Content
1 MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-221-06/2022 ANTARA CHIONG HOE KEAN ---- PLAINTIF
BA-22NCvC-221-06/2022
High Court of Malaysia18 Mar 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 MALAYSIA NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN DI DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM GUAMAN SIVIL NO.: BA-22NCvC-221-06/2022 ANTARA CHIONG HOE KEAN ---- PLAINTIF
2
ALLIANCE BANK MALAYSIA BHD ---- DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Melalui guaman sivil ini Plaintif memohon perintah-perintah berikut:- a) Penzahiran semua dokumen-dokumen lain dari Defendan-defendan yang mengandungi inisial atau tandatangan Plaintif; 14/11/2023 11:17:21 BA-22NCvC-221-06/2022 Kand. 58 b) Pengisytiharan bahawa tandatangan dan inisial Plaintif yang terdapat dalam Perjanjian Jaminan bertarikh 05-09-2018 telah dipalsukan; c) Pengisytiharan bahawa Perjanjian Jaminan bertarikh 05-09-2018 adalah batal dan tidak sah; d) Pengisytiharan (selepas penzahiran) 'dokumen-dokumen' bertarikh (selepas penzahiran) adalah terbatal dan tidak sah; [2] Melalui lampiran 8 Plaintif membuat permohonan untuk Defendan kedua menzahirkan beberapa dokumen kepadanya. Defendan kedua menentang permohonan tersebut. Fakta Ringkas [3] Plaintif dan Defendan Pertama bersaudara. Defendan Kedua pengarah syarikat World Prestige Treasure Sdn Bhd dan Zhang Jia Birdnest Sdn Bhd. [4] Melalui satu perjanjian kemudahan (facilities agreement) bertarikh 5/9/2018, Defendan Kedua telah memberi kemudahan kewangan kepada World Prestige Treasure Sdn Bhd sebanyak RM6,750,000.00. Defendan Pertama menandatangani perjanjian tersebut bagi pihak World Prestige Treasure Sdn Bhd. Perjanjian kemudahan tersebut dijamin oleh Zhang Jia Birdnest Sdn Bhd. Plaintif dan Defendan Pertama telah menandatangan surat jaminan tersebut sebagai pengarah-pengarah Zhang Jia Birdnest Sdn Bhd. [4] Asas tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah tandatangan beliau sebagai pengarah Zhang Jia Birdnest Sdn Bhd di dalam surat jaminan yang diberikan Zhang Jia Birdnest Sdn Bhd telah dipalsukan kerana beliau tidak pernah menandatangan surat jaminan tersebut. [5] Defendan-Defendan memfailkan pembelaan terhadap tuntutan Plaintif. [6] Melalui lampiran 8 Plaintif membuat permohonan untuk Defendan Kedua diperintah membuat penzahiran beberapa dokumen di atas alasan dokumen-dokumen tersebut perlu untuk membolehkan pelupusan adil tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan. [7] Permohonan Plaintif ditentang oleh Defendan Kedua di atas alasan dokumen-dokumen yang dipohon sememangnya berada di dalam pemilikan Plaintif. Isu-isu [8] Isu-isu yang timbul dari permohonan Defendan adalah:- i) sama ada dokumen-dokumen yang diminta untuk dizahirkan berada di dalam milikan Plaintif. ii) sama ada dokumen-dokumen yang dipohon Defendan relevan untuk pelupusan adil tuntutan Plaintif Analisa ke atas isu [9] Di dalam Yekambaran S/P Marimuthu v Malayawata Steel Berhad [1994] 2 CLJ 581 telah diputuskan Mahkamah semasa mendengar permohonan penzahiran dokumen perlu pertimbangkan tiga perkara penting iaitu:- i) terdapat dokumen yang dipohon ii) dokumen tersebut relevan kepada kes yang terdapat di hadapan Mahkamah iii) Dokumen tersebut berada di dalam milikan atau kawalan pihak yang dipohon untuk mengeluarkannya. [10] Keputusan yang sama telah dicapai di dalam M Wealth Corridor Sdn Bhd v BJ Properties Sdn Bhd [2021] 10 CLJ 432. Bagaimanapun di dalam kes M Wealth (supra) Mahkamah telah menegaskan selanjutnya dokumen yang dipohon tersebut mestilah dapat dikenalpasti (identified) dengan jelas. [11] Di dalam affidavit sokongannya Plaintif menegaskan dokumen-dokumen tersebut berada di dalam milikan Defendan Kedua dan pendedahan dokumen-dokumen tersebut perlu untuk membolehkan memajukan kesnya dan menewaskan pembelaan yang ditimbulkan. Di dalam penghujahannya peguam Plaintif berhujah dokumen-dokumen tersebut diperlukan untuk Plaintif menghantarnya ke Jabatan Kimia bagi mendapat pendapat pakar terhadap tandatangan di dalam dokumen tersebut. [12] Di dalam affidavit menentang permohonan Plaintif, Defendan Kedua menegaskan sebahagian dari dokumen yang dipohon oleh Plaintif memang berada di dalam pemilikan Plaintif kerana salinannya telah dieksibit di dalam affidavit Plaintif sendiri. Dokumen deed of assignment dan perjanjian jual beli pula tidak ada kaitan dengan tuntutan ini. Di dalam penghujahannya peguam Defendan menegaskan sebahagian dari dokumen-dokumen yang diminta tersebut telah diberikan kepada Plaintif. Dokumen deed of assignment dan salinan jualbeli hartanah yang dijadikan cagaran kepada pinjaman yang diberikan Defendan Kedua tidak relevan di dalam kes ini kerana asas tuntutan Plaintif adalah jaminan peribadi yang beliau berikan. [13] Berdasarkan prinsip tersebut, permohonan yang dibuat oleh Defendan di dalam lampiran 8 perlu ditimbangkan berasaskan prinsip bahawa dokumen yang diminta Defendan relevan kepada isu yang ditimbulkan di dalam Writ dan penyata tuntutan yang difailkan. Plaintif di dalam affidavit sokongannya [14] Saya perlu meneliti permohonan yang dibuat bersama affidavit-affidavit yang difailkan bagi menentukan sama ada dokumen-dokumen yang diminta tersebut benar-benar diperlukan dan dokumen-dokumen tersebut adalah relevan terhadap tuntutan Plaintif. [15] Secara asasnya Defendan perlu membuktikan syarat-syarat untuk penzahiran dokumen seperti yang diputuskan di dalam Yekambaran (supra) dan M Wealth (supra) telah dipenuhi. Defendan juga mesti membuktikan dokumen-dokumen yang diminta tersebut relevan bagi tujuan melupuskan secara adil tuntutan yang dibuat oleh Plaintif (Faber Merlin Malaysia Bhd v Ban Guan Sdn Bhd [1981] 1 MLJ 105). [16] Permohonan penzahiran dokumen yang dibuat Plaintif juga mestilah bukan tujuan memancing keterangan bagi menyokong tuntutan beliau terhadap Defendan-Defendan (ABX Logistic (Malaysia) Sdn Bhd v. Overseas Bechtel (Malaysia) Sdn Bhd [20023] 7 CLJ 357) Dapatan Mahkamah [17] Setelah meneliti permohonan yang dibuat bersama affidavit-affidavit yang difailkan saya berpuashati dokumen-dokumen yang berkaitan dengan perjanjian pinjaman termasuk dokumen yang menunjukkan jaminan yang diberikan Plaintif adalah relevan dan mustahak untuk Plaintif membuktikan tuntutannya. Berdasarkan kedudukan tersebut dokumen tersebut sepatutnya diberikan kepada Plaintif. Bagaimanapun saya dapati Salinan dokumen-dokumen ini telah dieksibit di dalam affidavit sokongan kepada permohonan Plaintif. Ini menunjukkan dokumen-dokumen tersebut sebenar berada di dalam simpanan Plaintif. Oleh itu dokumen-dokumen tersebut tidak lagi perlu dibekalkan kepada Plaintif. [18] Berdasarkan fakta bahawa dokumen-dokumen tersebut berada di dalam simpanan Plaintif, permohonan yang dibuat oleh Plaintif sekarang adalah cubaan untuk memancing keterangan dan permohonan tersebut tidak sepatutnya dibenarkan. [19] Mengenai dokumen-dokumen deed of assignment dan perjanjian jual beli hartanah yang dijadikan cagaran kepada pinjaman tersebut saya bersetuju dengan hujah-hujah Defendan Kedua bahawa dokumen tersebut tidak relevan kepada tuntutan Plaintif. Asas tuntutan Plaintif adalah tandatangan beliau di dalam surat jaminan peribadi yang diberikan bagi pinjaman tersebut telah dipalsukan. Adalah jelas kedudukan hartanah yang dijadikan cagaran kepada pinjaman tersebut; yang bukan diberikan oleh Plaintif tidak relevan terhadap tuntutan yang dikemukakan Plaintif. Penutup [20] Berdasarkan dapatan-dapatan di atas permohonan Plaintif untuk penzahiran dokumen di dalam lampiran 8 ditolak dengan kos RM2000.00. Perintah kos tertakluk kepada fi alokatur. Bertarikh: 20hb. Oktober, 2023 (MOHD ZAKI BIN ABDUL WAHAB) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya, Shah Alam. Peguam Untuk Plaintif: Priscilla Mathew [M. Raman & Associates (Seri Kembangan)] Untuk Defendan Kedua: Navamalar Ganesan [ Anad & Noraini (Kuala Lumpur) ]
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.