Lampiran
Lampiran 21; (b) Afidavit Sokongan Plaintif yang diikrarkan oleh Chung Suet Yeen @ Gladys bertarikh 22.7.2025 (“Afidavit Sokongan”) – Lampiran 22; S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg (c) Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan oleh Chin Shun Fu bertarikh 4.8.2025 (“Afidavit Jawapan”) – Lampiran 24; (d) Afidavit Tambahan Plaintif yang diikrarkan oleh Chin Shun Fu bertarikh 15.8.2025 (“Afidavit Jawapan”) – Lampiran 26; (e) Afidavit Balasan Pemohon/Bakal Pencelah yang diikrarkan oleh Chung Suet Yeen @ Gladys bertarikh 19.8.2025 (“Afidavit Balasan”) – Lampiran 27. 3. Alasan-alasan yang dikemukakan oleh pihak Pemohon/Bakal Pencelah dalam memfailkan Notis Permohonan ini ialah seperti berikut : a) Bahawa Pihak Pemohon/Bakal Pencelah telah melakukan siasatan dalaman berkenaan dengan kemalangan yang dikatakan berlaku di antara kenderaan milik Plaintif dan kenderaan milik Defendan. b) Berlanjutan daripada siasatan dalaman tersebut dan hasil laporan yang disediakan oleh pihak “adjuster”, pihak Pemohon/Bakal Pencelah percaya bahawa wujud unsur tuntutan palsu (fraud claim) oleh pihak Plaintif terhadap pihak Pemohon/Bakal Pencelah. c) Asas kepada kepercayan bahawa terdapat tuntutan palsu oleh pihak Plaintif adalah bersandarkan kepada; S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg i) Percanggahan keterangan oleh Defenden yang telah diberikan kepada wakil adjuster dan keterangan yang diberikan kepada Peguamcara Defendan. ii) Percanggahan Laporan polis yang dibuat oleh pihak Plaintif yang menyatakan bahawa Plaintif sedang berjalan kaki dan bergesel dengan kenderaan motokar Defendan, manakala Laporan polis yang dibuat oleh Defendan menyatakan bahawa kenderaannya bergesel dengan motosikal PJU 6434 milik Plaintif. iii) Laporan perubatan Plaintif menyatakan bahawa kemalangan berlaku disebabkan oleh perlanggaran di antara motosikal dan motokar (Mr Chin Shun Fu was admitted here on 10.07.2023 following a motor vehicle accident. Bike vs Car) dan bukannya terlibat kemalangan semasa Plaintif sedang berjalan kaki. iv) Kecederaan yang dialami oleh Plaintif adalah tidak konsisten dengan mekanisma kemalangan yang dikatakan oleh Plaintif dan Defendan di mana di dalam Laporan Polis menyatakan bahawa Plaintif telah digesel di bahagian kanan badannya. Laporan perubatan menyatakan bahawa “no deformity or swelling over bilateral upperlimb and right lower limb”. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg 4. Bagi menjawab kepada alasan-alasan yang dikemukakan di atas, pihak Plaintif telah menyatakan di dalam Afidavit Jawapannya bahawa; a) Pihak Plaintif telah membangkitkan bantahan awal bahawa Notis Permohonan ini telah lewatkan difailkan selepas serahan semua dokumen-dokumen berkenaan dengan kemalangan ini pada 6.9.2023 (penerimaan oleh pihak Pemohon/Bakal Pencelah). Pihak Pemohon/Bakal Pencelah telah mengambil masa selama 21 bulan untuk memfailkan Notis Permohonan ini. b) Plaintif kekal menyatakan bahawa motosikal yang digunakan olehnya pada hari kemalangan tidak terlibat dalam kemalangan tersebut. Kemalangan berlaku apabila kenderaan motokar pihak Defendan telah bergesel dengan bahagian kanan badannya dan menyebabkan Plaintif berpusing dan seterusnya dilanggar oleh motokar Defendan di bahagian kaki Plaintif. c) Pengataan oleh Pihak Pemohon/Bakal Pencelah bahawa permohonan ini diasaskan atas laporan adjuster hendaklah ditolak atas kegagalan pihak Pemohon/Bakal Pencelah mengekshibitkan laporan adjuster tersebut di dalam affidavit sokongan. Maka pihak Pemohon/Bakal Pencelah telah gagal membuktikannya dengan kukuh. d) Pihak Pemohon/Bakal Pencelah hanya boleh membangkitkan isu tuntutan palsu (fraud claim) pada peringkat recovery summon stage dan bukan pada peringkat perbicaraan ini. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg e) Kegagalan pihak Pemohon/Bakal Pencelah untuk memasukkan laporan adjuster menyebabkan tiada keterangan kukuh bahawa wujudnya percanggahan keterangan oleh Pihak Defendan kepada wakil adjuster berkenaan dengan mekanisma kemalangan tersebut. f) Tambahan lagi, keterangan yang diberikan oleh Defendan kepada Peguamcara Defendan adalah bersifat komunikasi professional yang tertakluk kepada Seksyen 126 Akta Keterangan 1950. g) Berkenaan dengan percanggahan yang wujud pada Laporan Perubatan, terdapat Laporan Klarifikasi telah dikemukakan yang membetulkan Laporan Perubatan sebelum ini kepada pedestrian vs car. B. KEPUTUSAN BAGI NOTIS PERMOHONAN PEMOHON/ BAKAL PENCELAH. 5. Mahkamah ini, setelah meneliti dan mempertimbangkan Notis Permohonan tersebut, keseluruhan affidavit-afidavit dan hujahan-hujahan serta autoriti-autoriti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, telah menolak permohonan Pemohon/Bakal Pencelah di Lampiran 21 dengan kos sebanyak RM 500. 6. Pihak Pemohon/Bakal Pencelah yang tidak berpuashati dengan keputusan tersebut, telah memfailkan notis rayuan ke Mahkamah Tinggi Sungai Petani. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg 7. Alasan penghakiman ini disediakan adalah merangkumi dapatan dan alasan Mahkamah ini yang telah memutuskan keputusan yang sedemikian. C. ISU DAN HUJAHAN PIHAK-PIHAK 8. Kedua-dua pihak telah membangkitkan beberapa isu yang menjadi pertimbangan Mahkamah di dalam membuat Keputusan ini. 3 isu yang menjadi pertimbangan adalah berkenaan dengan; i) Isu berkenaan dengan bantahan awal Plaintif berkenaan dengan kelewatan memfailkan Notis Permohonan; ii) Isu berkenaan dengan percanggahan fakta berdasarkan kepada keterangan Defendan dan dokumen-dokumen lain; dan iii) Isu berkenaan tindakan oleh Pemohon/Bakal Pencelah adalah hanya selepas selesai perbicaraan selesai melalui recovery summon. D. DAPATAN DAN ALASAN KEPUTUSAN MAHKAMAH 9. Aturan 15 Kaedah 6(2)(b) dan (c) memperuntukan aturan seperti berikut; Salah cantum dan ketidakcantuman pihak-pihak. (2) Tertakluk kepada kaedah ini, pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara, Mahkamah boleh S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg atas apa-apa terma yang difikirkannya adil dan sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan – (a) …… (b) memerintahkan orang yang berikut supaya ditambahkan sebagai satu pihak, iaitu – (i) Mana-mana orang yang sepatutnya telah dicantumkan sebagai satu pihak atau yang kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu untuk memastikan bahawa segala perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu boleh diputuskan dengan berkesan dan selengkapnya dan dihakimi ke atasnya; atau (ii) Mana-mana orang yang antara mereka dengan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara mungkin wujud satu persoalan atau isu yng berbangkit daripada atau berhubungan dengan atau berkaitan dengan apa-apa relief atau remedi yang dituntut dalam kausa atau perkara yang, pada pendapat Mahkamah, adalah adil dan sesuai diputuskan antara dia dengan pihak itu dan juga antara pihak dalam kausa atau perkara itu. (3) Suatu permohonan oleh mana-mana orang untuk satu perintah di bawah perenggan (2) yang menambahkan dia sebagai satu pihak hendaklah, kecuali dengan kebenaran Mahkamah, di sokong dengan affidavit yang menunjukkan kepentingannya dalam perkara yang dipertikaikan dalam kausa atau perkara itu atau, mengikut mana-manan berkenaan, persoalan atau isu S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg yang hendak diputuskan antara dia dengan mana-mana pihak dalam kausa atau perkara itu. 10. Mahkamah telah memutuskan untuk menolak Permohonan Pemohon/Bakal Penelah di mana ianya tidak mempunyai asas yang kukuh untuk dibenarkan. Di sini, Mahkamah mengemukakan 3 alasan yang berikut untuk menolak permohonan Defenden; i) Isu berkenaan dengan bantahan awal Plaintif berkenaan dengan kelewatan memfailkan Notis Permohonan ini. 11. Bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak Plaintif ini adalah berasakan kelewatan pihak Pemohon/Bakal Pencelah memfailkan Notis Permohonan ini. Pihak Plaintif telah menyerahkan semua dokumen-dokumen yang berkaitan dengan kemalangan ini kepada pihak Pemohon/Bakal Pencelah yang diterima pada 6.9.2023. Seterusnya pihak Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan di Mahkamah pada 10.7.2024. 12. Notis Permohonan ini telah difailkan oleh pihak Pemohon/Bakal Pencelah pada 23.7.2025 iaitu melebihi 21 bulan selepas serahan dokumen-dokumen dibuat oleh pihak Plaintif. Pihak Pemohon/Bakal Pencelah menyatakan bahawa sebagai pihak yang berhak di bawah undang-undang untuk mencelah, maka isu berkenaan dengan kelewatan memfailkan Notis Permohonan ini adalah tidak berbangkit kerana siasatan yang diperlukan oleh pihak Pemohon memerlukan masa yang panjang. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg 13. Bagi menjawab perkara tersebut, Mahkamah bersetuju dengan Pihak Plaintif bahawa perkara ini hendaklah diambil tindakan segera oleh pihak Pemohon/Bakal Pencelah untuk mencelah di dalam tindakan ini. Berdasarkan kepada apa yang dinyatakan oleh Plaintif, semua dokumen-dokumen yang berkaitan kemalangan telah diserahkan awal untuk penelitian pihak Pemohon/Bakal Pencelah, namun hanya selepas 21 bulan serahan dibuat, tindakan telah diambil. 14. Ini menunjukkan kegagalan pihak Pemohon/Bakal Pencelah untuk menjaga kepentingan dan haknya sebagai pay master di dalam tindakan ini pada peringkat yang lebih awal. Tempoh masa selama 21 bulan bukanlah tempoh masa yang singkat dan pihak Pemohon/Bakal Pencelah mempunyai masa yang lebih dari mencukupi untuk menilai kandungan-kandungan dokumen tersebut dan mengambil tindakan yang sewajarnya dengan segera. 15. Pihak Plaintif telah merujuk kepada kes Badruzamani bin Azmi v Kurnia Insuran (M) Bhd [2001] 6 MLJ 481 di mana YA Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah menyatakan seperti berikut di muka surat 492; “It is clear that Kurnia had delayed in making its application to the sessions court. It had allowed over a year to lapse before filing the application to be made ‘an intervener’ and, a fortiori after the close of the Plaintif’s case. This could probably be construed as a waiver on Kurnia’s part. Further, Kurnia would seem to have admitted that there was delay, as it had S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg not offered any riposte or answer to the appellant’s submission on that score. As such this court could not but to hold that there was inordinate delay and that delay was fatal to respondent’s case” 16. Di dalam kes MPI Generali Insurance Bhd lwn Manickam a/l Vijaya Kumar [2022] MLJU 2233 telah merujuk kepada kes yang sama untuk tidak membenarkan permohonan pencelah bagi dijadikan pihak di dalam kes tersebut. 17. Oleh yang demikian, bersandarkan kepada autoriti di atas, di atas kegagalan pihak Pemohon/Bakal Pencelah untuk memfailkan permohonan pada peringkat awal, membolehkan Mahkamah menolak Permohonan ini. ii) Isu berkenaan dengan percanggahan fakta berdasarkan kepada keterangan Defendan dan dokumen-dokumen lain. 18. Pihak Pemohon juga membangkitkan percanggahan fakta dari keterangan pihak Defendan bermula daripada laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua pihak, keterangan yang diberikan oleh Defendan kepada Peguamcara Defendan serta wakil adjuster dan laporan perubatan. 19. Di dalam menentukan isu ini, samaada terdapat percanggahan kepada keterangan pihak-pihak atau daripada pihak Defendan sendiri, Mahkamah mendapati bahawa segala keterangan ini adalah sesuatu yang tertakluk kepada pemeriksaan di dalam perbicaraan. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg 20. Adalah menjadi sesuatu yang lumrah bahawa pihak-pihak terlibat akan membuat laporan polis berdasarkan pada sudut pandang masing-masing tanpa perlu bergantung atau merujuk kepada laporan polis atau keterangan pihak lain. Maka di dalam kes ini, Defendan seharusnya mempunyai pandangannya yang tersendiri semasa membuat laporan polis untuk menceritakan bagaimana kemalangan tersebut berlaku. 21. Begitu juga semasa memberikan keterangan kepada pihak Peguamcara Defendan dan wakil adjuster. Interpretasi dan huraian kepada laporan polis adalah bersandarkan kepada apa yang dilihat pada hari kejadian. 22. Dalam keadaan ini, pihak Peguamcara Defendan boleh mencabar keterangan Plaintif berkenaan dengan fakta yang telah dinyatakan di dalam laporan polis Plaintif sebagai fakta yang bercanggah dan tidak tepat dengan apa yang berlaku pada hari kejadian. Maka, itu adalah tugas Peguamcara Defendan untuk menafikan versi Plaintif tentang kemalangan tersebut dan bukan sebaliknya iaitu menafikan versi Defendan. Maka perkara ini hendaklah dicabar oleh Peguamcara Defendan pada peringkat perbicaraan nanti. 23. Mahkamah mendapati bahawa pihak Pemohon/Bakal Pencelah tidak akan diprejudiskan di dalam kes ini kerana Peguamcara Defendan adalah pihak yang akan menjaga kepentingan Pemohon/Bakal Pencelah dan Defendan di dalam kes ini. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg 24. Disamping itu, Mahkamah juga mendapati tiada apa-apa keterangan bebas atau berasingan yang dikemukakan untuk menyatakan bahawa wujudnya unsur tuntutan palsu di dalam kes ini selain daripada apa yang dinyatakan di atas yang boleh dipertikaikan pada peringkat perbicaraan nanti. 25. Oleh yang demikian, hanya bersandarkan kepada kepercayaan Pemohon/Bakal Pencelah bahawa wujudnya unsur penipuan (fraud) adalah tidak mencukupi untuk Mahkamah membenarkan pihak Pemohon/Bakal Pencelah masuk ke dalam kes ini sebagai pihak. 26. Sebagaimana yang dihujahkan oleh pihak Plaintif, tiada keterangan atau bukti dari pihak adjuster dikemukakan di dalam permohonan ini dan, sekiranya bukti tersebut dikemukakan, adalah ia tertakluk kepada keterangan dengar cakap yang tidak dapat disahkan kesahihannya. 27. Berkenaan dengan rujukan oleh pihak Pemohon/Bakal Pencelah kepada laporan perubatan yang menyatakan bahawa perlanggaran adalah di antara motokar dan motosikal, perkara tersebut telah dibetulkan berdasarkan kepada laporan klarifikasi pihak hospital. iii) Isu berkenaan tindakan oleh Pemohon/Bakal Pencelah adalah hanya selepas selesai perbicaraan selesai melalui recovery summon. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg 28. Bagi isu berkenaan hak Pemohon/Bakal Pencelah untuk mencelah semasa perbicaraan kes utama atau bertindak selepas isu liabiliti dan kuantum selesai diputuskan, Mahkamah mendapati bahawa pihak-pihak mempunyai autoriti untuk menyokong hujahan masing-masing. 29. Mahkamah berpendapat bahawa kedua-dua keadaan tersebut, samaada mencelah semasa perbicaraan utama atau mengambil tindakan lanjut semasa recovery proceeding, adalah dibenarkan kepada Pemohon/Bakal Pencelah. 30. Maka berdasarkan pertimbangan Mahkamah bagi 2 alasan utama di atas dan keputusan bahawa pihak Pemohon/Bakal Pencelah tidak dibenarkan untuk mencelah, maka tindakan selanjutnya yang perlu diambil oleh Pemohon/Bakal Pencelah adalah semasa peringkat recovery proceeding nanti. 31. Mahkamah juga mengambil panduan dengn merujuk kepada kes Zurich General Insurance Malaysia Berhad lwn Vickneswaran a/l Kalaiselvan & Ors [2025] CLJU 3285 di mana Mahkamah menyatakan seperti berikut; “33. Mahkamah ini bersetuju bahawa isu polisi insuran bukan sebahagian daripada tindakan dalam kes guaman ini. Dalam tindakan ini juga, insurans tidak mempunyai apa-apa kepentingan langsung dalam penentuan kecuaian. Membenarkan Pencelah/Perayu adalah akan bercanggah dengan S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg prinsip Kehakiman iaitu akan mewujudkan kekeliruan isu dan melengahkan prosiding asal. 34. Insurans hanya akan terikat apabila Mahkamah memutuskan Defendan bertanggungjawab. Jika pun Perayu merasakan bahawa isu 'coverage' insurans ini tidak patut dibayar kepada Pihak Ketiga ataupun kepada Defendan maka ia seharusnya dibicarakan melalui saman yang berasingan dan bukan melalui tindakan guaman ini. Isu 'coverage' ini tidak boleh digunakan sebagai asas mencelah.” 32. Maka berasaskan alasan di atas, pihak Pemohon/Bakal Pencelah hendaklah bertindak berdasarkan kepada keputusan Mahkamah bagi Notis Permohonan ini iaitu tindakan melalui recovery proceeding. E. KESIMPULAN 33. Oleh yang demikian Mahkamah ini dalam menggunakan budi bicara sedia ada, berpandangan bahawa adalah wajar untuk permohonan Defenden di Lampiran 21 ditolak. 34. Oleh yang demikian, Mahkamah ini berpandangan keputusan Mahkamah dalam menolak permohonan Pemohon/Bakal Pencelah di Lampiran 21 adalah tepat, wajar dan seharusnya dikekalkan dengan kos dibayar oleh Pemohon/Bakal Pencelah kepada Plaintif. S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg Disediakan oleh : (MOHD AZHAR BIN HAMZAH) Hakim Mahkamah Sesyen Kulim Kedah Darul Aman. Tarikh : 9.3.2026 Pihak-Pihak : Peguam Plaintif :Tetuan Lim, Lim & Associates Peguam Defenden : Tetuan Agusti Asmadi & Karu Peguam Pemohon / Bakal Pencelah : Tetuan Dass Jainab & Associates S/N lU3ikXvntUeFwZJklCVEvg