Lampiran
Lampiran 41 dan Lampiran 43 atas keseluruhan keputusan Mahkamah selain keputusan yang diputuskan selepas perbicaraan yang diberi pada 31 haribulan Mei 2023, merayu ke Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang menolak permohonan Perayu/Plaintif untuk meminda Pernyataan Tuntutan di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang bertarikh 29/03/2024 [Lampiran 27] dengan kos sebanyak RM2,000.00. DAPATAN MAHKAMAH [1] Plaintif telah memfailkan dua (2) Notis Rayuan bagi tujuan yang sama iaitu di lampiran 41 dan 43. Oleh itu, alasan penghakiman ini adalah disediakan bagi kedua-dua Lampiran tersebut. [2] Mahkamah telah meneliti Notis Permohonan di lampiran 27, Afidavit-afidavit, hujahan bertulis dan otoriti kedua-dua pihak. Notis Permohonan Lampiran 27 adalah permohonan Plaintif untuk meminda Pernyataan Tuntutan di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini bagi satu perintah: - 1. Bahawa Plaintif diberikan kebenaran untuk meminda Pernyataan Tuntutan bertarikh 22.11.2023 mengikut gaya dan cara seperti yang ditunjukkan dalam salinan Pernyataan Tuntutan Terpinda yang dicadangkan yang dilampirkan di sini atau gaya lain yang boleh dikemukakan; 2. Bahawa sekiranya kebenaran untuk meminda Pernyataan Tuntutan bertarikh 22.11.2023 adalah diberikan, Plaintif perlu memfailkan dan menyerahkan Pernyataan Tuntutan Terpinda dalam empat belas (14) hari dari tarikh Perintah ini, Defendan perlu memfailkan dan menyerahkan Pembelaan Terpinda (jika perlu) dalam empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan Pernyataan Tuntutan Terpinda, dan Plaintif perlu memfailkan dan menyerahkan Jawapan kepada Pembelaan Terpinda (jika perlu) dalam empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan Pembelaan Terpinda; 3. Bahawa kos permohonan ini dijadikan kos dalam kausa; dan 4. Lain-lain perintah dan/atau relif yang difikirkan wajar dan suaimanfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini. [2] Alasan permohonan Plaintif adalah dinyatakan dalam affidavit sokongan yang mana antara lain menyatakan bahawa: 1) Isu bahawa penterjemahan bagi Kenyataan-kenyataan Fitnah dan Mesej Ugutan WhatsApp daripada Bahasa Mandarin kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang tertera di dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 22.11.2023 adalah tidak verbatim hanya diketahui semasa perbicaraan pertama kes ini. Isu ini tidak pernah disoal atau dibangkit oleh Defendan sehingga perbicaraan pertama kes ini semasa pemeriksaan balas Plaintif. Oleh itu, pindaan-pindaan yang dicadangkan adalah bertujuan untuk mengemukakan fakta-fakta dan keadaan perkara yang lebih jelas, tepat dan lengkap kepada Mahkamah yang Mulia ini. 2) Pindaan-pindaan yang dicadangkan tersebut tidak mengubah sifat dan ciri tuntutan Plaintif kerana ia adalah berkenaan dengan fakta-fakta dan hal perkara yang sama selaras dengan Pernyataan Tuntutan bertarikh 22.11.2023 yang telah difailkan, dan bukan dibuat untuk tujuan mengubal, mengubah atau memperkenalkan kausa tindakan yang baru. Tambahan lagi, walaupun penterjemahan diperakui Kenyataan-kenyataan Fitnah dan Mesej Ugutan WhatsApp daripada Bahasa Mandarin kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris adalah tidak verbatim, maksud dan makna sebenar adalah hampir sama dan masih bersifat fitnah dan/atau ugutan. 3) Pindaan-pindaan yang dicadangkan tersebut tidak memprejudiskan Defendan atau menyebabkan ketidakadilan kepada Defendan dalam suatu cara yang tidak boleh dipampas dengan kos kerana salinan-salinan asal Kenyataan- kenyataan Fitnah dalam Bahasa Mandarin telah dilampirkan di dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 22.11.2023 dan salinan-salinan asal Mesej Ugutan WhatsApp juga telah dikemukakan di dalam Ikatan Dokumen Plaintif. Tambahan kepada itu, Defendan tidak pernah mengutarakan isu berkenaan dengan penterjemahan ini di dalam Pembelaannya. 4) Permohonan untuk pemindaan yang dicadangkan tersebut adalah dibuat secara jujur, bona fide dan dibuat dengan ikhlas dan suci hati. [3] Defendan telah memfailkan affidavit jawapan di Lampiran 30 yang mana antaranya membantah Notis Permohonan Plaintif di Lampiran 27 dan menyatakan seperti berikut: 1) Pihak Plaintif telah memplidkan dan memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutannya pada 22.11.2023 di mana keseluruhan kes Plaintif adalah bergantung dan berdasarkan kepada perterjemahan dari dokumen-dokumen Bahasa Mandarin kepada Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris (“perterjemahan pertama”). 2) Perterjemahan pertama tersebut adalah diterjemahkan oleh seorang jurubahasa Mahkamah yang diperakui (certified court interpreter) bernama Tan Ming Ling (“Jurubahasa pertama”). 3) Ia adalah tidak dinafikan bahawa ketepatan perterjemahan telah diakui oleh pihak Plaintif sendiri pada setiap masa material dan pihak Plaintif telah pun bersedia untuk meneruskan tindakan ini ke progres perbicaraan. 4) Pernyataan-Pernyataan Pihak Plaintif bahawa ketidaktepatan perterjemahan pertama tersebut “adalah hanya diketahui semasa Perbicaraan tersebut” iaitu, selepas peguamcara Defendan menyelesaikan pemeriksaan balas pada hari Perbicaraan tersebut adalah alasan yang tidak dapat dijustifikasikan dan dibuat secara mala fide. 5) Pindaan-pindaan yang dicadangkan juga merupakan pemikiran semula (afterthought) pihak Plaintif selepas proses Perbicaraan tersebut di mana isu perterjemahan tersebut telah dibangkitkan oleh peguamcara Defendan (di mana saksi Plaintif dan/atau Plaintif secara dirinya telah mengakui ketidaktepatannya). 6) Tindakan yang berdasarkan fakta-fakta yang sama dengan guaman ini telah dimulai pada 2022 melalui Guaman Sivil No.: BB-A53CY-5-08/2022, sekiranya adalah isu perterjemahan yang tidak tepat seperti yang dinyatakan oleh pihak Plaintif, pihak Plaintif telah mempunyai masa yang secukupnya untuk membuat pindaan-pindaan terhadapnya, dan bukannya pada peringkat ini di mana tindakan ini telah sampai ke tahap Perbicaraan. 7) PIhak Plaintif telah memplidkan bahawa perterjemahan pertama tersebut dalam tindakan ini adalah verbatim, maksud jelas dan Semulajadi (Plain and Ordinary) dalam tuntutannya. Sekirannya Notis Permohonan ini dibenarkan, ia akan menukar sifat tuntutan tindakan ini dan seterusnya akan menyebabkan sifat tuntutan ini menjadi tidak konsisten. 8) Notis Permohonan ini telah difailkan atas peringkat yang amat lewat (gross delay) di mana kelewatan ini telah menyebabkan ketidakadilan (injustice) kepada Defendan. 9) Notis Permohonan ini akan mendatangkan risiko penangguhan perbicaraan (real risk of postponement of trial) dan sememangnya Perbicaraan yang ditetapkan seterusnya telah ditangguhkan oleh Mahkamah yang Mulia ini. 10) Pindaan jika dibenarkan akan mengakibatkan prejudis terhadap Defendan yang tidak dapat dipampas dengan kos di mana kos bukan remedi yang mencukupi. 11) Alasan yang dibangkitkan oleh Peguamcara Plaintif mengenai beliau “tidak boleh bertutur, membaca dan/atau menulis Bahasa Mandarin” adalah alasan yang tidak boleh dijustifikasikan. 12) Peguamcara Plaintif telah mendapat bantuan yang mencukupi, iaitu daripada seorang pembantu guaman yang membaca dan menulis Bahasa Mandarin serta bantuan daripada seorang jurubahasa Mahkamah yang diperakui (certified court interpreter). 13) Peguamcara Plaintif seharusnya membuat semakan dengan pihak Plaintif mengenai dengan ketepatan fakta-fakta yang diplidkan serta perterjemahan tindakan ini sebelum membuat pemfailan tindakan ini. 14) Ia merupakan tanggungjawab Plaintif untuk memberikan penjelasan yang kukuh (cogent explanation) atas kelewatan pemfailan Notis Permohonan ini, namun pihak Plaintif telah gagal membuat demikian. [4] Plaintif memfailkan Notis Permohonan di lampiran 27 di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 1A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 dan/atau di bawah bidang kuasa sedia ada Mahkamah yang Mulia ini. [5] Mahkamah merujuk kepada peruntukan yang digunapakai oleh Plaintif sebagaimana berikut: 5. Amendment of writ or pleading with leave (O. 20, r. 5) (1) Subject to Order 15, rules 6, 6A, 7 and 8 and the following provisions of this rule, the Court may at any stage of the proceedings allow the plaintiff to amend his writ, or any party to amend his pleading, on such terms as to costs or otherwise as may be just and in such a manner, if any, as it may direct. (2) Where an application to the Court for leave to make the amendment mentioned in paragraph (3), (4) or (5) is made after any relevant period of limitation current at the date of the issue of the writ has expired, the Court may nevertheless grant such leave in the circumstances mentioned in that paragraph if it thinks it just to do so. (3) An amendment to correct the name of a party may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that it is alleged that the effect of the amendment will be to substitute a new party if the Court is satisfied that the mistake sought to be corrected was a genuine mistake and was not misleading or such as to cause any reasonable doubt as to the identity of the person intending to sue or, as the case may be, intended to be sued. (4) An amendment to alter the capacity in which a party sues (whether as plaintiff or as defendant by counterclaim) may be allowed under paragraph (2) if the capacity in which, if the amendment is made, the party will sue is one in which at the date of issue of the writ or the making of the counterclaim, as the case may be, he might have sued. (5) An amendment may be allowed under paragraph (2) notwithstanding that the effect of the amendment will be to add or substitute a new cause of action if the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the action by the party applying for leave to make the amendment. 4. Inherent powers of the Court (O. 92, r. 4) For the removal of doubt it is hereby declared that nothing in these Rules shall be deemed to limit or affect the inherent powers of the Court to make any order as may be necessary to prevent injustice or to prevent an abuse of the process of the Court. Regard shall be to justice (O. 1A) In administering these Rules, the Court or a Judge shall have regard to the overriding interest of justice and not only to the technical non-compliance with these Rules. [6] Mahkamah merujuk kepada kes yang menjadi panduan dalam sesuatu permohonan pindaan iaitu kes YAMAHA MOTOR CO. LTD. v. YAMAHA (M) SDN. BHD. & ORS, FEDERAL COURT, KUALA LUMPUR [1983] CLJ Rep 428 yang memutuskan: “Under O. 20 of the Rules of the High Court 1980, which is equivalent to O. 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially [see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine [1963] 1 LNS 51. The general principle is that the Court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide; (2) whether prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit from one character into a suit of another and inconsistent character. (See Mallal's Supreme Court Practice p. 342). If the answers are in the affirmative, an application for amendment should be allowed at any stage of the proceedings particularly before trial, even if the effect of the amendment would be to add or substitute a new cause of action, provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the original statement of claim.” [7] Dalam tindakan di sini, Mahkamah mendapati bahawa permohonan Plaintif di sini tidak boleh dibenarkan dan ia tidak menepati ciri-ciri yang diyatakan dalam kes yang dirujuk. Walaupun prinsip asas adalah bahawa permohonan pindaan boleh dibuat pada mana-mana peringkat, Mahkamah membuat dapatan bahawa permohonan ini dibuat terlalu lewat iaitu setelah mendengar keterangan SP1 dan setelah SP1 disoalbalas oleh peguamcara Defendan. [8] Plaintif telah mempunyai masa secukupnya untuk meneliti kes dan ini bukanlah tindakan asal. Penyataan Tuntutan asal bagi tindakan terdahulu sebelum ini telah difailkan, diserahkan dan Plaintif telah meletakkan Defendan untuk menjawab kepada Penyataan Tuntutan tersebut. [9] Fakta tersebut telah ada dalam pengetahuan Plaintif sendiri. Pindaan akan memprejudiskan pihak Defendan memandangkan Plaintif menyentuh isu asas kepada tuntutan yang mana jika dibenarkan, Defendan akan hilang hak dalam pembelaan mereka sedangkan SP1 telah memberi keterangan dan sekarang peringkat Defendan untuk mencabar keterangan SP1 tersebut. [10] Pliding telah lama tamat. Kes telah dimulakan dan SP1 telah disoalbalas (dilepaskan sementara bagi sambung pemeriksaan Balas). Ini adalah tuntutan berdasarkan fitnah. Beban pembuktian adalah atas Plaintif. [11] Mahkamah membuat dapatan bahawa adalah tidak wajar untuk Plaintif meletakkan beban kepada pihak Defendan sebagaimana dalam affidavit mereka yang menyatakan bahawa pada mana-mana peringkat sebelum perbicaraan, Defendan tidak pernah membangkitkan isu ini atau isu terjemahan yang tidak tepat atau tidak secara “verbatim”. [12] Ini adalah tugas Plaintif dan bukan tugas Defendan. Plaintif juga telah melantik seorang jurubahasa bertauliah dan telah menyemak terjemahan sebelum difailkan. Alasan bahawa peguamcara tidak faham atau fasih Bahasa Mandarin atau Bahasa asal yang dituturkan adalah tidak relevan. Mahkamah juga tidak faham Bahasa Mandarin/Bahasa asal. Oleh itu, Mahkamah bergantung kepada apa yang diplidkan oleh Plaintif. Plaintif sepatutnya merujuk, mendapatkan arahan dan pengesahan anakguam sebelum tindakan dimulakan. [13] Sifat pindaan juga telah menukar karektor kepada satu karektor yang baru dan bercanggah dengan keadaan asal. Ini dapat dilihat daripada cadangan butir-butir kecuaian yang ditambah dan diubah oleh Plaintif hanya semata-mata berdasarkan pemeriksaan balas terhadap SP1. Ini adalah tidak adil pada peringkat ini untuk membenarkan Plaintif membetulkan tuntutan mereka. [14] Pindaan ini tidak dapat dipampas dengan kos dalam apa jua keadaan. Jika sekalipun permohonan ini dibenarkan dan Defendan diberi kebenaran untuk meminda pembelaan mereka, ia akan merubah keseluruhan perjalanan kes (harus diingat kes ini adalah diperingkat sambung bicara dan ditetapkan bagi sambung bicara) dan memberikan kesan yang tidak dapat dipampas dengan kos. [15] Jika dilihat kepada affidavit sokongan Plaintif kepada Notis Permohonan bagi Lampiran 27, (khususnya di Bahagian A) keseluruhan affidavit adalah bagi membetulkan dan meminda kepada kenyataan-kenyataan fitnah yang menjadi asas kepada tuntutan Plaintif di sini, [16] Kesemua 6 Kenyataan Fitnah ingin dipinda. Kemudian Plaintif juga ingin menambah perenggan baru untuk memberi penjelasan tentang tafsiran literal dan terjemahan verbatim. Bahagian “B” pula adalah bagi pindaan kepada mesej ugutan Whatssapp. [17] Cadangan pindaan telah menukar karektar tuntutan Plaintif kepada satu karektar yang berbeza dan jika dibenarkan, Defendan perlu membuat pindaan sepenuhnya kepada tuntutan Plaintif. Ini adalah prejudis yang tidak dapat dipampas dengan kos. [18] Tambahan pula, Mahkamah membuat dapatan bahawa bagi tuntutan jenis ini iaitu kecuaian/tort fitnah, ia haruslah diplidkan dengan tepat dan ia adalah tanggungjawab dan beban Plaintif diperingkat awal. Apabila telah dibuktikan, beban berpindah kepada Defendan untuk pembelaan yang diplidkan. [19] Plaintif memplidkan tindakan dibawah tort kecuaian fitnah. Mahkamah merujuk kepada peruntukan di bawah Aturan 78 kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 sebagaimana berikut: 3. Obligations to give particulars (O. 78, r. 3) (1) Where in an action for libel or slander the plaintiff alleges that the words or matters complained of were used in a defamatory sense other than their ordinary meaning, he must give particulars of the facts and matters on which he relies in respect of such sense. [20] Dalam kes ABIRAMEE RAMALINGAM v. NUR ISABELLA ABDULLAH & ORS [2023] CLJU 2799 diputuskan seperti berikut: P cited her compliance with O.78 r.3 RC 2012 on the obligations to give particulars in defamatory actions. In this regard, the law is trite: (a) In a suit for defamation, all required elements to prove the tort must be pleaded and established at the stage of the plaintiff's case. It is only upon the elements having been established and/or proved that the defendant's obligation to demonstrate a viable defense will arise (see Dato' Abd Halim Ali v Sun Media Corp Sdn Bhd [2015] 4 CLJ 928; Mak Khuin Weng v Melawangi Sdn Bhd [2016] 8 CLJ 831; [2016] 5 AMR 115; [2016] 5 MLJ 314; Abu Hassan bin Hasbullah v Zukeri bin Ibrahim [2018] 3 CLJ 726; [2017] AMEJ 1321; [2018] 6 MLJ 396, CA). (b) Once the plaintiff has successfully established that the defendant has published words defamatory of the plaintiff to third parties, the burden of proving any of the defences shifts to the defendant. The alleged defamatory words as uttered must be reproduced verbatim in the statement of claim, and a certified translation in the National Language must also be tendered. To merely describe the substance, purpose or effect of the words is not sufficient: Lim Kit Siang v Datuk Dr Ling Liong Sik [1996] CLJU 106; [1997] 5 MLJ 523, HC; see also Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd v SSN Medical Products Sdn Bhd [2017] 1 AMR 481; [2017] 6 CLJ 129; [2016] CLJU 1502; [2016] 1 LNS 1502, CA; and Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd (in creditors' voluntary liquidation) v Hue Shieh Lee [2019] 3 CLJ 729; [2019] 2 AMR 525; [2019] 3 MLJ 720, FC. [21] Dalam kes CREDIT GUARANTEE CORP MALAYSIA BHD V. SSN MEDICAL PRODUCTS SDN BHD [2017] 6 CLJ 129; [2017] 2 MLJ 629 AT 644, pula diputuskan seperti berikut: The Court of Appeal said: "[45] In this regard, it is settled law that in libel and slander, the very words complained of, whether stated orally or published, are the facts on which the action is grounded. In other words, these are material facts which must be pleaded so that the defendant knows the precise charge against him and is then able to defend himself against it. It isinsufficient to merely describe their substance,purpose or effect. It isessential to set out the actual wordsused so that the court can then decide, as a matter of law, whether the said words whether oral or published give rise to the defamatory imputations alleged (see Harris v. Warre (1879) 4 CPD 125; Abu Samah bin Omar v. Zainal bin Montel [2003] CLJU 501; [2003] 1 LNS 501; [2004] 5 MLJ 377; Lim Kit Siang v. Datuk Dr Ling Liong Sik & Ors [1996] CLJU 106; [1996] 1 LNS 106; [1997] 5 MLJ 523; and Dato' v. Kanagalingam v. David Samuels & Ors [2006] 3 CLJ 909; [2006] 6 MLJ 521). [46] The other aspect of pleading in an action in defamation is that where the plaintiff complains of an article, he must specify the offending sections rather than merely pleading the whole article. As Lord Denning MR pointed out in DDSA Pharmaceuticals Ltd v. Times Newpapers Ltd [1972] 3 All ER 417, a pleading is defective if it throws on to the defendant a long article without picking out the parts said to be defamatory. [47] In the instant case, the plaintiff's statement of claim at para 11 made a general reference to the CCRIS report dated 3 December 2010. The defamatory imputations were then set out in para 19. The plaintiff had clearly failed to reproduce any part of the CCRIS report much less picked out the parts that are defamatory. Failure to do so, in our view, is fatal to the action. The learned JC appears to have not considered this important issue of defective pleading. For this reason alone, the claim in defamation cannot succeed." [22] Kes ini menunjukkan betapa pentingnya Plaintif di peringkat awal meletakkan plidingnya dengan betul dan tepat, apatah lagi dalam kausa tindakan sebegini. [23] Plaintif juga gagal memberikan sebab dan alasan kukuh kelewatan pemfailan Notis Permohonan ini. Alasan bahawa ia hanya disedari selepas pemeriksaan balas Defendan atas SP1 adalah tidak munasabah. Ia adalah tugas Defendan untuk mencabar keterangan saksi-saksi Plaintif dan bukan beban untuk Defendan membangkitkan atau mengemukakan isu ini diperingkat Pengurusan kes atau sebagainya. [24] Notis Permohonan ini juga akan menukar sifat dan berbentuk mala fide kerana di buat ditengah-tengah prosiding semasa pemeriksaan Balas saksi bagi Plaintif membetulkan kesilapan di pihak Plaintif yang mana akan memprejudiskan hadk defendan untuk membela tindakan mereka. [25] Oleh demikian, Mahkamah membuat dapatan bahawa 3 prinsip asas pindaan pliding dalam kes Yamaha Motor adalah tidak dipenuhi oleh pihak Plaintif. [26] Oleh itu, Mahkamah menolak permohonan Plaintif untuk meminda Pernyataan Tuntutan di bawah Aturan 20 Kaedah 5 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang bertarikh 29/03/2024 melalui Lampiran 27 dengan kos sebanyak RM2,000.00. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ………………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 1 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :17/7/2024 PEGUAMCARA PLAINTIF: CIK MAGITA HARI MOGAN CIK CHAN JAY MIN [ TETUAN DARRYL, EDWARD & CO. (KUALA LUMPUR)] PEGUAMCARA DEFENDAN: EN. VINCENT ONG LIANG JIE, [ TETUAN TAN NORIZAN & ASSOC. (PETALING JAYA)]