Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO.: 44-32-10/2016 DI ANTARA CHIN CHIN WEI (NO. K/P: 730508-01-5241) …PEMOHON
44-32-10/2016
High Court of Malaysia23 Oct 2017
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SEREMBAN DALAM NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS, MALAYSIA PERMOHONAN JENAYAH NO.: 44-32-10/2016 DI ANTARA CHIN CHIN WEI (NO. K/P: 730508-01-5241) …PEMOHON
1
1.
2
2.
3
PENGARAH,PUSAT PEMULIHAN AKHLAK SIMPANG RENGGAM, JOHOR. …RESPONDEN-RESPONDEN
1
Penghakiman bertulis ini berkait dengan satu permohonan oleh Pemohon untuk mendapatkan suatu Writ Habeas Corpus dari Mahkamah ini agar Pemohon dibebaskan dari tahanan akibat satu perintah tahanan yang telah dikeluarkan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (“Akta berkaitan”). 2
2
Pemohon telah ditahan di atas suatu perintah tahanan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri bertarikh 30.12.2015 di bawah Seksyen 6 (1) Akta berkaitan yang mengarahkan supaya Pemohon di tahan di Pusat Pemulihan Ahlak Simpang Renggam, Johor selama dua (2) tahun dari tarikh yang sama.
3
Bagi mencabar perintah tahanan yang telah dikeluarkan, pemohon membangkitkan isu-isu berikut:
i
jurubahasa yang digunakan dan diberikan kepada Pemohon adalah bertentangan dengan kehendak s. 5, khususnya s.
1
Akta berkaitan;
II
(ii) perintah tahanan yang dikeluarkan tidak mematuhi s. 6 (1) Akta berkaitan kerana Timbalan Menteri Dalam Negeri tidak menyatakan tarikh beliau berpuas hati apabila menimbangkan dua laporan yang diperlukan dan
III
(iii) pegawai siasatan gagal mengambil kira keterangan saksi dalam menyediakan laporan bertulis dan ini betentangan dengan seksyen 5(4) Akta berkaitan. 3 Dapatan Mahkamah
4
Bagi isu pertama di atas, dihujahkan Pemohon bahawa seorang konstable bernama Jong Tze Kiong dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibupejabat Kontigen Johor telah ditugaskan menjadi jurubahasa Mandarin untuk Pemohon semasa sesi inkuiri dan semasa percakapan beliau dirakamkan. Ini menurut Pemohon tidak boleh dilakukan kerana bertentangan dengan s. 5, khususnya 5 (1) Akta berkaitan yang menyebut seperti berikut;
5
Pegawai Siasatan
1
Maka hendaklah dilantik oleh Menteri secara bertulis seberapa banyak Pegawai Siasatan yang perlu bagi maksud Akta ini: Dengan syarat bahawa seseorang pegawai polis atau seseorang yang tidak mempunyai kelayakan undang-undang tidak boleh dilantik sebagai seorang Pegawai Siasatan.
5
Adalah amat jelas bahawa peruntukan undang-undang di atas tidak menyentuh langsung mengenai jurubahasa. Oleh itu adalah pelik dan menghairankan bagi Pemohon menghujahkan jurubahasa yang dilantik untuk Pemohon telah menyebabkan seksyen di atas Akta berkaitan telah tidak dipatuhi. Hujahan ini tidak boleh di terima Mahkamah atas sebab ini.
6
Pemohon juga telah mengemukakan kes Mahkamah Tinggi iaitu Fong Choon San V Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors 4 [2016] 1 LNS 788 yang mana telah membenarkan permohonan Writ of Habeas Corpus Pemohon dan dan memutuskan seperti berikut: …Though Section 5 does not expressly preclude the use of police officer as interpreters, in my view, it is implicit in section 5 that only an independent interpreter who is uninterested in the outcome maybe use in inquiry proceeding. A police officer from the narcotics department would not meet the requirement of an independent interpreter as there is a likelihood of bias arising from the fact that it was the narcotics department that had investigated and found evidence that the applicant was associated with activity relating to or involving the trafficking in dangerous drug. There is a presumption that he cannot be free of bias. …In this case, the report prepared by the inquiry officer became tainted as a result of the failure to use an independent interpreter. This report played a significant role in the making of the detention order against the applicant. The Minister had considered the report in making the order. It amounts to a procedural requirement governing the exercise of discretion by the Minister in making a detention order within the meaning of section 11C of the Act.
7
Dengan mengemukakan kes di atas, hujah Pemohon ialah jurubahasa yang telah digunakan iaitu konstable Jong Tze Kiong adalah seorang yang tidak bebas kerana bekerja sebagai anggota polis di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan ada kemungkinan bertindak secara berat sebelah atau bias. Seperti yang tertera dari kes di atas, kes ini mengakui dan menyatakan menurut s. 5 Akta berkaitan tidak dinyata seorang anggota polis tidak boleh menjadi 5 jurubahasa. Malahan seperti yang telah diterangkan, sebenarnya seksyen ini langsung tidak menyebut mengenai jurubahasa. Oleh itu Mahkamah ini dengan hormatnya tidak bersetuju dengan keputusan kes Fong Choon San ini yang ingin digunakan oleh Pemohon sebagai nas menunjukkan konstable Jong Tze Kiong tidak boleh bertindak sebagai jurubahasa. Hakikatnya s. 5 (1) Akta berkaitan tidak menyatakan langsung mengenai jurubahasa. Oleh yang demikian seksyen ini tidak boleh dihujahkan telah tidak dipatuhi. Mahkamah ini juga dengan hormatnya tidak bersetuju dengan kes Fong Choon San yang menyatakan ada keperluan melalui seksyen yang disebut itu bahawa jurubahasa bebas perlu dilantik. Sekali lagi Mahkamah ini tidak bersetuju kerana seksyen tersebut tidak langsung menyebut mengenai jurubahasa. Sehubungan dengan ini, adalah menjadi prinsip undang-undang mantap bahawa peruntukan undang-undang perlu dibaca menurut apa yang dinyatakan dengan terang dan tidak ditambah dengan sewenang-wenangnya. Untuk ini Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Prosecutor v. Tan Tatt Eek & other appeals [2005] 1 CLJ 713 menyatakan seperti berikut: The primary duty of the court is to give effect to the intention of the legislature in the words used by it. It is a well established canon of interpretation that the intent of the legislature is to be gathered from the words used and that if the words used have not acquired any technical meaning, they should be deemed to have been used in their ordinary meaning. If the words of the statute are in themselves precise and unambiguous, then no more is necessary than to expound those words in their natural and ordinary sense. The words themselves alone in such cases best declare the intent of the law giver. 6 [Penekanan diberikan]
8
Begitu juga di dalam kes Mahkamah Persekutuan, Krishnadas Achutan Nair & Ors v. Maniyam Samykano [1997] 1 CLJ 636 dinyatakan seperti berikut: Parliament does not legislate in vain by the use of meaningless words and phrases, and prima facie every word appearing in an Act must bear some meaning. A judicial interpreter is therefore not entitled to disregard words used in a statute or treat them as superfluous or insignificant. [Penekanan diberikan]
9
Untuk isu pertama ini juga Pemohon mengemukan kes Mahkamah Rayuan iaitu Cheong See Leong v Public Prosecutor [1948] 1 LNS 169 yang dikatakan telah menggariskan ujian yang digunapakai oleh mahkamah dalam menentukan faktor yang perlu dipatuhi oleh seorang jurubahasa bagi memastikan tiada sebarang ketidakadilan berlaku. Perkara ini dikatakan seperti berikut: The only practicable way in which one person can make a statement to another in a language that the latter does not understand is either by signs or through interpretation. In the ordinary way an independent interpreter is, as the learned trial Judge pointed out, uninterested in the subject matter and may be taken as being a mere “conduit-pipe” incapable of invention to the detriment of the accused. A statement thus made through a mere “conduit-pipe” by an accused to a Police Officer is, in our view a statement properly made by him to the Inspector. 7 If, however, the interpreter used, instead of being a mere “conduit-pipe” has an interest in the subject matter then we are brought to the consideration of the second point raised by the learned trial Judge in the extract above quoted that he might be open to a temptation to improve or embellish the case. We must, therefore, consider the affect of such a possibility upon the proceedings. Those cases have decided that when a judicial officer is interested in the subject matter of any case before him the presumption is that he cannot be free from bias. It may be, in such a case, that his adjudication has been free from all bias. That is not the test. The test is whether there is a likelihood of bias arising from his interest in the subject matter. If there is that likelihood then his adjudication cannot stand.
10
Mahkamah ini berpendapat dengan hormatnya Pemohon memetik apa yang dinyatakan di atas di luar konteks bagi hujahan Pemohon mengenai s. 5 (1) Akta berkaitan. Ini kerana kes di atas tiada kaitan sama sekali dengan seksyen yang dinyatakan. Juga seperti yang telah dijelaskan, seksyen tersebut tidak menyebut mengenai jurubahasa. Oleh yang demikian kes di atas tidak membantu menyokong hujahan Pemohon.
11
Untuk isu kedua, s. 6 (1) Akta berkaitan menyatakan seperti berikut; Jika Menteri, selepas menimbangkan-
a
laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 3(3); dan 8
b
laporan Pegawai Siasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(4), berpuas hati berkenaan dengan mana-mana orang bahawa orang itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa bagi kepentingan ketenteraman awam orang itu perlu ditahan, melalui perintah (kemudian daripada ini disebut "perintah tahanan") mengarahkan supaya orang itu ditahan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.
12
Berdasarkan peruntukan di atas, Pemohon telah menghujahkan terdapat dua laporan yang perlu ditimbangkan sebelum perintah tahanan dikeluarkan. Berkait dengan ini, hujah Pemohon ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri tidak menyatakan di dalam afidavit tarikh beliau berpuas hati untuk mengeluarkan perintah tahanan untuk menahan Pemohon. Menurut Pemohon tarikh bila Timbalan Menteri ini berpuas hati perlu dinyatakan.
13
Sekali lagi Mahkamah ini berpendapat Pemohon telah membaca atau mengadakan sesuatu yang tidak ada atau yang tidak dinyatakan di dalam peruntukan di atas. Seksyen di atas tidak langsung menyebut bahawa tarikh berpuas hati itu perlu dinyatakan. Apa yang dinyatakan hanya dua laporan perlu ditimbangkan sebelum perintah tahanan dikeluarkan. Fakta bahawa laporan-laporan ini ditimbangkan tidak dapat dinafikan melihat kepada afidavit yang diikrarkan oleh Timbalan Menteri tersebut seperti berikut: Setelah meneliti laporan-laporan tersebut, saya berpuashati bahawa pemohon pernah ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang 9 berhubungan dengan atau yang meibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya, seperti ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Dadah Berbahaya… Selanjutnya, saya telah mengarahkan pegawai saya, NABILLAH RASHIDAH BINTI ABDUL KADIR untuk menyediakan perintah tahanan serta penyataan fakta mengenai alasan-alasan yang atasnya perintah itu dibuat dan pengataan-pengataan fakta yang atasnya perintah itu diasaskan yang bersesuaian dnegan keputusan saya supaya pemohon ditahan mulai 30-12-2015…
14
Mahkamah mendapati apa yang dinyatakan di atas adalah mencukupi bagi keperluan s. 6 (1) Akta berkaitan dan berdasarkan apa yang tersurat di dalam peruntukan ini, tiada keperluan untuk menyatakan tarikh bilakah rasa berpuas hati itu telah timbul.
15
Bagi menyokong hujahan beliau, Pemohon bergantung kepada kes Mahkamah Persekutuan, Kumaran Suppiah v Dato Noh Hj Omar & Anor [2006] 4 CLJ 675. Namun hakikatnya fakta kes ini berbeza dengan fakta kes Pemohon. Di dalam kes Kumaran ini, apa yang berlaku ialah perintah tahanan itu berkuat kuasa pada satu tarikh selepas tarikh perintah tahanan itu dikeluarkan dan tidak dijelaskan kenapa ini berlaku. Oleh itu di dalam kes ini, pertamanya terdapat kelewatan perintah tahanan berkuat kuasa dan keduanya tiada sebab diberikan kenapa perintah itu lewat berkuat kuasa. Dua fakta ini tidak wujud di dalam kes Pemohon sekarang. Oleh itu Mahkamah ini tidak dapat mengikut keputusan kes Kumaran kerana fakta-fakta berbeza ini. 10
16
Bagi isu ketiga pula, Pemohon menghujahkan bahawa Pegawai Siasatan hanya bertemu Pemohon untuk menjalankan siasatan tetapi tidak menyiasat atau berjumpa dengan saksi yang berkaitan dengan kes Pemohon dalam menyediakan laporan bertulis kepada Timbalan Menteri berdasarkan keterangan Pemohon dan laporan lengkap penyiasatan polis. Berdasarkan hujahan ini Pemohon menyatakan s. 5 (4) Akta berkaitan telah tidak dipatuhi. Seksyen ini menyebut: Seseorang Pegawai Siasatan hendaklah mengemukakan laporannya secara bertulis kepada Menteri dalam tempoh yang boleh ditetapkan oleh Menteri melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
17
Sekali lagi melihat kepada seksyen di atas, Pemohon telah mengadakan sesuatu yang tidak ada apabila berhujah seksyen ini telah tidak dipatuhi apabila Pegawai Siasatan gagal meneliti dan mengambil kira keterangan yang dirakamkan terhadap saksi yang yang telah dilakukan oleh Pegawai Polis yang melakukan siasatan terlebih dahulu. Seksyen ini langsung tidak menyentuh berkenaan apa yang telah dihujahkan Pemohon di sini. Seksyen ini hanya menghendaki Pegawai Siasatan menyerahkan laporan bertulis kepada Menteri dalam masa yang ditentukan. Jadi adalah tidak benar untuk Pemohon menyatakan seksyen ini telah tidak dipatuhi.
18
Di samping itu juga merujuk kepada perenggan 9 Afidavit Jawapan Pegawai Siasatan, Dzul Iswari bin Mohd Jaafar yang diikrarkan pada 5.12.2016, beliau telah menyatakan seperti berikut: 11 Setelah mendengar dan menimbangkan keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh Pemohon dan juga setelah meneliti laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan oleh Inspektor Polis Satiyaselan a/l Balakrishnan berkaitan dengan aktiviti-aktiviti Pemohon berhubungan dengan atau yang melibatkan dengan pengedaran dadah berbahaya, saya kemudiaannya telah menyediakan satu laporan bertulis kepada Timbalan Menteri Dalam
19
Ini adalah mencukupi untuk menunjukkan s. 5 (4) Akta berkaitan seperti yang ditunjukkan di atas telah dipatuhi.
20
Dalam membangkitkan ketiga-tiga isu di atas, Pemohon tidak dapat lari dari hakikat bahawa beliau masih terikat dengan keperluan menunjukkan bahawa keperluan prosedur telah tidak dipatuhi. Ini dinyatakan di dalam kes Mahkamah Persekutuan iaitu Lee Kew Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri & Ors [2005] 3 CLJ 914 yang menyatakan seperti berikut: …the first thing the courts should do is to see whether the ground forwarded is one that falls within the meaning of procedural non compliance. To determine the question, the courts should look at the provisions of the law or the rules that lay down the procedural requirements. It is not for the courts to create procedural requirements because it is not the function of the courts to make law or rules. If there is no such procedural requirement then there cannot be non-compliance thereof.
21
Berdasarkan kepada petikan di atas, seperti yang telah diterangkan, tiada undang-undang atau keperluan prosedur yang 12 telah tidak dipatuhi dapat ditunjukkan oleh Pemohon mengenai ketiga-tiga isu yang telah dibangkitkan.
22
Hujahan Pemohon mengenai ketiga-tiga isu yang dikemukakan bagi mencabar perintah tahanan yang telah dikeluarkan tidak dapat diterima oleh Mahkamah ini berdasarkan alasan-alasan yang telah diterangkan.
23
Oleh itu permohonan Pemohon untuk satu Writ Habeas Corpus adalah ditolak. Bertarikh 23 Oktober 2017 ABU BAKAR JAIS Hakim Mahkamah Tinggi Seremban Pihak-Pihak: Naizatul Zarina Hj Karizaman bagi Pemohon Tetuan K.L. Chee & Co Hemy Annerina Haja Mydin bagi Responden-Responden Peguam Kanan Persekutuan, Jabatan Peguam Negara
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.