Satu penghakiman persetujuan hanya direkodkan apabila para pelitigasi bersetuju secara bertulis tentang bagaimana hendak menyelesaikan satu-satu guaman undang-undang. Apabila penghakiman persetujuan telah disempurnakan, pihak-pihak terikat padanya dan mahkamah berkewajipan menguatkuasakan terma-terma yang disetujui dalamnya. Mahkamah tidak boleh mengubah apa-apa terma yang telah disetujui kecuali dengan persetujuan bersama pihak-pihak. Mahkamah telah functus officio atau tidak berbidang kuasa mendengar apa-apa permohonan mengetepikan penghakiman sebegini…” [13] Dalam hal ini, saya merujuk kepada kes Khaw Poh Chuan v Ng Gaik Peng & Yap Wan Chuan & Ors (Supreme Court) (1996) 2 CLJ 185 di mana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “A perfected consent order can only be set aside in a fresh action filed for the purpose. In this case the assignee has done just that when the said consent order, given in Originating Summons No. 209/1973, was sought to be set aside in a S/N oEGukmdr6UygWi2CPeOuYg separate subsequent civil suit with which this appeal is now concern”. [14] Seterusnya, di dalam kes Chow Chuan Fat v Yeo Chai Seng & Ors [2016] MLJU 1346, Mahkamah telah memutuskan seperti berikut:- “Firstly, I am of the view that if a party relies on the 2nd Vitiating Circumstances (fraud or collision), the party has to file a Fresh Suit to set aside the perfected judgement or order. This is because the 2nd Vitiating Circumstances cannot be proven by way of affidavit and can only be proven in a trial”. [15] Dalam kes Badiaddin bin Mohd Mahidin & Anor v Arab Malaysian Finance Bhd [1998] 1 MLJ 393, Mahkamah telah memperuntukkan bahawa “if the agreement upon which a consent order or judgement by consent is based is vitiated by any ground recognized in equity as vitiating such as free consent, fraud, mistake, total failure of consideration, then such a perfected consent order or judgement by consent could be set aside in a fresh action filed for the purpose”. [16] Dengan merujuk kepada kes-kes di atas, saya berpendirian bahawa sekiranya Defendan ingin mengenepikan Penghakiman Persetujuan yang telah disempurnakan terutamanya jika Defendan mendakwa ianya dibuat tanpa rela dan tanpa pengetahuan Defendan serta dicemari dengan alasan illegality dan bahawa wujudnya vitiating circumstance, fraud or collision maka Defendan hendaklah membawa satu tindakan baru. S/N oEGukmdr6UygWi2CPeOuYg [17] Saya juga berpendapat bahawa permohonan mengenepikan penghakiman sedemikian tidak boleh dan/atau tidak sesuai dibuktikan hanya melalui keterangan afidavit tetapi memerlukan pembuktian melalui perbicaraan. [18] Setelah membaca dan mendengar hujahan pihak-pihak, saya dapati HMS telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta dalam membenarkan Lampiran 7. Oleh itu, saya membenarkan rayuan Plaintif dan mengenepikan keputusan HMS dengan kos sebanyak RM3,000.00 dibayar oleh Defendan kepada Plaintif. Tarikh: 9 Julai 2024 Peguamcara Pihak-Pihak Louis Goh & Eric Chee Foo Wei (Tetuan Louis Goh & Co.) bagi pihak Perayu. Sharanya (Tetuan Chan, De Vries & Co.) bagi pihak Responden S/N oEGukmdr6UygWi2CPeOuYg