(iv)mitigating factors relevant to the present case. ... Discount or credit for the plea of guilty It is an accepted rule of practice that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty. The rationale for this rule is that much public time and money will be spared if an accused admits his guilt, thus avoiding a prolonged and unnecessary trial. This rule however, is not a strict rule as the courts may, in exercise of their discretion, in exceptional cases, refuse to grant any discount. The credit or discount to be given in favour of the accused person is not on the maximum sentence imposed by law but rather on a sentence which would have been imposed on the accused if he had claimed trial and had been found guilty. Cumming-Bruce LJ in R v. Boyd10 above said: 'So one asked oneself, if there had been a plea of not guilty, and he had been convicted, what would have been the appropriate sentence?' ... If two or more persons had either pleaded guilty or had been found guilty for the same offence committed jointly, the general rule is that any unjust disparity should be avoided. However, there is nothing to prevent the court from imposing a range of sentences on the accused persons if there are important considerations for so doing. The ages of the accused, the degrees of culpability and the differences in mitigation are amongst some of the important factors which warrant a disparity in sentences. [40] Manakala dalam kes Bachik Abdul Rahman v PP [2004] 2 CLJ 572 di muka surat 573, Mahkamah Rayuan menyatakan: [2) “One of the principles in sentencing is that a convicted person should be given a discount for pleading guilty. A reduction of about one third of the sentence that would otherwise have been imposed is normally given. This, however, is not a strict rule and the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount…..” [41] Di dalam kes Yosini bin Mohamed [2018] 1 LNS 2018, Mahkamah Tinggi telah menyatakan: “Selain itu harus diingatkan juga bahawa tiada peraturan bahawa pengakuan salah secara otomatik seseorang tertuduh itu berhak kepada hukuman yang ringan atau diskaun, (rujuk PP v Tia Ah Leng [2000] 5 CLJ 614). Akan tetapi hakim bicara hendaklah memberi alasan kenapa beliau enggan menuruti amalan pengakuan salah sebagai faktor peringanan hukuman. (lihat juga Tan Lay Chen v PP [2000] 4 CLJ 492). Didalam kes dihadapan kita sekarang ini, Puan HMS telah mempertimbangkan semua perkara sebelum memutuskan bahawa pengakuan bersalah tertuduh tidak boleh menjadi satu faktor keringanan. Mahkamah bersetuju dengan pendirian ini dan, dengan demikian, Mahkamah ini tidak akan mengganggu dan mengurangkan hukuman-hukuman yang telah dijatuhkan oleh puan HMS yang bijaksana. [42] Sewaktu membuat rayuan OKS yang diwakili oleh pengarahnya memohon untuk hukuman diringankan dengan alasan mengambil kira OKS tidak berniat melanggar undang-undang dan gegantung tersebut dipamerkan dalam premis OKS dan juga telahpun diturunkan selepas pihak pendakwaan membuat serbuan. OKS mempunyai tanggungan 4 orang secara keseluruhan, OKS tidak mempunyai pendapatan yang tetap dan isteri hanya bekerja dengan pendapatan yang sangat kecil, maka Mahkamah berpandangan OKS wajar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan kesilapan tersebut dengan dengan yang lebih rendah. G.KESIMPULAN [43] Mahkamah telah mengambil kira fakta dan keadaan kes serta ekshibit yang dikemukakan dalam menentukan hukuman yang bersesuaian terhadap OKS. Faktor-faktor pemberatan dan peringanan telah diimbangi dan Mahkamah berpandangan hukuman denda RM800 wajar dikenakan kepada OKS. [44] Mahkamah ini berpandangan hukuman ini adalah wajar, mencukupi, munasabah dan berpadanan dengan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKS. Hukuman tersebut juga adalah sah, teratur dan mematuhi prinsip-prinsip hukuman serta peruntukan undang-undang sedia ada dan bukanlah hukuman yang keterlaluan (manifestly excessive). [45] Sekian untuk pertimbagan Yang Arif dan Yang Arif jualah yang lebih arif dan bijaksana dalam menjatuhkan hukuman. Bertarikh 14 haribulan Februari 2026 Wan Suhaila binti Mohd Hakim Mahkamah Sesyen Kemaman Kepada: Timbalan Pendakwa raya Ahmad Hafizzudin bin Manjur Ahmad (Pejabat Penasihat Undang-Undang Negeri Terengganu) Chillville Empire K2111 Tingkat Bawah, Taman Geliga Saksti, 24000 Kemaman Terengganu