Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: WA-A53-15-03/2025 ANTARA CHIANG CHUNG SHING [NO. KP: 881202-49-5201] …PLAINTIF DAN LAW GEK MING [NO. KP: 920813-14-5998] …DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Pembatalan Tuntutan ) PENGENALAN [1] Di dalam kes ini saya telah membenarkan permohonan defendan untuk membatalkan tuntutan plaintif melalui permohonan di bawah A.18 K.19 kerana saya mendapati plaintif tidak ada asas untuk membuat tuntutan ini dan tuntutan plaintif adalah remeh dan merupakan salah guna proses. ASAS TUNTUTAN PLAINTIF [2] Tuntutan plaintif adalah berkaitan kerugian yang dialami oleh plaintif di mana kereta yang dipinjamkan oleh plaintif kepada defendan telah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kerosakan kepada kereta dan kerosakan kepada bangunan pihak ketiga. [3] Plaintif telah meminjamkan kereta BMW 320i M Sport (PQX 5988) kepada Defendan.. Pada 6.8.2023 Defendan terlibat dalam kemalangan di Ativo Suites Damansara Avenue yang menyebabkan kerosakan teruk pada kereta dan struktur bangunan tersebut. [4] Kemalangan didakwa berpunca daripada kecuaian atau perbuatan sengaja Defendan yang gagal memandu dengan berhati-hati. [5] Plaintif terpaksa menanggung liabiliti dan kerugian susulan berjumlah RM196,700.00, yang merangkumi: [6] Plaintif kini memohon perintah Mahkamah untuk: PEMBELAAN [7] Plaintif dan defendan merupakan bekas kekasih. Selepas perpisahan, plaintif melalui peguam cara plaintif menghantar surat tuntutan bertarikh 6.5.2024 kepada defendan menuntut RM257,645.22 yang merupakan kos yang telah dibelanjakan oleh plaintif ke atas defendan sepanjang hubungan mereka. Tuntutan ini dipertikaikan defendan. [8] Selepas itu, kedua-dua pihak telah memasuki perjanjian penyelesaian atas dasar tanpa pengakuan liabiliti bertarikh 4.10.2024 untuk menyelesaikan segala tuntutan plaintif terhadap defendan . Perjanjian ini adalah merupakan penyelesaian penuh dan muktamad. Pada setiap masa defendan telah mematuhi terma-terma di dalam perjanjian penyelesaian tersebut dengan membayar ansuran bulanan kepada plaintif. [9] Tuntutan yang dikemukakan di dalam kes ini adalah termasuk dalam perjanjian penyelesaian. Maka plaintif tidak ada lagi kausa tindakan terhadap defendan. ANALISA DAN DAPATAN [10] Plaintif dan defendan adalah pasangan kekasih dari bulan April 2023 sehingga Mac 2024. Hubungan ini telah retak dan kedua-dua telah berpisah. Setelah berpisah, timbul isu mengenai perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh plaintif yang dibelanjakan untuk defendan semasa hubungan mereka berdua sebagai kekasih. [11] Surat tuntutan plaintif dikeluarkan oleh peguam cara plaintif pada 6.5.2024 menuntut sebanyak RM257,645.22 termasuklah menyediakan kereta BMW, tempat tinggal, tiket kapal terbang untuk melancong, membelikan beg-beg berjenama, duit belanja harian, duit memberi belah dan lain-lain. [12] Perjanjian Penyelesaian bertarikh 4.10.2024 dan tarikh disetemkan pada 7.10.2024 di Lembaga hasil dalam negeri sebanyak RM380.00 di mana jumlah perjanjian penyelesaian adalah RM70, 000.00. [13] Diperturunkan di bawah ini perjanjian penyelesaian berkenaan di Bahagian berkaitan untuk memudahkan rujukan, seperti di bawah: THIS SETTLEMENT AGREEMENT Is made the day of 4 0CT 2024