP lawmakers accused MCA today of buying state land purportedly worth RM18 million for RM50,000 in Kampung Chempaka here. Petaling Jaya Utara MP Tony Pua alleged that the transaction was done via the area's former MP Datin Paduka Chew Mei Fun in 2007 when Barisan Nasional (BN) was in power in Selangor. It is worth at least RM400 per square feet. It works out to about RM18 million and how much they (MCA) paid is RM50,000. It is an abuse of power to enrich themselves. "This is literally stealing from the people by paying a nominal sum of money," he told reporters in a press conference at the land site today. Damansara Utama assemblyman Yeo Bee Yin claimed the then BN state government had approved the land to be sold at RM1 per square feet to MCA and the transactions were allegedly done hastily."
II
(ii) Penerbitan 2 Live video yang diterbitkan oleh Defendan 2 dalam Facebooknya pada 14.9.2017 dalam bahasa Mandarin bertajuk: “The story of MCA land grab in Kg. Chempaka, Petaling Jaya.” (selepas ini dipanggil “Penerbitan 2”). “Defendan Ke-2: Hai Selamat petang, tuan-tuan dan puan-puan. Saya sekarang berada atas sebidang tanah di Kampung Sam Cempaka, Petaling Jaya. Tanah ini sekarang dimiliki oleh MCA. Bagaimanakah MCA memperoleh tanah ini? Tuan-tuan dan puan-puan boleh lihat sendiri tanah seluas satu ekar ini yang diperoleh MCA daripada bekas kerajaan dan bekas kerajaan negeri pada tahun 2007 pada harga satu Ringgit Malaysia sahaja bagi setiap satu kaki persegi. Hanya satu Ringgit Malaysia bagi setiap satu kaki persegi. Tanah seluas satu ekar ini diperoleh daripada kerajaan pada nilai lima puluh dua ribu Ringgit Malaysia sahaja. Harga pasaran tanah ini sekurang-kurangnya berjumlah sepuluh juta Ringgit Malaysia. Jadi, pada hari ini kami ingin bertanya kepada MCA... MCA Selangor, bagaimanakah tanah rakyat ini diperoleh untuk kegunaan sendiri?" "Defendan Ke-2: Oh, jadi dahulu seluruh tanah ini dimiliki oleh rakyat. Mereka halau rakyat dari sini dengan mengatakan ini rumah setinggan. Baiklah. Tetapi mengapa akhirnya tanah ini menjadi milik MCA? Sebab itu, pada hari ini saya dan Tony Pua mengadakan satu sidang akhbar. Kami mahu semua orang melihat sendiri berapa banyakkah tanah yang telah diperoleh oleh MCA di negeri Selangor. Pada awalnya, kami tidak tahu tentang semua hal ini. Bagaimana kami mendapat tahu bahawa tanah ini dimiliki oleh MCA? Mereka berani mengambil tanah ini. Ya, mereka berani mengambil tanah ini. Selepas memperoleh tanah ini, mereka berani menyampaikan permohonan kepada kerajaan kami pada awal tahun ini untuk menukar jenis kegunaan tanah daripada water body (jasad air) kepada kegunaan komersil. Mengapa tanah ini dikatakan tanah water body (jasad air)? Kami tidak faham pun mengapa MCA boleh memiliki tanah water body (jasad air) ini. Sebenamya, tanah ini digunakan untuk mengawal banjir kerana air sungai akan dialirkan ke sini apabila paras air naik. Tetapi mengapakah tanah ini sekarang dimiliki oleh MCA? Jadi kami berasa ragu-ragu dan selepas menyiasatnya, kami dapati bahawa MCA juga mengambil tanah di Petaling". "Tanggapan kami terhadap Chew Mei Fun suatu ketika dahulu adalah, beliau masih boleh dianggap baik reputasinya walaupun beliau ahli MCA. Kemudian, kami mendapati bahawa semasa beliau menjadi ahli parlimen, tanah untuk penanaman buah naga telah menjadi milik MCA. Jadi, kami pun tidak tahu apa sebenamya yang telah berlaku. Kami harap Chew Mei Fun dapat memberikan penjelasan kepada kami. Kami juga berharap agar MCA Selangor turut memberikan penjelasan kepada kami. Seperti yang dikatakan oleh Tony Pua sebentar tadi, jika mereka benar-benar mempunyai hati nurani, mereka harus mengembalikan tanah ini kepada kami. Jika tidak, mereka hendaklah membayar harga tanah ini mengikut harga pasaran (kepada kami) supaya mereka dapat memiliki tanah ini secara munasabah. Kami harap mereka mempunyai hati nurani dan berasa bersalah. " "Disebabkan hal ini, kami sungguh kecewa dengan MCA dan juga kerajaan Barisan Nasional kerana meluluskan pemberian tanah ini kepada MCA yang merupakan satu parti politik. Tanah ini adalah kepunyaan rakyat, dan bukannya parti politik. Tanah milik rakyat perlu diperuntukkan untuk kegunaan rakyat. Jadi, saya rasa perkara ini adalah seperti politik lama. Politik yang harus kami bantah. Adakah saudara mempunyai apa-apa perkara yang hendak dibangkitkan? Bersama-sama dengan kami ialah anggota majlis perbandaran, iaitu Billy (transliterasi) Alia (transliterasi) dan Daniel (transliterasi). Mereka membantah permohonan MCA untuk menukar kegunaan tanah daripada water body (jasad air) kepada kegunaan komersil. Kami berharap MCA boleh muhasabah diri mereka sendiri. Saya akan berhenti di sini.”
III
(iii) Penerbitan 3 Laporan berita yang diterbitkan dalam Free Malaysia Today online oleh Defendan 1 dan/atau Defendan 2 pada 18.9.2017 bertajuk: “DAP questions MP’s silence on MCA purchase of PJ land.” (selepas ini dipanggil “Penerbitan 3”). “Sub-heading: 'Tony Pua claims former PJ Utara MP Chew Mei Fun was in the district-level land committee that obtained the plot at well below the market price’ DAP leaders want a former MCA leader to clear the air on a plot of land alleged to have been bought by MCA well below market price in the SS25 area here. Petaling Jaya Utara MP Tony Pua said Chew Mei Fun was the previous MP of his constituency when the transaction took place in 2007 and 2008. He explained she was part of the district-level land committee which oversaw the allocation of land. “Such land committees’ function in every district together with the district officer, the MP and state assemblyperson for the area," he claimed. Pua held a press conference on the matter at the Damansara DAP service centre here today together with Damansara Utama state assemblyperson Yeo Bee Hin. Pua said if he had been involved in such dealings he would have resigned.”
IV
(iv) Penerbitan 4 Laporan berita dalam akhbar Nanyang Siang Pau bertarikh 18.9.2017 yang di akibatkan terbit oleh Defendan 1 dan/atau Defendan 2 bertajuk: “Pua Kim Wee: Unreasonable to enable MCA Selangor to spend RM50 thousand to purchase land – Religious organisations instead of political parties should be given discounts.” (selepas ini dipanggil “Penerbitan 4”) dan selanjut dalam suatu press conference oleh kedua-dua Defendan pada tarikh yang sama. “Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata bahawa urus niaga oleh MCA Selangor yang membeli tanah dengan nilai pasaran sebanyak RM18 juta pada harga RM50,000 adalah sah di sisi undang-undang tetapi tidak munasabah kerana harga ini hanya ditawarkan kepada badan keagamaan dan bukannya parti politik. Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata demikian ketika mengulas sidang akhbar oleh MCA Selangor baru-baru ini dan beliau menyatakan bahawa tidak mungkin Datin Paduka Chew Mei Fun, yang pada ketika itu merupakan ahli pallimen PJ Utara dan ahli Jawatankuasa Tanah Daerah, tidak tahu tentang urus niaga tersebut. “Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk menimbang dan meluluskan permohonan berkaitan hal tanah. Permohonan MCA bagi membeli tanah itu akan dibentangkan kepada jawatankuasa tersebut untuk dipertimbang dan diluluskan sebelum dikemukakan kepada EXCO Selangor dan ahli jawatankuasa berkenaan termasuk Pengarah Jabatan Tanah, ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri di kawasan tersebut. Namun, jawatankuasa itu telah dibubarkan selepas 2008.” “Memang betul MCA mempunyai dokumen untuk membuktikan bahawa tanah tersebut diperoleh melalui proses yang sah di sisi undang-undang. Namun, bagaimanakah tanah itu boleh ditawarkan pada harga satu ringgit bagi setiap kaki persegi? Keadaan ini tentunya boleh menimbulkan kontlik kepentingan.” Membeli tanah pada harga di bawah harga pasaran Terdahulu, Tony Pua dan ADUN Damansara Utama, Yeo Bee Yin, telah mengadakan satu sidang akhbar yang mendedahkan bahawa MCA Selangor telah membeli sebidang tanah kosong seluas satu ekar di Kg Baru Cempaka pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran semasa kerajaan Barisan Nasional memerintah Selangor. Susulan pendedahan itu, MCA Selangor mengadakan satu sidang akhbar bagi menjelaskan perkara tersebut dan mendakwa Tony Pua den Yeo Bee Yin telah membuat tuduhan yang berniat jahat dan tidak bertanggungjawab. Tony Pua mengatakan bahawa tanah yang dibeli oleh MCA Selangor adalah tanah simpanan sungai yang pernah didiami penduduk setinggan. Namun, mereka telah diusir dari tanah tersebut susulan sasaran sifar setinggan di bawah pemerintahan Menteri Besar, Mohamed Khir Toyo. Selepas pengusiran itu, MCA Selangor telah memohon untuk membeli tanah tersebut. “Pernyataan Dato Tan Chong Sang, Naib Pengerusi MCA Selangor yang menjelaskan bahawa sesiapa sahaja berhak untuk membeli tanah kosong adalah benar. Namun, jika tanah itu hendak ditawarkan pada harga seringgit bagi setiap kaki persegi, maka tawaran ini seharusnya diberikan kepada penduduk yang telah diusir sebelumnya atau kepada badan keagamaan dan bukannya parti politik.” Yeo Bee Yin: MCA harus beli tanah pada harga pasaran Yeo Bee Yin berkata bahawa mereka mendedahkan isu berhubung pembelian tanah kosong oleh parti politik menurut Enakmen Kebebasan Maklumat Negeri Selangor, dan mereka percaya bahawa isu seperti ini tidak berlaku di negeri Selangor sahaja memandangkan perkara seumpama itu tidak dapat disiasat di negeri-negeri lain di bawah kerajaan Barisan Nasional seperti negeri Johor, Pahang dan Kedah. Beliau berkata bahawa MCA Selangor harus membayar harga pasaran untuk tanah tersebut kepada kerajaan negeri. Tambah beliau, Chew Mei Fun tidak boleh terus mendiamkan diri kerana beliau merupakan ahli Jawatankuasa Tanah Daerah Petaling Jaya pada masa itu.” [7] Dalam menjawab tuntutan Plaintif ini, pihak Defendan telah menggunakan pembelaan justifikasi, komen berpatutan, keistimewaan terhad (qualified privilege) dan Reynold’s Privilege. Isu [8] Isu-isu yang perlu diputuskan mahkamah adalah:
i
sama ada kenyataan yang diadukan (impugned statement) dalam penerbitan-penerbitan tersebut bermaksud atau boleh dimaksudkan sebagai suatu fitnah;
II
(ii) sama ada kenyataan yang diadukan itu merujuk kepada Plaintif;
III
(iii) sama ada kenyataan yang diadukan itu telah dikomunikasikan atau diterbitkan kepada pihak ketiga;
IV
(iv) sama ada Defendan-Defendan boleh menggunakan pembelaan justifikasi, komen berpatutan, keistimewaan terhad (qualified privilege) atau Reynold’s Privilege. Kes Plaintif [9] Plaintif menghujahkan pada masa material beliau adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (1999-2008). Beliau sebagai Ahli Parlimen tidak pernah menjadi Ahli Jawatan Kuasa Tanah Daerah (District Land Committee) dan selepas ini akan dipanggil sebagai “DLC”. Jawatan kuasa berkenaan adalah di peringkat daerah dan diwakili antaranya oleh Pegawai Daerah berkenaan, wakil Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional dan sebagainya. Keanggotaan dalam jawatan kuasa berkenaan dinyatakan dengan jelas dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil. 2/1991 bertarikh 8.1.1991. [10] Sehubungan itu beliau tidak terlibat langsung dan tidak ada kuasa atau pengaruh dalam DLC untuk memastikan keputusan supaya MCA mendapat tanah berkenaan dengan harga di bawah pasaran. Tetapi dalam keempat-empat penerbitan yang dibuat oleh Defendan 1 dan Defendan 2, adalah merujuk kepada dirinya secara peribadi. Penerbitan-penerbitan itu juga telah disebarkan kepada pihak ketiga secara meluas. [11] Penerbitan-penerbitan ini telah menjejaskan integriti, kedudukan, kejujuran dan kehidupan Plaintif serta memyebabkan orang ramai beranggapan Plaintif adalah seorang yang tidak jujur, mempunyai konflik kepentingan, menyalahgunakan kuasa, rasuah dan sdebagainya. Kes Defendan 1 dan Defendan 2 [12] Pihak Defendan menghujahkan makna atau maksud sebenar dalam keempat-empat penerbitan tersebut bukanlah seperti mana yang diplidkan Plaintif. Sebagai seorang Ahli Parlimen kawasan tersebut, Plaintif sepatutnya tahu berhubung dengan penjualan tanah kerajaan itu kepada parti (MCA) yang dia menjadi ahli. [13] Plaintif sepatutnya bertanggungjawab kerana pembelian tanah tersebut adalah dalam kawasan Parlimen yang dia wakili. Plaintif juga sepatutnya menjelaskan kepada penggundinya mengapa tanah tersebut dijual dengan harga RM1 sahaja untuk satu kaki persegi. Pihak Defendan menghujahkan harga sedemikian adalah tidak munasabah dan “mengkayakan” MCA. Nilai pasaran tanah berkenaan pada masa material adalah RM18,000,000 @ RM400 satu kaki persegi. Tanah tersebut sepatutnya digunakan untuk kegunaan awam. Fakta-fakta inilah yang menimbulkan persoalan yang perlu djawab oleh Plaintif. [14] Atau alternatifnya, keempat-empat penerbitan tersebut adalah:
i
suatu justifikasi kerana faktanya adalah benar (justification); atau;
II
(ii) ianya suatu komen berpatutan (fair comment) kerana melibatkan kepentingan awam; atau;
III
(iii) diterbitkan dalam keadaan sebagai keistimewaan terhad (qualified privilege); atau;
IV
(iv) diterbitkan dalam keadaan sebagai Reynolds Privilege. Penelitian dan penemuan mahkamah [15] Bagi membuktikan fitnah, prinsip mantap dalam kes Ayob Saud v T.S. Sambanthamurthi [1989] 1 CLJ Rep. 321 menyatakan: “In our law on libel, which is governed by the Defamation Act 1957, the burden of proof lies on the plaintiff to show (1) the words are defamatory; (2) the words refer to the plaintiff; and
3
the words were published. Where a defence of qualified privilege is set up, as in the present case, the burden lies on the defendant to prove that he made the statement honestly, and without any indirect or improper motive. Then, if he succeeds in establishing qualified privilege, the burden is shifted to the plaintiff in this case to show actual or express malice which upon proof thereof, communication made under qualified privilege could no longer be regarded as privileged.” [16] Prinsip yang sama juga telah digunakan dalam beberapa kes lain antaranya kes Kian Lup Construction v Hong Kong Bank (M) Bhd & Ors [2002] 7 MLJ 283 dan kes Datuk Husam bin Musa v The New Straits Times Press (M) Bhd & Ors [2014] 8 MLJ 370. [17] Oleh yang demikian terdapat tiga elemen yang perlu dibuktikan oleh Plaintif bagi menunjukkan keempat-empat kenyataan dalam Penerbitan 1 - 4 adalah suatu fitnah iaitu:
i
kenyataan tersebut boleh atau berkeupayaan memberikan maksud suatu fitnah (the statements complained of must be capable or has the tendency of bearing a defamatory meaning);
II
(ii) kenyataan tersebut mestilah merujuk kepada Plaintif (the statements complained of must refer to the Plaintiff);
III
(iii) kenyataan tersebut mestilah telah dikomunikasikan atau diterbitkan oleh Defendan-Defendan kepada pihak ketiga (the statements complained of must be communicated or published by the Defendants to the 3rd party). [18] Dalam perbicaraan, Pihak Plaintif dan Defendan-Defendan bersetuju bahawa keempat-empat kenyataan berkenaan adalah merujuk kepada Plaintif (elemen kedua) dan telah diterbitkan kepada pihak ketiga (elemen ketiga). Persetujuan pihak-pihak ini dinyatakan di perenggan 10 dan 11 dalam Bundle C iaitu “Pernyataan Fakta-Fakta Yang Dipersetujui”. Oleh yang demikian, tidak perlu lagi mahkamah ini mengulas atau memutuskan sama ada elemen kedua dan ketiga telah dibuktikan oleh Plaintif. Elemen Pertama [19] Bagi elemen pertama, mahkamah mendapati (setelah merujuk kepada setiap penerbitan yang di adukan (impugned publications) fakta-fakta berikut: Penerbitan 1 [20] Penerbitan 1 telah diterbitkan bersama oleh Defendan 1 dan Defendan 2 dalam akhbar Malay Mail Online bertarikh 14.9.2017 dan suatu press statement pada hari yang sama. [21] Dengan meneliti dan membaca perenggan kedua yang menyatakan: “Petaling Jaya Utara MP Tony Pua alleged that the transaction was done via the area’s former MP Datin Paduka Chew Mei Fun in 2007…” secara keseluruhan dan dalam konteks berkaitan, saya berpendapat adalah jelas bahawa kenyataan ini adalah suatu fitnah dan ditujukan terhadap Plaintif. [22] Membaca kepada keseluruhan Penerbitan 1, adalah jelas kenyataan tersebut sahaja adalah bermaksud kepada seorang biasa yang munasabah bahawa transaksi jualan tanah berkenaan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada MCA (yang mana Plaintif adalah seorang ahli) dengan harga RM50,000 @ RM1 satu kaki persegi, adalah dilaksanakan melalui Plaintif yang pada masa material menjadi Ahli Parlimen kawasan di mana tanah berkenaan berada. Penerbitan 2 [23] Penerbitan 2 diterbitkan oleh Defendan 2 melalui video posting dalam Facebook dalam Bahasa Mandarin pada 19.9.2017. [24] Perkataan di perenggan 3 dalam penerbitan tersebut, jika dibaca secara keseluruhan kenyataan dan dalam konteksnya, pada pendapat saya adalah suatu fitnah yang ditujukan terhadap Plaintif. [25] Perenggan tersebut menyatakan: “Tanggapan kami terhadap Chew Mei Fun suatu ketika dahulu adalah beliau masih boleh dianggap baik reputasinya walau pun beliau ahli MCA. Kemudian, kami mendapati bahawa semasa beliau menjadi Ahli Parlimen, tanah untuk penanaman buah naga telah menjadi milik MCA…” [26] Dalam mencapai pendapat tersebut, saya telah menimbangkan bahawa kepada seorang awam yang munasabah dan berfikiran lurus, ia membawa kepada makna-makna berikut:
i
Tanah berkenaan tidak digunakan untuk penanaman buah naga.
II
(ii) Pihak Defendan mendakwa Plaintif yang mencetuskan dan memulakan penanaman buah naga untuk kepentingan penduduk tempatan, tetapi sekarang tanah berkenaan telah dimiliki oleh MCA.
III
(iii) Walau pun Plaintif mempunyai reputasi yang baik tetapi dia telah bertindak sebaliknya dan menjadikan tanah berkenaan milik MCA yang mana tanah tersebut sepatutnya digunakan untuk penanaman buah naga.
IV
(iv) Perlakuan Plaintif adalah “unconscionable, aided and abetted an act of theft, an unreasonable person, no integrity and involved in dishonest practices”.
v
Seorang yang korup, jahat dan belot kepada penggundi.
VI
(vi) Memperdayakan orang awam dan tidak memperdulikan kebajikan mereka.
VII
(vii) Sebagai seorang biasa yang munasabah, kenyataan tersebut akan difahami dalam suatu bentuk fitnah (would likely to understand them in a defamatory sense).
VIII
(viii) Mendedahkan Plaintif kepada kebencian, redicule or contempt dalam pemikiran seorang yang munasabah serta “tend to lower her in the estimation of right-thinking members of the society in general”. [27] Berdasarkan kepada penemuan-penemuan di atas, saya berpuas hati bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan keempat-empat kenyataan tersebut sebagai suatu fitnah terhadapnya. Penerbitan 3 [28] Penerbitan 3 telah diterbitkan bersama oleh Defendan 1 dan 2 dalam portal berita online Free Malaysia Today bertarikh 18.9.2017. [29] Berhubung dengan kenyataan ini saya berpendapat, setelah meneliti dan membaca perenggan 1 dan 4, secara keseluruhan dan dalam konteks berkaitan, kenyataan tersebut adalah suatu fitnah dan ditujukan terhadap Plaintif. [30] Perenggan 1 menyatakan: “Tony Pua claims former PJ Utara MP Chew Mei Fun was in the district-level land committee that obtained the plot at well below the market price.” [31] Manakala perenggan 4 pula menyatakan: “He explained she was part of the district-level committee which oversaw the allocation land.” [32] Dengan membaca kepada keseluruhan Penerbitan 2 ini, adalah jelas kenyataan tersebut bermaksud kepada seorang biasa yang munasabah bahawa transaksi jualan tanah berkenaan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada MCA (yang mana Plaintif adalah seorang ahli) dengan harga RM50,000 @ RM1 satu kaki persegi, adalah dilaksanakan melalui Plaintif yang pada masa material menjadi Ahli Parlimen kawasan di mana tanah berkenaan berada. [33] Kepada seorang yang munasabah juga kenyataan tersebut membawa maksud harga yang dijual itu adalah di bawah harga pasaran dan Plaintif pula sebagai seorang ahli jawatankuasa DLC telah mengawasi serta memastikan pembelian tersebut berhasil. Penerbitan 4 [34] Penerbitan 4 telah diterbitkan bersama oleh Defendan 1 dan/atau Defendan 2 dalam akhbar online Nanyang Siang Pau dalam Bahasa Mandarin bertarikh 19.9.2017. [35] Setelah membaca dan meneliti perenggan 2 dan 3 secara keseluruhan dan dalam konteksnya, saya berpendapat kenyataan tersebut adalah suatu fitnah yang ditujukan terhadap Plaintif. Perenggan-perenggan tersebut menyatakan: “Tony Pua yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata demikian ketika mengulas sidang akhbar oleh MCA Selangor baru-baru ini dan beliau menyatakan bahawa tidak mungkin Datin Paduka Chew Mei Fun, yang pada ketika itu merupakan Ahli Parlimen PJ Utara dan Ahli Jawatankuasa Tanah Daerah, tidak tahu tentang urusniaga tersebut. Jawatankuasa tersebut bertanggungjawab untuk menimbang dan meluluskan permohonan berkaitan hal tanah. Permohonan MCA bagi membeli tanah itu akan dibentangkan kepada jawatankuasa tersebut untuk dipertimbang dan diluluskan sebelum dikemukakan kepada EXCO Selangor dan ahli jawatankuasa berkenaan termasuk Pengarah Jabatan Tanah, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan tersebut. Namun, jawatankuasa itu telah dibubarkan selepas 2008.” [36] Sekali lagi disini saya saya berpendapat, setelah meneliti dan membaca perenggan 1 dan 4, secara keseluruhan dan dalam konteks berkaitan, kenyataan tersebut adalah suatu fitnah dan ditujukan terhadap Plaintif. [37] Membaca kepada keseluruhan Penerbitan 4, adalah jelas kenyataan tersebut bermaksud kepada seorang biasa yang munasabah bahawa transaksi jualan tanah berkenaan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada MCA (yang mana Plaintif adalah seorang ahli) dengan harga RM50,000 @ RM1 satu kaki persegi, adalah dilaksanakan melalui Plaintif yang merupakan seorang ahli DLC. Sebagai seorang ahli DLC, Plaintif adalah berperanan dan bertanggungjawab untuk menimbang dan meluluskan permohonan berkaitan jual beli tanah berkenaan apabila dibentangkan dalam DLC. [38] Kepada seorang biasa yang munasabah juga, akan beranggapan bahawa Plaintif sebagai Ahli Parlimen kawasan itu dan ahli DLC sepatutnya tahu akan transaksi tersebut. [39] Meneliti kepada Penerbitan 1, 2, 3 dan 4 tersebut, saya berpendapat kenyataan di perenggan-perenggan dalam penerbitan-penerbitan tersebut, adalah suatu fitnah yang ditujukan terhadap Plaintif. Ini adalah berdasarkan kepada alasan-alasan berikut:
i
pada masa material Plaintif bukanlah seorang ahli DLC yang telah mempengaruhi serta meluluskan penjualan tanah berkenaan kepada MCA dengan kadar harga tersebut. Plaintif adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara pada masa material. Tanggungjawab dan skop kerja Ahli Parlimen adalah berkaitan dengan urusan Persekutuan dan bukannya negeri. Keanggotaan dalam DLC tidak melibatkan Ahli Parlimen seperti Plaintif. Keanggotaannya hanyalah melibatkan penjawat-penjawat negeri seperti Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri, Pegawai Daerah dan sebagainya. Jawatan-jawatan keanggotaan DLC telah diterbitkan dalam Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bilangan 2/1991 bertarikh 8.1.1991 yang masih berkuatkuasa pada masa itu. Pekeliling ini boleh di akses oleh orang awam dalam portal Rasmi Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor at https//:ptg.selangor.gov.my/index.php/pages/view/550 (muka surat 148 dalam Ikatan Dokumen “B”).
II
(ii) “in their natural and ordinary meaning and/or by implication” adalah difahami sebagai bermaksud (were understood to mean):
a
Plaintif sebagai seorang Ahli Parlimen dan ali MCA telah menggunakan kedudukan dan pengaruhnya dalam DLC bagi membolehkan tanah berkenaan dijual kepada MCA di bawah paras harga pasaran.
b
Plaintif menyalahgunakan kuasanya dan meletakkan dirinya dalam keadaan bertentangan dengan kepentingan (conflict of interest).
c
Plaintif telah menggunakan kuasanya dalam meluluskan transaksi itu.
d
kurang berintegriti, terlibat dalam amalan tidak jujur, korup, kurang kesedaran diri, tidak menghiraukan kebajikan rakyat, memalukan dan menafikan hak awam secara tidak sah.
II
(ii) sebagai seorang biasa yang munasabah (an ordinary reasonableman), kenyataan tersebut “would likely to understand them in a defamatory sense”.
III
(iii) mendedahkan Plaintif kepada kebencian, redicule or contempt dalam pemikiran seorang yang munasabah serta “tend to lower her in the estimation of right-thinking members of the society in general”. [40] Dalam menentukan sama ada perkataan yang digunakan itu merupakan suatu fitnah dalam minda dan anggapan seorang yang berfikiran lurus dan munasabah yang mana berlaku terhadap Plaintif, saya telah berpandukan kepada ujian dan prinsip mantap dalam kes-kes berikut: Kumarasamy a/l Naciappan v The New Straits Times (M) Bhd [2013] 7 MLJ 361: “Whether the words complained of had the tendency to expose him to hatred, ridicule or contempt in the mind of a reasonable man or had the tendency to lower the Plaintiff in the estimation of right-thinking members of society.” Mark Ignatius Uttley v Wong Kam Hor [2002] 4 MLJ 371: “To establish a case in defamation relating to the words complained of, the Plaintiff must show what the ordinary and reasonable man in the street would construe the words used as such.” Kian Lup Construction v Hong Kong Bank Malaysia Bhd [2002] 7 CLJ 32: “The words tend to lower the Plaintiff in the estimation of right-thinking members of the society generally.” Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [1965] 1 MLJ 142: “The words expose him (the Plaintiff) to hatred, contempt or redicule.” Yussoupoff v Metro-Goldwyn-Mayer Pictures Ltd [1934] 50 TLR 581: “The words caused him (the Plaintiff) to be shunned or avoided or cut him off from the society.” Syed Husin Ali v Syarikat Percetakan Utusan Melayu Berhad & Anor [1973] 2 MLJ 56: “The words reffered were to a man’s discredit or to injure his reputation in his office, trade or profession or to injure his financial credit.” Pembelaan Pihak Defendan
1
suatu justifikasi kerana faktanya adalah benar (justification) [41] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan yang dikemukakan dalam perbicaraan ini, saya mendapati tiada keterangan yang menunjukkan Defendan 1 dan Defendan 2 pernah mendapat pengesahan dari pihak-pihak berkaitan atau dari dokumen- dokumen bagi mengesahkan Plaintif adalah seorang ahli DLC. Tiada semakan dibuat dengan jabatan-jabatan berkaitan terutamanya pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Selangor. Saya juga mendapati tiada semakan dibuat di portal rasmi pejabat berkenaan bagi memastikan keanggotaan dalam DLC pada masa material yang mana portal tersebut boleh di akses oleh orang awam dengan mudah (https//:ptg.selangor.gov.my/index.php/pages/view/550 di muka surat 148 dalam Ikatan Dokumen “B”. [42] Pihak Defendan juga gagal untuk memastikan status tanah yang mereka timbulkan sebagai tanaman buah naga adalah tanah yang sebenar terlibat dalam transaksi berkenaan. Tanah sebenar yang ditanam dengan buah naga itu adalah kepunyaan Tenaga Nasional Berhad yang terletak lebih kurang 60 meter dari tanah sebenar yang dijual kepada MCA. [43] Keterangan ini diberikan oleh SP2 iaitu Mdm Tang Kat Huey yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampong Chempaka. SP2 mengesahkan lokasi sebenar tanah yang ditanam buah naga adalah berbeza dengan tanah yang dijual kepada MCA. Ini disahkan melalui Google Aerial Map di muka surat 173, Ikatan Dokumen “B4”. [44] Oleh yang demikian Pihak Defendan gagal menimbulkan kebenaran kenyataan tersebut. Bagi menggunakan pembelaan ini, pernyataan-pernyataan itu dianggap fitnah sehinggalah Defendan-Defendan melepaskan beban membuktikan kebenarannya. Dengan itu pembelaan justifikasi adalah gagal. Saya memutuskan sedemikian berdasarkan kepada nas-nas undang-undang berikut: Abdul Rahman Talib v Seenivasagam & Anor [supra]: “To establish plea of justification, the defence must prove that the defamatory imputation is true. It is not enough for him to prove that he believed that the imputation was true, even though it was published as belief only. If A says of B that A believes B committed murder A cannot justify by saying and proving that A did believe it. A can only justify by proving the fact or murder. Simarly, if the defendant has written that A said that B, the plaintiff, had been convicted of theft it will be no defence for the defendant to prove that A did tell him so, that he honestly believed what A said, and only repeated it. He must prove as a fact that B was convicted of theft. If A repeats a rumour A cannot say that it is true by proving that the rumour in fact existed. A must prove that the subject-matter of the rumour is true. Again, if the words impute the commission of a specific offence, it is not enough to prove that the plaintiff was suspected of the alleged offence, or that he has a general reputation for committing such offence, althought that may be proved in mitigation of damages. To succeed in his plea of justification, however, the defendant must prove as a fact that the plaintiff did commit the offence. Again, under a plea of justification the defendant must justify the precise imputation complained of. If the words impute a specific offence, e.g. stealing a watch it is not enough to prove that the plaintiff was guilty of another offence though of the same character, e.g. stealing a clock. If the words impute that the plaintiff stole a watch from A it is not enough to prove that the plaintiff stole a watch on a particular day, it is not enough to prove that the plaintiff stole a watch on some other day. By section 8 of the Defamation Ordinance, 1957, however, it is now provided that in an action for libel or slander in respect of words containing two or more distinct charges against the plaintiff, a defence of justification shall not fail by reason only that the truth of every charge is not proved if the words not proved to be true do not materially injure the plaintiff’s reputation having regard to the truth of the remaining charges.” S. Pakianathan v Jenni Ibrahim [1988] 2 MLJ 173: “The burden lies upon the defendant to establish justification. The burden does not lie on the plaintiff to prove that the defamatory words are at false, because the law presumes this in his favour: Belt v Lawes (1982) 51 LJQB 359 361. To establish justification, the defendant must prove that the defamatory imputationis true. It is not enough for him to prove that he believed that the imputation was true: Peters v Bradlaugh (1884) 4 TLR 467.”
2
suatu komen berpatutan (fair comment) kerana melibatkan kepentingan awam. [45] Berdasarkan prinsip kes Liu Thian Leong v Jee Nyen Chong (sued in his personal capacity and as an officer-bearer of the Jawatankuasa Dewan Siburan (Siburan Hall Committee) under the provision of Sec. 9(c) of the Societies Act 1966 & Ors & Ors suits [2013] 10 MLJ 398 terdapat 4 elemen yang perlu dibuktikan oleh Defendan-Defendan dalam menggunakan pembelaan komen berpatutan iaitu:
a
perkataan dalam artikel berkenaan adalah suatu kepentingan awam (public interest);
b
perkataan dalam artikel berkenaan bukanlah suatu pernyataan fakta tetapi suatu komen;
c
komen berkenaan berdasarkan pada fakta yang benar;
d
perkataan dalam artikel berkenaan adalah adil dan tepat. [46] Tidak dapat dinafikan kenyataan-kenyattan tersebut adalah melibatkan kepentingan awam (public interest). Namun dengan meneliti dan membaca kesemua empat kenyataan tersebut secara keseluruhan dan dalam konteksnya, saya berpendapat terdapatnya elemen malice kerana kenyataan-kenyataan tersebut dibuat secara cuai (recklessly), tidak mengambil berat (not caring) berhubung sama ada ianya benar atau salah. Ini adalah disebabkan Pihak Defendan tidak pernah memastikan kebenarannya serta tidak pernah membuat penyelidikan atau pertanyaan dahulu. Oleh yang demikian kedua-dua bentuk pembelaan tersebut gagal.
3
diterbitkan dalam keadaan sebagai keistimewaan terhad (qualified privilege) dan
4
diterbitkan dalam keadaan sebagai Reynold’s Privilege [47] Kedua-dua pembelaan ini pertimbangkan dan ulaskan bersama kerana melibatkan prinsip yang hampir sama dan berkait rapat. [48] Defendan-Defendan dalam menggunakan pembelaan ini telah gagal untuk mengemukakan butirannya secara sistematik dan detail. Butiran yang diberikan hanya secara am sahaja (prinsip dalam keputusan kes Aseambankers Malaysia Bhd & Ors v Shencourt Sdn Bhd & Anor [2014] 4 MLJ 619 CA). [49] Defendan 1 dan 2 telah menimbulkan pembelaan keistimewaan terhad (bersyarat) ini berdasarkan prinsip kes Reynolds v Times Newspaper Ltd & Ors [1999] 4 All ER 609 kerana melibatkan bidang kewartawanan. Bagi pembelaan ini, Defendan 1 dan 2 dalam menimbulkan ujudnya kepentingan awam, mestilah terlebih dahulu menunjukan artikel-artikel yang mereka keluarkan adalah suatu produk “responsible journalism”. [50] Berdasarkan kes Reynolds v Times Newspaper Ltd & Ors [supra] terdapat banyak faktor (non-exhaustive) yang boleh di pertimbangkan mahkamah dalam menentukan suatu “product of responsible journalism”, antara lainnya adalah:
a
seriousness of the allegation
b
nature of the information
c
source of the information
d
status of the information eg being investigated
e
urgency of the matter
f
whether comment was sought from the Plaintiff
g
whether the article contained the gist of the Plaintiff’s side of the story
h
tone of the article eg raise queries, call for an investigation etc
i
circumstances of the publication [51] Saya mendapati tiada keterangan yang menunjukan Pihak Defendan telah mengambil tindakan untuk mengumpul, mengesahkan dan menerbitkan peryataan-pernyataan tersebut sebagai adil dan bertanggungjawab (fair and responsible).
para
[52] Berdasarkan kepada keterangan-keterangan dan penemuan-penemuan di atas, saya mendapati Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Defendan 1 dan Defendan 2. Saya juga mendapati kedua-dua Defendan juga telah gagal dalam penggunaan pembelaan-pembelaan yang mereka kemukakan dalam perbicaraan ini. Gantirugi [53] Adalah menjadi undang-undang yang mantap bahawa memandangkan Plaintif telah difitnah, dia tidak perlu untuk membukti kerugian sebenar kerana undang-undang menganggap terdapat beberapa kerugian akan timbul dan dialaminya. Berdasarkan kepada undang-undang yang mantap juga, saya memutuskan memberikan gantirugi kepada Plaintif “on a compensatory basis”. Ini selaras dengan prinsip kes: MGG Pillai v Tan Sri Dato’ Vincent Tan Chee Yioun & Ors Appeals [1995] 2 MLJ 493 CA: “libel, is a tort actionable per se, without the need to proof actual harm, and that the law presumes that when a man’s reputation is assailed, some damage will flow from it.” [54] Memandangkan keempat-empat penerbitan berkenaan berasaskan kepada suatu isu tunggal iaitu tanah berkenaan yang dijual kepada MCA dengan harga di bawah nilai pasaran semasa dan dengan bantuan serta pengaruh Plaintif, saya memutuskan suatu award global (termasuk aggravated damages) diberikan. [55] Secara amnya dalam menimbangkan pemberian gantirugi kepada Plaintif, saya telah mengambilkira (antara lainnya) faktor-faktor berikut (prinsip dalam kes Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v Mkini Dotcom Sdn Bhd & Ors [2018] 4 MLJ 209 FC dan kes Chin Choon @ Chin Tee Fut v Chua Jui Meng [2005] 3 MLJ 494 CA) iaitu:
i
perlakuan Plaintif i.e. perasaannya seperti tekanan mental, sedih etc;
II
(ii) reputasi, kedudukan dan hubungan Plaintif dalam masyarakat;
III
(iii) nature and severity perkataan-perkataan fitnah;
IV
(iv) bentuk dan penyebaran fitnah tersebut;
v
ketiadaan permohonan maaf;
VII
(vii) perlakuan Defendan-Defendan sebelum dan selepas writ ini difailkan;
IX
(ix) pelbagai kes undang-undang;
x
kesan dari penerbitan tersebut kepada pihak ketiga. [56] Satu faktor yang ingin saya tekankan di sisi adalah ketiadaan keterangan yang menunjukkan Defendan-Defendan memohon maaf kepada Plaintif walau pun mereka boleh mengadakan suatu press conference bagi menjelaskan isu tersebut. Ini menunjukkan sikap Defendan-Defendan yang tidak merasa kesal dengan perbuatan mereka. Oleh itu satu bentuk deteran juga perlu diberikan kepada mereka (prinsip kes Kiam v MGV Ltd [2003] 1 QB 281). [57] Dalam menentukan suatu jumlah gantirugi, adalah menjadi suatu undang-undang mantap bahawa pemberian jumlah gantirugi adalah budi bicara mahkamah. Walau pun demikian dalam menentukan jumlah gantirugi am dan lain-lain bentuk gantirugi, saya menggunakan kes-kes berikut sebagai panduan: Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd v Mkini Dotcom Sdn Bhd & Ors [supra] RM200,000 kepada tuntutan seorang ahli koperat syarikat (gantirugi am). Datuk Harris Mohd. Salleh v Datuk Yong Teck Lee & Anor [2018] 1 CLJ 145 FC RM600,000 kepada seorang ahli politik dan Menteri Persekutuan (gantirugi am, aggravated and exemplary). Mohamed Hafiz Mohamed Nordin v Eric Paulsen & Anor Appeal [2019] 1 MLJ 580 CA RM100,000 untuk seorang aktivis masyarakat (gantirugi am). Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun v Haji Hasan bin Hamzah & Ors [1995] 1 MLJ 39 RM3,000,000 kepada seorang ahli koperat yang terkenal (gantirugi am). Lau Yeong Nan v Life Publisher Bhd & 2 Ors [2004] 7 MLJ 7 RM300,000 kepada seorang penyanyi (gantirugi am dan gantirugi aggravated). Utusan Melayu (M) Bhd v Othman bin Hj Omar [2017] 2 MLJ 800 RM250,000 kepada tuntutan seorang biasa (gantirugi am). [58] Atas pertimbangan dan panduan tersebut, saya memutuskan jumlah gantirugi adalah seperti berikut:
1
Defendan 1 diperintahkan membayar RM200,000 kepada Plaintif sebagai gantirugi am (termasuk aggravated damages).
2
Defendan 2 pula diperintahkan membayar RM150,000 kepada Plaintif sebagai gantirugi am (termasuk aggravated damages).
3
Faedah 5% setahun dari tarikh pemfailan writ saman hingga pembayaran dibuat.
4
Tiada injunksi dikeluarkan (Prayer 3 dalam pliding) memandangkan Plaintif tidak lagi menjadi Ahli Parlimen atau Senator atau Naib Presiden MCA.
5
Pihak Defendan diperintahkan membayar kos sebanyak RM50,000 kepada Plaintif (dikongsi oleh Defendan-Defendan) dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 15 Julai 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Bagi pihak Plaintif: Tetuan Suflan T H Liew & Partners, Unit 2.01, Level 2, Plaza Damansara Blok A, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan: Tetuan Ram Caroline Sha & Syah, Level 31, Menara TH Perdana 1001, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.