any registrable interest in land. The parameters of caveatability under s 323(1)(a) are therefore circumscribed by these words: ’title’ and ‘registrable interest’. It is only one who makes a claim to either of these in land may enter a private caveat. Although the words ‘title’ and ‘registrable interest’ are not defined by the Code, their meaning may be gathered from the scheme of the Code and from indefeasibility provision, namely, s 340(1). The latter points to a bifurcation between title (the equivalent of the English fee simple) and registrable interests, that it, leases, charges and easements.” [9] Undang-undang mengenai perlanjutan tempoh kaveat ataupun permohonan untuk pembatalannya adalah jelas dan jitu. Di dalam sesuatu permohonan untuk melanjutkan atau membatalkan kaveat, Mahkamah hendaklah menentu dan mempertimbangkan persoalan-persoalan berikut: i. samada pengkaveat mempunyai kepentingan berkaveat terhadap hartanah tersebut. 16 ii. samada kepentingan berkaveat tersebut menimbulkan atau mendedahkan isu-isu serius untuk dibicarakan. iii. samada imbangan keselesaaan memihak bahawa kaveat tersebut dikekalkan. iv. samada terdapat keadaan istimewa di pihak pemohon yang melayakkan status quo diganggu/diubah. [10] Di dalam perkara ini juga, Mahkamah Rayuan di dalam kes Luggage Distributors (M) Sdn Bhd v Tan Hor Teng [1995] 1 MLJ 719 telah menggariskan ujian-ujian yang harus digunapakai di dalam menentukan dan menimbangkan sesuatu permohonan untuk membatalkan kaveat di mana muka.surat 724, Mahkamah Rayuan telah menyatakan berikut : “In considering an application for the removal of a caveat, the procedure to be adopted should be a simple and summary one. At first stage, the court will examine the grounds expressed in the application for the caveat to see whether they show a caveatable interest. Once the court is satisfied that 17 the caveator’s claim amounts in law to a caveatable interest, it must then go on to consider whether the claim disclosed a serious question meriting a trial. After these two stages have been crossed, the court must decide where the balance of convenience” [11] Di dalam perkara berkaitan permohonan untuk membatalkan kaveat juga, Majlis Privy di dalam kes Eng Mee Yong & Ors v V Letchumanan [1979] 2 MLJ 212 telah memutuskan berikut: “This is the nature of the onus that lies upon the caveator in an application by the caveatee under section 327 for removal of a caveat; he must first satisfy the court that on the evidence presented to it his claim to an interest in the property does raise a serious question to be tried; and having done so he must go on to show that on the balance of convenience it would be better to maintain the status quo until the trial of the action, by preventing the caveatee from disposing of his land to some third party.” [12] Di dalam kes Kho Ah Soon V Duniaga Sdn Bhd [1996] 2 MLJ 181, Mahkamah Persekutuan telah sekali lagi menekankan berkenaan prinsip undang-undang di dalam pembatalan kaveat di mana Peh Swee Chin, HMP telah menyatakan di muka surat 184 seperti berikut: 18 “It is settled that in a matter of removal of a caveat as between a caveator and caveatee, as in the instant appeal, the onus is on the caveator to satisfy the Court that his evidence does raise a serious question to be tried as regards his claim to an interest in the land in question, and having done so he must show that, on a balance of convenience, it would be better to maintain the status quo until the trial of the action by preventing the caveatee from disposing of his land, as laid down by Lord Diplock in Eng Mee Yong & Ors v V Letchumanan [1979] 2 MLJ 212, and by analogy indirectly to American Cyanamid Co v Ethicon [1975] AC 396 as indicated by Lord Diplock, the serious question for trial referred to above could mean a question not being vexatious or frivolous”. Alasan i: [13] Defendan telah membangkitkan mengenai bidang kuasa tempatan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di dalam pemfailan guaman sivil (WA-22NCVC-622-09/2016) oleh Plaintif / Sin Yek Century Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sedangkan hartanah tersebut terletak di Sepang, Selangor dengan mendakwa pemfailan guaman sivil tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjadikan tindakan Plaintif / Sin Yek Century tersebut sebagai suatu tindakan yang tidak bermerit. 19 [14] Mahkamah ini berpandangan bahawa dakwaan Defendan tersebut adalah tidak berasas dan tidak bermerit kerana guaman WA- 22NCVC-622-09/2016 bukanlah satu litigasi di hadapan Mahkamah ini. Samada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan tuntutan Sin Yek Sdn Bhd sedangkan hartanah tersebut terletak di Selangor perlulah dibangkitkan di hadapan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk penentuan. Isu bidangkuasa Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung guaman WA-22NCVC-622-09/2016 bukanlah satu alasan bagi menafikan hak Plaintif memohon relif-relif yang dipohon di dalam Kandungan 1 di hadapan Mahkamah ini. Apa yang perlu dibuktikan oleh Plaintif adalah samada beliau adalah termasuk sebagai orang atau badan yang menuntut sama ada hakmilik kepada tanah atau apa-apa kepentingan yang boleh didaftarkan di dalam tanah menurut seksyen s 323 (1)(a) Kanun Tanah Negara atau dalam erti kata lain mempunyai kepentingan berkaveat terhadap hartanah tersebut. Isu samada Plaintif mempunyai kepentingan berkaveat terhadap hartanah tersebut dan samada kepentingan berkaveat tersebut menimbulkan atau mendedahkan isu-isu serius untuk dibicarakan 20 akan ditentukan bersekali dengan alasan-alasan ii, iii, iv, v dan v yang dibangkitkan oleh Defendan [15] Di dalam Borang 19B Kanun Tanah Negara, Plaintif telah memasukkan kaveat ke atas hartanah tersebut dengan mengemukakan alasan-alasan berikut: a) Saya telah bersetuju untuk membeli sebuah tanah yang terletak dibawah Hakmilik Individu GM 2310, Lot 195, Mukim Sepang, Daerah Sepang dan Negeri Selangor mempunyai keluasan 1.6061 hectares yang beralamat di Lot 195, Mukim Sepang, Daerah Sepang, Negeri Selangor (kemudian dari ini disebut “Hartanah”) di antara CHIA CHIN YUAN (NO. K/P: 830903-40-5499) dikenali sebagai “Pembeli”) dan NAGAMAH A/P NAGAPPAN (NO. K/P: 1501461) dan MUTAYA @MUTHIAH A/L SINAPAN (NO. K/P: 480311-10-5105) (kedua-duanya adalah Pentadbir Harta Pesaka) (dikenali sebagai “Penjual”). b) Saya juga telah membuat bayaran deposit kepada Penjual melalui cek PBB No. 735428 bertarikh 19hb Ogos 2015 sebanyak RM47,