Content
1 DALAM MАНКАМАH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-154-05/2020, RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-155-05/2020 & RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-63-02/2023
B-05(SH)-154-05/2020
Court of Appeal of Malaysia22 Jan 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MАНКАМАH RAYUAN MALAYSIA (BIDANG KUASA RAYUAN) RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-154-05/2020, RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-155-05/2020 & RAYUAN JENAYAH NO: B-05(SH)-63-02/2023
2
CHIN YOON TACK @ CHIN YOON TOCK
3
TELAHA BIN SANCHIS ...PERAYU DAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN (Dalam Mahkamah Tinggi Malaya di Shah Alam Dalam Negeri Selangor Darul Ehsan Perbicaraan Jenayah No: 45C-3-07/2016 Antara Pendakwa Raya Lwn Chin Yoon Tack @ Chin Yoon Tock dan 2 Lagi) KORUM VAZEER ALAM BIN MYDIN MEERA, HMR AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM, HMR S.M KOMATHY SUPPIAH, HMR ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan: [1] Di Mahkamah Tinggi Shah Alam (MTSA) dalam kes Perbicaraan Jenayah No. 45C-3-07/2016, Lew Ngee Chin (OKT1), Chin Yoon Tack @ Chin Yoon Tock (OKT2) dan Telaha Bin Sanchis (OKT3) telah dituduh melakukan perbuatan menculik untuk tebusan (kidnapping for ransom) di bawah seksyen 3(1) Akta Culik 1961 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan (KK) sepertimana berikut: “Bahawa kamu bersama-sama, pada 10.11.2015 jam lebih kurang 6.00 petang bertempat di Wei Ben Wellnes & Health Care Sdn Bhd, No.21 Jln SS 23/11 Taman SEA Kelana Jaya dalam Daerah Petaling di dalam Negeri Selangor, di dalam mencapai niat bersama kamu, bagi mendapatkan wang tebusan sebanyak USD 1 juta, SGD 1 juta dan RM 8 juta telah menahan Lim Hое (KP: 520226-10-5948) dengan cara melarikan secara salah Lim Hoe. Oleh yang demikian kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 3 (1) Akta Culik 1961 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan”. Intipati/elemen Pertuduhan: [2] Bagi Pertuduhan di bawah seksyen 3(1) Akta Culik 1961, pihak Pendakwaan perlu membuktikan intipati/elemen berikut:
i
OKT1 - OKT3 menahan Mangsa dengan niat untuk mendapatkan wang tebusan;
II
(ii) OKT1 - OKT3 membuat permintaan wang tebusan;
III
(iii) Mangsa ditahan tanpa kerelaan beliau; dan
IV
(iv) terdapat niat bersama OKT1 - OKT3. Keputusan Mahkamah Tinggi/Mahkamah Bicara [3] Di akhir perbicaraan, pada 09.03.2020 YA Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) mendapati OKT1 - OKT3 bersalah dan disabitkan atas Pertuduhan di atas, setelah mendapati ketiga-tiga mereka gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes Pendakwaan dan pihak Pendakwaan berjaya membuktikan Pertuduhan di atas melampaui keraguan yang munasabah. Susulan itu, setiap OKT1 - OKT3 dihukum penjara seumur hidup. [4] Terkilan dengan keputusan HMT di atas, OKT1 - OKT3 merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keseluruhan keputusan HMT tersebut. Hatta, rayuan mereka di hadapan kami di sini. Keputusan Kami di peringkat Rayuan:
a
Rayuan terhadap Sabitan [5] Setelah mendengar rayuan OKT1 - OKT3 dan meneliti keseluruhan Rekod Rayuan serta mempertimbangkan Hujahan dan Hujahan Balas kesemua pihak berhubung Rayuan terhadap Sabitan, kami sebulat suara mendapati rayuan oleh OKT1 dan OKT2 tidak bermerit dan dengan itu rayuan mereka berdua adalah ditolak dan keputusan HMT terhadap mereka berdua adalah dikekalkan. Kami mendapati sabitan ke atas mereka berdua adalah selamat. [6] Manakala, berhubung rayuan oleh OKT3 pula, kami mendapati ianya bermerit dan susulan itu rayuan beliau dibenarkan. Maka, sabitan oleh HMT terhadap beliau adalah diketepikan. Pada hemat kami sabitan ke atas OKT3 adalah tidak selamat. Dengan itu, OKT3 adalah dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan.
b
Rayuan terhadap Hukuman [7] Bagi rayuan terhadap hukuman, kami akan sentuh di akhir Alasan Penghakiman ini, selepas ini. [8] Keputusan sebulat suara kami berhubung Sabitan sepertimana di atas adalah berdasarkan alasan dan dapatan kami berikutnya. Latar Belakang - Kes Pendakwaan: [9] Bagi membuktikan Pertuduhan dan intipati/elemen pertuduhan di atas, pihak Pendakwaan bergantung kepada keterangan saksi-saksi mereka (SP1 - SP28). [10] Keterangan saksi-saksi tersebut secara terperinci adalah sepertimana yang dicatatkan oleh HMT di perenggan (1) hingga (28) Alasan Penghakiman (AP) beliau. Secara ringkasnya, keterangan material dan relevan saksi Pendakwaan tersebut adalah:
i
SP28 (Lim Hoe) adalah Mangsa - menurut Mangsa, pada hari kejadian kira-kira jam 6.00 petang beliau telah diculik oleh 3 lelaki semasa beliau berada di pusat rawatan “Wei Ben Wellness & Health Care Sdn Bhd” (tempat kejadian). Dari tempat kejadian beliau telah dibawa dengan sebuah kenderaan jenis MPV ke sebuah premis rumah kedai di mana beliau telah ditahan/dikurung di situ selama 7 hari sebelum dibebaskan setelah keluarga beliau membayar wang tebusan yang diminta oleh penculik berjumlah RM2 juta. Menurut Mangsa, semasa kejadian 2 daripada 3 penculik tersebut memakai helmet bertutup muka (face visor) manakala seorang lagi memakai topeng. Mereka bertutur dalam bahasa Mandarin. OKT1 dicamkan oleh Mangsa sebagai penculik yang memandu kenderaan MPV tersebut manakala OKT2 sebagai penculik yang mengikat beliau. Menurut SP28, semasa diculik, ada ketika mata beliau telah ditutup dengan tuala. Menurut Mangsa penculik tersebut telah menghubungi anak Mangsa di mana penculik dan anak beliau berunding berkaitan jumlah wang tebusan. Mangsa dapat camkan premis rumah kedai “di Tingkat 3, No. 25-1, Jalan 1/54 Taman Bukit Anggerik, Cheras, Selangor” sebagai tempat di mana beliau dikurung/ditahan selama tujuh (7) hari. Menurut Mangsa, sepanjang masa beliau dikurung/ditahan di situ kaki beliau diikat dan semasa di tahan beliau diletakkan di bahagian belakang bertabir. Mangsa juga dapat mengecam OKT1 dan OKT2 sebagai lelaki yang menculik beliau semasa prosedur kawad cam dijalankan. Namun, beliau tidak dapat mengecam OKT3.
II
(ii) Kakitangan pusat rawatan (tempat kejadian) tersebut iaitu, SP20 (Dr. Jiao Lai Fu), SP19 (isteri SP20) dan SP12 (tukang urut) menyokong keterangan Mangsa berhubung kejadian culik ke atas Mangsa di pusat rawatan (tempat kejadian) tersebut. Menurut SP20, SP19 dan SP12 mereka telah diikat oleh penculik tersebut semasa kejadian. SP12 dapat camkan OKT2 sebagai penculik yang memegang pistol dan yang meminta nombor telefon daripada SP20 pada masa kejadian. SP20 juga dapat camkan OKT2 sebagai penculik yang memegang pistol. SP19 dan SP20 juga dapat mengecam topi keledar yang dipakai oleh penculik pada masa kejadian (Ekshibit P44). SP20 telah menghubungi pemilik pusat rawatan tersebut, Tan See Hang (SP11) memberitahu apa yang berlaku ke atas Mangsa dan SP11 telah kemudiannya membuat laporan Polis di Balai Polis Kelana Jaya.
III
(iii) SP8 (Kelvin Wong Khai Shuian) dan SP27 (Wong Khai Shiang) iaitu anak-anak Mangsa mengesahkan bahawa dari antara jam 6.30 petang 10.11.2015 hingga jam 12.50 tengah hari 16.11.2015 mereka telah dihubungi oleh penculik tersebut dan telah berunding berkaitan jumlah wang tebusan yang perlu dibayar bagi membebaskan ibu mereka (Mangsa). Menurut SP27 dan SP8 mereka dihubungi dan berunding dengan penculik tersebut melalui telefon bernombor 011-38599075, 010-4267638 dan 011-
36343667
Tambah SP27 dan SP8, pada peringkat awal penculik meminta wang tebusan sebanyak RM8 juta, USD1 juta dan SGD1 juta. Bertindak atas arahan/ugutan penculik tersebut, mereka telah berusaha mengumpulkan jumlah tersebut tetapi hanya berjaya mengumpul sebanyak RM2 juta sahaja. Apabila diberitahu kepada penculik tentang jumlah tersebut, ianya ditolak oleh penculik yang meminta SP27 mendapatkan RM500,000-00 lagi. Namun, menurut SP27, pada jam 12.50 tengah hari 16.11.2015, penculik menelefon beliau melalui nombor 013-6641715 memberitahu yang mereka bersetuju dengan jumlah RM2 juta sebagai tebusan. Selanjutnya, menurut SP27, bertindak atas arahan penculik wang tebusan tersebut telah dimasukkan ke dalam sebuah beg bagasi (Ekshibit P5) dan pada jam 1.00 tengah hari, SP27 menerima panggilan telefon daripada penculik melalui nombor 013- 6641715, yang mengarahkan beliau menghantar wang tebusan tersebut. Pada jam lebih kurang 3.00 petang, SP27 bersama SP8 dan sepupu mereka SP6 telah membawa beg bagasi berisi wang tunai RM2 juta tersebut dengan kereta dan setelah menerima arahan demi arahan, SP8 telah meninggalkan beg bagasi tersebut di salah satu tiang landasan MRT di kilometer 18.8 Lebuhraya NKVE dan beredar dari situ. Selepas itu, pada jam lebih kurang 10.00 malam itu, menurut SP27, mereka diberitahu bahawa bapa mereka (suami Mangsa) telah pun mengambil ibu mereka (Mangsa) di Stesen LRT Sentul.
IV
(iv) SP6 (Lim Keng Cheng), adalah sepupu SP8 dan SP27. Keterangan SP27 dan SP8 berhubung wang yang dikumpul dan yang kemudiannya ditinggalkan di tempat yang diarahkan oleh penculik disokong oleh SP6. SP6 ditugaskan oleh SP27 untuk mengumpul wang tebusan yang dituntut oleh penculik. Menurut SP6 wang yang dikumpulkan itu telah diambil gambar oleh SP26 sebelum ianya diserahkan kepada penculik. SP26 mengambil sejumlah 826 keping gambar wang tebusan tersebut (Ekshibit P137).
v
SP4 adalah pegawai Polis yang menangkap OKT1.
Preamble
Menurut SP4, setelah menangkap OKT1 pada 17.11.2015, OKT1 telah memberi maklumat sepertimana dalam kertas catatan (Ekshibit P154) dan telah memandu arah ke tempat-tempat di mana wang tebusan disimpan, tempat kenderaan yang digunakan, tempat pakaian yang dipakai semasa menculik Mangsa, tempat premis di mana Mangsa ditahan/dikurung dan tempat beg bagasi (Ekshibit P51) dibuang.
VI
(vi) SP9 adalah pegawai polis yang menangkap OKT2. OKT2 juga ditangkap pada hari sama tetapi di tempat berbeza.
Preamble
Menurut SP9 berdasarkan maklumat dan pandu arah OKT2, pihak polis menemui sebahagian wang tebusan yang disimpan/disorok dalam kereta WXN 3880.
VII
(vii) SP14 adalah pegawai yang menangkap OKT3. OKT3 ditangkap di premis di mana Mangsa ditahan/dikurung. Hasil siasatan, di situ SP14 menjumpai wang tunai RM10,000-00, dompet berisi wang RM740-00, sebilah parang, 3 buah helmet dan 2 topeng kepala.
VIII
(viii) SP18 adalah Pegawai Forensik yang membuat analisa ke atas barang kes yang dirampas dari premis di mana Mangsa ditahan. SP18 mengesahkan kewujudan profil DNA pada barang kes yang dirampas tersebut, termasuk kesan pada puntung rokok yang dijumpai di situ.
IX
(ix) SP31 adalah pakar cap jari. Beliau berjaya mengesan kewujudan cap jari OKT2 pada cawan (Ekshibit 103) dari premis di mana Mangsa ditahan. [11] Selepas OKT1 - OKT3 ditangkap, proses kawad cam dijalankan pada 23.11.2015 ke atas mereka di mana, Mangsa berjaya mengecam OKT1 dan OKT2 sebagai orang yang menculik beliau. Namun, Mangsa tidak dapat mengecam OKT3. Hasil soal siasat, pihak polis menjumpai dan merampas wang tebusan yang ditandakan (marked currencies) daripada kereta milik isteri OKT2. [12] Selepas tangkapan dibuat, Polis merampas pakaian, helmet (Ekshibit P78), topeng, pistol tiruan dan parang (Ekshibit P69) yang digunakan pada masa kejadian. Polis juga berjaya mengesan profil DNA OKT1 dan OKT2. Juga dikesan profil DNA OKT1 pada T-shirt dalam kereta serta kesan profil DNA Mangsa (rambut) dari premis di mana Mangsa ditahan/dikurung dan dalam kereta MPV yang digunakan semasa kejadian. Dapatan HMT di akhir kes Pendakwaan: [13] Di akhir kes Pendakwaan, HMT mendapati satu kes prima facie di bawah seksyen 180(1) Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) telah diwujudkan oleh pihak Pendakwaan. HMT mendapati setiap intipati Pertuduhan terhadap OKT1 - OKT3 telah dibuktikan. Secara ringkas, HMT mendapati bahawa:
i
keterangan adalah melimpah ruah (overwhelming) bagi membuktikan intipati pertama (perenggan (30) hingga (36) AP dirujuk);
II
(ii) keterangan juga melimpah ruah bagi intipati kedua (perenggan (37) hingga (40) AP dirujuk);
III
(iii) keterangan Mangsa (SP28) yang diterima sebagai benar dan telus jelas membuktikan intipati ketiga, melampaui keraguan yang munasabah (perenggan (41) hingga (44) AP dirujuk); dan
IV
(iv) bagi intipati keempat, berdasarkan antara lain, keterangan yang tidak dipertikaikan iaitu, OKT3 adalah penyewa premis di mana Mangsa ditahan, HMT mendapati seksyen 34 KK telah berjaya dibuktikan terhadap beliau (perenggan
92
hingga (98) AP dirujuk). [14] Susulan dapatan di atas, ketiga-tiga OKT dipanggil untuk membela diri. Kes Pembelaan: [15] Selain OKT1 - OKT3 masing-masing memberikan keterangan, pihak Pembelaan juga memanggil empat orang saksi iaitu, DSP Muhammad Marzuki (SD2), ASP Ramesh (SD3), Inspektor Khairul Syahril (SD4) dan Inspektor Norzairah Bin Mustafar (SD5) bagi menyokong kes Pembelaan. Pembelaan OKT1 [16] Pembelaan OKT1 adalah sepertimana yang dicatatkan oleh HMT di perenggan (109) hingga (121) AP. Secara ringkas, Pembelaan OKT1 adalah bahawa:
i
OKT1 bekerja sebagai agen hartanah;
II
(ii)
Preamble
Menurut OKT1 beliau ditangkap oleh Polis bersama rakan-rakan di sebuah cafeteria di Kuala Lumpur di mana kesemua telefon bimbit mereka dirampas oleh Polis;
III
(iii) OKT1 mendakwa selepas beliau ditangkap, banyak berita keluar di media termasuk media sosial yang memaparkan gambar OKT-OKT dan cerita tentang kes penculikan ini;
IV
(iv)
Preamble
Menurut OKT1 lagi, beliau adalah rakan sekerja OKT2 dan mereka berkawan rapat;
v
(v)
Preamble
Menurut OKT1, beliau sendiri tidak memiliki kenderaan dan beliau menggunakan kenderaan Perodua Viva, milik ibu saudara beliau;
VI
(vi) Berhubung keterangan SP26 dan SP8 berkenaan wang tebusan, menurut OKT1 barang kes berkenaan gagal dicamkan oleh saksi Pendakwaan tersebut dan semasa perbicaraan Jurubahasa Mahkamah, Peguam, Polis dan TPR hanya mengira wang tebusan tanpa dicamkan. Tiada perbandingan dibuat ke atas nombor siri pada wang yang dirampas oleh pihak polis dengan nombor siri pada wang dalam gambar yang dikemukakan sebagai Ekshibit. Tambahan OKT1 lagi, saksi Pendakwaan telah menggunakan tujuh (7) gajet untuk mengambil gambar-gambar wang tetapi tujuh (7) gajet tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah. OKT1 juga menyatakan bahawa telefon bimbit beliau yang dirampas oleh pihak polis telah tidak dipulangkan kepadanya;
VII
(vii)
Preamble
Menurut OKT1, saksi (SD2) iaitu KBSJD Petaling Jaya pada masa material, mengesahkan kes penculikan ini mendapat publisiti meluas di media. SD2 mengesahkan adanya satu sidang media telah dibuat oleh Ketua Polis Negeri Selangor pada bulan November tahun 2015 berkaitan kes penculikan ini;
VIII
(viii) Berkenaan prosedur kawad cam ke atas OKT-OKT, SD2, dalam keterangan di Mahkamah tidak bersetuju dengan cadangan peguambela OKT1 bahawa semasa kawad cam dijalankan pada 23.11.2015, gambar OKT1 telah tersebar dan dipaparkan dengan meluas dalam media awam.
IX
(ix) SD3 adalah Pegawai Penyiasat baru yang mengambil alih siasatan kes ini daripada Pegawai Penyiasat terdahulu. Beliau mengesahkan telah menjalankan siasatan ke atas Yap Pik Kiean (isteri OKT1) yang merupakan pemilik kenderaan yang digunakan dalam penculikan Mangsa.
Preamble
Menurut SD3, satu rakaman percakapan di bawah seksyen 112 KTJ telah dirakamkan daripada beliau. SD3 mengesahkan bahawa saksi lain gagal dikesan. SD3 menafikan cadangan peguam OKT1 bahawa usaha mengesan saksi-saksi tersebut dibuat secara sambil lewa, tidak lengkap dan tidak menyeluruh; dan
x
SD5 adalah pakar forensik PDRM. Beliau telah memeriksa 18 telefon bimbit pelbagai jenama bagi kes ini dan telah menyediakan laporan forensik dan DVD berhubung analisis beliau. Menurut SD5 beliau mendapati ada telefon yang rosak. Pembelaan OKT2 [17] Pembelaan OKT2 adalah sepertimana yang dicatatkan pada perenggan (122) hingga (136) AP. Secara ringkas:
i
(i)
Preamble
Menurut OKT2 beliau bekerja sebagai agen hartanah. Beliau mengenali OKT1 dan pernah terlibat dengan OKT1 dalam urusan jual/sewa rumah dan tanah. Menurut OKT2 kadang-kadang mereka berdua bekerja luar kawasan (outstation). Beliau pernah menaiki kereta Toyota Altis untuk pergi kerja di luar kawasan. Beliau memiliki kereta jenis Perodua Viva;
II
(ii) OKT2 mengakui menguruskan Perjanjian Sewaan (Tenancy Agreement) bagi premis rumah kedai No. 25
1A
Jalan 1/154 Taman Bunga Anggerik Cheras.
Preamble
Menurut OKT2, penyewa premis tersebut, syarikat Angkatan Motor telah menyewa premis tersebut untuk penginapan pekerja mereka. Menurut OKT2 beliau tidak mengenali pemilik Angkatan Motor;
III
(iii)
Preamble
Menurut OKT2, premis tersebut awalnya disewa oleh budak-budak Melayu. Semasa di penjara, beliau telah mengenali salah seorang daripada mereka iaitu, OKT3;
IV
(iv) Berhubung kesan DNA beliau pada rokok yang dijumpai di premis tersebut, OKT2 mengakui memasuki premis tersebut untuk menunjukkan kepada klien beliau. Menurut OKT2, beliau kuat merokok, oleh itu, mungkin rokok beliau tertinggal di situ semasa beliau membawa klien melihat premis tersebut;
v
OKT2 menafikan terlibat dengan penculikan Mangsa dan beliau juga tidak mengenali Mangsa;
VI
(vi) OKT2 menyatakan pada 15.11.2015 jam lebih kurang 5.00 petang, beliau menggunakan kereta isteri untuk pergi ke kelab pada jam 7.00 malam;
VII
(vii)
Preamble
Menurut OKT2 seterusnya beliau ditangkap oleh Polis pada 17.11.2015 semasa di kelab tersebut, semasa beliau sedang bermain mesin judi slot. Beliau tidak ingat semasa itu berapa banyak wang ada bersama beliau;
VIII
(viii)
Preamble
Menurut beliau lagi semasa itu keretanya berada di luar kelab. Polis membawa beliau ke kereta tersebut. Beliau mendapati pintu depan, belakang dan bonet telah terbuka dan polis ada memberitahu beliau yang mereka telah menjumpai wang dalam kereta, dalam beg jenama AXA Affin tetapi Polis tidak menunjukkan wang tersebut kepada beliau. OKT2 menafikan bahawa penemuan wang dalam bonet kereta tersebut adalah hasil maklumat beliau;
IX
(ix)
Preamble
Menurut OKT2 pihak polis tidak menjumpai matawang USD atau SGD ditubuhnya. Manakala wang RM yang dirampas daripada beliau jumlahnya adalah sedikit dan duit tersebut adalah untuk belanja makan saja. OKT2 mendakwa beliau telah dipukul dan apa yang ditulis dalam kenyataan bertulis kepada polis adalah lain daripada apa yang dicakap oleh beliau. Menurut OKT2 pada masa beliau dibawa ke tempat di mana duit ditemui, kedua-dua tangannya telah digari;
x
OKT2 tidak tahu samada T-shirt yang dijumpai dalam kereta OKT1 adalah miliknya;
XI
(xi)
Preamble
Menurut OKT2 pihak Pendakwaan gagal mengemukakan rakaman CCTV tempat kejadian;
XII
(xii) Berhubung kawad cam, menurut OKT2 proses kawad cam adalah tidak teratur dan tidak sah; dan
XIII
(xiii)
Preamble
Menurut OKT2 tiada saksi Pendakwaan yang mengecam nombor siri wang di dalam gambar dengan nombor siri wang yang dikemukakan di Mahkamah. Juga, tujuh (7) gajet/telefon yang digunakan untuk mengambil gambar-gambar wang tersebut gagal dikemukakan di Mahkamah. Pembelaan OKT3 [18] Pembelaan OKT3 adalah sepertimana yang dicatatkan oleh HMT pada perenggan (146) hingga (148) AP. [19] OKT3 memilih untuk memberikan pembelaan beliau secara tidak bersumpah dari kandang Tertuduh (unsworn statement from the dock) dan telah mengemukakan penyata saksi beliau. [20] Secara ringakasnya, OKT3 menafikan terlibat dalam kegiatan menculik Mangsa. Beliau mendakwa tidak mengenali Mangsa. Beliau mengakui telah menyewa premis tersebut tetapi bagi pihak orang lain bernama Mohd. Danial bin Karim. Dapatan HMT di akhir kes Pembelaan: [21] Secara keseluruhan, HMT mendapati OKT1 - OKT2 gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan melalui pembelaan mereka di atas (sepertimana di perenggan (145) AP beliau). [22] HMT bersetuju dengan hujahan balas TPR bahawa pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah pertamanya, suatu “afterthought” kerana dibangkitkan hanya semasa kes Pembelaan. Keduanya, suatu penafian kosong (di perenggan (136) dan (141) AP beliau) dan ketiganya suatu “alibi”. HMT juga mendapati OKT1 dan OKT2 gagal dalam pembelaan “alibi” masing-masing (sepertimana di perenggan (136) AP beliau). [23] Bagi Pembelaan OKT3 pula, dengan merujuk kepada prinsip yang diputuskan dalam antara lain, kes Rawang Bin Tempe v Public Prosecutor [2016] 3 MLJ 568, HMT mendapati pembelaan OKT3 adalah suatu penafian dan tidak kredibel (sepertimana di perenggan 136 AP beliau). Isu-Isu untuk diputuskan di peringkat Rayuan: [24] Isu utama untuk diputuskan oleh kami di peringkat rayuan ini adalah:
i
Adakah HMT terkhilaf dalam mendapati satu kes prima facie dibawah seksyen 180(1) KTJ telah berjaya diwujudkan oleh Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan?
II
(ii) Adakah HMT terkhilaf dalam mendapati bahawa Pembelaan OKT1 - OKT3 gagal menimbulkan syak yang munasabah ke atas kes Pendakwaan?
III
(iii) Adakah HMT terkhilaf dalam mendapati sabitan terhadap OKT1 - OKT3 di sini adalah selamat? Dapatan dan Keputusan Kami: Isu (i) - Adakah HMT terkhilaf dalam mendapati satu kes prima facie dibawah seksyen 180(1) KTJ telah berjaya diwujudkan oleh Pendakwaan di akhir kes Pendakwaan? [25] HMT mendapati kes prima facie berjaya dibuktikan terhadap ketiga-tiga OKT (perenggan (107) AP beliau dirujuk). HMT mendapati setiap intipati pertuduhan berjaya dibuktikan (perenggan (29) hingga (45) AP beliau dirujuk). [26] Peguam OKT berhujah HMT terkhilaf dalam dapatan beliau tersebut. Peguam berhujah satu kes prima facie sebenarnya gagal dibuktikan, kerana antara lain, barang kes khususnya wang tebusan yang dikemukakan gagal dicamkan oleh saksi Pendakwaan. Peguam juga berhujah pengecaman oleh Mangsa ke atas OKT1 dan OKT2 adalah tidak selamat kerana ketidakpatuhan prosedur kawad cam. Seterusnya, mengikut peguam, kegagalan pihak Pendakwaan untuk memanggil atau menawarkan saksi penting dan juga untuk mengemukakan barang kes termasuk peralatan (tujuh (7) kamera) yang digunakan oleh SP6 untuk merakamkan gambar wang tebusan, mewajarkan pemakaian seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pihak Pendakwaan. HMT juga gagal mempertimbangkan sewajarnya kewujudan dua (2) set kesan cap jari yang berlainan ditempat kejadian. [27] TPR terpelajar berhujah sebaliknya. Menurut TPR satu kes prima facie bagi pertuduhan terhadap OKT1 - OKT3 tersebut diwujudkan dan HMT adalah tidak terkhilaf dalam dapatan beliau berhubung isu tersebut berdasarkan keterangan berikut:
i
OKT-OKT membuat perancangan bersama untuk menculik
II
(ii) Melalui OKT3, mereka telah menyewa premis untuk menahan Mangsa;
III
(iii) SP15 (tuan punya premis) mengesahkan OKT2 adalah agen hartanah yang menguruskan penyewaan premis tersebut. OKT2 memberitahu beliau yang premis tersebut disewa oleh Syarikat Angkatan Motor bagi penginapan pekerja syarikat tersebut. Kenyataan OKT2 tersebut dinafikan oleh SP1, iaitu wakil syarikat tersebut;
IV
(iv) OKT1 memberitahu Mangsa beliau diculik dan telah bercakap dengan anak Mangsa iaitu, SP8 ibunya telah diculik dan meminta tebusan;
v
Mangsa telah ditahan secara salah berdasarkan keterangan berikut:
a
SP12, SP19 dan SP20 melihat sendiri Mangsa diculik di Wei Ben Wellness & Health Care Sdn. Bhd pada hari kejadian.
b
Mangsa mengesahkan beliau ditahan tanpa kerelaan beliau.
c
SP27 mengesahkan adanya perbincangan sepanjang tempoh enam (6) hari semasa Mangsa ditahan di mana penculik mengugut akan membunuh Mangsa jika wang tebusan yang diminta tidak dibayar.
d
Mangsa mengesahkan OKT1 dan OKT2 sebagai orang yang meminta wang tebusan dan yang berunding tentang wang tebusan tersebut.
VI
(vi) Ketiga-tiga mereka (OKT1 - OKT3) bertindak dengan niat bersama berdasarkan keterangan berikut:
a
membuat perancangan awal untuk menyewa premis tersebut atas nama Angkatan Motor.
b
Wang tebusan dirampas dan dijumpai daripada OKT1 dan OKT2.
c
Kesan DNA Mangsa, OKT2 dan OKT3 dikesan di premis tersebut. Juga dijumpai kesan cap jari OKT2 disitu.
d
Kesan DNA profil Mangsa dijumpai dalam kereta Toyota Estima, kepunyaan isteri OKT1, di mana DNA profil OKT1 dan OKT2 juga turut dikesan.
e
Profil DNA Mangsa juga dikesan dari dalam kereta kedua, kereta Toyota Altis bersama-sama DNA OKT1 dan OKT2. Juga dikesan adalah DNA profil OKT1 dan OKT2 pada pakaian (T-Shirt) yang dijumpai juga dalam kereta Toyota Altis tersebut. [28] TPR seterusnya berhujah bahawa HMT tidak terkhilaf dalam mendapati bahawa kes Pendakwaan telah berjaya dibuktikan melampaui keraguan yang munasabah terhadap ketiga-tiga (OKT1 - OKT3) di mana:
i
Keterangan-keterangan OKT1 - OKT3 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah; dan
II
(ii) Cabaran terhadap pengecaman dan proses pengecaman oleh Mangsa ke atas OKT-OKT adalah tidak bermerit. Pengecaman dan proses pengecaman adalah teratur dan kukuh. [29] Setelah kami mempertimbangkan hujahan kedua-dua pihak di atas, dengan hormatnya, kami tidak dapat menerima hujahan peguam terpelajar bagi OKT-OKT. Kami mendapati peguam terpelajar gagal menunjukkan terdapatnya kekhilafan oleh HMT berhubung dapatan fakta dan undang-undang beliau terhadap OKT1 dan OKT2. [30] Berdasarkan keterangan saksi-saksi Pendakwaan yang diterima oleh HMT tersebut di atas, kami bersetuju dengan dapatan HMT bahawa keterangan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah melimpah ruah bagi membuktikan setiap intipati Pertuduhan terhadap OKT1 dan OKT2. [31] Antara dapatan utama HMT adalah berhubung isu pengecaman oleh saksi-saksi Pendakwaan, khususnya oleh Mangsa ke atas OKT1 dan OKT2. Bagi isu pengecaman ke atas OKT1 dan OKT2, kami juga mendapati HMT tidak terkhilaf dalam dapatan beliau. [32] Kami mendapati HMT telah memberikan alasan yang kukuh (cogent) bagi dapatan-dapatan beliau berkait OKT1 dan OKT2. Kami mendapati dapatan fakta HMT adalah selari (consistent) dengan keterangan yang ada. Kami mendapati keterangan saksi-saksi Pendakwaan tersebut selari dan menyokong antara satu sama lain (consistent and corroborated). [33] Bagi OKT1 dan OKT2, sepertimana yang diputuskan di atas sebelum ini, HMT mendapati saksi-saksi Pendakwaan adalah saksi yang bercakap benar dan kredibel. Sebagai Hakim Bicara yang berpeluang melihat dan menilai saksi-saksi tersebut secara langsung, pada hemat kami, semestilah beliau berada dalam kedudukan terbaik untuk membuat dapatan sepertimana yang beliau lakukan. Tiada sebarang keterangan kukuh ditunjukkan oleh peguam OKT yang mewajarkan kami, di peringkat rayuan ini untuk mengusik dapatan HMT tersebut. [34] HMT menerima keterangan SP8, SP11, SP27 dan Mangsa bahawa Mangsa telah ditahan secara paksa dan susulan itu penculik telah meminta wang tebusan sebagai syarat melepaskan Mangsa. HMT menerima keterangan bahawa sebahagian wang tebusan telah dijumpai/dirampas daripada OKT1 dan OKT2. HMT memutuskan bahawa keterangan tersebut adalah melimpah ruah bagi membuktikan intipati (ii). Kami bersetuju dengan dapatan HMT tersebut. Kami mendapati HMT tidak terkhilaf. [35] Berdasarkan fakta dan keterangan di atas, kami bersetuju dengan hujahan TPR di atas. Kami mendapati peguam OKT/Perayu di sini, gagal menunjukkan HMT telah terkhilaf dalam memutuskan bahawa satu kes prima facie telah diwujudkan dan dalam memanggil OKT-OKT membela diri. Pada hemat kami dapatan dan keputusan HMT dalam mendapati satu kes prima facie telah diwujudkan oleh Pendakwaan terhadap OKT1 dan OKT2 adalah tidak terkhilaf. Dapatan HMT adalah selari dengan keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi Pendakwaan. Isu (ii) - Adakah HMT terkhilaf dalam mendapati bahawa Pembelaan OKT1 - OKT3 gagal menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes Pendakwaan? Isu (iii) - Adakah HMT terkhilaf dalam mendapati sabitan terhadap OKT1 - OKT3 di sini adalah selamat? [36] Isu (ii) dan (iii) diputuskan bersekali kerana mereka ada berkaitan. [37] Undang-undang berkait pembelaan adalah mantap. Pihak pembelaan hanya perlu membangkitkan satu keraguan yang munasabah. Pembelaan tidak perlu membawa bukti untuk mematahkan keterangan Pembelaan melainkan suatu anggapan undang-undang telah berjaya digunapakai oleh Pendakwaan terhadap mereka (kes-kes Public Prosecutor v Abdul Rahman Akif [2007] 4 CLJ 353 dan Illian & Anor v. Public Prosecutor [1988] 1MLJ 421 antara lain dirujuk). Pembelaan OKT1 dan OKT2: [38] Seterusnya, berkaitan pembelaan OKT1 dan OKT2, kedua-dua mereka menafikan terlibat menculik Mangsa. Mereka mendakwa tidak mengenali Mangsa. HMT mendapati bahawa pembelaan tersebut satu penafian kosong dan satu pemikiran terkemudian (afterthought). [39] Setelah kami meneliti dan memperhalusi pembelaan OKT1 dan OKT2 tersebut, kami bersetuju dengan hujahan TPR di akhir kes Pembelaan, bahawa pembelaan OKT1 dan OKT2 adalah bersifat pemikiran yang terkemudian (afterthought) dan berbentuk penafian kosong (bare denial) sepertimana dapatan HMT. Oleh itu, kami mendapati HMT tidak terkhilaf di sini. [40] Pada hemat kami isu utama dan sebenar bagi rayuan OKT-OKT di sini adalah berkait dengan isu pengecaman penculik. HMT menerima keterangan saksi-saksi Pendakwaan berkaitan isu ini dan menerima keterangan mereka khususnya Mangsa sendiri (SP28). [41] Kami mendapati terdapat pengecaman yang positif oleh saksi-saksi Pendakwaan (khususnya SP28) yang dapat mengecam OKT1 dan OKT2 semasa beliau berada di dalam kereta Toyota Estima dan semasa beliau berada dalam tahanan di premis tersebut. Kami mendapati peguam OKT1 dan OKT2 gagal menunjukkan kepada kami dari segi mana penerimaan oleh HMT ke atas pengecaman oleh Mangsa adalah terkhilaf. Kami mendapati melalui pembelaan mereka, OKT1 dan OKT2 gagal menimbulkan sebarang keraguan ke atas dapatan HMT bagi isu pengecaman. [42] Oleh itu, secara menyeluruh kami mendapati sabitan ke atas OKT1 dan OKT2 oleh HMT adalah selamat. Dengan itu rayuan terhadap sabitan ke atas OKT1 dan OKT2 di sini adalah ditolak dan keputusan dan dapatan HMT berhubung sabitan adalah dikekalkan. Rayuan OKT3: [43] Berbalik kepada OKT3, HMT turut memanggil OKT3 untuk membela diri setelah mendapati intipati (iv) iaitu, niat bersama berjaya dibuktikan terhadap ketiga-tiga OKT. [44] Berhubung OKT1 dan OKT2, kami bersetuju dengan dapatan HMT bahawa keterangan terhadap OKT1 dan OKT2 berhubung kesalahan menculik adalah melimpah ruah (overwhelming), di mana kesemua intipati Pertuduhan telah berjaya diwujudkan terhadap mereka, termasuk niat bersama. Namun, kami tidak dapat bersetuju dengan dapatan HMT berhubung OKT3. [45] Setelah diarahkan untuk membela diri, OKT3 memilih untuk memberikan kenyataan pembelaan beliau dari kandang pesalah tanpa bersumpah (statement from the dock). Dalam keadaan sedemikian, pada hemat kami, walaupun OKT3 memberikan kenyataan/pembelaan sebegitu cara, pembelaan beliau tersebut tidak semestinya ditolak mentah-mentah oleh Mahkamah. Ini adalah kerana pilihan oleh OKT3 tersebut adalah “option” yang diberikan di bawah undang-undang. Pembelaan sedemikian wajar dipertimbangkan walaupun keberatannya (weightage) kenyataan tanpa bersumpah tidak seberat kenyataan/pembelaan dari kandang saksi kerana pembelaan sedemikian tidak dapat disoal balas oleh pihak Pendakwaan. [46] Berdasarkan AP HMT, kami mendapati keterangan utama yang didakwa mengaitkan OKT3 dengan perbuatan penculikan Mangsa adalah Perjanjian Sewa (Tenancy Agreement) bagi premis tersebut. Perjanjian Sewa tersebut telah ditandatangani oleh OKT3. [47] Pada hemat kami, fakta tersebut semata-mata adalah tidak mencukupi untuk membuktikan adanya niat bersama pada OKT3 dan untuk seksyen 34 KK digunapakai oleh Mahkamah terhadap beliau, lebih-lebih lagi dalam ketiadaan sebarang keterangan lain untuk mengaitkan OKT dengan perbuatan menculik Mangsa di sini. [48] OKT3 mengakui menandatangani Perjanjian Sewa tersebut atas arahan OKT2. Namun, beliau menafi terlibat dalam penculikan Mangsa pada masa dan tarikh dan di tempat sepertimana Pertuduhan. [49] Oleh kerana Mangsa tidak dapat mengecam OKT3 sebagai salah seorang penculik beliau, Pendakwaan bergantung kepada keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) iaitu, Perjanjian sewa dan wang RM10,000-00 yang dijumpai/dirampas dari premis tersebut. Kami mendapati tiada keterangan lain yang boleh mengaitkan OKT3 dengan penculikan Mangsa, berjaya dikemukakan. [50] Pada hemat kami, fakta bahawa OKT3 telah menandatangani Perjanjian Sewa bagi premis tersebut semata-mata adalah tidak mencukupi dan tidak selamat untuk mengaitkan OKT3 dengan kesalahan yang dilakukan oleh OKT1 dan OKT2, lebih-lebih lagi di mana tiada sebarang pengecaman oleh Mangsa atau mana-mana saksi Pendakwaan ke atas OKT3 berjaya dibuat. Ini ditambah dengan ketiadaan apa-apa wang yang ditanda (marked currencies) yang dirampas oleh pihak polis dari premis tersebut. [51] Pada hemat kami oleh kerana wang RM10,000-00 yang dirampas/dijumpai oleh pihak Polis dari premis tersebut, tiada sehelai pun merupakan wang yang ditanda (marked notes) maka tidak dibuktikan tanpa keraguan yang munasabah bahawa wang tersebut adalah wang tebusan penculikan Mangsa. [52] Dalam ketiadaan sebarang keterangan yang boleh mengaitkan OKT3 dengan penculikan dan wang tebusan kami mendapati sabitan ke atas OKT3 adalah, dalam kedaan keseluruhan kes ini, suatu yang tidak selamat. [53] Oleh itu, berhubung rayuan oleh OKT3, kami mendapati terdapat merit dalam rayuan beliau. Kami mendapati berdasarkan alasan kami di atas, sabitan ke atas OKT3 adalah tidak selamat. Susulan itu, rayuan OKT3 adalah dibenarkan dan dengan itu, keseluruhan keputusan HMT yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman ke atas OKT3 adalah diketepikan. OKT3 adalah dilepaskan dan dibebaskan daripada Pertuduhan. [54] HMT menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas OKT1 dan OKT2 bagi kesalahan. Alasan bagi hukuman yang dijatuhkan tersebut dijelaskan oleh HMT sepertimana di perenggan (155) hingga
164
Alasan Penghakiman. [55] Secara keseluruhannya, HMT telah mengambilkira faktor keseriusan kesalahan, kepentingan awam, trend hukuman bagi kesalahan yang serupa, kesalahan pertama dan tiada kecederaan dilakukan ke atas Mangsa. [56] Faktor-faktor tersebut di atas telah kami pertimbangkan dan mengambilkira termasuk pindaan kepada undang-undang. [57] Sepertimana yang kita sedia maklum bagi kesalahan seksyen 3(1) Akta Culik 1961, hukuman yang boleh dijatuhkan ialah hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati bolehlah dikenakan sebatan sepertimana yang seksyen 3(1) Akta Culik 1961 (Akta 365) memperuntukkan –
3
“Abduction, wrongful restraint or wrongful confinement for ransom
1
Whoever, with intent to hold any person for ransom, abducts or wrongfully confines or wrongfully restrains such person shall be guilty of an offence and shall be punished on conviction with death or imprisonment for life and shall, if he is not sentenced to death, also be liable to whipping” [58] Setelah kami mengambilkira faktor-faktor yang dinyatakan di perenggan di atas, termasuk fakta bahawa tiada kecederaan dilakukan pada Mangsa, kami mendapati rayuan OKT1 dan OKT2 terhadap hukuman adalah bermerit. [59] Oleh itu kami membenarkan rayuan mereka dan susulan itu kami memerintahkan hukuman penjara seumur hidup ke atas kedua-dua mereka oleh HMT diketepikan dan digantikan dengan hukuman penjara tiga puluh (30) tahun berkuat kuasa dari tarikh tangkap (16.11.2015). Sebagai tambahah, bagi Perayu (OKT2) bagi Rayuan 154-05/2020, pada hemat kami adalah wajar demi keadilan, kami menguatkuasakan “kuasa inherent” Mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman yang sepatutnya yang tidak diperintahkan oleh HMT bagi kesalahan di bawah seksyen 3(1) Akta Culik 1961. Oleh itu, kami juga memerintahkan supaya OKT2 disebat dengan rotan sebanyak dua (2) kali. Rumusan: [60] Berdasarkan alasan-alasan di atas, secara sebulat suara keputusan kami adalah seperti berikut:
i
Rayuan No. B-05(SH)-154-05/2020 dan Rayuan No. B- 05(SH)-155-05/2020 - OKT1 dan OKT2 terhadap sabitan dan hukuman adalah ditolak dan keputusan HMT mensabitkan OKT1 dan OKT2 adalah dikekalkan.
II
(ii) Rayuan No. B-05(SH)-63-02/2023 - Rayuan OKT3 terhadap sabitan dan hukuman adalah dibenarkan dan keputusan HMT mensabit dan menghukum OKT3 adalah diketepikan.
III
(iii) Rayuan No. B-05(SH)-154-05/2020 - Hukuman yang dijatuhkan oleh HMT terhadap OKT2 (Chin Yoon Tack @ Chin Yoon Tock) adalah diusik di mana OKT2 juga diperintahkan dikenakan sebatan rotan sebanyak 2 kali. - t.t. - AHMAD ZAIDI BIN IBRAHIM HAKIM MAHKAMAH RAYUAN, MALAYSIA Bertarikh: 31 Disember 2024 Peguam Perayu K. Viknesvarann bersama N. Ratnavathy, Tetuan Viknes Ratna & Co., Peguambela & Peguamcara. Peguam Responden Tuan Eyu Ghim Siang Timbalan Pendakwa Raya, Jabatan Peguam Negara, Malaysia.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.