Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RUJUKAN TANAH NO: CB-15-17-06/2024 ANTARA CHONG CHEN NAM (NO. K/P: 760201-14-5743) … PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH BENTONG … RESPONDEN
CB-15-17-06/2024
High Court of Malaysia30 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“rst Schedule. All matters of compensation point to the First Schedule (see section 47(2) of the Act). Although the wording in paragraph 2 of our Schedule is quite similar to that of section 23 of the Indian Act and only sub-paragraph (b) of our paragraph 2 is missing from the Indian section these provisions are not on”
“n dengan perkara ini telah dinyatakan oleh YA Hakim Hashim Yeop A Sani dalam kes Lembaga Amanah Sekolah Semangat Malaysia v Collector of Land Revenue, Dindings [1978] 1 MLJ 34 seperti yang berikut: “Our Land Acquisition Act, 1960 makes clear that the basis for determining adequacy of compensation is the market value an”
“d in paragraph 2 of the Schedule with the express direction that no other considerations shall be taken into account in arriving at an award. In Vacher & Sons, Limited v London Society of Compositors [1913] AC 107 113 Viscount Haldane L.C. said: “For my own part, I do not propose to speculate on what the motive of Parl”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI TEMERLOH DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA RUJUKAN TANAH NO: CB-15-17-06/2024 ANTARA CHONG CHEN NAM (NO. K/P: 760201-14-5743) … PEMOHON DAN PENTADBIR TANAH DAERAH BENTONG … RESPONDEN
1
Kes ini melibatkan pengambilan tanah Lot 5615 (17119), Nombor Hakmilik GM 3880 terletak di Mukim Sabai, Daerah Bentong, Negeri Pahang. Ia adalah untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link - ECRL) bagi Daerah Bentong, Negeri Pahang - Fasa 1 - Jajaran Utama (Projek ECRL). Pengambilan tanah adalah seluas 0.8478 hektar daripada keluasan keseluruhan tanah tersebut sebanyak 2.4730 hektar.
2
Pemohon adalah tuan tanah yang mempunyai kepentingan 1/1 bahagian tanah ini. Siasatan pengambilan tanah di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 telah dibuat di hadapan Pentadbir Tanah Bentong.
3
Pada akhir siasatan melalui Borang H Akta Pengambilan Tanah 1960 award dan tambahan pampasan yang diberikan oleh Pentabdir Tanah Bentong adalah sebanyak RM 1,475,337.00.
4
Pada 19.01.2023 Pemohon mengemukakan rujukan tanah kepada Mahkamah melalui Borang N Akta Pengambilan Tanah 1960 dan menyuarakan bantahan Pemohon terhadap jumlah pampasan.
5
Pemohon telah mengemukakan Laporan Penilaian yang disediakan oleh Sr. Wong Tack Loong, Penilai Berdaftar daripada Rise Property Services. Responden mengemukakan sanggahan melalui Laporan Penilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Kementerian Kewangan Malaysia (JPPH) yang disediakan oleh Sr. Wan Norawatif bin Wan Su, Pegawai Penilaian Kanan.
6
Laporan Penilaian Pemohon yang disediakan oleh Rise Property Services menyatakan penilaian dibuat pada 21.10.2021 dan laporan bertarikh 29.07.2022. Ia disediakan oleh Sr. Wong Tack Loong, MRISM, MPEPS, Penilai Berdaftar (V-704).
7
Laporan Penilaian yang dikemukakan oleh Pemohon antara lain menyatakan nilai pasaran telah tidak diambil perhatian sepenuhnya 3 dalam award yang diberikan oleh Pentadbir Tanah Bentong. Ia juga menyatakan kegagalan mengambil kira urus niaga tanah-tanah yang berhampiran dengan tanah yang menjadi isu dalam kes ini. Ini dapat dilihat di halaman 15 laporan tersebut.
8
Responden dalam Laporan Penilaian telah menyatakan nilai pasaran lot terlibat melalui perbandingan yang dikemukakan oleh penilai Pemohon adalah tidak sesuai digunakan. Ini adalah disebabkan harga balasan yang dicatatkan tidak mencerminkan harga pasaran di kawasan sekitar lot terlibat. Ini merujuk kepada Appendix G dalam Laporan Penilaian Pemohon di Butiran 7.
9
Selain daripada itu Pemohon juga dalam laporannya membangkitkan isu berkenaan dengan pecah pisah. Asas kepada tuntutan tersebut ialah terdapatnya pemisahan di antara lot 5609 yang tidak lagi mempunyai jalan perhubungan dengan lot 5615. Sebelum pengambilan tanah ini, lot 5609 boleh dihubungi secara langsung ke lot
5615
Ia tidak mempunyai akses selepas pengambilan tanah ini. Pemohon berpendapat ia adalah suatu pecah pisah yang perlu diambil kira oleh Mahkamah. [10] Sebaliknya Laporan Penilaian daripada JPPH yang dikemukakan oleh Responden menyatakan bahawa isu pecah pisah lot subjek iaitu lot 5615 dengan lot 5609 adalah terpisah adalah tidak wajar dituntut kerana ia merupakan lot yang berbeza dan lot 5609 juga telah dibayar pampasan yang sewajarnya. Penilai Kerajaan juga menyatakan bahawa hasil semakan maklumat perancangan yang dibekalkan oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Pahang menunjukkan tiada sebarang permohonan untuk zon pertanian yang melibatkan tanah ini untuk dimajukan bagi tujuan yang lain. Oleh itu Penilai Kerajaan berpendapat permohonan untuk pecah pisah tiada sebarang justifikasi dan hanyalah andaian semata-mata berdasarkan kepada pelan teknikal daripada Malaysia Railways (MRL). [11] Sementara itu, Penilai Pemohon juga menyatakan bahawa Mahkamah perlu menimbangkan kesan kemudaratan yang dihadapi oleh Pemohon ekoran daripada pengambilan tanah tersebut disebabkan gangguan bunyi, habuk dan pencemaran semasa pembinaan Projek ECRL tersebut. Ia juga disebabkan jalan masuk ke kawasan tersebut akan sesak dan menimbulkan ketidakselesaan. [12] Sebaliknya JPPH menyatakan tiada sebarang keterangan yang menunjukkan gangguan sedemikian. Selain daripada itu faktor gangguan bunyi adalah suatu yang subjektif dan sukar dibuktikan. Oleh yang demikian Mahkamah perlu menolak permohonan Pemohon berkaitan dengan kesan kemudaratan tersebut. Pandangan Pengapit-Pengapit [13] Pengapit Swasta Sr. Ros Liza binti Ariffin, Penilai Berdaftar (V- 0320) dalam laporannya kepada Mahkamah yang telah diserahkan kepada pihak-pihak menyatakan mengikut pendapat beliau nilai pampasan yang diberikan kepada Pemohon adalah munasabah. Beliau juga berpendapat keputusan pihak Pentadbir Tanah yang tidak memberikan pampasan untuk pecah pisah adalah sesuatu yang tepat. Walau bagaimanapun bagi kesan kemudaratan dicadangkan dinaikkan penambahan sebanyak RM 60,900.45. [14] Sementara itu Pengapit Kerajaan Sr. Ishak binti Yahaya berpendapat bahawa kadar pampasan yang diberikan oleh Pentadbir Tanah adalah mencukupi dan wajar dikekalkan. Berkenaan dengan pecah pisah, beliau berpendapat terdapatnya kesusahan kepada Pemohon kerana terputusnya lot 5619 dengan lot 5609. Beliau menyatakan seperti berikut: Saya berpendapat bahawa akibat pengambilan lot terlibat sukar untuk diuruskan kerana terputus dengan lot 5609 iaitu milik tuan tanah. Jadi, ini menyebabkan berlaku kesusahan kepada Pemohon. Pampasan terhadap pecah pisah boleh diberikan iaitu sebanyak 5 % ini kerana pihak MRL telah bersetuju untuk membuat laluan dan terowong dan membolehkan ia dihubungi. Beliau juga mencadangkan kenaikan pecah pisah kepada RM 82,072.60. [15] Sementara itu berkenaan dengan kesan kemudaratan, Pengapit Kerajaan berpendapat award Pentadbir Tanah wajar dikekalkan. Sementara Pengapit Swasta mencadangkan kesan kemudaratan dinaikkan kepada RM 60,945.00. Berkenaan dengan tuntutan-tuntutan lain, kedua-dua Pengapit Swasta dan Pengapit Kerajaan bersetuju untuk ianya dikekalkan. Analisa dan Dapatan [16] Adalah menjadi prinsip undang-undang yang jelas dan nyata bahawa mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pampasan yang diberikan melalui pengambilan tanahnya boleh merujuk ke Mahkamah Tinggi melalui prosiding Rujukan Tanah. Apabila kes tersebut dirujuk ke Mahkamah, Mahkamah akan meneliti laporan-laporan penilaian daripada pihak Pemohon dan Responden serta pandangan yang dikemukakan oleh Pengapit Kerajaan dan Pengapit Swasta. Pandangan Pengapit Kerajaan dan Pengapit Swasta serta laporan-laporan penilaian akan dapat membantu Mahkamah melunaskan tanggungjawab untuk mempertimbangkan pampasan yang sewajarnya bagi pengambilan tanah tersebut. [17] Tuan punya tanah sudah pasti ingin mendapatkan jumlah pampasan yang tinggi. Ia tidak dapat dinafikan kerana pemilik tanah akan tidak lagi dapat menikmati tanahnya seperti sebelum pengambilan tanah dilakukan. [18] Mahkamah ini telah diberikan panduan yang jelas di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 dalam menentukan perkara-perkara yang perlu diambil kira semasa memutuskan pampasan pengambilan tanah tersebut. Ini telah dinyatakan dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960. Sementara itu berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penentuan pampasan terdapat di bawah Butiran 2 Jadual Pertama Akta tersebut yang memperuntukkan seperti yang berikut:
2
Matters to be considered in determining compensation In determining the amount of compensation to be awarded for any scheduled land acquired under this Act there shall be taken into consideration the following matters and no others:
a
the market value as determined in accordance with section 1 of this Schedule;
b
any increase, which shall be deducted from the total compensation, in the value of the other land of the person interested likely to accrue from the use to which the land acquired will be put;
c
the damage, if any, sustained or likely to be sustained by the person interested at the time of the Land Administrator's taking possession of the land by reason of severing such land from his other land;
d
the damage, if any, sustained or likely to be sustained by the person interested at the time of the Land Administrator's taking possession of the land by reason of the acquisition injuriously affecting his other property, whether movable or immovable, in any other manner;
e
if, in consequence of the acquisition, he is or will be compelled to change his residence or place of business, the reasonable expenses, if any, incidental to such change; and
f
where only part of the land is to be acquired, any undertaking by the State Authority or by the Government, person or corporation on whose behalf the land is to be acquired, for the construction or erection of roads, drains, walls, fences or other facilities benefiting any part of the land left unacquired, provided that the undertaking is clear and enforceable. [19] Sementara itu perkara-perkara yang tidak perlu diambil kira semasa menentukan pampasan pula dinyatakan di bawah Butiran 3 seperti yang berikut:
3
Matters to be neglected in determining compensation In determining the amount of compensation to be awarded for any scheduled land acquired under this Act the following matters shall not be taken into consideration:
a
the degree of urgency which has led to the acquisition;
b
any disinclination of the person interested to part with the land acquired;
c
any damage sustained by the person interested which, if caused by a private person, would not be a good cause of action;
d
any depreciation in the value of the land acquired likely to result from the use to which it will be put when acquired;
e
any increase to the value of the land acquired likely to accrue from the use to which it will be put when acquired;
f
any outlay on additions or improvements to the land acquired, which was incurred after the date of the publication of the declaration under section 8, unless such additions or improvements were necessary for the maintenance of any building in a proper state of repair and unless, in the case of agricultural land, it is any money which has been expended for the continuing cultivation of crops on it.” [20] Pada hemat Mahkamah apa yang menarik dalam Butiran 2 Jadual Pertama itu ialah apabila dinyatakan seperti yang berikut: “… shall be taken into consideration the following matters and no others:” [21] Pada hemat Mahkamah peruntukan sedemikian menunjukkan bahawa Mahkamah telah diberikan garis panduan yang jelas berkenaan dengan perkara-perkara yang perlu diambil kira dalam penentuan pampasan yang akan diberikan kepada tuan punya tanah. Ini bagi mengelakkan daripada Mahkamah mengambil kira perkara-perkara yang tidak sewajarnya dipertimbangkan bagi penentuan jumlah pampasan. Kebijaksanaan badan perundangan memperincikan perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memberikan pampasan menyebabkan pampasan berkaitan pengambilan tanah dapat dilakukan dengan teratur dan terhindar daripada kepelbagaian pampasan yang mempunyai jumlah yang ketara perbezaannya di antara satu kes dengan kes yang lain. [22] Pengamatan berkenaan dengan perkara ini telah dinyatakan oleh YA Hakim Hashim Yeop A Sani dalam kes Lembaga Amanah Sekolah Semangat Malaysia v Collector of Land Revenue, Dindings [1978] 1 MLJ 34 seperti yang berikut: “Our Land Acquisition Act, 1960 makes clear that the basis for determining adequacy of compensation is the market value and other factors set out in paragraph 2 of the First Schedule. All matters of compensation point to the First Schedule (see section 47(2) of the Act). Although the wording in paragraph 2 of our Schedule is quite similar to that of section 23 of the Indian Act and only sub-paragraph (b) of our paragraph 2 is missing from the Indian section these provisions are not on all fours and the dissimilarity is further signified by the words “no others” appearing in our paragraph 2. All these provisions seem to me to be an express direction of the legislature to exclude all other considerations. Furthermore, my reading of section 15 of our Act does not seem to admit principles of equity to be applied so widely as contended by counsel for the applicant since the operative words in that section would seem to be the words “instead of assessing or awarding monetary compensation enter into any arrangement” and therefore it is only in any such arrangement with the landowner that a sum may be arrived at as may be “equitable having regard to the interests of the parties concerned.” Section 15(2) also makes it clear that where the Collector has entered into any arrangement under subsection (1) he shall record the fact that “no monetary compensation has been assessed or awarded.” With these provisions and the words “no others” in paragraph 2 of our Schedule the principle of reinstatement is in my view precluded even though the facts of the case might invite the application of that principle in India or in England. What is adequate compensation is a matter for the courts and Article 13(2) of our Constitution enables a law providing for compulsory acquisition or use of property to provide for a method of valuation or a basis of assessment. Our Land Acquisition Act, 1960 has adopted the valuation method prescribed in paragraph 2 of the Schedule with the express direction that no other considerations shall be taken into account in arriving at an award. In Vacher & Sons, Limited v London Society of Compositors [1913] AC 107 113 Viscount Haldane L.C. said: “For my own part, I do not propose to speculate on what the motive of Parliament was. The topic is one on which judges cannot profitably or properly enter. Their province is the very different one of construing the language in which the Legislature has finally expressed its conclusions, and if they undertake the other province which belongs to those who, in making the laws, have to endeavour to interpret the desire of the country, they are in danger of going astray in a labyrinth to the character of which they have no sufficient guide…. I think that the only safe course is to read the language of the statute in what seems to be its natural sense.” In the same case Lord Macnaghten after repeating the observation of Lord Wensleydale in Grey v Pearson (1857) 6 HLC 61 at p 106 said: “Acts of Parliament are, of course, to be construed ‘according to the intent of Parliament’ which passes them. That is ‘the only rule,’ said Tindal C.J., delivering the opinion of the judges who advised this House, in the Sussex Peerage Case (1844) 11 Cl & F 85 at p 143. But his Lordship was careful to add this note of warning: ‘If the words of the statute are in themselves precise and unambiguous, then no more can be necessary than to expound those words in their natural and ordinary sense. The words themselves alone do, in such case, best declare the intention of the lawgiver.” [23] Namun demikian, Mahkamah ini juga perlu meneliti keputusan-keputusan Mahkamah Atasan yang telah memandu arah Mahkamah ini dalam mempertimbangkan pampasan-pampasan di bawah butiran-butiran yang berkaitan. Ini bermakna semasa memutuskan pampasan yang sewajarnya bagi pengambilan tanah ini Mahkamah perlu mematuhi Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960, keputusan-keputusan Mahkamah Atasan, penelitian yang mendalam kepada laporan-laporan penilaian Pemohon dan Responden, buah fikiran yang diutarakan oleh Pengapit-pengapit dan penilaian terhadap fakta di dalam kes ini secara mendalam. [24] Penelitian kepada kedudukan tanah ini dan melihat kepada perbandingan di antara tanah-tanah yang lain membawa kepada suatu kesimpulan bahawa Pentadbir Tanah telah membuat perbandingan yang sewajarnya di antara tanah-tanah yang berhampiran dengan tanah yang menjadi isu dalam kes ini. Mahkamah juga telah meneliti Laporan Penilaian Pemohon dan Responden dan berpendapat perbandingan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar untuk Mahkamah ini mengganggu berkaitan dengan pampasan terhadap tanah tersebut. Pampasan terhadap tanah yang diberikan oleh Pentadbir Tanah adalah dikekalkan. [25] Ini bermakna Mahkamah ini perlu menimbangkan berkenaan dengan tuntutan pecah pisah dan kerosakan tanah serta lan-lain tuntutan. Pecah Pisah [26] Mahkamah ini perlu meneliti Butiran 2 (c) Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mempertimbangkan berkenaan dengan pecah pisah. Ia memperuntukkan seperti yang berikut: “2. Matters to be considered in determining compensation In determining the amount of compensation to be awarded for any scheduled land acquired under this Act there shall be taken into consideration the following matters and no others:
a
…
b
…
c
the damage, if any, sustained or likely to be sustained by the person interested at the time of the Land Administrator's taking possession of the land by reason of severing such land from his other land.” [27] Mahkamah ini juga tidak melupai prinsip yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam pertimbangan untuk satu pecah pisah dalam kes rujukan tanah seperti yang dinyatakan dalam kes Datuk Dr. Murugasu Sockalingam & Anor v Superintendent of Lands and Surveys, First Division, Sarawak [1983] 2 MLJ 336 seperti yang berikut: “… Claims relating to severance and injurious affection are often difficult to substantiate. In the present case it is even more so on the particular facts. To succeed a valuer must quantify such damages realistically and convincingly. In determining a claim for injurious affection, a valuer should examine all the probable consequences of the acquisition in so far as they affect the owner's other land. Any damage sustained or likely to be sustained by the owners must be properly assessed.” [28] Penelitian kepada Laporan Penilaian Pemohon dan Responden adalah tidak dapat dinafikan bahawa ekoran daripada pengambilan tanah ini telah berlaku pemisahan di antara lot 5615 dan lot 5609. Walaupun pampasan telah diberikan bagi tanah lot 5609 seperti yang dihujahkan oleh pihak Responden, hakikatnya ialah lot 5615 dan lot 5609 tidak lagi dapat dinikmati seperti sebelum pengambilan tanah ini disebabkan tiada akses terus di antara dua lot tersebut. [29] Namun demikian Mahkamah juga perlu menimbangkan hujahan Responden yang menyatakan bahawa tiada pemisahan di antara lot 5609 dan lot 5615 disebabkan terdapatnya hujahan yang menyatakan bahawa pihak Projek ECRL akan membina laluan terowong bawah pada jarak lebih kurang 500 meter dari lot subjek dan laluan jalan akan dibina sepanjang jajaran dari terowong ke lot subjek. [30] Apa yang jelas daripada hujahan sedemikian ialah tiada pecah pisah yang berlaku di antara lot 5609 dan lot 5615. Namun demikian pada hemat Mahkamah ini itu adalah cadangan yang tidak dapat disahkan ianya akan dilaksanakan. Sekiranya ia dilaksanakan sekalipun akses di antara lot 5615 dan lot 5609 tersebut sudah tidak seperti sebelum pengambilan tanah tersebut. Ini adalah selari dengan pandangan Pengapit Kerajaan. Mahkamah ini bersetuju dengan pendapat Pengapit Kerajaan tersebut. [31] Mahkamah ini juga mengambil kira bahawa pihak Projek ECRL akan membuat laluan terowong dan membolehkan ia dihubungi. Oleh itu pampasan terhadap pecah pisah itu dibuat pada kadar 5 % dengan mengambil kira pembinaan terowong dan laluan yang berkenaan. Mahkamah berpendapat adalah tidak wajar untuk tidak mempertimbangkan pecah pisah tersebut dalam kes ini, cuma kadarnya adalah 5 % disebabkan pengambilan tanah ini memang sebenarnya telah menyebabkan berlakunya pecah pisah. [32] Mahkamah ini berpuas hati berdasarkan Laporan Penilaian Pemohon dan Responden serta pandangan Pengapit Kerajaan bahawa memang berlakunya pecah pisah di antara lot 5615 dan lot 5609 tersebut. Apa yang perlu dipertimbangkan ialah sejauh mana pecah pisah tersebut dengan mengambil kira pembinaan laluan terowong ECRL itu menentukan kadar pampasan. Namun ia tidak dapat menolak keterangan bahawa memang berlaku pecah pisah. [33] Oleh yang demikian Mahkamah ini berpendapat pampasan sebanyak RM 82,072.60 adalah diawardkan kepada Pemohon disebabkan pecah pisah. Kesan Mudarat [34] Seterusnya berkenaan dengan kesan mudarat yang dikatakan dialami oleh Pemohon ekoran daripada bunyi bising disebabkan pembinaan dan kesesakan yang akan berlaku di kawasan tersebut semasa pembinaan laluan Projek ECRL tersebut pada hemat Mahkamah tidak memadai untuk menunjukkan bahawa suatu pampasan atas sebab kesan mudarat boleh diberikan. [35] Mahkamah ini juga mengambil perhatian bahawa penentuan pampasan untuk kesan mudarat adalah satu persoalan fakta yang perlu ditunjukkan di hadapan Mahkamah. Ini dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Amitabha Guha (sebagai wasi bagi harta pusaka Madhabendra Mohan Guna) v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat [2021] 4 MLJ 1 seperti yang berikut: “[57] It was following the site visit that the learned judge made his decision after considering the views of both assessors on this issue. We think that this is also a question of fact upon which the learned judge had given proper consideration in coming to his decision not to award injurious affection for the 4 Contiguous Lots. The learned judge’s findings is not unsubstantiated by the evidence and facts on the appeal record. This is also a decision as to compensation which is final and from which there shall be no appeal. Accordingly, we also decline to answer Question 3.” [36] Oleh yang demikian dalam kes ini setelah meneliti laporan penilaian oleh Pemohon dan Responden serta hujahan pihak-pihak dan pandangan pengapit-pengapit Mahkamah ini berpendapat tiada keterangan yang dapat membuktikan bahawa Pemohon telah mengalami kesan mudarat daripada pengambilan tanah ini. Oleh itu Mahkamah ini tidak dapat membenarkan tuntutan kesan mudarat dalam kes ini. [37] Sementara itu berkenaan dengan tuntutan lain, setelah meneliti secara menyeluruh laporan-laporan penilaian kedua-dua pihak, hujahan Pemohon dan Responden serta menekuni pandangan para pengapit, Mahkamah ini berpendapat perintah Pentadbir Tanah berkenaan dengan perkara itu dikekalkan. [38] Kes rujukan tanah ini diputuskan oleh Mahkamah setelah menimbangkan pandangan Pengapit Kerajaan dan Pengapit Swasta bersama-sama dengan Laporan Penilaian Pemohon dan Responden. Adalah tidak dapat dinafikan bahawa Mahkamah di dalam memutuskan satu kes rujukan tanah mungkin akan bersetuju dengan pendapat salah seorang daripada pengapit yang dilantik menjadi pengapit dalam prosiding rujukan tanah. Ini adalah disebabkan Mahkamah adalah bertanggungjawab untuk membuat keputusan akhir kepada pendengaran kes rujukan tanah seperti yang dinyatakan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Semenyih Jaya Sdn Bhd v Pentadbir Tanah Daerah Hulu Langat and another case [2017] 3 MLJ 561 seperti yang berikut: “[119] At the conclusion of the proceedings, it is requisite under s 40C of the Act that they put their opinion in writing as to the appropriate amount of compensation to be awarded in a particular case. [120] It is then for the judge and the judge alone to deliberate on the issue of quantum before him, after taking into account all the issues. [121] In so doing, it is not uncommon for the judge to give weight to the opinion of the assessors, for as experts in valuation of property, their opinion stand persuasively to be considered by the judge. [122] However the assessors have no more role as soon as they put their opinion in writing. At the risk of tedium, it bears repeating that it is for the judge and the judge alone to exercise his mind and determine the issues before him, based on the advice given him by the assessors. [123] It is reiterated that the opinion of the assessors are not binding on the judge. In the event the assessors disagree (as between themselves regarding the amount of compensation to be awarded in a particular case), the judge may, after considering both opinions, elect to consider which of the two opinions in his view is appropriate in the circumstances of the case. However he is not bound by either one of the opinions. Should the judge finds himself in disagreement with the opinion of both the assessors, he is at liberty to decide the matter, giving his reasons for so doing. These then are to be made clear in place in the proposed new s 40D. [124] It would in no small way, emphasise the punctilious nature of the assessors’ advice and the value their role represents. [125] At the end of it, the sanctity of judicial power is preserved. The judge and the judge alone determines the outcome of the objections as to the amount of compensation after affording the person or persons interested ample opportunity to ventilate his or their concern.” [39] Apabila Mahkamah menerima suatu pandangan pengapit dan tidak setuju dengan pandangan pengapit yang lain ia tidak bermakna pengapit yang tidak dipersetujui oleh Mahkamah telah memberi pandangan yang tidak tepat. Ini adalah disebabkan peranan pengapit adalah untuk membantu hakim memahami penilaian terhadap tanah-tanah tersebut serta membantu Mahkamah dalam mempertimbangkan faktor-faktor yang dinyatakan di dalam Jadual Pertama Akta Pengambilan Tanah 1960 bagi mencapai suatu keputusan berkenaan dengan pampasan yang wajar diberikan bagi tanah tersebut. [40] Sesungguhnya peranan pengapit-pengapit dalam membantu hakim semasa memutuskan kes rujukan tanah adalah amat penting dan besar peranannya. Namun demikian hakim mempunyai pilihan untuk mempersetujui suatu pandangan pengapit tanpa meremehkan pandangan pengapit yang lain. Begitu juga apabila pandangan pengapit-pengapit telah diedarkan kepada pihak-pihak seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Tegas Sejati Sdn Bhd v Pentadbir Tanah dan Daerah Hulu Langat & Anor and another appeal [2024] 3 MLJ 329 seperti yang berikut: “[37] Further, the question of adequacy of compensation can only be properly determined according to law if all concerned have had the opportunity to address the reasons, factors or circumstances which are relevant and necessary when computing or calculating that compensation. The opinions of the assessors who attend Court and assist the High Court judge in determining the matter of compensation so as to ensure that it is at the end of the day, adequate must thus be made known to the owners and those affected by the compulsory acquisition. The obligation to make known the reasons or factors extends to everyone who has any role to play in that decision, be it the judge or the assessors. [38] Thus, the availability of these written opinions of the assessors can never be a matter of internal administrative arrangement. Land reference proceedings are open Court proceedings and it is integral to the rule of law that there is transparency and fairness not just in the conduct of those proceedings but in the manner any evidence, including opinion evidence is received and treated by the Court. The presence of these written opinions must be recorded by the judge hearing the land reference and should the judge see fit, even incorporate the entire or parts of those opinions into the determination. It may even be attached to the learned Judge's grounds, should that be seen as appropriate. But, once available, the written opinions must be provided to the parties. These opinions must be included into any record of appeal, in the event there is one. Otherwise, these written opinions are part of the records of the land reference proceedings at the High Court.” [41] Pihak-pihak tidak sewajarnya menjadikan perbezaan pandangan pengapit-pengapit sebagai asas untuk mempertikaikan kewibawaan dan peranan pengapit dalam membantu hakim membuat keputusan dalam satu kes rujukan tanah. Ia juga tidak boleh dijadikan asas untuk mempertikaikan pandangan pengapit-pengapit tersebut. Ini adalah disebabkan pada akhirnya hakim yang akan membuat keputusan muktamad dalam kes rujukan tanah tersebut. [42] Pada hemat Mahkamah apa yang jelas ialah pengedaran laporan pengapit-pengapit tersebut adalah untuk memberikan peluang kepada pihak-pihak untuk melihat apakah pandangan pengapit-pengapit dan bukannya bertujuan untuk mempertikaikan kewibawaan dan kewajaran laporan tersebut. Pihak-pihak sewajarnya menggunakan laporan pengapit tersebut untuk membantu Mahkamah bagi menimbangkan perkara-perkara yang sewajarnya semasa mengendalikan kes rujukan tanah. [43] Pada masa yang sama para pengapit hendaklah meneruskan sumbangan cemerlang di dalam prosiding rujukan tanah dengan menyediakan pandangan-pandangan secara professional tanpa takut atau gentar pandangan mereka tidak akan dipersetujui oleh hakim. Ia akan membantu Mahkamah membuat keputusan yang tepat dan berkualiti dalam menentukan pampasan yang sewajarnya diberikan dalam kes pengambilan tanah. Ini akan menjadikan matlamat prosiding rujukan tanah iaitu bagi menzahirkan perlindungan dan jaminan hak individu di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan akan dapat ditampakkan dengan lebih berkesan dan bermakna. Bertarikh: 11 hb. Julai 2025 (ROSLAN BIN MAT NOR) HAKIM MAHKAMAH TINGGI MALAYA TEMERLOH, PAHANG DARUL MAKMUR PIHAK-PIHAK: Bagi Pihak Pemohon Cheryl Tay Tetuan Cheryl Tay & Partners Bangsar, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Bagi Pihak Responden Fathin Nadhirah binti Kasim Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri Pahang Kuantan, Pahang Darul Makmur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.